Followers

Saturday, 14 January 2012

3
Komen

CINTA KE 16


Kepala Zeck masih di dada Ria. ‘Macam mana aku nak lari ni? Mamat ni asyik nak pegang aku aje. Fikir Ria. Fikir!’ matanya terpejam. Dia masih kaku dalam pelukan Zeck.
            Zeck meleraikan pelukannya. Dalam diam Ria terasa pelik. Dia mengambil keputusan hanya beku begitu sahaja. Rupa-rupanya Zeck menyangka Ria sudah tertidur.
            Zeck bangun lalu keluar. Perlahan-lahan Ria membuka kelopak matanya apabila yakin yang Zeck sudah keluar dari bilik tersebut.
            “Huh, lega!” Ria mengeluh berat. Memang maut betul ciuman Zeck. “Gila!” itu sahaja yang keluar dari mulutnya sejak pagi tadi. Dia terkenangkan ayahnya, Ardi.
            “Ayah, rindu pada ayah!” air matanya mengalir. Makin lama, makin kuat esakkan Ria. Tiba-tiba muncul Zeck.
            Ria juga terkejut dengan kehadiran lelaki itu. ‘Ingatkan tak nak masuk dah.’
            “Kenapa nangis ni? Zeck minta maaf kalau berkasar dengan Ria tadi. Minta maaf ya?” Berkali-kali lelaki itu meminta maaf kepadanya.
            “Ria rindukan ayah.” Air matanya makin galak menangis. Dia memeluk Zeck tanpa dia sedari.
            “Sabar ya? Ayah Ria mesti selamat. Doakan untuk ayah ya? Dah jangan nangis. Nanti abang-abang Ria belasah Zeck pula kalau tengok Ria nangis camni,” ujar Zeck lembut.
            “Hah, lagi bagus!” Ria meleraikan pelukan dan ingin ke pintu bilik. Dia ingin memanggil abang-abangnya dan dia boleh larikan diri. Emosinya terus berubah kalau dapat menyusahkan Zeck.
            “Eh, Eh! Awak nak ke mana tu? Tadi bukan main bermanja dengan kita. Sekarang buat tak tahu dengan kita.” Zeck membebel.
            Ria pura-pura tidak mendengarnya.
            Ria membuka pintu dan ternampak kelibat Shahdan. Shahdan juga yang perasan dengan wajah adiknya yang sedih, segera menghampiri bilik pengantin itu.
            “Kenapa ni? Zeck buat perkara tak elok dengan Ria?” soal Shahdan. ‘Abang Dan ni tanya macam la Zeck tu orang luar. Dia lebih berhak atas Ria daripada abang tau.’ Ria ingin tergelak.
            “Abang Dan!” Zeck terkejut. ‘Berjaya juga minah ni panggil abang dia. Sabar Zeck. Cool!’
            “Kenapa Ria nangis? Kau jangan nak paksa-paksa adik aku kalau dia tak suka.”
            “Paksa apa abang Dan?” Zeck pura-pura tidak faham. Terlalu banyak kepura-puraan pada saat itu.
            “Paksa yang itu la.” Shahdan berkata tanpa ada perasaan malu. Wajah Ria terus merah. Malu. Darah naik ke muka serentak. ‘Aku pula yang kena malu ni. Alamak, tak boleh jadi. Plan B pula tapi plan B aku apa?’
            Zeck ingin ketawa mendengarnya. Kini, dia faham apa yang dimaksudkan oleh Shahdan.
            “Oh, yang itu? Ria tak rasa terpaksa pun.” Jawab Zeck tanpa ada perasaan malu. Shahdan tersenyum.
            “Kalau macam tu, cepatlah abang dapat anak sedara.” Shahdan berkata. Dia benar-benar gembira. Makin merah muka Ria. Ria cuba menyabarkan diri.
            “Orang bukan nak cakap pasal tu. Orang tengah sedih ni. Sampai hati abang Dan.” Ria berlari keluar bilik. Nasib baik tudungnya masih utuh dikepalanya. ‘Ya, inilah plan B.’
            Ria berlari ke keretanya.....
            Ria berfikir. ‘Aku kan mana reti pandu kereta. Aku nak lari macam mana ni?’
            “Ria!” panggil Zeck.
            ‘Cepatlah! Cepat lari. Jalan kaki, jalan kakilah!’ hatinya tidak keruan melihat Zeck dan Shahdan semakin menghampirinya.

3 comments:

  1. hihi.. ria manja ... nak lari kemana la pulak si ria ni~ eehe

    ReplyDelete
  2. hihih ria ni ada plan dia nak buat hihihi

    ReplyDelete
  3. bestx2...plan pa 2 sis...??? heheheh....smbungx2 g...heheh....:)

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi