Huzaiman betul-betul
tidak berpuas hati dengan jawapan Natasha semalam. Dia harus berjumpa dengan
gadis itu lagi sekali walaupun di pejabat.
“Suruh
Natasha jumpa saya sekarang!” Arah Huzaiman kepada Amman dan Ammar yang berada
di meja setiausaha itu.
“Baiklah
bos!” serentak mereka menjawab.
Huzaiman
segera duduk. Hatinya tidak tenang. Tambahan pula, Natasha tidak membalas
mesejnya semalam. Apabila dihubungi pun tidak dijawab. ‘Kenapa? Kenapa kau suka
aku? aku kan lelaki gila kuasa. Takkan ada orang suka.’
Kepala
Huzaiman mula pening.
Beberapa
minit kemudian Natasha hadir.
“Bos,
muntah darah ke?” tanpa mengetuk pintu bilik, Natasha terus masuk dan berkata
begitu.
“Eh,
muntah darah? Siapa bagitau kau ni?” dahi Huzaiman sudah berkerut. Dia tidak
dapat berfomal dengan Natasha seperti biasa. Bahasa kau dan aku sudah melekat
dibibirnya. Ini gara-gara Natasha memberitahu yang gadis itu suka padanya.
Geram betullah.
Natasha
tersentap. Dia juga membuat muka geram. ‘Ini mesti kerja abang kembar dua ekor
tu. Siap kau lepas ni.’ Natasha ditipu. Sia-sia dia risaukan Huzaiman.
“Lupakan
aje. Aku nak tanya kau ni. Apasal kau boleh suka aku?” soal Huzaiman. “Lagi
satu. Kenapa tak jawab call aku semalam.” Tiba-tiba Huzaiman naik angin.
Natasha
mengeluh. ‘Tak habis lagi ke tanya soalan yang sama. Ish bos aku ni...kasihan.’
“Kena
ada sebab ke? Pasal semalam tu Sha dah tidur.” Natasha cuba berlembut.
“Ya!
Perlukan sebab. Oh, dah tidur.” wajah Huzaiman serius.
“Saya
suka bos sebab....” Natasha cuba memikirkan alasan terbaik untuk diberikan pada
Huzaiman.
“Sebab....”
Huzaiman menantinya dengan sabar.
“Sebab
bos ni gila kuasa.” Natasha tersenyum.
“Gila!
Alasan entah apa-apa entah. Tipu!” marah Huzaiman apabila mendengar sebab yang
dinyatakan oleh Natasha.
“Suka
hati bos la!” kata Natasha dan terus berlalu keluar. Huzaiman terkaku. Dia
tidak sempat untuk menghalang Natasha.
Amman
dan Ammar cepat-cepat menyorok bawah meja tetapi Natasha sempat menangkap
perbuatan si kembar itu.
“Abang
berdua ni teruk tau!” geram Natasha.
“Eh,
pengantin baru tak elok marah-marah.” Jawab Ammar. Amman hanya tersengih.
Kerana
terlalu geram, Natasha hanya tinggalkan mereka berdua.
*****
Disebabkan terlalu
menyampah dengan sikap Huzaiman yang sibuk menanyakan soalan yang sama, Natasha
sengaja datang kerja lambat pada pagi keesokannya. Dari jauh Natasha dapat
melihat Ammar berdiri tegak bagaikan tugu negara. ‘Hmm, abang Ammar kena denda
juga ke?’ teka Natasha.
“Kenapa abang Ammar berdiri kat sini?” soal Natasha.
“Abang tunggu Sha la. Bos nak jumpa? Kenapa datang lambat?”
Ammar mula berjalan. Natasha hanya mengikut dari belakang. “Kalau Sha lambat
satu jam, dia suruh abang pergi rumah Sha tau. Tengok-tengok kan keadaan Sha.”
Sambung Ammar lagi.
‘Biar betik GK ni?’ Natasha bagaikan tidak percaya.
“Saja. Hari ni Sha nak cuci tandas.” Selamba kata-kata
Natasha.
Ammar tersentak. ‘Memang padan sangat dengan bos. Seorang gila
kuasa, seorang lagi selamba. Muka tak ada perasaan.’ Bisik hatinya.
“Bos, Cik Natasha sudah sampai.” Kata Amman yang menekan
interkom.
“Suruh dia masuk!”
Natasha masuk ke dalam bilik tersebut. Rasa malas pula mahu
menghadap Huzaiman.
“Kenapa datang lambat?” soa Huzaiman. Dia sudah berdiri dan
menghampiri Natasha.
Natasha tersentap apabila lelaki itu menyentuh bahunya.
Natasha mengelak. ‘Apa kena dengan mamat ni? Sentuh-sentuh aku.’ Natasha memang
sensitif apabila ada orang yang menyentuhnya. Terutamanya lelaki. Dia akan
teringat peristiwa hitam itu.
