Followers

Friday 2 August 2013

16
Komen

PERTANDINGAN KOMEN ENOVEL KEBENCIAN DALAM HATI


salam...dah lama tak update apa-apa dalam...apa khabar semua? rindu sangat nak baca komen anda semua...apaapa pun, saya nak ucap...



SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN...


Jika saya ada buat sesiapa terasa hati. maafkan diri ini yang serba tidak sempurna dalam semua urusan dan percakapan...maaf...

ok berbalik kepada tajuk kita ni...pertandingan KOMEN enovel kebencian dalan hati....wah tajuk pun dah best....citernya tak tahu la best....nanti saya bagi intro sikit2 dalam enovel ni....ini kali kedua saya buat pertandingan ni...dulu HsGK...dan seramai 23 orang mendapat hadiah istimewa hihihihi...

Syarat penyertaan :
1.mestilah manusia..hihihi
2.tiada had umur..

cara Daftar :
1.kena add FB saya iaitu AZALEA ESHAL.
2.PM saya... dan  saya akan bagi nombor utk di tulis tiap kali komen...
3.pM KAN JUGA....
nama penuh
nama fb
alamat rumah
no hp
nama blog dan link blog sekali (jika komen menggunakan blog anda sendiri)
nombor daftar.....

CARA KOMEN :
1. TULIS nombor yang saya bagi tu...
2.Kemudian anda boleh komen apa saja komen.
3. mesti komen setiap bab yang di update....

MUDAH je kan pertandingannya...

Hadiah masih misteri hihihih so jangan lupa komen semua bab nanti....

TARIKH DAFTAR BERMULA 1/8/2013 SEHINGGA 31/8/2013...SELEPAS tarikh ni tak boleh nak daftar la...jika anda komen, sekadar komen la...jika dah daftar...insya allah anda komen anda dapat hadiah....

kategori untuk pemenang :

KOMEN TERPANJANG... (kalau dia komen, mesti panjang tak pernah nak miss....panjang lebar je setiap bab dia komen)
KOMEN BEST....(komennya bila kita baca tu senyum aje....dan komennya mesti la best tiap kali dia komen)
KOMEN MOTIVASI... (dia komen je, ada aje motivasi/kata hikmah yang di kaitkan dalam citer ni...memang prihatin la si pengkomen ni hihihihi)

ada apa lagi ye...ada tinggal tak....? pertandingan ini bermula pada 1/9/2013... hihihi akan berlansung selama sebulan...insya allah....

ini sedikit intro citer ni....



Bab 1

Izz Izzati meneruskan taipannya di komputer ribanya.

Suami aku suka sangat buat aku rasa bersalah. Dia tak tahu ke aku cintakan dia seorang. Kenapalah kekasih lama aku tu muncul. Aku rasa dunia ni cukup besar tapi aku terserempak juga dengan dia semasa aku dan suami pergi membeli barang dapur. Ish! Serabut la!

Aku rasa aku kena buat sesuatu....



“Buat sesuatu? Nak buat apa ye? Ish bila sampai tengah ni, idea tak ada.” Izz Izzati menghentikan taipannya. Ideanya hilang tiba-tiba. Ini sudah masuk minggu ke tiga dia tidak dapat menyiapkan manuskrip penulisannya. Entah ke mana idea aku berjalan-jalan ni? Benar-benar memberikan dia tekanan.

Izz Izzati seorang penulis novel cinta sepenuh masa. Tugasnya hanya menaip untuk mencari pendapatan. Dia bersyukur kerana keluarganya tidak menghalangnya untuk bergiat aktif dalam dunia penulisan selepas tamat pengajian di universiti.

“Zati, mak dah cari calon suami yang kamu nak tu!” tiba-tiba Puan Zalimah muncul. Wajahnya serius. Mana tak seriusnya, anak perempuannya mahu berkahwin. Itu adalah khabar berita yang baik.

“Siapa mak? Siapa!” Izz Izzati pula yang teruja. Dia sudah menetapkan apabila umurnya 25 tahun, dia perlu mencari teman hidup. Sudah dua tahun dia bercinta dengan dunia penulisan tanpa mempedulikan sesiapa. Kini, dia mahu bercinta dengan lelaki pula yang bergelar suami.

“Kawan ayah kamu la Zati.” Puan Zalimah teringat pertemuan yang tidak disengajakan semasa dia dan Encik Azlan membeli belah sebentar tadi.

“Kawan ayah? Mak nak Zati kahwin dengan kawan ayah?” memang terkejut beruk aku macam ni. Kawan ayah jadi laki aku!

“Salah! Salah!” Puan Zalimah menepuk perlahan mulutnya yang lancar berkata-kata. “Anak kawan ayah kamu. Itu baru betul.” Puan Zalimah hanya tersenyum.

“Mak ni buat Zati terkejut aje. Nasib baik tak arwah kat sini.” Izz Izzati ketawa kecil. Sebenarnya dia rasa berdebar. Al-maklumlah dia bakal berkahwin dengan lelaki yang tidak pernah dia kenali. Entahlah mengapa dia mahu menyahut cabaran itu. Pilihan orang tua ni berkat bak kata orang-orang tua. Apalah aku mengarut sorang diri ni?


LAIN-LAIN


Tengku Zam Hairil merenung wajah isterinya yang baru di nikahinya itu. Izz Izzati. Sedap nama tu. Walaupun dia berkulit gelap sedikit tetapi sedap mata aku memandangnya. Sekali dia senyum, tergamam aku dibuatnya.

“Tengku...” panggil Izz Izzati apabila melihat Tengku Zam Hairil merenung tajam ke arahnya.

“Eh, masih bertengku-tengku dengan saya walaupun dah kahwin ni.”

Izz Izzati tersengih.

“Sebenarnya saya suka nama tengku itu. Tak sangka suami saya ni ada gelaran itu. Selalu baca dalam novel je.” Jelas Izz Izzati. Serius! Aku mana pernah ada kawan yang berpangkat tengku. Dulu aku berangan dalam penulisan aku sahaja yang aku ada kekasih bergelar tengku. Ini tak pasal-pasal jadi laki aku. Jodoh kot.

“Ish, tak kena betul isteri panggil suaminya tengku. Panggil saya, abanglah.” Cadang Tengku Zam Hairil.

“Oh, tak boleh! Kan kita ada perjanjian yang kita akan berkawan selama enam bulan untuk mengenali hati budi masing-masing dulu. Awak perlukan saya dan saya perlukan awak.” Izz Izzati ingatkan Tengku Zam Hairil mengenai perjanjian yang mereka buat sebelum berkahwin memandangkan mereka tidak mengenali antara satu sama lain.

“Macam kahwin paksa pula.” Tengku Zam Hairil mengeluh. Dia memeluk teddy bear yang berada di sisinya. Saiz teddy bear itu agak besar juga.

Dahi Izz Izzati berkerut melihat tingkah laku suaminya. Dah besar gajah pun peluk teddy bear. Biar betul ni!


LAIN-LAIN

Tengku Zam Hairil terus naik ke katilnya. Dia benar-benar terasa hati dengan tindakan yang dilakukan oleh Izz Izzati. Wajahnya masam tetapi serius. Pantas tangannya memeluk teddy bear yang setia berada di sisinya. Dia memeluk teddy bear itu dari belakang.

Izz Izzati terpaksa mengikut langkah Tengku Zam Hairil sehingga ke bilik lelaki itu. Dia akui yang dia sudah melakukan kesalahan tetapi lelaki itu juga perlu mendengar penjelasannya.

“Saya tahu saya tak patut keluar tanpa izin Tengku tapi saya terdesak masa itu.” Jelas Izz Izzati yang berdiri di tepi katil.

Tengku Zam Hairil memegang ke dua belah tangan teddy bear kesayangannya itu lalu mengerakkannya ke telinganya. Dia menunjuk protes dengan Izz Izzati. Biar kau rasa. siapa suruh keluar dengan jantan tu. Macam aku tak boleh nak teman kau! Geram Tengku Zam Hairil dalam hati. Dia mahu isterinya terus memujuknya.

Izz Izzati yang melihat tingkah laku Tengku Zam Hairil rasa terbakar dalam hati. Aku benar-benar terdesaklah! Tolonglah faham.

“Tengku...” lembut Izz Izzati memanggil nama lelaki itu.

Tengku Zam Hairil membuat muka.

“Tengku nak ais krim. Saya belanja nak? Kita pergi date petang ni?” pujuk Izz Izzati. Dia berharap yang suaminya itu terpujuk.

Date? Aku tak pernah lagi date dengan isteri aku sendiri. Nak ikut! Tapi... Tapi rajuk aku ni camne? Mana boleh tunjuk yang dia mudah pujuk aku. Eh, mana boleh! Teddy bear, kita terus merajuk ye! Ajak Tengku Zam Hairil dalam hati.

Tengku Zam Hairil memeluk teddy bear sambil baring.

“Ala, Tengku...” Izz Izzati tahu yang pujukannya tidak berjaya.

LAIN-LAIN



Izz Izzati rasa geram pada teddy bear kesayangan suaminya itu. “Sebab kaulah aku kena marah dengan Tengku. Mesti kau ni special. Sebab tu Tengku sayang kau. Cuba kau cerita sikit pada aku, kenapa Tengku sayang sangat pada kau...”

“Aku ni gila ke cakap dengan teddy bear? Dah la teddy bear ni tak ada mata. Lepas tu ada lubang-lubang pula. Dah rosak pun.” Dia bersandar pada teddy bear tersebut.

“Teddy ni juga yang si Tengku tu sayang... Aku dia tak nak sayang ke? Dah lima bulan tinggal bersama. Aku pun dah luahkan perasaan pada dia. Tapi dia buat tak tahu je. Ini yang aku geram.” Luah Izz Izzati.

“Aku mesti cari sebab Tengku suka sangat dengan teddy bear ni.”

“Aku tahu sebab dia...” muncul seorang lelaki.

Izz Izzati terkejut. Dia pantas berlari masuk ke biliknya. Yelah! Aku kan tak bertudung. Tudung! Mana Tudung! Disebabkan terlalu terkejut, tudung atas katil dicarinya dalam almari. Pantas dia mencapainya lalu memakainya.

“Kau ni? Aku pernah tengok gambar kau dalam simpanan Tengku. Siapa kau!”

Belum sempat lelaki itu memperkenalkan diri, muncul pula Tengku Zam Hairil. Wajahnya terkejut.

“Zam!” lelaki itu memeluk Tengku Zam Hairil.

“Sam....” Tengku Zam Hairil terkejut. Dia kaku dalam pelukan Sam.

Izz Izzati dari tadi hanya memerhati sahaja mula membuat andaian sendiri. Apa kena mereka berdua ni?


LAIN-LAIN



Tengku Zam Hairil menutup rapat pintu rumahnya. Malam ini dia pulang agak lewat kerana banyak tugasan di pejabat yang masih belum selesai. Dia duduk berehat seketika di sofa. Rasa penat masih terasa. Dia memejamkan mata untuk seketika.

Tiba-tiba telinganya menangkap satu suara. Suara seseorang yang sedang mengaji. Perasaannya tenang mendengar kalimah Allah di baca. Pantas dia menuju ke bilik isterinya. Siapa lagi yang ada dalam rumah ini kalau bukan dia je?

Tengku Zam Hairil membuka perlahan pintu bilik Izz Izzati. Wanita itu sedang membaca surah Yassin. Sudah hampir penghujung.

Izz Izzati terkejut dengan kehadiran Tengku Zam Hairil di dalam biliknya sehingga bacaannya terhenti.

“Jangan berhenti, dah nak habis tu...”

Izz Izzati menyambung kembali bacaannya. Tengku Zam Hairil turut sama membaca di sisinya. Lelaki itu bagaikan sudah menghafal surah tersebut.

Perlahan-lahan Izz Izzati menutup Al-Quran tersebut lalu di letakkan di rak buku yang paling tinggi. Apabila dia berpaling untuk melihat Tengku Zam Hairil. Dia terkejut.

“Kenapa ni Tengku?” soal Izz Izzati dengan cemas. Tiba-tiba sahaja laki aku nangis. Mana la aku tak cemas. Selalunya kerja dia nak arah aku la. Kenakan aku la. Ini nangis pula. Lemah jiwa aku tengok orang menangis ni.

“Awak, saya rindukan dia! Saya rindukan dia sangat-sangat.” Luah Tengku Zam Hairil sambil air mata mengalir. Dia terus memeluk Izz Izzati yang masih berdiri tegak itu.

“Dia tu siapa?” Izz Izzati membiarkan sahaja pelukan Tengku Zam Hairil seperti mana suaminya membiarkan persoalan itu tanpa jawapan.

LAIN-LAIN



Fakhrol Hazril merenung tajam ke arah Tengku Zam Hairil yang sedang bersandar pada kereta Ford Fiesta berwarna merah.

“Macam mana kau kenal Izz? Dan nak kahwin dengan dia pula?” soal Fakhrol Hazril. Sejak kecil lagi dia tidak menyukai Tengku Zam Hairil. Perbezaan umur mereka hanyalah satu tahun membuatkan dirinya sama taraf dengan abangnya itu.

“Itu masalah aku. Kau tak payah nak campur!” Tengku Zam Hairil sudah banyak bersabar dengan karenah adiknya. Dia sendiri tidak mengerti mengapa adiknya begitu benci padanya. Padahal mama dan papa lebihkan dia daripada dirinya.

Tengku Zam Hairil sering mengalah untuk adiknya. Jika mama atau papa belikan permainan atau segalanya, jika Fakhrol Hazril suka, dia terpaksa mengalah. Kenangan lalu singgah di benak fikirannya.

“Haz nak juga yang tu! Nak juga!” Fakhrol Hazril menangis sekuat hati kerana mahukan permainan milik Tengku Zam Hairil.

“Zam, bagi pada adik ye?” Puan Faridah meminta lembut pada anaknya. Dia tersenyum manis.

“Tak nak! Ini mama belikan untuk Zam. Jadi ini Zam punya.” Balas Tengku Zam Hairil ketika itu dia berusia sepuluh tahun.

“Kau nak bagi atau tidak!” Puan Faridah mula bertukar nada.

“Semua permainan Zam jadi adik punya! Zam tak dapat apa-apa pun! Jadi, ini Zam punya, mama! Zam punya!” jerit Tengku Zam Hairil dengan air mata yang mengalir.

Pang!

Tengku Zam Hairil ditampar. Pipinya terasa sangat sakit. Dia memegang pipi yang sudah menjadi merah. Mata Tengku Zam Hairil membulat memandang wajah Puan Faridah.

“Aku kata bagi pada Haz, jadinya Haz punya! Aku yang beli semua ni!” Puan Faridah mula marah.

“Zam ni pun anak mama! Mama tak sayang Zam ke?” Tengku Zam Hairil beranikan diri lagi untuk bersuara.

“Kalau aku tak sayang kau, dah lama aku campak kau kat luar tu! Jadi, jangan nak berlagak dengan aku!” kata Puan Faridah sambil merampas permainan di tangan Tengku Zam Hairil.

“Pergi masuk bilik kau!” geram Puan Faridah. “Sayang, permainan ni jadi milik Haz ye? Janganlah marah mama ye? Mama sayang Haz...” pujuk Puan Faridah lalu memberikan permainan itu kepada Fakhrol Hazril.

Tengku Zam Hairil hanya mampu melihat adengan pujuk itu. Mama tak pernah pujuk aku macam tu. Mama sentiasa marah pada aku. Mama selalu lebihkan adik. Bila aku berjaya mendapat A dalam pelajaran, mama buat tidak tahu sahaja. Tetapi jika adik, mama sanggup beli apa sahaja. Mama memang tak sayang Zam kan? Mama benci pada Zam kan? Kenapa mama? Kenapa? Persoalan itu tiada jawapan sehingga kini.

Mereka sudah dewasa, sejak mendapat pekerjaan, Tengku Zam Hairil terus berpindah dari rumah tersebut. Mereka seperti bukan ahli keluarganya lagi.

“Jawab la!” marah Fakhrol Hazril apabila Tengku Zam Hairil diam.

“Izz Izzati akan berkahwin dengan aku. Kau jangan nak kacau dia.” Tengku Zam Hairil berkata.

“Aku suka dia. Jadi kau kena bagi dia pada aku!”

“Hey! Dia bukan barang permainan!” giliran Tengku Zam Hairil pula marah.

“Aku peduli apa! Kalau aku suka benda yang kau punya, kau kena bagi aku. kalau tidak, aku bagi tau mama.” Fakhrol Hazril tersenyum.

“Macam budak-budak! Zati akan kahwin dengan aku. Aku tak kan benarkan benda yang sepatutnya jadi milik aku, jadi milik kau! Tidak akan lagi!” kata Tengku Zam Hairil dengan jelasnya lalu membuka pintu kereta dan meninggalkan Fakhrol Hazril yang terkial-kial dengan kata-katanya.



HEHEHHEHEHEHHE macam2 yg kita rasa...kelakar geram sedih marah gaduh dan sebagainya...nantikan cerita ini di blog saya pada awal bulan 9...insya allah...semoga apa yang dirancang ini berjalan dengan lancar...aminn.... sampai di sini sahaja....jumpa lagi...wslm...

16 comments:

  1. ( 9 ) first, saya suka nama heroin tu. cute jek saya dengarnya Izz Izzati, simple je. X lah pnjang n terbelit lidah nak sebut mcam kbanyakan nama heroin novel lain nama pasti glemer tp terbelit lidah. Hekhek
    Cerita santai, senang nak faham, part yang memang buat geli hati nak gelak golek2. Part yang Mak Izz Izzati cakap
    " kawan ayah kamu la Zati." Sumpah, saya dah tekejot. Sama la mcm zati. Tp lepas baca bawah, ahhaha, mak dia silap ckp smpai tampar mulut sendiri.

    Kesian suami zati, zaman kecil x senang macam adik dia. Yang tak sukanya sifat adik dia tu, tamak. Hak orang pun dia nak jugak, bila x dapat, report mak. Macam budak2 tadika je.

    ReplyDelete
  2. (6) -ksian dekat tunku sejak kecil kurang perhatian dan kasih sayang..
    - terkejut tadi ingatkan zati tu kena kahwin dengan kawan ayah zati..hihihii
    - geram pulak tengok fakhrol yang jelous dengan tunku..
    -suka tengok zati marah mr. Teddy bear nmpak comel gitu.. hihihii
    -Enovel KDH boleh buat kita ketawa dengan aksi2 comel zati dan tunku. Dalam KDH jugak ada kesedihan yg dialami oleh tunku..

    ReplyDelete
  3. Eh korang dua ni komen pasal citer ke?belum mula lg la syg tp kalu nk komen gajBoleh je

    RIA NATSUMI

    ReplyDelete
  4. Nama hero agak panjang..membuatkan saya terpaksa menyebut nama tengku sahaja..kalau zam tu dibuang dalm penulisan mungkin lebih pendek..

    ReplyDelete
  5. memang panjang...itu sebab nama panggil tengku je hihih maaf sebab panjang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ria just letak tengku Hairil dlm PENULISAN akak xpe..walaubagaima panjang sekali pun ria nak reka, tp dlm penulisan ria, biarlah pendek dan senang disebut..
      sorry, tp cerita yg ria buat memang best,

      Delete
  6. Uwaa...x sabar nak baca...dh jatuh lagi dh...br bbrp minit tadi jatuh dgn org lain, skrg dgn org lain plk...best sgt2...cyan Tengku Zam Hairil...adik n mama dia jahat...x suka3!!!cute je dia merajuk...teddy bear tu mesti pemberian someone special. Mama dia ke?? Dia rindu siapa?? Ala..ciannya..jgnlah sedih2..nanti x cute lagi dh...

    ReplyDelete
  7. bile nak mule ni? eehhh..xsabarnee...sonok! swwet je tengku tuh...suke peluk teddy bear..part paling sweet ase die peluk izz izzati..nak jugak. hihi..dah tergedik pulak

    ReplyDelete
  8. Sapa la bgi teddy bear tu ? Sapa yg tengku rindu ? ... Tak bleh ke bulan 8 je .. Hiks ... Suka novel kak ria santai dan comel .

    ReplyDelete
  9. kak riaa!! cepatla sambung kak...best....<3

    ReplyDelete
  10. wah 3!! best giler citer eee. likelikelike

    ReplyDelete
  11. dah ada bab satu...jemput baca semua....

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi