Tadi ayah beritahu aku
yang perkahwinan itu seminggu lagi. Aku tak boleh keluar pergi mana-mana itu
yang tak tahan ni. Sakit kepala aku. Aku mana reti duduk diam dalam rumah.
Mesti nak keluar juga. Tetapi demi Ibu aku yang susah payah menyiapkan masjlis
akad nikah ini. Aku akan jaga perangaiku.
Aku pejam. Lepas tu aku celik
balik. Aku pejam lagi. Aku celik lagi sekali dah datang hari yang aku tak ingin
tunggu langsung ini. Orang kata muka aku berseri?? Tanda soal. Berseri tang
mana la. Hati aku terseksa tau tak?
Aku memakai warna skema yang
menjadi pilihan si budak Izz, warna ungu gelap? Itu warna skema ke? Warna skema
bukan ke warna hitam. Ungu gelap cantik gak tapi hati aku ni berdebar kencang.
Sejak lima tahun lalu aku tak pernah jumpa dia. Sakit jiwa ragaku menahan
perasaan debaran yang melanda hebat.
“Wina!” Ada suara yang amat ku
kenali menegurku.
“Kak Ria!” aku menjerit bagaikan
melihat hantu. Nasiblah kak Ria. I miss you.
“Wah, makin cantik. Patutlah
dulu sibuk duk tanya pasal Izz, rupanya jodoh korang. Akak tumpang gembira.
Rasa diri ni tua pula.”
“Kenapa akak cakap tu pula?”
“Tak ada apa-apa la.” Aku
melihat kak Ria termenung.
“Rasa diri tu tua sebab tak
kahwin lagi. Abang nak kahwin, tak sudi nak terima.” Abang sepupu aku masuk.
Zeck. Alahai. Diorang ni memang sepadan.
“Baik awak diam. Jangan nak
memalukan saya. Wina, akak tunggu kat luarlah ya?” Aku tersenyum sahaja. Nak
larikan dirilah tu. Kak Ria ni.
Hati aku makin berdebar apabila
ibu datang menghampiriku supaya bersiap sedia. Masa bertunang tak ada pula rasa
macam ni. Masa kahwin, rasa nak tercabut jantung ni. Dari jauh aku dah nampak Izz Irfan sudah siap
sedia depan tok kadi. Aku tengok mukanya, mak ai, kacak! Bakal laki siapa la? Aku ketawa nakal
dalam hati.
Aku pun berangan entah ke mana.
Aku hanya tersedar apabila Kak Ria menyiku aku. Apa hal pula main siku-siku ni?
Aku melihat dia tetapi bila aku tengok depan, baru aku sedar yang Izz Irfan
sudah di hadapan aku. Aku terasa air liur ni pahit macam ubat demam. Bila masa
dia ada hadapan aku ni? Dia sedang memegang cincin untuk sarungkan ke jari
manisku.
Menggigil tangan aku apabila menghulurkan
jariku kepadanya. Dia mengenggam tangan aku terlebih dahulu. Dia tersenyum
macam selalulah. Aku cuba tersenyum tapi tak boleh. Aku rasa mahu memenangis.
Kenapa ini yang terjadi. Air mata yang mengalir pula. Aku sarungkan cincin
dijarinya pula. Sejurus itu dia menyapu air mataku lalu mengucup lembut dahiku.
Mataku terkebil-kebil. Terpana dengan tindakannya.
“Siap kau nanti!”
“Siap apa?” sempat lagi dia
berbisik kat telinga aku. Yalah, orang ramai sangat ambil gambar. Terpaksa kaku
seketika.
“Berani kau buat tak tahu pada
aku.” Agak keras suara Izz Isfan. Aku peduli apa. Janji aku dah buat apa yang
kau mahu. Ni nak marah-marah aku pula.
“Suka hati akulah.” Aku buat tak
tahu. Sia-sia aku menangis. Lelaki tak
betul! Amuk aku.
“Auwwwhhh!” aku terjerit kecil..
Tak guna punya laki! Sempat tangannnya sebelah merayau ke pinggan aku. Aku
punya badan ni sensitif. Cepat rasa geli. Wajah aku sudah merah. Apa lagi ramai
yang snap gambar aku. Si Izz tersenyum puas. Benci kau!
Kenapa mesti malam? Malam untuk
orang tidur dan berehat tetapi tidak bagi aku. Aku berasa gerun menghadapi
malam pada hari ni. Apabila teringat kata-kata ugutan Izz tadi, aku menjadi takut.
“Ibu. Takutlah.” Aku mengadu
kepada Ibu apabila terserempak dengan ibu ketika aku ke dapur untuk minum.
“Takut apa?” ibu tersenyum. Aku tahu
yang ibulah orang paling bahagia hari ini kerana tanggungjawabnya pada aku
sudah lepas tapi aku tahu dia sayangkan aku. Aku pun sayangkan ibu juga.
“Takutlah. Mana tahu si Izz tu
buat yang bukan-bukan pada Wina.” Aku mula merepek.
“Shhhh...” ibu meletakkan jari
telunjuknya pada bibirku. Aku terdiam. “Tak baik cakap macam tu. Izz tu suami
Wina. Selagi dia tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan agama, Wina
wajib ikut segala perintahnya. Kita sebagai isteri, kena dengar kata-kata suami
dan taat setia. Ingat pesan ibu ni ya?” nasihat ibu.
“Awak kat sini rupanya. Lama abang
tunggu kat bilik. Wina, dah kahwin pun tak reti-reti masuk bilik awal ke?” Ayah
aku menyindir ku. Sebut pasal ayah, ayah banyak berubah sejak aku berkahwin
pagi tadi. Muka bengisnya tiada lagi. Apa kaitannya muka bengis ayah dengan
perkahwinan aku? Pelik.
Aku pun bersalaman dengan ayah
dan ibu lalu menuju ke kamar pengantin. Aku pasti Izz ada menanti aku.
“Apasal kau lambat? Saje nak aku
cepat tua sebab tunggu kau ya?” suara Izz yang suka marah-marah mula
kedengaran. Aku cuba tersenggih. Habislah aku malam ni. Tolong....
ni part yang terakhir tau...lepas ni kena tunggu dalam p2u...terima kasih...
ni part yang terakhir tau...lepas ni kena tunggu dalam p2u...terima kasih...
ha ha .. tipah tertipu ... okay rin tunggu kat p2u .. cuDp2u ~
ReplyDeletecian rin...hihih tertipu sikit aje...
ReplyDeleteish kena tggu kat p2u ke???
ReplyDeletejgn lmbt2 yek ria..
x sbr tggu next n3...
kene tunggu penulisan2u pulak :(
ReplyDeleteAkak, saya dah buat sambungan untuk cerpen saya tu, saya perlukan teguran akak lagi :)
Ala , tak sabarnya nak tunggu keluar kat p2u .
ReplyDeletekt p2u.. isteri vampire gune name ape?
ReplyDelete