Telinga Huzaiman rasa panas mendengar apa yang dikatakan oleh Natasha. Rasa ingin ditampar wajah cantik itu tetapi dia cuba bertenang. Entah mengapa dia rasa kasihan melihat wajah yang pucat itu.
“Keluarga aku tak tahu apa-apa pun tentang
keluarga kau. Apa yang berlaku pada kau dan keluarga kau, kau tak boleh
salahkan keluarga aku. Itu takdir Allah rumah kau terbakar. Jangan nak salahkan
orang lain demi nak sedapkan hati kau.” Kata Huzaiman. Dia benar-benar kecewa
dengan sikap Natasha.
Natasha tersentap. Dia tidak dapat menahan air
matanya dari terus mengalir. Dia sudah rasa bersalah. Hanya membisu sahaja yang
mampu dilakukannya.
“Apa yang kau dah buat pada mama dan papa aku?
Mereka tak bersalah Sha.” Huzaiman meraup wajahnya dengan tangan. Pening kepala
memikirkan permasalahan ini.
“Aku cuma..... Cuma...” Natasha teragak-agak apabila
berkata. Dia menelan air liurnya yang terasa kelat.
Natasha sendiri hilang punca. Tidak tahu mahu
membalas kata-kata Huzaiman. Hanya mampu menundukkan wajah sahaja.
“Apa kau buat dengan mama dan papa aku?!” jerkah
Huzaiman lagi kuat dari tadi.
Tersentap Natasha rasakan kini. Air matanya terus
mengalir. Tidak pernah dia dimarahi sedemikian.
‘Perlukah aku memberitahu Huzaiman mengenai
rancangan aku? kenapa aku begitu lemah saat ini? sepatutnya aku lebih kuat dan
bersemangat.
“Aku cuma kurung mereka dalam pondok dan upah
orang bakar pondok tu.” Kata Natasha. Terbongkar sudah rancangan yang
dirancangnya selama ini.
Mata Huzaiman merah kerana menahan marah yang
maha hebat. Di dalam hatinya berperang dengan pelbagai rasa. Cinta, marah,
kecewa dan sebagainya.
“Tak guna kau!” serentak dengan kata-kata itu,
tangan Huzaiman diangkat tinggi. Dia ingin menampar pipi Natasha tetapi
perasaan cinta dan kasih pada isterinya begitu utuh walaupun mereka baru
berkahwin dua hari.
Huzaiman mencengkam kuat bahu Natasha.
“Dah berapa lama kau kurung mereka?” mata
Huzaiman merenung tajam Natasha.
“Dah... Dah... Dua... Jam...” terketar-ketar
suara Natasha. Perasaan bersalah mencengkam jiwa Natasha. Air mata masih setia
mengalir. Dia benar-benar rasakan tindakannya adalah salah.
“Apa?!” terkejut Huzaiman mendengar kata-kata
Natasha. Belum sempat dia menyambung kata-katanya, telefon bimbitnya berbunyi.
Pantas Huzaiman menjawab panggilan tersebut.
“Ya saya. Apa? Mak dan ayah saya di hospital?” kata
Huzaiman. Dia menjeling tajam ke arah Natasha.
Natasha terkejut. Mungkin Huzaiman mendapat
panggilan dari pihak hospital.
“Kau ingat dengan apa yang kau lakukan sekarang
ni, mak dan ayah kau akan gembira kat dunia sana? Mereka lebih kecewa dengan
sikap kau! Mereka harapkan kau hidup bahagia bukannya membalas dendam sebab
dendam hanya akan melukakan diri sendiri.” Jelas Huzaiman. Memang dia seorang
yang gila kuasa tetapi dia tiada simpan dendam dengan sesiapa. Asalkan dia
berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan apa yang dia ingini. Usaha sahaja.
Makin laju air mata Natasha mengalir. Tidak mampu
lagi menahan perasaan bersalah.
Huzaiman juga kasihan melihat Natasha menangis. Dia
ingin memeluk wanita itu. Memujuk hati dan perasaannya tetapi rupanya ada sebab
dia berkahwin dengannya. Biarlah masa yang menentukan segala-galanya.
“Kalau apa-apa yang terjadi dengan mama dan papa
aku, aku tak kan maafkan kau, Natasha. Tak akan! Walaupun aku mencintai kau
selamanya.” Kata Huzaiman dan terus meninggalkan Natasha sendirian.
Natasha terdiam. Dia tergamam. Apa yang aku dah
buat? Aku dah bunuh orang. Aku bunuh orang yang tidak bersalah. Aku kejam! Aku teruk!
Aku dah buat sesuatu yang salah. Ada apa yang boleh menebuskan kesalahan aku?
tak ada. Akulah yang menjadi punca segala-galanya.
“Aku... Aku....” bibir Natasha menggigil. Matanya
sudah bengkak. Dari tadi dia menangis. Kepala Natasha juga sudah terasa pening.
Perlahan-lahan dia bangun dan mengambil
pakaiannya. Natasha meninggalkan rumah tersebut tanpa pengetahuan siapa. Biarlah
dia pergi. Walaupun mereka baru dua hari kahwin tapi dia tidak layak lagi untuk
hidup bersama Huzaiman yang gila kuasa itu tetapi...
“...Tetapi menyintaiku,” bisik Natasha perlahan.
Huzaiman
tiba di hospital di bahagian kecemasan. Kelihatan Datin Isma dan Dato Ismail
terbaring lemah tetapi dalam keadaan sedar. Rupa-rupanya Dato Ismail sempat
menghubungi Ammar ketika dia dan Datin Isma diculik. Ammar bertindak pantas
menghubungi orang Dato Ismail yang ditugaskan melindungi Dato Ismail.
“Alhamdulillah!” ucap syukur Huzaiman. “Mujurlah
mama dan papa tak apa-apa tapi...” Huzaiman terdiam.
“Kalau apa-apa yang terjadi dengan mama dan papa
aku, aku tak kan maafkan kau, Natasha. Tak akan! Walaupun aku mencintai kau
selamanya.” Kata kata Huzaiman bergema dalam ingatannya.
“Sekarang mama dan papa aku dah selamat. So,
secara automatik aku dah maafkan Natasha.” Huzaiman tersenyum. Dia rasa senang.
Dia tahu yang Natasha itu seorang gadis yang mudah dibentuk. Dia akan ajar Natasha
nanti menjalani hidup yang lebih baik terutamanya bersama dia.
Huzaiman keluar dari kawasan kecemasan dan menuju
ke taman yang ada. Dia duduk lalu mengeluarkan telefon bimbitnya.
Beberapa kali dia menghubungi Natasha tetapi
masih tidak dijawab. Dia benar-benar risau. Akhirnya dia mengeluh.
“Kenapa tak dapat call ni? Mana dia pergi?” soal
Huzaiman sendirian. Huzaiman teringat wajah Natasha kali terakhir dia meninggalkan
wanita itu sendirian dan dalam keadaan terkejut.
“Ah, Natasha!” Huzaiman kegeraman. “Mana minah ni
pergi?” soalnya lagi. Dengan pantas dia menghubungi Ammar.
“Ammar, kamu tolong cari Natasha untuk saya sekarang
juga! Ini arahan dan jika kamu tak jumpa, sedialah untuk mati!” arah Huzaiman
dengan nada yang tegas dan serius.
Ammar terkejut dengan arahan mengejut daripada
Huzaiman. Baru pagi tadi dia melihat wajah ceria ketuanya itu tetapi petang ini
amat berbeza pula. ‘Ada masalah ke mereka ni? Atau ada kaitan dengan penculikan
Dato Ismail dan Datin Isma?’ Ammar juga tertanya-tenya.
“Baiklah bos!” jawab Ammar.
“Abang, kenapa ni?” soal Amman. Dia terasa pelik
melihat wajah pucat abangnya itu.
“Kita ada tugas baru. Bos suruh cari Natasha. Kalau
tak jumpa, habis kita dik. Sampai mati mati pula bos kita sebut,” jelas Ammar.
Amman tergamam. Dia bagaikan dapat merasakan apa
yang abangnya rasa saat ini.
“Marilah kita pergi cari isteri tersayang bos.” Ajak
Amman. Mereka bergerak pulang ke rumah.
Seluruh rumah sudah di carinya. Apabila tanya Meh
Teh. Dia tidak tahu, dia hanya duduk di dapur sahaja. Tidak sedar bila Natasha
keluar.
“Macam mana ni abang?” soal Amman. Macam-macam
yang dia bayangkan.
Ammar dan Amman masuk dalam bilik bosnya itu. Mereka
melihat almari pakaian terbuka dan pasti
pakaian Natasha tiada di situ.
Mereka berdua sudah dapat menjangka apa yang
berlaku. Natasha sudah menghilangkan dirinya.
Ammar dan Amman saling berpandangan. Mereka benar-benar
takut untuk melaporkan pada Huzaiman.
“Abang yang cakap ya?” pinta Amman.
“Tak nak la. Adik la.” Ammar memberi telefon bimbitnya
tetapi tidak disambut oleh Amman.
“Abang la. Abang yang sulung patut didahulukan.”
Amman menolak telefon bimbit itu.
Tiba-tiba telefon bimbit tersebut berbunyi. Amman
dan Ammar terkejut. Hampir terjatuh telefon bimbit itu.
“Bos yang call. Macam mana ni?” soal Ammar. Dia pun
takut juga.
“Hah, bos call abang, jadi abang la yang jawab.” Balas
Amman. Dia menarik nafas lega apabila abangnya itu mula menekan butang jawab.
“Kenapa jawab lambat?” Huzaiman bertanya tetapi
hatinya lebih bimbang tentang Natasha. “Mana Natasha?” soalnya pula.
“Dah tak ada.” Jawab Ammar. Ringkas.
“Maksud kamu, Ammar?” hati Huzaiman berdebr hebat
masa itu. Menanti jawapan dari Ammar.
“Dia dah pergi. Buktinya pakaiannya dah tak ada.”
Perlahan sahaja suara Ammar. Dia takut betul kalau Huzaiman marah.
“Apa?!” terkejut Huzaiman. Peluh mula mengalir di
dahinya. Tubuhnya rasa lemah dan tidak bermaya. ‘Sha tinggalkan aku tanpa
meluahkan perasaan sayangnya pada aku? Kenapa perkara ini terjadi?’
Akhirnya Huzaiman pengsan.
“Bos! Bos!” jerit Ammar apabila Huzaiman tidak
menjawab panggilannya.
“Kes berat ni. Bos tak jawab panggilan ni.” Kata Ammar
pada Amman. Mereka berdua mengambil keputusan untuk segera ke hospital semula.
ishh ishh :( sedih plak bca citer bab ni huhu cian Huzaiman n natasha
ReplyDeleteterima kasih sudi tinggalkan komen...hmmm kesian mereka kan...lepas ni bab tentang nastasha aje hihuhuhu
Deletewah..cepat la sambung..
ReplyDeletenak tau ape huzaiman wat tuk cari Natasya...
ape akan jdi pde si kembar ni..
ape natasya akan buat selepas ni..
esok la pula... terima kasih syir sudi komen lagi di bab kali ini....
Deletesi kembar tu??mati ke dia nanti??
hihihih tak tahu la...
kita nantikan apa yg jadi pada natasha...tragis lagi...
Waaaa bestttnye kak riaaa :D pndai laaa kak ria manulis. sedihhhnyeee bab kali nii. mesti lepas ni huzaiman cari natasha kat luar negara dan terciptalah ayat-2 sweet <3 ape-2 pon semoga berjaya untuk memuaskan hati pembaca dalam e-novel kali ni ;)
ReplyDelete-sincerely,Iffah Sakinah :3
imanina ni iffah ke??baru tau..terima kasih sudi komen...hihihihi terima kasih....hmmm rasanya tak kot sampai ke luar negara hihi kalau luar negara memang susah nak cari hihihi
DeleteHuzaiman pengsan. kesian...
ReplyDeletehihihihihi nasib...terkejut punya pasal...
Deleteceptlh smbg..huhuhuhu
ReplyDeleteinsya allah malam ni atau esok malam...
Deletecepatlah smbg.. harap2 natasya x apa2.. PK pun xapakan dia sbb gagal.. nak tahu!!~.~
ReplyDeleteyana....banyak dugaan Natasha lepas ni... dia mengalami kegagalan yang teruk. PK pasti mencari dia....
Deletehurmm.. nasib2~
Deletecptla sbng nk thu apa yg brlaku slps ney.....
ReplyDeletecrtaneynmkin mnarik smpai xsbr nk tnggu entri yg strusnya......
p cian jgk kat huzaiman smpai pngsn bla dgr natasya lrikan dri....
huhuhu.....
cian btlla......
mestilah pengsan...dia sayang dengan Natasha tu..dah namanya gila kuasa, mulalah dia nak buat sesuatu yang gila hihihihi inikes tak dapat nak kawal perasaan la sampai pengsan...kesian ammar dan amman kena jaga bos dia...
Deletekak ria, nak lagi..... thanks for the entry
ReplyDeleteterima kasih tiara...akan ada malam ni atau petang esok...insya allah
Deletejln citer sngt mnarik,x de yg mngarut n ad pngkatan....
ReplyDeleteterima kasih..ria cuba buat ikut konflik yg berkaitan..harap pembaca tak pening...
DeleteTop shi pegang watak Huzaiman!!!
ReplyDeleteAigyo!!!
huzaiman pengsan? cm xcye..
ReplyDelete