“Saja. Hari ni saya cuci tandas ya bos?” pinta Natasha.
“Eh, tak payah. Kau kan bakal isteri aku. So, tak payah buat
kerja-kerja tu. Kau duduk dulu” kata Huzaiman dengan baiknya. Dia mendorong
Natasha duduk di sofa.
“Eh!” hanya itu yang keluar dari mulut Natasha.
“Mulai esok, tak payah datang kerja. Jadi suri rumah sepenuh
masa sahaja.” Kata Huzaiman dengan wajah yang serius.
‘Ini belum kahwin dah arah aku yang bukan-bukan.’ Kepala
Natasha pening.
Huzaiman sudah memikirkan semalaman mengenai perkahwinan dia
dengan Natasha. Dia akan menerima Natasha seadanya. Begitu mudah kan? Bagi Huzaiman,
Natasha seperti sebuah Syarikat yang perlunya dia mentadbir dengan baik. Dia perlu
mengusai syarikat tersebut.
“Sha nak kerja. Hmmm, Sha buat kerja dulu.” Natasha bangun dan
berjalan menuju ke pintu bilik.
“Sha....” panggil Huzaiman. Natasha berpaling.
“Betul ke kau suka aku?” soalan yang buat Natasha makin
pening. Dia terus berjalan tanpa mempedulikan Huzaiman.
Huzaiman tidak mengalah. Dia menyambar lengan Natasha.
“Jangan sentuh aku!” nada Natasha berubah. Natasha terkejut
dengan kata-katanya yang kasar.
“Sha...”
“Maaf Bos. Saya pergi buat kerja dulu.” Kata Natasha dan terus
berlalu.
Natasha segera ke tandas perempuan. Air matanya mengalir tanpa
kerelaan dirinya. Dia benar-benar terseksa dengan sentuhan mana-mana lelaki
walaupun tidak sengaja. Walaupun sekadar tangan atau apa-apa. Dia tidak dapat
menerima. Fikirannya pasti akan teringat peristiwa hitam itu. Ketika dia masih
kecil.
Air mata yang mengalir dilap bersungguh-sungguh. Tetapi air
mata itu setiap mengalir.
“Hati, awak kena kuat hati. Hanya sekeping hati yang kuat
dapat membuat saya terus bertahan di sini. Hati, tolonglah kuat.” Dia memandang
cermin dihadapannya.
Air mata yang mengalir di sapu perlahan. Sedikit sebanyak ada
kekuatan yang meresap ke dalam tubuhnya. Dia membasuh wajahnya dengan penuh
berhati-hati agar tidak basah tudung yang dipakainya.
“Wafa Natasha pasti boleh!” kata Natasha.
*****
Natasha memandang kosong
kad yang kini berada di tangannya. Kad jemputan perkahwinan antara dia dan
Huzaiman. Tema yang menjadi pilihan mereka berdua adalah hitam putih. Huzaiman terlalu
sukakan warna putih manakala Natasha sukakan warna hitam. Maka, Datin Ismah
berpendapat memilih warna Hitam Putih.
Natasha mengeluh. Tinggal beberapa hari lagi dia akan diijab
kabul oleh lelaki yang didendami itu.
Natasha membuka kad tersebut. Dia begitu tertarik dengan
kata-kata yang ditulis.
Sabda Rasullah SAW:-
“Manusia Hawa dijadikan
daripada rusuk manusia Adam bukan dari kepalanya untuk dijunjung atasnya, bukan
pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya, melainkan di sisinya untuk dijadikan
teman hidupnya, dekat pada lengannya untuk dilindungi dan dekat di hatinya
untuk dicintai..”
‘Adakah Huzaiman ditakdirkan untuk aku? Akukah rusuknya? Tidak.
Dendam tetap dendam. Huzaiman kena rasa apa yang aku rasa.’ Bisik hatinya.
*****
Inai dijari Natasha
dipandang sepi olehnya. Dia merenung tajam. ‘Betulkah tindakannya?’ hati Natasha
tidak tenang. Dia akan terikat dengan Huzaiman selama-lamanya tetapi PK
menjanjikan mereka akan bercerai.
Natasha hanya jalankan apa yang telah dirancang. Perkahwinan ini
harus teruskan.
Natasha kini berada di rumah Huzaiman. Kemeriahan jelas
kelihatan walaupun tidak di hati Natasha sendiri. Hanya senyum paksa yang dia
pamerkan.
Kini, sudah sejam dia menjadi
isteri Huzaiman tetapi lelaki itu masih sibuk di dalam bilik kerjanya. Tetapi
Natasha lebih tenang seperti ini. Tidak perlu dia berkepit dengan Huzaiman
sahaja.
Selepas
penat melayan tetamu, Natasha ingin melepak di dalam bilik sahaja.
“Eh,
sayang nak ke mana tu?” Huzaiman tiba-tiba muncul lalu menegur Natasha.
Natasha
berpaling.
Natasha
mengeluh. Sejak mereka sah menjadi suami isteri, Huzaiman asyik memanggilnya
sayang tidak kira depan sesiapa pun. ‘Ish, tak tahu malu betul suamiku ini. Aku
yang malu tau.’
“Penat!
Nak rehat kat bilik sekejap!” lemah suara Natasha.
“Sayang
tak boleh jauh dengan abang tau.” Huzaiman ingatkan Natasha. Dahi Natasha
berkerut.
‘Bukankah
kau yang jauh dengan aku. Aku baru sejam jadi bini kau, kau dah lepak bilik
kerja kau. Macam aku ni apa entah.’ Amuk Natasha sekadar dalam hati.
“Jauh?”
“Ye,
jauhlah. Sha kan isteri abang.” Huzaiman tersenyum.
“Eh,
bukan abang ni gila kuasa dalam syarikat atau organisasi aje kan?” soal
Natasha.
“Yelah.
Itu pasti. Tapi yang ini pun masuk list abang juga. Gila kuasa dalam
rumahtangga.” Huzaiman tersenyum lagi. Entah mengapa dalam pandangan Natasha
senyuman itu amat menakutkan.
“Bukan
ke abang tak suka Sha?” soal Natasha. Dia memandang tepat ke dasar mata
Huzaiman walaupun mata itu menakutkan.
“Eh,
kalau abang dah kahwin dengan Sha. Abang kenalah suka Sha.”
“Kena?”
pelik Natasha.
“Tunggu
abang malam ni. Abang nak ke pejabat sekejap dengan Amman dan Ammar.” Kata
Huzaiman sambil menghadiahkan ciuman di pipi NAtasha.
Natasha
benar-benar kaku.
Huzaiman
tersenyum melihat wajah kemerahan Natasha. Dia yakin yang Natasha malu dengan
tindakkannya tetapi dia terpaksa ke pejabat kerana ada urusan penting.
Huzaiman
membaca dokumen tersebut sebelum menandatangani.
“Puteri,
biar betul kau ni?” soal Huzaiman bagaikan tidak percaya.
“Betullah.
Pelaburan ni aku buat sebab kita ni kawan. Dan aku perlukan syarikat yang
berpotensi macam syarikat kau ni.” Balas Puteri.
Sudah
banyak kali Puteri batalkan temujanjinya dengan Huzaiman tetapi Huzaiman mahu
berjumpa hari ini pula. Tidak sedarkan hari ini adalah hari paling bermakna
bagi seorang perempuan.
Lelaki
ini memang tak ada perasaan. Tinggalkan Natasha sendirian.
Selesai
juga temujanji tersebut.
“Huz,
aku nak tanya ni.” Puteri berkata. Dia berdiri dan mengikut langkah HUzaiman.
“Apa
dia?” Huzaiman memandang Puteri. ‘Kali pertama aku tengok minah ni tak gedik
dengan aku. mungkin hikmah aku perkahwinan aku dengan Sha kot.’ Teka Huzaiman. Dia
tersenyum.
“Tak
apa ke kau tinggalkan isteri kau macam tu aje?” soal Puteri.
“Aku
tinggal kejap aje.” Balas Huzaiman. Wajahnya yang tersenyum tadi kini serius
kembalik.
“Banyaklah
kau sekejap, dah separuh hari kau
tinggalkan dia. Kalau aku, dah mengamuk dah.” Puteri buat muka geram. Dia membayangkan
dia berada di tempat Natasha. Ditinggalkan semasa hari pertama perkahwinan.
“Nasib
baik dia bukan kau.” Kata Huzaiman sambil ketawa. Dia gembira dengan
perkahwinan ini dalam diam. Tambahan pula perasaan cinta memang tersimpan jauh
ke dalam sudut hatinya tetapi dia sentiasa menidakkan perasaan istimewa itu.
Puteri
hanya mengeluh.
‘Sha,
nantikan abang pulang...’ bisik hati Huzaiman.
Kad perkahwinan Huzaiman dan Natasha...hihihi
bila baca citer ni mesti nak tersenyum sorang2...
ReplyDeleteI <3 HUZAIMAN hahaa
ReplyDeleteNATASYA still dengan dendam...
ReplyDeleteHUZAIMAN baru menanam rasa cinta...
terbaikk! tu je yg boleh komen. hehe
ReplyDeletetak taw nak komen perr.. hak3...
ReplyDeleteDa kawen...tp siapa PK..
ReplyDeletekawen jgak dorg..hehe..
ReplyDelete