Followers

Thursday 15 September 2011

9
Komen

SUAMIKU VAMPIRE BAB 19 siri 1

Lidya sedang asyik membaca majalah selepas solat maghrib dan isyak berjemaah bersama Danish. Teringat pula sikap Danish yang berbeza.
            “Alya, jom solat berjemaah,” ajak Danish.
            “Baiklah,” Lidya bersetuju. ‘Tak salah pun kalau nak berjemaah. Lepas baik dan dapat pahala pun berganda.’
            Usai solat Maghrib, mereka menunggu waktu fardu isyak pula.
            “Boleh kau mengaji depan aku. Aku nak dengar,” kata Danish dengan tiba-tiba buat Lidya terkejut. Hatinya berdebar dengan permintaan itu.
            “Ini arahan atau gurauan?”
            “Ini arahan yang wajib dibuat,” tegas betul Danish. Lidya mengambil Al-Quran dan membacanya dengan penuh tatatertib. ‘Tak padan dengan demam, si Danish ni,’ bisik hati Lidya.
            Danish bagaikan terbuai dengan suara merdu milik Lidya sehingga dia menyuruh Lidya membacanya sampai masuk fardu Isyak. Danish tersenyum puas.
            “Ehem! Ehem!” Danish berdehem apabila melihat Lidya termenung jauh. Lidya terkejut dengan kehadiran Danish. Malam itu Danish mengenakan pakaian serba putih. Seluar dan baju berwarna putih tampak lebih sesuai berbanding dengan warna hitam.
            Belum sempat Lidya bercakap, ada orang memberi salam di luar rumahnya.
            “Assalamualaikum,”
            “Wa’alaikumusalam. Papa dan mama. Cik Mia kecil ni pun ada,” tegur Danish apabila melihat Damia tersenyum manis. Dia bersalaman dengan abang kesayangan itu.
            “Rindu kat abang!”
            “Rindu ada makna. Macam mana kerja di tempat baru?” Damia termenung dengan pertanyaan Danish itu.
            “Haris Akmal tu kawan abang ke?” Damia bertanya untuk kepastian.
            “Yup! Kawan abang. Kenapa Mia? Dia buat tak baik dengan adik abang ke?” bimbang Danish. Dia kenal sangat dengan sahabatnya pantang tengok perempuan cantik.
            “Tak la. Tak ada apa-apa,” sengaja Damia bertanya. ‘Untuk pengetahuan sahaja,’ Dia tersenyum.
            “Kak Lidya!” terjerit Damia apabila melihat kelibat kakak ipar kesayangannya itu. Nampak anggun berbaju kurung berwarna hijau.
            “Cantik kak Lidya,” puji Damia. ‘Cantik ke? Plastik sahaja buat masa ni. Ingatan aku sudah kembali. Ini bukan diriku yang sebenar. Tapi itu tak bermaksud aku tak boleh pakai baju yang dah ada,’ Lidya tersenyum memandang adik iparnya.
            “Terima kasih!” ucap Lidya sambil bersalaman dan berpelukan. Mereka berlima makan bersama-sama.
            “Sedapnya spaggeti Lidya masak. Macam masakan Danish sahaja,”Datin Erni memuji. Tersedak Lidya yang ketika itu baru hendak meneguk air.
            “Kenapa ni sayang?” Danish mengurut belakang isterinya itu. ‘Walaupun kami sekadar berlakon tapi bagi Danish ia tetap memberi kebahagia. Melihat Alya tersenyum manis kepadanya. Melayan dia lembut. Memanggilnya dengan panggilan yang aku suka. Memang bahagia..” Danish tersenyum-senyum.
            “Tiada apa-apa, abang,” lembut sahaja suara Lidya. ‘Mana la aku tak tersedak. Mama bandingkan masakan tu dengan masakan Danish, memanglah serupa sebab guna resipi dia,’ Lidya mempamerkan senyuman untuk semua orang.
            “Apa-apa pun sedap. Kena dengan selera papa,” puji Dato Akil sambil menambah untuk kali kedua.
            “Mia pun suka juga, kak,” Damia pula menyambung. Selesai juga makan malam mereka. Memang licin. Tidak tinggal sedikit pun.
            “Dah pukul 11 malam,” kata Datin Erni.
            “Kenapa mama? Mama nak balik dah?” Lidya bertanya. Dia tidak sabar menanti keluarga mertuanya pulang.
            “Dah lewat. Mama tidur sini sahaja,” Kata-kata Datin Erni bagai menjerut leher Lidya. Dia tersenyum kelat sambil mencengkam erat lengan suaminya. Geram.
            Danish yang dapat meneka apa yang telah membuat Lidya jadi begitu hanya ketawa perlahan.
            “Kau sabar aje la,” Danish berbisik di telinga Lidya. Lidya geram lalu memijak kaki Danish. Mengaduh kuat.
            “Aduh! Aduh! Sayangku...” Danish mengaduh sambil memegang kaki kirinya yang terasa sakit.
            “Kenapa dengan kamu, Danish?” Datin Erni menegur. Pelik dengan anaknya itu.
            “Tiada apa-apa mama, Cuma terasa sakit sebab ada semut besar gigit kaki ini,” Danish cuba bergurau.
            “Ada-ada sahaja kamu, Danish. Tunjukkan bilik mama dan Mia. Kami mahu berehat. Esok pagi Mia akan pergi kerja dengan papa dan Danish hantar mama pulang. Minggu depan baru kamu berdua mula berkerja kan?” bebel Datin Erni sambil merancang.
            “Baiklah mama. Ya, minggu depan. Ada 4 hari lagi kami bercuti ni,” jawab Danish.
            Danish menunjukkan bilik tetamu untuk mama dan papa manakala Damia terpaksa tidur di bilik Lidya tetapi dia tidak mahu sebab dia mahu tidur di ruang tamu untuk menonton televisyen. Cerita kegemarannya.
            Danish menarik nafas lega. Selepas Lidya memberi bantal dan toto untuk Damia, segera dia masuk ke bilik Danish. Penat seluruh badannya melayan keluarga mertuanya. Kelihatan Danish sudah terlena di atas katil. Matanya terpejam rapat.
            Lidya melepaskan ikatan rambutnya. Diurut lembut bahunya. ‘Kena bermalam bersama Danish pula. Ala, dia sudah tidur. Aku mahu tidur mana? Kalau tidur atas kerusi makin sakitlah badan aku. Lantaklah! Aku nak tidur atas katil gak,’ hati Lidya membuat keputusan.
            Perlahan-lahan dia memanjat katil. ‘Tiada bantal peluk?’ terkejut Lidya tetapi matanya tidak mampu lagi menahan mengantuk. Dia terus tertidur.
            Keesokkan harinya, perlahan-lahan Lidya sedar.
            “Arrgggghhhh!!” Danish yang lena sedang tidur, terkejut dengan jeritan Lidya.
            “Kenapa kau menjerit ni?”
            “Aku.... Aku terpeluk kau!” amuk Lidya.
            “Takkan pasal tu kau nak mengamuk?” Danish menyambung semula tidurnya sambil menarik tubuh Lidya dalam pelukannya.
            “Lepas la! Tak mahu!” tegas suara Lidya.
            “Lidya, kenapa menjerit?” suara Datin Erni dari luar biliknya. Dia mengetuk pintu berkali-kali.
            “Mama, Lidya ternampak lipas. Itu yang terkejut,” Jawab Lidya selamba.
            “Kalau macam tu, tak apa la,” Datin Erni terus meninggalkan bilik itu dan menuju ke biliknya.
            “Lipas?” Danish berbisik di telinga Lidya.
            “Ya. Lipas yang besar dan tanganya suka merayau tak kira berada di mana?” marah Lidya sambil melepaskan diri. Kini, dia sudah berdiri tegak di hadapan Danish.
            “Marah ke?”
            “Tak la. Sakit hati je.”
            “Meh la. Tidur dengan aku,” ajak Danish.
            “Ini arahan atau gurauan?”
            “Arahan!” tegas Danish. Sikap Lidya yang Danish rasa pelik apabila dia menyatakan ini arahan, Lidya akan mengikut kehendaknya bagai dipukau. Itu sebab dia suka mengusik Lidya.
            Lidya memanjat katil dan merangkak menuju ke arah suaminya yang sedang terbaring. Walaupun berbaju kurung hijau semalam, Lidya tetap wangi. Bau badan Lidya sudah sebati dalan diri Danish. Hati Danish berdebar melihat aksi isterinya. Kini isterinya menindih tubuhnya lalu dipeluk oleh Danish.
            Kucupan di ubun-ubun Lidya membuat diri mereka terbuai tetapi....

9 comments:

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi