Natasha tidak tahu arah tujuannya. Dengan hanya satu beg pakaian sahaja di tangannya dan beberapa keping not sepuluh ringgit sahaja. Dia memandang sekelilingnya. Kesibukan stesen bas menarik perhatiannya.
Matanya masih bengkak akibat menangis lama
sangat. Akhirnya dia mengeluh. Air matanya mengalir lagi. Entah mengapa dia
berasa berdosa. Berdosa pada suaminya sendiri. Dia sudah menganiayai keluarga
suaminya sendiri. Besarnya dosanya.
Saya putus asa. Jangan cari saya lagi!
-Natasha-
Selepas dia menghantar mesej kepada PK, dia terus
membuang SIM telefonnya itu lalu menyimpan telefon bimbit yang dibeli dengan
usahanya sendiri.
Kini, Natasha berada dalam bas. Dia bercadang
untuk balik kampung. Rumah emak dan ayahnya yang terbakar itu, tapaknya dibina
sebuah rumah kecil sedikit. Walaupun kecil, dia rasa tenang untuk tinggal di situ.
Cuma sudah dua tahun Natasha meninggalkan rumah tersebut.
Air matanya mengalir lagi. Dosa yang dilakukan
bagaikan tidak boleh ditebus. Natasha trauma. Dia lemah semangat. Semangat
untuk meneruskan hidup sudah tiada dalam jiwanya.
Dia memandang ke luar tingkap. Gelap. Hanya lampu
jalan sahaja kelihatan di lebuh raya itu. Natasha termenung jauh.
“Kau ingat dengan apa yang kau lakukan sekarang
ni, mak dan ayah kau akan gembira kat dunia sana? Mereka lebih kecewa dengan
sikap kau! Mereka harapkan kau hidup bahagia bukannya membalas dendam sebab
dendam hanya akan melukakan diri sendiri.” Kata-kata Huzaiman bagaikan
kedengaran lagi.
Bertambah pilu hati Natasha apabila teringat akan
kata-kata Huzaiman.
‘Ya Allah. Aku benar-benar insaf. Air mata ini
bercucuran kerana terkenang dosa lalu. Kerana takutkan Engkau Ya Allah. Kerana
taubat nasuha. Kerana rasa keinsafan yang baru lahir di hati ini. Ya Allah,
adakah air mataku ini kerana diterima oleh Mu, Ya Allah?’ Doa Natasha dalam
hati.
Natasha berasa sangsi dan keliru. Apa yang
seharusnya dia lakukan. Natasha masih setia memandang luar tingkap itu. Akhinrnya dia terlena. Perjalanan
dari Kuala Lumpur ke kampungnya hanya mengambil masa dua jam sahaja.
Akhirnya Natasha sampai juga di kampung
halamannya. Dia tetapi dia berasa pelik kerana rumahnya itu seperti ada orang
tinggal. Jam menunjukkan pukul 10 malam.
Perlahan-lahan dia mengetuk pintu rumahnya
sendiri.
“Azlin!” tergamam Natasha melihat gadis yang
dikenali itu amat sosial orangnya. “Kau buat apa dalam rumah aku ni.” Soal Natasha.
“Aku dah setahun duduk sini. Ingatkan kau dah tak
nak tinggal rumah ni.” Jelas Azlin. Natasha tidak kisah tetapi terkejut juga
dia melihat Azlin.
“Lamanya. Tak apalah. Kau ada usik barang-barang
dalam rumah ni?” tanya Natasha.
“Bilik utama kau kunci, so aku tak kacau. Aku guna
bilik dua aje,” jelas Azlin.
“Okeylah. Aku penat. Aku masuk dulu.” Natasha
terus menghilang ke biliknya.
Azlin pula tersenyum penuh makna.
PK berasa
panas dalam bilik yang berhwa dingin ini. Dia berwajah serius apabila membaca
mesej yang dia dapat daripada Natasha. Natasha melarikan diri daripadanya. Sudah
puas dia menghubungi Natasha tetapi masih gagal.
“Cari perempuan itu sekarang juga! Rahsia syarikat
Huzaiman masih ada dekat dia.” Arah PK. Mereka sudah buat perjanjian. Selesai sahaja
tugasnya, Natasha akan beri maklumat syarikat milik Huzaiman.
“Tak guna punya perempuan!” marah PK. Rancangannya
hampir berjaya tetapi gagal apabila orang-orang Dato Ismail dapat mengesan di
mana ketua mereka.
PK menumbuk meja.
“PK, Natasha tidak lagi bersama dengan Huzaiman.”
Orang PK melaporkan kepada PK. Maklumat yang baru diterimanya itu membuat PK
tertanya-tanya.
“Kenapa pula mereka tak bersama? Pelik ni. Mesti ada
masalahnya. Aku nak kau siasat kenapa mereka tak bersama pula.” Arahan baru
dari PK. Orang bawahannya hanya mengikut lalu keluar dari bilik dia.
PK menanti dengan sabar. Dia berharap dapat
mencari di mana Natasha berada
Beberapa bulan berlalu. Tubuh
Natasha semakin kurus. Dia kurang makan dan selama dua bulan juga dia hanya
mengurungkan diri dalam bilik sahaja. Dia juga memberi wang simpanannya kepada
Azlin untuk membeli makanan. Dia tidak mahu keluar lagi dari rumah tersebut.
“Sudahlah tu. Aku tengok kau asyik menangis sahaja. Lupakan lelaki
yang dah buat kau jadi begini.”
“Dia tak salah, aku yang salah. Aku ni pembunuh.”
“Sampai bila kau nak terus menghukum diri kau?” soal Azlin.
Azlin tahu tubuh Natasha semakin lemah.
“Sampai aku mati.” Jawab Natasha dengan lemah sekali.
“Sudahlah tu. Jom ikut aku ke bandar.” Ajak
Azlin.
“Tak naklah.” Natasha menolak. Dia bimbang akan
bertemu dengan orang yang mengenalinya tetapi kini, dia bena-benar lemah.
“Jomlah! Teman aku beli barang. Aku selalu pergi
seorang. Kali ni kau kena teman kan aku, boleh kan?” Pujuk Azli.
Akhirnya Natasha bersetuju.
“Kau minum air dulu, aku nak bersiap. Kau pakai
macam ni aje kan?” tanya Azlin.
Natasha hanya mengangguk. Dia hanya mengenakan
baju kurung hijau arwah ibunya dan tudung berwarna hitam.
Natasha meneguk air yang dibuat oleh Azlin. Dia
terbaring lemah atas kerusi sambil menunggu Azlin bersiap.
“Okey, jom!” ajak Azlin.
Di bandar, Azlin telah merancang sesuatu yang
besar untuk mengenakan Natasha dan pada masa yang sama dia mendapat keuntungan
yang besar.
“Azlin, aku peninglah.” Adu Natasha.
“Kau duduk kat sini dulu. Aku jumpa kawan aku
jap.” Azlin terus berlalu. Dia masuk di sebuah kedai SEVEN ELEVEN.
Kelihatan Natasha sedang bersandar di dinding
sambil bersandar.
“Aku dah bawa perempuan yang aku cakap tu. Kau boleh
jual dia pada Jay.” Kata Azlin pada juru jual di kedai tersebut.
“Aku tengok dia cantik. Bagus kau cari.” Kata lelaki
yang jaga kaunter itu sambil menjeling ke luar tempat Natasha berehat.
Tanpa mereka berdua sedari, Ammar berada di situ.
Dia sedang membeli air untuk Huzaiman.
Dengan pantas jarinya menaip mesej dan hantar
pesanan ringkas itu pada Amman yang berada di dalam kereta.
“Encik nak beli apa?” soal lelaki yang jaga
kaunter itu apabila melihat Ammar berlegar-legar dan tiada tanda mahu membeli.
Ammar hanya tersenyum.
“Aku pergi dulu, nanti aku bawa dia kat tempat
kau. Ingat tiga ribu tau.” Azlin tersenyum. Dia akan dapat untung besar.
Azlin terus keluar dan memimpin tangan Natasha. Tanpa
Natasha sedari, Azlin telah masukkan satu jenis dadah yang biasa digunakan
olehnya untuk memerangkap gadis yang lain.
Baru beberapa langkah Azlin bergerak, dia ditahan
oleh Ammar dan Amman.
“Azlin!” Huzaiman terkejut melihat Azlin. Dia amat
kenal dengan gadis yang bermasalah ini.
“Tepilah!”
“Kau nak buat apa dengan Natasha tu. Serahkan dia
pada aku!” kata Huzaiman.
“Tak nak!” Azlin berkata.
Amman dan Ammar menghampiri Azlin. Pegangan Azlin
terlepas. Pantas Huzaiman menyambut tubuh isterinya yang lemah. Hampir tiga
bulan dia tidak bertemu dengan Natasha. Rindunya mencengkam kalbu.
“Pulangkan Natasha semula. Kau buat aku rugi.” Kata
Azlin. Dia cuba mendapatkan Natasha semula tetapi dihalang oleh Amman dan
Ammar.
“Ammar dan Amman, kamu berdua uruskan dia.” Arah Huzaiman
dan terus berlalu ke keretanya.
“Woi!” panggil Azlin.
“Kalau kau jual dia tiga ribu. Bos aku sanggup
bayar lima ribu. Kau nak tak?” Ammar berlagak gangster. ‘Seronok juga gaya ni. Taklah
skema dua puluh empat jam.’ Bisik hati Ammar.
“Lima ribu!” Azlin terkejut. Dia bersetuju.
Amman membawa Azlin ke bank untuk mendapatkan
wang tunai manakala Ammar meneruskan pemanduannya ke aparment Huzaiman.
Sejak peristiwa tiga bulan yang lalu, Huzaiman
kembali hidup sendirian. Dato Ismail dan Datin Isma tidak dapat menghalangnya.
Ammar dan Amman tinggal di sebelah apparment Huzaiman.
Huzaiman memandang wajah Natasha. Masih seperti
dulu. Sayu rasa melihat wajah isterinya.
huh, nasib baik zaiman dpt natasha balik....nak lagi hehe
ReplyDeleteinsya allah esok pula yer???terimakasih..hmmm nasib baik huzaiman jumpa sha semula
Deletefuhh! nasib baiklah.. klu tak, abis la natasya..umm
ReplyDeleteyup memang habislah yana....kebetulan betul la...
Deletesayangnye huzaiman pada natasha...
ReplyDeleteharap huzaiman dpt pertahan kan natasha...
cepat la sambung...
best la..
mestilah sayang...takkkan tak sayang bini pula hahahha huzaiman oh huzaiman...
DeleteHampir je Natasya nak kena jual....
ReplyDeletenasib baik Huzaiman sempat selamatkan Natasya ....
ya hampir2...terima kasih komen...hihih huzaiman selalu menjadi penyelamat Natasha lepas ni...hihihihihi
DeleteAzlin? Sape pulak tu?
ReplyDeleteAzlin...cuba tgk bab satu....siapa azlin...kalau masih ingat hihihi
Deletensib baik smpt huzaiman jmpa natasha.....
ReplyDeletemkin mnarikla crta ney.....
suspen rsenya..........
terima kasih...mungkin ada sambunganya malam ni...insya allah
Deletecian natasha...
ReplyDelete