Followers

Saturday 17 September 2011

7
Komen

SUAMIKU VAMPIRE BAB 19 siri 2

Kucupan di ubun-ubun Lidya membuat diri mereka terbuai tetapi....
            “Kak Lidya......Ops!” Damia selamba sahaja masuk ke bilik mereka dan terlihat adengan romantik itu. Segera dia menutup pintu semula.
            Lidya dan Danish juga terkejut. Mereka baru sahaja sedar dari mimpi yang indah. Lidya berdiri dan membetul-betulkan baju kurungnya dan dia membuka pintu bilik menjemput Damia masuk.
            “Kenapa Mia?”
            “Mia dah nak gi kerja ni. Nak salam dengan akak jer. Ayah dah lambat nak gi kerja tu. Mia pergi dulu..” katanya. Selepas bersalaman dengan Lidya dan Danish segera dia ke kereta ayahnya dengan senyuman penuh makna.
            Lidya memandang Danish. Ada debaran yang kuat dalam hati masing-masing. Lidya mengalah. Dia tidak mahu berperasaan begitu lalu pantas masuk ke bilik air untuk bersolat subuh.
*****
Damia menjadi seorang tukang cuci di sebuah syarikat. Dato Akil akan menghantarnya ke stesyen keretapi berhampiran. Damia akan pergi sendiri ke tempat kerjanya.
            Hari ini teman sekerjanya cuti, Mak cik Salmah adalah teman sekerja yang baik dan rajin. Tiga hari mengenalinya cukup untuk Damia menilai perwatakan ibu tunggal itu. Kini Damia di hadapan bilik ketua pengarah besar di syarikat itu. ‘Ala, CEO diorang la. Yang paling berkuasa ni. Ingatkan orang tua tetapi muda lagi. Tak kisahlah,’ hatinya mula membanding-banding.
‘Apa kejadahnya pengarah besar aku ni? Tak pernah-pernah lagi orang buat camni. Publisiti ke? Musykil betul dengan mukanya yang nampak serius tapi miang. Macam pernahku lihat wajahnya tetapi di mana ye?” Damia ligat berfikir.
‘Bulu kening yang sedikit tebal dengan mata yang sederhana kecil, hidung yang agak mancung. Mempunyai bibir yang mengoda iaitu bibir yang nipis dan tidak berwarna gelap sebagai tanda yang dia bukan seorang perokok. Tinggi setinggi bangunan KLCC iaitu 189cm.’
‘Gila apa? Aku ni baru jer 150cm. Sampai ketiak dia ajer kot. Tak mahu la. Aku reject awal-awal walaupun dia aku tengok dah lengkap serba-serbi,’ Damia berlagak seperti mencari calon suami pula.
‘Tang agama? Ala aku mana boleh nilai dia tang tu. Itu la aku! Aku suka memerhati orang sekeliling aku tapi aku terus lupa masa tu juga. Aku ada hobi yang pelik suka membuang masa dengan melakukan pelbagai pekerjaan sampai papa aku tak larat nak tegur atau halang. Aku minta tempoh dua tahun ajer, lepas tu aku kerja la dengan papa. Papa aku seorang usahawan yang berjaya. Usahawan dalam bidang menghasilkan produk pembinaan. Cehwah, mentang-mentang la aku ambik bidang perniagaan. Ayat pun formal tapi macam pelik. Produk pembinaan? Bahan pembinaan la,’ ulas panjang lebar Damia mengenai dirinya.
            “Mia, jangan lupa pergi kemas bilik pengarah. 10 minit sahaja. Saya tunggu kat luar,” arah Aslisa yang merupakan setiausaha pengarah muda yang Damia komen tadi. ‘Yelah, diletaknya gambarnya bukan main besar dekat pintunya. Berlagak kan? Bajet hensem la tu,’ gertak Damia
            “Baiklah kak Lisa,” Damia mula bergerak masuk ke bilik pengarah. Ini kali pertama dia masuk sebab mak cik Salmah yang selalu membersihkan bilik itu cuti tiga hari sebab anaknya sakit, kena balik kampung nun jauh ke timur. Damia yang kena mengantikan tempatnya selama tiga hari.
            Mulalah Damia memerhatikan sekeliling bilik tersebut sebaik sahaja dia menjejak kaki ke bilik tersebut. Kemas sahaja. ‘Aku nak kemas apa? Tak mencabar langsung,’ mata Damia meliar dalm bilik tersebut.  Dia membaca ‘Haris Akmal’.
            “Nama pun dah poyo,” Damia mula berkata-kata.
            “Ehem! Ehem!” Damia terkejut dengan sergahan itu sampai tersiku pasu Kristal kecil yang ada atas meja tersebut. Jatuh dan apa lagi, pecah. Damia tidak berani hendak berpaling menghadap muka pengarah itu. Dia duduk dan mengemas kaca yang sudah berkecai.
            “Apa poyo?? Itulah akibat mengutuk orang yang tidak bersalah,” tegurnya daripada belakang Damia. Dia dapat rasakan lelaki itu semakin menghampirinya dan duduk sama mengutip kaca Kristal yang pecah itu. Damia tidak berani mahu memandang muka lelaki yang merupakan majikannya. Dia mengutip dan terpegang tangan Damia.
‘Memang sah, pengarah ni miang,’ amuk Damia dalam hati.
            Damia mendongak. Kacak. Dia juga tergamam. ‘Kenapa? Aku terlalu cantik ke? Aku memang cantik pun cuma pendek ajer,’ puji diri sendiri.
“Kau lagi!” suara Haris tinggi. ‘Alahai king kong ni yang jadi bos aku. Hancur kerjaya aku di sini,’ kata hati Damia apabila mendengar suara mengamuk Haris. Damia terus dapat mengingati siapa lelaki yang ditiliknya tadi.
‘Dalam tengah marahkan aku. Sempat lagi dia pegang tangan aku,’ amuk Damia dalam hati. Pegangan itu erat. Damia sudah mula berasa pelik. ‘Nasib baik aku cepat sedar,’ Damia melambai-lambaikan tangannya depan Haris tetapi tiada respon.
            “Pengarah besar yang tinggi lagi poyo, tangan saya ni bukan untuk dipegang oleh lelaki ‘ajnabi’, okey?” Damia berkata. Jelas muka dia merah.
‘Malu kot,’ teka Damia. ‘Lepas tu cepat-cepat nak cover malu. Lelaki, semuanya sama,’ amuk Damia pula dalam hati. Dia berdiri tegak.
            “Kau pekerja baru ke? Tak pernah nampak pun,” Haris tanya Damia tetapi dia tidak menjawab. ‘Nak jawab apa yer? Tak payah jawab la. Buat dia sakit hati sikit,’ desis hati Damia. Dia pun mengangguk kepala sahaja.
            “Kau bisu ke? Tak boleh cakap ka? Sebelum ni bukan main berbisa lagi kata-kata kau,” soalnya lagi. ‘
‘Apa kena mamat ni? Aku nak mengaku aku ni bisu tak boleh pula sebab dia dah kenal aku,’ Damia  senyap lagi.
Tiba-tiba muka Haris merah sebab fikirannya teringat peristiwa dia bersama perempuan ini di tingkat atas sekali. Malu.
Tiba-tiba dia malu. Kenapa ye? Camner aku tau dia malu? Mestilah aku tahu, kulit dia yang putih berseri tu kalau malu memang senang nak kesan. Hah! Telinga dia lagi dahsyat merah. Kacaknya,’ Damia ketawa dalam hati.
‘Nak buli aku la tu. Yang penting kemenangan sentiasa berpihak pada aku,’ bangga betul Damia.
            Haris menyabarkan dirinya. Dia mengucap banyak-banyak dalam hatinya. Tidak baik berfikir seperti itu
‘Aku memang terpegun melihat kecantikan perempuan di hadapannya sejak pertama kali berjumpa. Yang aku tak tahan tu lesung pipi dia. Mantap tapi sayang, dia hanyalah seorang tukang cuci rupanya. Kalau anak dato ke? Aku pasti dah pergi masuk meminang,’ bisik hatinya.
            “Kau dah pecahkan Kristal kesayangan aku, kau boleh ganti ke?” soal Haris. ‘Ala takat Kristal besar kuman tu minta aku ganti, apa la sangat tapi kalau aku cakap boleh ganti nanti mesti dia akan curiga dengan status aku ni. Buat-buat tak boleh ganti la,’ Damia menggelengkan kepala.
            “So, aku tolak dari gaji kau setiap bulan. So, 3 tahun baru kau habis bayar,”
“What?!” Damia terkejut. ‘Sengaja betul la king kong ni, buat aku terkejut badak. Yelah  dia sebut tiga tahun. Nak mampus ke? Baik aku pinjam kat Along daripada kerja tiga tahun,’ cadang Damia dalam hatinya lagi.
            “Kontrak saya kerja disini hanya dua bulan sahaja,” Damia bersuara. ‘Mana boleh! Aku tak nak keja tiga tahun. Aku nak kerja di tempat lain. Lagi pun tempoh aku dah hampir tamat. Aku ada dua bulan dua minggu  ajer nak buat apa yang aku suka. Lepas tu kena kerja dengan ayah. Aku nak cuba satu tempat lagi sebelum aku terikat dengan ayah selama-lamanya. Itu pun kalau sempat,’ itulah pelan yang telah disusun oleh Damia.
            “Kau boleh panjangkan kontrak kau,” cadang Haris.
            “Tak mahu. Saya dah kata akan kerja dua bulan sahaja. Okey,berapa harga Kristal pengarah besar tu? Saya ganti cash nanti,” jelas Damia dengan penuh keyakinan.
            Haris terkejut.
‘Biar betul perempuan ni. Muka macam boleh percaya sahaja. Aku mula la fikir yang bukan-bukan,’ desis hati Haris pula.
            “Hargainya RM5, 000  itu pun aku dah kurangkan sikit sebab kesian kat kau,” jawab Haris.
‘Ala aku ingat mahal sangat. Lima ribu sahaja. Along, pinjam duit along yer?’ Damia merayu dalam hati.
            “Baiklah. Sebelum saya berhenti kerja, saya akan bayar pada pengarah besar. Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu,” Damia sudah mula melangkah setelah habis serpihan Kristal yang pecah itu dikutip.
            “Baiklah. Jangan lupa,” Haris mengingatkan Damia. Dia melangkah keluar. Aslisa menegur Damia apabila ternampak kelibatnya.
            “Bos mengamuk ke?” soalnya apabila melihat ada serpihan Kristal.
            “Mengamuk gila. Menakutkan muka bos bila mengamuk. Macam muka King Kong. Dahla badan besar macam spesies tu,” Damia berkata bersungguh-sungguh. Tiba-tiba wajah Aslisa yang senyum lebar dah bertukar masam dan kaku. Rupa-rupanya pengarah besar ada di belakang Damia. Dia pun kecut jadinya.
            “Aslisa, siapa nama pekerja baru ni,” tanya Haris dengan kening dinaikkan sebelah.
‘Memang sah macam king kong sudah. Aku ni kat bawah ketiak dia ajer bila dia berdiri tegak kat belakang aku. Aku tak sanggup nak pandang muka dia,’ Damia berjalan perlahan-lahan dan terus menghilangkan diri dari pandangan matanya. Lepas tu dia tidak tahu apa yang terjadi.
*****
Danish menghantar Datin Erni ke rumah bersama Lidya.
            “Makan tengah hari di sini ye?” ajak Datin Erni. Danish setuju sahaja. Wajah Lidya seperti bimbang sahaja. Datin Erni sudah ke dapur.
            “Kau macam mencari sesuatu sahaja,” Danish menegur Lidya.
            “Cari LA...”
            “Kenapa cari LA? Kau nak peluk dia ke?” belum sempa Lidya menjawabnya, Danish menyambungnya lagi. “Kalau kau nak peluk dan belai dia, sikit sahaja kau dapat pahala. Baik kau peluk dan belai aku. Pahala kau berganda,” terkejut Lidya dengan kata-kata Danish. Dia berasa geram lalu mencubit lengan lelaki  yang nakal itu.
            “Sakit sayangku cubitanmu itu...” sempat lagi Danish bergurau. “Sayang, LA datang!” Danish mengusik Lidya.
            “Mana-mana?” dalam hati Lidya berdegup kencang. Entah kenapa dia kurang gemar dengan makhluk bernama ‘kucing’ ini. Hatinya akan berdebar-debar, geli dan tidak selesa. Rasa macam hendak lari jauh-jauh dari kucing tersebut.
            “Meow...” LA bermanja dengan Danish. Danish memangkunya.
            “Ingat dukung baby ke?” amuk Lidya.
            “Binatang ni tak bersalah. Yang kau nak marah dia kenapa?”
            “Bila masa aku marah dia. Aku marah kau tu. Dukung macam dukung anak sendiri,”
            “Yelah, nak tunggu kau bagi aku anak, lambat lagi,” Danish masih dalam mood gurau. Lidya betul-betul geram. Danish tersenyum apabila Lidya meninggalkannya bersendirian di ruang tamu.

7 comments:

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi