Followers

Monday 19 September 2011

13
Komen

Cerpen : SV : Zaman Persekolahan


 “Hahaha Akulah Vampire yang paling menakutkan!” Kata Danish sambil ketawa terbahak-bahak. Dia memakai kot putih sambil memegang sekuntum bunga raya. “Ria, jangan salah tulis. Bunga ros la,” marah Danish. “Sorry...” kedengaran lagu ‘Sorry sorry sorry’ yang dinyanyikan oleh kumpulan ‘Super Junior’. Artis korea.

            Danish memakai kot putih sambil memegang sekuntum bunga ros merah. Lagaknya seperti  dalam anime ‘Vampire Knight’. Ketawanya semakin galak apabila melihat seorang gadis yang dalam tawanannya. Gadis itu sedang lena di atas katil yang penuh dengan kelopak bunga ros merah. Dia berambut panjang dan berbaju tidur putih. Wajahnya memang cantik.
            “Aku culik perempuan ni kat rumah dia malam tadi. Jahat tak aku?” kata Danish dan menyambung ketawanya semula.
            Danish baring sebelah gadis itu. Tangannya sudah berada dileher si cantik. Tiba-tiba tangan perempuan itu menampar pipinya dan menyebabkan Vampire yang paling menakutkan itu jatuh katil.
            “Kedebuk!” Danish jatuh dari kerusinya. Danish mengucap panjang.
            “Aku mimpi rupanya. Kenapalah teruk sangat mimpi aku? Macamlah aku ni jahat sangat,” dia berkata bersendirian.
Danish Aniq sedang berehat di taman sekolah. Itu tempat kesukaannya kerana boleh tidur tanpa ganguan. Apabila dia ingin memejam matanya semula, datang seorang gadis yang amat dia kenali.
“Ada apa nak jumpa Mia ni, Abang?” Damia buat muka malas. Di sekolah tiada siapa yang tahu mengenai hubungan adik-beradik ini.
“Abang nak tanya, kenapa Mia nakal sangat kat sekolah? Jaga sikit imej abang,” kata tegas Danish.
“Jaga imej? Buat apa nak jaga? Mereka semua bukannya tahu hubungan kita,” kata Damia pula.
“Kalau mereka tahu, malu abang yang ada adik yang lebih nakal daripada abangnya,”
“Banyak la nakal. Abang ni popular sangat ke kat sekolah?” soal Damia. Dia masih berdiri di depan abangnya sambil berpeluk tubuh.
“Mestilah popular. Kalau abang masuk carta pun, nombor satu selama setahun tau,” jelas Danish berbangga.
“Setahun ajer,” selamba Damia berkata.
“Memanglah setahun aje. Dah abang tingkatan 5, setahun aje lagi di sini. Mia ni pun,” geram Danish melihat adiknya ini. Hendak melawan cakap dia sahaja.
“Abang, walapun Mia ni baru tingkatan 4, abang janganlah nak kelentong Mia,”
“Ala, nasib baik aje tu. Padahal umur baru 15 tahun,”
“Suka hati kita la!”
“OK. Abang kelentong apanya?” berkerut dahi Danish.
“Abang tu, tubuhkan kumpulan haram,” selamba sahaja Damia berkata.
“Kumpulan haram? Mana ada haram? Kumpulan Halal lagi suci,” sebaris gigi milik Danish ditayangkan pada adiknya.
“Yelah halal,” Damia tidak percaya. Tiba-tiba kepalanya menjadi mangsa sekehan abangnya.
“Sakit la!” Damia mengadu kesakitan. “Teruk punya abang!” amuk Damia lagi. Dia terus meninggalkan Danish.
Damia pulang ke kelas semula untuk mengambil dompetnya yang tertinggal. Puas dia mencarinya tetapi tidak jumpa. Dompet itu hadiah daripada Danish. Dia memang menyukai dompet tersebut. Hampir menangis dia.
Bahu Damia di cuit oleh seseorang. Damia berpaling. Dia tidak mengenali gadis yang rambutnya ikat satu itu.
“Tadi akak ada nampak seseorang yang ambil dompet adik,” jelasnya. “Akak nak kejar tapi tak sempat,” jelas Lidya lagi.
“Siapa yang ambil kak?” soal Damia. Lidya menggeleng tanda dia tidak mengenali orang itu.
Sedang mereka berdua berjalan di kantin, Damia ternampak seseorang yang memegang dompetnya. Tanpa usul periksa, terus ditumbuknya lelaki itu dengan ganasnya.
“Kau yang curi dompet aku!” jeritnya agak kuat. Ada guru yang makan di kantin itu segera datang apabila melihat pergaduhan. Danish juga kebetulan berada di situ. ‘Ganas gila adik aku ni. Tumbuk orang. Kalau mama tahu ni, habis! Aku juga yang kena sebab tak jaga adik dengan baik. Menyusahkan orang ajer Mia ni,’ Danish menjadi pemerhati sahaja.
“Kenapa ni Haris?” cikgu Nurul mengenali pelajar tersebut.
“Entahlah cikgu, tiba-tiba sahaja perempuan ni datang tumbuk saya,” jelasnya.
“Cikgu Nurul, dia curi dompet saya. Ini!” Damia menunjukkan dompetnya.
“Haris..” Cikgu Nurul ingin mendapatkan keterangan daripada Haris pula.
“Sebenarnya saya jumpa dompet ni masa nak datang ke kantin,” jelasnya.
“Cuba awak periksa dompet tu, jikalau ada yang hilang,” arah Cikgu Nurul. Damia buat apa yang di minta oleh cikgunya.
“Duit saya hilang cikgu,”
“Kalau duit, cikgu yakin bukan Haris yang curi. Lagi pun Haris pelajar baru kat sini,” jelas Cikgu Nurul. “Cikgu akan siasat siapa yang melakukannya. Sekarang bersurai semua,” arah Cikgu Nurul.
Danish yang memperhatikan dari jauh mula merancang pelan untuk kenakan Haris sebab buat adiknya begitu tetapi pandangan matanya jatuh pada seorang gadis yang sedang bercakap dengan adiknya.
‘Muka perempuan ni macam dalam mimpi aku tadi la. Cantiknya dia,’ bisik hatinya sambil memuji kecantikan Lidya. ‘Rambutnya sederhana panjang. Menarik ni!’ dia tersenyum lebar.
“Sudahlah tu, sabar la Mia,” pujuk Lidya.
“Mia dah tak sedih kak. Janji dompet ni jumpa semula. Duit tak penting,”
“Mia dah makan?” Lidya bertanya. Damia menggelengkan kepalanya.
“Akak bukan orang mewah sangat tapi akak ada bawa bekal nasi lemak. Mak akak penjual nasi lemak. Meh kongsi bersama akak,” ajak Lidya.
“Tak apa la akak, susah-susah sahaja,”
“Meh! Akak tak kisah,” Damia makan juga walaupun berkongsi.
“Sedapnya akak! Boleh Mia tempah untuk esok?” Damia tersenyum.
“Kalau tempah, Mia kena beli la dengan akak,” kata Lidya. ‘Boleh buat duit ni. Bussiness. Aku memang minat bidang camni. Boleh tolong umi jual nasi lemak walaupun sebungkus dua,’ bisik hatinya sambil tersenyum.
“No problem. Esok Mia bayar yer?”
“Wokey! Harganya standard. RM 1.50 sahaja,”
“Ada kacang tak kak?”
“Ada. Mia suka makan kacang ke?”
“Suka!”
“Akak pun suka!” mereka tersenyum mesra. Loceng sudah berbunyi menandakan rehat sudah tamat.
“Akak! Mia nak tiga bungkus!” Jerit Damia. Dia terlupa untuk bagitau Lidya tadi.
“Baiklah. Jumpa di sini esok,” kata Lidya dan mereka berpisah di situ.
Petang tersebut ada aktiviti kokurikulum. Bagi minggu ini ialah persatuan dan kelab. Danish menyertai kelab fotografi, Lidya pula masuk kelab sayangi guru sayangi sekolah dan Damia persatuan bahasa melayu.
Damia merupakan pengerusi persatuan tersebut walaupun baru sahaja tingkatan 4. Hal ini kerana tingkatan 5  tidak berminat menyertai persatuan ini. Secara automatik, Cikgu Nurul melantik Damia.
“Damia hari ini ada pelajar baru. Saya harap kamu tidak bergaduh dengannya nanti. Silakan Haris,” terbeliak mata Damia. ‘Mamat ni ke?’ hatinya tidak berpuas hati.
“Baiklah, saya nak pergi mesyuarat. Mia, kamu tahu apa yang nak dibuat minggu ini?”
“Yup, cikgu!” jawab Damia. Semua cikgu akan bermesyuarat petang tersebut.
“Baiklah. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sempena ada ahli baru masuk. Kita minta dia kenalkan diri,” Kata Damia.
“Nama saya, Haris Akmal. Saya dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur. Pernah tinggal di Amerika selama dua tahun,”
“Mesti fasih bercakap bahasa Inggeris?” soal Damia.
“Bolehlah. Saya baru sahaja berada di sini seminggu,”
“Baiklah. Apa kata kita uji bahasa Melayu Haris?” kata Damia. Semua pelajar yang seramai 19 orang bersorak.
“OK juga. Saya tak kisah. BI pun boleh,” kata Haris sambil tersenyum manis. Semua perempuan sudah jatuh cinta kot tapi tidak Damia yang rasa menyampah dengan senyuman itu.
‘Eh, lebih-lebih pula mamat ni!’ amuk hatinya.
Semua soalan yang diberi Haris dapat jawab dengan betul dan cemerlang sekali. Damia sudah naik geram.
“Baiklah soalan terakhir. Peribahasa!”
“Peribahasa? Saya lemah sikit tapi saya cuba jawab gak,” kata Haris merendah diri.
“Apakah maksud peribahasa ini, bagai gajah mati kerana gadingnya?” kata Damia dengan megahnya. ‘Gerenti dia tidak dapat jawab,’ Damia yakin.
“Mati disebabkan keistimewaan yang ada pada dirinya. Rasanya itu jawapan saya,” Damia sudah buat muka geram. Semua pelajar bersorak.
            “Benci!”
            Manakala Lidya sedang membersihkan bilik kelabnya. Tiba-tiba ada dua orang pelajar dari kelab fotografi datang mengambil gambar. Danish terpana melihat Lidya. Cantik baginya.
            Kamal tersenyum.
            “Hai Lidya. Apa khabar?”
            “Abang Kamal... Khabar baik. Ada apa-apa yang boleh Lidya bantu?”
            “Oh, abang nak ambil gambar kelab ni, boleh tak?” kata Kamal. Timbul perasaan cemburu melihat kemesraan Lidya dengan Kamal.
            “Snap!” Danish mengambil gambar Lidya. Lidya terkejut.
            “Jangan ambil gambar saya,” Lidya memang tidak suka gambarnya di ambil.
            “Danish, jangan ambil gambar Lidya,” marah Kamal.
            “Kenapa?”
            “Sebab dia tak suka,”
            “So, kita datang sini buat apa?” kata Danish serius. ‘Rosak sudah imej aku depan perempuan ni. Lantaklah! Hati aku sakit tengok korang mesra sangat!’ bisik hatinya
            “Kita cuma datang ambil gambar suasana bilik kelab ini. Bukan gambar orang,” Jelas Kamal. Selepas mereka mengambil gambar,mereka meninggalkan bilik tersebut tetapi Danish tersalah pakai kasut sahabat Lidya lalu  dia mengejar mereka berdua di tangga bangunan. Lidya tergelincir dan akan jatuh atas Kamal tetapi Danish menolak Kamal dan Lidya terjatuh atas badannya.
            ‘Saat ini juga la kau nak jatuh wahai Lidya,’ sakit hatinya.
            Danish tersenyum.
            “Sedapnya....” Danish berkata. Walaupun badannya terasa sakit tetapi hatinya berbunga sebab Lidya jatuh atasnya dan bukan atas Kamal.
            “Tak senonoh!” amuk Lidya. ‘Perempuan ni sudah tunjuk belangnya,’ Danish tersenyum.
            “Apa yang tak senonoh?” Danish bertanya. Lidya terdiam. ‘Takkan aku nak cakap dia sengaja nak aku jatuh atas dia. Aku juga yang malu,’ hatinya bengkak.
            “Kau tu. Kesian abang Kamal!” kata Lidya. Makin bengganglah Danish apabila Lidya membela Kamal. Lidya menghampiri Kamal.
            “Abang Ok?” Lidya bertanya. Kamal angguk kepala sahaja. Dia bangun.
            “Padam muka dia!” Kata Danish yang tidak berpuas hati.
            “Kau ni....” Lidya berasa geram.
            “Kau tu, yang jatuh tu kenapa? Sekarang sudah menyusahkan orang,” amuk Danish. Lidya macam sengaja menjatuhkan diri.
            “Cakap itu biar berlapik sikit. Saya tak sengaja dan bukannya sengaja,” Lidya pula yang naik angin.
            “Nak berlapik dengan apa? Dengan kain?” sergah Danish. Seronok pula bergaduh dengan Lidya. Mukanya makin merah. Comel.
            “Kain? Boleh kot...”
            “Sudahlah korang berdua ni. Jangan bergaduh over sangat. Nanti bila dah dewasa, korang terkahwin baru tau,” tegur Kamal.
            “Terkahwin? Bukan terkahwin dah, tapi memang aku nak kahwin dengan kau!” Danish menunjukkan jari telunjuknya kepada Lidya. Lidya terpana.
            “Eh, Danish! Ini lamaran ke?” Kamal bertanya. Dia tidak pasti apa yang dikatakan Danish.
            “Lamaran memang lamaran,”
            “Gila!” kata Lidya. Dia tidak berminat. Setakat ini. Fokus hidupnya hanya belajar, kerja dan bagi kehidupan yang lebih baik untuk umi.
“Number begin with 1,2,3... Music begin with Do Re Mi... But LOVE begin with you and me....” Danish mula berfalsafah. Lidya buat muka geli.
“Nampak penumbuk aku yang kecil ni?” marah Lidya. Sebenarnya dia lebih kepada malu tetapi dia cuba kawal perasaannya.
            “Sudahlah korang. Kenapa Lidya kejar kami tadi?” soal Kamal yang cuba meleraikan pergaduhan mereka.
            “Kau tu, dah salah pakai kasut kawan aku,” kata Lidya sambil menunjuk jarinya pada Danish. Dia mengutip kasut yang jatuh tadi.
            “Oh, yeke?! Tak perasan pula,” Danish tersenggih. Dia pula yang berasa malu. Kasut kini bertukar tangan. Hati mereka berdua berdebar saat itu. Akhirnya Danish tersenyum.
            ‘Kacaknya!’ hati Lidya tersentak. ‘Lebih kacak dari abang Kamal,’ hatinya berbisik lagi. Lidya segera meninggalkan mereka berdua. ‘Kalau melayan perasaan lama-lama. Dia juga merana. Baik elakkan!’
            Selepas itu mereka berdua bergaduh. Kamal menunjukkan belang yang sebenarnya.
            “Eh, Danish! Aku dah lama usha Lidya tu, jangan nak kacau daun pula,” marah Kamal.
            “Kau usha Lidya? Aku kenal sangat dengan kau. Buaya dalam air. Diam-diam ubi berisi. Kalau dengan Lidya, kau tak payah la nak ngorat,” Danish cuba patahkan semangat Kamal.
            “Kau jangan cuba nak buruk-burukkan aku depan Lidya,” ugut Kamal.
            “Aku tak payah susah-susah nak burukkan kau sebab kau memang sedia buruk,” kata Danish sambil tersenyum sinis.
            “Ini sudah lebih!”
            “Lebih apa? Lebih perasan?” selamba sahaja Danish berkata.
            “Kau.....” Kamal menunjukkan jari telunjuknya ke arah muka Danish.
            “Mulai saat ini, Lidya aku yang punya, kini dan selamanya, faham!” Danish pula yang memberi arahan. Terkejut Kamal. Dia tidak pernah melihat Danish mengamuk seperti ini. Kamal cepat-cepat tinggalkan Danish.
            Keesokkan harinya, di waktu rehat.
            “Kak Lidya, maaf tak dapat makan bersama. Ada orang nak jumpa Mia. Terima kasih tiga bungkus nasi lemak ni,” Damia berlari meninggalkan Lidya setelah membayarnya. Lidya hanya tersenyum.
            “Abang ni teruk. Macam kat rumah tak boleh nak cakap,” amuk Damia. Terpaksalah dia makan depan Danish.
            “Sajer nak kacau adik abang ni. Cikgu Nurul sudah dapat tangkap pencuri sebenar. Rupanya kawan sekelas Damia. Haikal namanya kot?” katanya sambil ditariknya rambut Damia.
            “Sakit la! Orang nak makan ni. Takut tak sempat pula,” Damia tidak kisah pasal siapa yang mengambil dompetnya. Yang penting dompet itu ada bersamanya.
            “Mana beli nasi lemak ni? Tak biasa tengok pun,” kata Danish. Damia tidak pedulikan pertanyaan abangnya. Dia terusan makan. Kini sudah bungkusan ke dua.
            “Sedapnya!” puji Damia. Danish ambil sebungkus.
            “Eh, tu Mia punya!” marah Damia.
            “Tak padan dengan badan kecil, makan banyak. Bagilah abang satu,” kata Danish.
            “Mana boleh! Nasi lemak ni tak jual kat sini. Bagi balik!”
            “Tak nak!” Danish berkata sambil membuka bungkusan itu lalu memakannya.
            “Sedap la. Beli kat mana?” soalnya.
            “Tak nak bagi tau. Rahsia!”
            “Nak kena gigit yer?” ugut Danish. Damia menggelengkan kepalanya. Danish ketawa terbahak-bahak. Damia sahaja satu-satu adik kesayangannya.
            “Tak nak!” kata Damia sambil melarikan diri.
*****
Hari ini hari ‘Business Day’. Setiap kelas akan berniaga tetapi bukan di dalam kelas. Mereka akan berniaga di padang sekolah. Damia menjual komik-komik yang telah menyemakkan biliknya manakala Haris dengan bakat melukisnya. Dia akan melukis sesiapa sahaja dengan bayaran RM5 satu muka.
            Suasana memang meriah. Lidya pula, hanya menjual nasi lemak sahaja tetapi tidak sampai sejam nasi lemaknya sudah tinggal 5 bungkus sahaja. Dia meminta umi membuatnya sebanyak 100 bungkus.
            “Cepat habis nasi lemak?” tegur seorang cikgu.
