Lelaki mata
palsu itu menyergah Izz irfan yang sedang asyik membaca dokumen penting atas
mejanya. Sedikit pun Izz tidak terkejut.
“Tak ada feeling betul la abang ni,”
aku tersengih memandang adikku yang baru pulang ke Malaysia. Dia ni adik kembar
aku, namanya Izz Isfan. Dia tak minat bidang perniagaan, terpaksalah aku yang
kena uruskan semua ini. Abi pula bersara awal. Katanya nak bermanja dengan
ummi. Dah tua-tua pun nak bermanja. Apa kejadahlah? Kini Abi dan ummi berada di
tempat yang dia sendiri tak tahu di mana. Kalau ada apa-apa berlaku, just mesej
di email sahaja. Dengan anak sendiri pun mahu buat macam tu.
“Dah jumpa bakal kakak ipar adik.”
Soalku.
“Dah jumpa. Memang sesuai dengan
abang. Sorang banyak cakap, sorang pendiam.” Komennya. Aku naikkan keningku
sebelah tanda aku tak berpuas hati dengan pendapatnya. Isfan hanya tersengih
“Tapi
abang, rancangan abang memang perfect!” pujinya pula. Budak ni betul-betul
mulut manis. Aku jahit mulut tu. Dia tak tahu ke yang aku ni pantang dipuji.
Mulalah aku rasa sakit perut. Aduh!
“Apa
yang perfect?” sengaja aku buat suara serius. Aku memang sukakan Syazwina.
Namanya secantik orangnya. Rindunya. 5 tahun tak berjumpa. Mesti dia tak tahu
yang aku dah seminggu dekat Malaysia. Aku tersengih.
“Apa yang abang buat la. Tak pernah
orang buat camtu lagi. Perjanjian tu.” Kata Izz Isfan. Aku tersenyum bangga
tapi aku cuba kawal diri.
Kali pertama aku terserempak dengan
Syazwina ketika hujan lebat. Entah mengapa saat itu aku seperti terdengar lagu
hindustan mohabbaten. Jatuh cinta katakan. Biarlah rahsia dulu.
“Sebenarnya itu rancangan abi.”Jelasku.
memang Abi yang bagi rancangan perfect itu. Ummi pula jadi penyokong. Abi dan
Ummi memang sehati dan sejiwa. Walaupun dah tua tapi masih bersemangat muda. Sayang
betul dengan Abi dan Ummi.
“Rancangan Abi? Mantaplah Abi.” Asfan
memang suka benda yang pelik-pelik. Tengok sahaja peribadinya. Memang pelik. Berjangkit
dengan seseorang yang suka buat kerja pelik-pelik.
Aku teringat perbualan aku dengan
Abi dan Ummi.
“Abang, jemput minum.” Ummi berkata.
Aku hanya melihat perbezaan saiz cawan aku dengan saiz cawan Abi.
“Terima kasih sayang.” Abi
tersenyum. Depan aku pun nak romantik juga ke? Tapi kenapa aku tak ada
ciri-ciri romantiknya. Serius memanjang diriku ini.
“Ummi, kenapa abi selalu aje dapat
gelas lebih besar dari Ir dan Is?” aku bertanya. Ketika itu usia aku baru 18
tahun. Masa tu aku dah jatuh cinta dengan Syazwina.
“Apa-apa perkara yang ummi buat,
mesti kena lebihkan suami. Nanti cemburu, susah juga Ummi nak pujuk.” Kata ummi
sambil menjeling manja ke arah Abi.
“Nak cemburu dengan siapa?”
“Dengan Ir dan Is la. Sakit juga
kepala Ummi ni.”
“Teruknya Abi. Cemburu tak kena
tempat.” Aku berkata lalu meneguk air teh kegemaran Abi.
“Ada abi kisah? Hah, macam mana dengan
perempuan yang Ir suka tu? Dah luahkan perasaan?” soal Abi. Aku hanya mampu
menggeleng.
“Susahlah Abi.”
“Kenapa?”
“Malulah...” aku berterus terang.
“Sikap siapalah yang la Ir dapat ni?
Abi zaman sekolah dulu tak tahu malu tapi kamu ni terlebih malu.” Abi pun
gelengkan kepala juga.
“Nak buat camner Abi.”
“Kamu buat macam nilah....” Abi pun
menerangkan kepada aku satu persatu.
“Boleh ke?” Abi bertanya. Aku terdiam.
“Ummi sokong aje. Nakal juga abang
ni ya?”
“Dulu nak juga buat pada sayang
macam tu tapi tak sangka orang tu yang sudi nak kahwin dengan kita.” Jelas Abi.
“Kita pula yang kena. Kalau orang tu
tak meminang, tak adanya kita kahwin.” Balas ummi. Aku hanya mampu tersenyum.
“Abi. Ummi. Ir setujulah.” Aku yakin
yang aku boleh buat...
“Baguslah camnilah anak Abi.”
“Anak Ummi juga.”
“Mestilah. Inikan Izz Irfan Bin
Danish Aniq...” aku tersenyum lagi tapi tak lama sebab aku rasa perut ni sakit
bila di puji. Aku meminta diri untuk ke tandas. Ummi dan Abi hanya tersenyum
melihat tingkah laku aku yang tak berapa nak matang. Terima kasih ummi dan Abi.
Sayang korang!!
Ini part terakhir...sila tunggu untuk yang full...baru puas nak membacanya...terima kasih semua...
Ini part terakhir...sila tunggu untuk yang full...baru puas nak membacanya...terima kasih semua...
ohhh..rupanyer mata palsu tu adik izz..bestnyer parents izz, sporting habis..
ReplyDeletehihihihihi memanga best...hihihihi sebab abi dan umminya pun lebih kurang aje dengan diorang hihihihi terima kasih jadi orng pertama komen...
ReplyDeletelorh...adek dia rupenya :)
ReplyDeleteyg penting ''Ir ngan Is'' anak Danish Aniq..hehe..mesti umi dorg Lidya Alya..
ooo.kranya ni smbngan ksah abi n umi dia la erk..br prsan la...dlu danish aniq ngn alya lidya...skrg da b'jgkit kt ank dorg plak ye...ermm...mnrik cte ni...hehe..~cahaya chenta~
ReplyDeletebetul tu shakirah...ingatkan tak ada yang perasan hihihih
ReplyDeletecahaya centa....hihihi awak pun perasan..terima kasih...yup better ria buat sambungannya...
ReplyDeleteadoiii.. ada pulak sakit perut bila dipuji. hehe
ReplyDeletehehehe.. suker3..
ReplyDeletegenerasi SV rupenyer..
lg la akk suker..
mcm abi n umi dia dlu2 gaks..
m....hihihi yap sakt perut apabila org lain puji...kalau diri sendiri tak rasa apa...itu pasal dia suka berbangga diri daripada org lain puji dia hahahah
ReplyDeletekak edayu...lebih kurang la...tapi yg tak tahan tu, itu idea danish...sabar aje..tua2 pun nak buat idea nakal...dengan anak sendiri pula tu...
ReplyDeletetue la.. x hbs2 dgn nakal danish nie.. dr muda sampai tua.. siap bg idea lg kat ank dia..
ReplyDeleteyg paling bestnyer smpai tua pun danish n lidya tetap jd loving couple.. sweetssss sgt..
Kak Edayu...danish siap bersara awal...sajer nak buli anak...adesss...umur 45thn dah bersara..anak pun baru 29 thn...adesss...tak kesian pada anak betul...muda2 dah kena uruskan syarikat..nasib baik irfan ikut aje..kalau isfan....ish ish ish suka ikut perangai makciknya adessss.
ReplyDeletesalah bukan 29 tapi 20thn..salahtulis....
ReplyDeletecan't wait to read...
ReplyDeleteadess... tertipu lak dg kak ria silap smua andaian ktorg ni hhehehe bestt gak cte ni cpat sambung ade gak penerus Danish Aniq ni ye... lepas ni buat gak "Menantuku Vampire" smua seri vampire ade ahakss
ReplyDeleteblinkalltheday - sabar ya..tunggu keluar p2u k?
ReplyDeleteapa anika??menantuku vampire??oh no...kalau untuk tulis suka2 boleh la hihihihi memang silap...kalau boleh semua andaian pembaca, ria cuba elakkan hahah supaya cerpen ini tidak dapat dijangka apa yang akan berlaku hahah
ReplyDeletewahhh..anak danish rupenye..
ReplyDeletehehhe...patotlaa ayah dy sporting..ehehe
ler....ayah dia Danis Aniq...ptt la sporting habis...
ReplyDeletelahhh... dah tua da mr vampire kita ... SV ... skang ni zaman IV pulop... kekekeke...
ReplyDeletekalau nak buat menantuku vampire, memng blog akak jadi blog vampire lepas nih~ keh keh keh... waitin for the last part! ^__________^
cayalah danish dgn lidya..boleh pulak bg idea macam tu kat anak doang..memang superb nak cerpen ni..kak ria ,tak sabar nak tunggu full version..
ReplyDeleteank danish n lyda ke...
ReplyDeletepatut la suka ati dia jer wat kat wani cam tu...
Ria...
bkn klw 5 thn lg umur si ir nie 24 ker...
dia abis 6 atas umo 19 kn...
yay!! sambungan sv rupanya! best2!
ReplyDeletesz
terima kasih yang komen hihihi memang danish dan lidya punya anak hihihi hmmm
ReplyDeletethank nursya sebab tegur pasal umur..yup...24thn la...salah kira hahahah
wah...~~~!!!! best gila...sweet je eh...
ReplyDeletebest tak apa....tapi jangan gila hihih terima kasih nurfazila....hihihihi
ReplyDeletewow! Bestnyer! dapat baca sambungan loving couple diantara lidya dan danish pasttu anak dia pulak yang sambung! harap2 dua2 cerita ni keluar novel eh! anyway, keep it up! ^_^
ReplyDeleteakak ... cantik cover ~~
ReplyDeletesmbg..best3..
ReplyDeletenk tgk cm mne reaksi syazwina lpas jumpa an izz irfan..hikhik
la izz tu ank danish ke..
ReplyDeleteptut la prangai izz lbh krang sme je ngn abinyer..huhu
tpi danish lbh2 lg drpd izz..huhu
sjk bce part 1 lg asyk nk trglak je bce ksah izz ngn wina mse zmn skola dlu..
apa2 pn mmg best r crpn nie..^_^
nape la citer akk ni kiut sangat.. eiii..rasa nk gigit-2 aje dorang sume tu...hahaha...kiut- kiut... i likeeeeeeee~!!!!
ReplyDeletebrg sape yg x suke citer ni..meh sini.. nat bg back-hand jap...hahah*brutal gilerrr kau*
Lawak la parents Izz Irfan tu . Ingatkan rancangan dia sorang . Rupanya abi dia punya idea . Hihi . Best2 .
ReplyDeleteBestlaa citer ni...novel suamiku vampire dh abes..nnti isteriku vampire kluar dlm bentuk novel ke?
ReplyDelete