            “Alhamdullillah cikgu,” sebenarnya Damia sudah membelinya sebanyak 10 bungkus. Memang tidak betul Damia ini.
            Danish pula tidak menjual apa-apa. Dia hanya bebas berjalan di gerai-gerai.
            “Kau tak jual apa-apa ke, Danish?” soal sahabatnya.
            “Aku jual muka sahaja. Ramai yang nak beli tadi,”
            “Poyo!”
            “Eh, betul la. Ada minah tu mahu bergambar dengan aku. Jual muka la tu,” jelas Danish dengan bangganya. Tiba-tiba dia ternampak Lidya.
            “Jual apa gadis manis?”soal Danish.
            “Nasi lemak,” jawab Lidya. Danish memperhatikan bungkusan nasi lemak itu. ‘Macam kenal? Oh, yang Mia semalam,’ desis hatinya.
            “Bagi semua!” pinta Danish.
            “Semua? Ada sebungkus sahaja la. Kau tak nampak ke?” soal Lidya.
            “Macam ini ke layan pelanggan?” Danish pula menyoal Lidya. Lidya tersenyum. Dia memasukkan sebungkus nasi lemak dalam plastik dan memberinya kepada Danish. Danish mengambilnya tetapi dia masih berada di situ.
            “Kau ni kenapa?”
            “Saja nak lepak sini,”
            “Sini bukan tempat untuk melepak,”
            “Suka hati aku la,”
            “Kau! Kalau nak melepak, tempat lain la,” amuk Lidya. Dia kurang senang dengan sikap lelaki ini. Semalam melamarnya? Memang gila.
            Danish tidak mahu berganjak tetapi apabila dia ternampak kelibat seseorang. Dia melarikan diri. Rupa-rupanya Damia. Danish tidak mahu Damia tahu yang dia suka pada Lidya. Kalau Damia tahu, habislah dia kena usik selama 7 tahun berturut-turut. Malu Danish.
            Danish membuka nasi lemak yang dibelinya. Tiba-tiba datang seorang lelaki yang dia cukup kenali. Haikal.
            “Kau tak payah sibuk dengan hal aku!” amuknya sambil menyepak nasi lemak yang Danish beli tadi.
            Danish terasa berapi sahaja dalam hatinya kerana nasi lemak yang dia suka itu tidak boleh di makan lagi.
            “Apa masalah kau ni?”
            “Aku kena rotan dan amaran pertama. Kau penyebabnya!”
            “Takat rotan sahaja, bukannya kena buang sekolah,” sinis Danish. Haikal tidak boleh sabar lagi. Dia cuba menumbuk Danish. Danish mengelakkan diri dan berlari ke arah padang di tempat orang ramai. Dia tidak mahu ada rekod buruk dalam sekolah. Itu yang terbaik.
            Haikal berasa geram kerana dia tidak dapat apa yang dia mahukan. Terpaksa dia pendamkan perasaan.
            “Ada lagi tak nasi lemak kau,” Kata Danish yang kembali ke kedai Lidya.
            “Tiada,” selamba sahaja Lidya menjawabnya.
            “Itu...”
            “Oh, itu Damia yang tempah. Ada lagi 5 bungkus. Maknanya orang lain punya,” kata Lidya.
            “Mia adik aku...” kata Danish sambil berbisik.
            “So...?”
            “So, kau boleh bagi kat aku sebungkus,”
            “Tak boleh. Ini amanah Mia. Kalau nak sangat. Minta pada dia sendiri,” kata Lidya sambil berlalu ke belakang gerai. Dia tidak mempedulikan Danish lagi.
            ‘Alahai, Lidya.... Sombong betul dia dengan aku dulu. Sebenarnya itu kali pertama aku makan nasi lemak yang sedap dan umi Lidya yang buat. Kelakar betul zaman sekolah aku. Yang paling tak boleh dilupakan ialah mimpi mengarut tu. Kini Lidya sudah menjadi isteri aku. Pelbagai cabaran dan dugaan untuk aku mendapatkan dia dan cintanya. Tapi aku bahagia sekarang,’ kata Danish dalam hati.
            “Berangan jugak ketua Vampire ni,” tegur Damia. Disebabkan geram kerana ditegur begitu, Danish mengejar adiknya sampai dapat. Harapan Danish, bahagia ini kekal selamanya. Lidya hanya melihat dari jauh sahaja dengan senyuman manis dan bahagia.
Number begin with 1,2,3...
Music begin with Do Re Mi
But LOVE begin with you and me....
Lidya Alya and Danish Aniq.

P/S : Salam... maaf jika ada kekurangan dalam cerpen ini. Maaf...cerpen ini ada berkaitan dengan ‘Suamiku vampire’....mesti ada yang tidak faham jalan citernya.......



13 comments:

  1. haha.. bleh plak buat time zaman sekolah ^^ comei...

    ReplyDelete
  2. hiburan sahaja...macam citer anime la...ada buat time main bola sepak la....acara sukan antara watak penjahat dengan watak baik....huhuhuhu lebih kurang macam tulah....ria nak buat watak suamiku vampire berlawan sukan dengan watak cinta ke??mesti sweet hihihi...

    ReplyDelete
  3. ada jugak zaman sekolah dorang.haris pun ade jugak...haha :)

    ReplyDelete
  4. hihihi sajer je...untuk hiburan semata-mata...haris semestinya ada...asyik nak gaduh dengan Damia aje.r..damia dh la ganas...lebih gangster daripada abangnya, Danish hihihi

    ReplyDelete
  5. naper n3 nie pn xleh nk view....
    alaaa.....
    sedey nie....

    ReplyDelete
  6. maaf lagi sekali nursya....
    warna tulisan tu putih lagi...
    aduh...
    tapi ria dah tukar dah..
    selamat membaca nanti...

    ReplyDelete
  7. weiyh danish tetap poyo dari kechik..hahaks..

    ReplyDelete
  8. WoW!!! Mmg Terbail Larrr...
    Chaiyok...
    Sweet Nyerr

    Ika..

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. hahahah...danish ni dh mcm vampire knight pn ad...pencuri hati kelas pertama pn ye....hihihi

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi