Followers

Monday, 16 January 2012

11
Komen

CERPEN : ISTERIKU VAMPIRE part 3

"Wina, Kau dah tak boleh lari dari aku. Hanya aku boleh berikan kau cinta"


Sejak itu aku menjadi seorang vampire yang mengejar lelaki-lelaki demi membatalkan perjanjian mengarut itu. Aduh! Ini mesti kes terpengaruh dengan movie twilight yang baru ni. Aku mengeluh.
            “Kenapalah orang tak suka aku ni?” aku mengeluh lagi kuat. Apa lagi yang mampu aku buat.
Aku menggelabah. Aku pelik dan sangat pelik. Kenapa tak ada orang nak suka aku? Apatah lagi nak buat aku jadi bini. Aku nak upah pun diorang tak mahu sebab ada orang upah mereka dengan bayaran yang lebih tinggi. Apa kejadah ni? Ada sebulan lagi mamat perasan bagus tu nak balik. Apa aku nak buat ni?
“Aku akan bayar kau lebih kalau kau sudi jadi suami aku.” Kataku dengan penuh harapan. Aku siap pandangan lelaki itu dengan mata yang berkaca-kaca. Harapanku menggunung tinggi. Kau tahu tak?
“Aku bukan tak nak terima tapi ada orang bayar aku lagi tinggi.” Katanya. Eh, mamat ni? Siapa yang dah tempah mangsa aku ini dulu? Asal aku cari lelaki, macam tulah jawapannya. Sungguh menyakitkan hati. Aku segera meninggalkan tempat itu.
Benci bila teringat peristiwa menyakitkan hati. Aku teringat masa akhir persekolahan aku. Yalah sebab dia tak berani nak datang rumah aku.
“Ingat, lima tahun lagi kita akan berkahwin.kau jangan cuba nak lari dari aku.” Pesannya.
“Kau ingat aku ni atlet olahraga ke? Nak lari-lari. Aku ni sekadar altlet bola baling. Bahagian menyerang. Kalau kau nak rasa, boleh aja.” Aku sudah berasa geram yang amat. Apa kejadah aku nak lari? Tak perlu lari sebab aku akan buat juga. Tak nak kahwin dengan kau.
“Kalau kau penyerang bola baling, aku pula penyerang ragbi. Nak cuba tak? Tengah ganas ni.” Katanya. Aku terdiam. Baru-baru ini aku tengok juga  pemain-pemain ragbi. Badan besar-besar. Pertandingan perinkat negeri tu buat di sekolah aku. Sempat juga aku perhatikan bakal suamiku ini bermain. Mak ai, bergaya habis, hati aku berdebar-debar melihat gayanya yang amat bergaya. Bermain tanpa memakai cermin mata skemanya.
Lepas tu aku mengamuk dengan diri  sendiri sebab aku duduk kat tepi padang tu sampai habis pemain wakil sekolah aku. Dan yang paling nak gugur jantung aku dia sempat pandang pada aku dengan senyuman yang berunsur-unsur kejahatan sebab pemain ragbi sekolah kami juara dalam permainan akhir untuk tahun ini.
“Terdiam pula dia. Aku tahu aku sangat bergaya.”
“Perasan aje lebih. Ala, aku boleh berlakon jadi awek kau. Tak perlulah kahwin-kahwin ni.” Aku cuba memujuk.
“Berlakon?”
“Aku ni pelakon terbaik heroin...”
“Dan aku pelakon terbaik hero. Kau jangan nak mengarut. Perkahwinan ini tetap akan terjadi.”
“Okay tapi kenapa kau pilih aku?” nasib baik aku teringat nak tanya perkara paling penting ni.
“Sebabnya..... malam pertama nanti kau akan tahu.” Dia tersengih. Muka tak tahu malu. Malam pertama pula. Menyampah aku. Tak padan dengan budak. Eh, umur dia dah 19tahun! Lainlah aku ni masih bawah umur, baru 17tahun.
“Dahlah!” katanya sambil berdiri. “Kau tetap jadi milik aku. Itu pasti!” katanya sambil membetulkan cermin mata skemanya.
“Maknanya kau suka aku. Itu sebab kau nak sangat aku jadi bini kau?” aku beritahu pendapat yang agak bernas ini tetapi dibalas dengan gelak ketawa yang begitu mendebarkan hati aku. Dia merenung aku dengan senyuman yang sentiasa membuat aku tak senang duduk pada hakikatnya.
“Mungkin..” kata mamat tu. Aku menjerit sekuat hati. Mamat poyo!!!! Geram sungguh rasanya.
Benci aku nak ingat perkara tu. Sakit jiwa dan ragaku.
            Aku berjalan sekejap ke kiri dan patah balik ke kanan. Aduh, kepala aku sudah pening. Sebulan. Dalam masa sebulan ni. Aku tak dapat nak fikirkan secara waras. Walaupun Izz dah meminang aku dan ayah menerimanya tetapi aku ada hak nak kahwin dengan lelaki yang aku cintai.
            Sejak si Izz tu pergi ke luar negara, sikit pun dia tidak pernah menghubungi aku. Itu yang buat aku sakit hati. Sebenarnya aku ada langgar syarat-syarat yang dia tetapkan sebelum kahwin. Syarat yang pertama pulak tu.
            “Jangan cari lelaki lain. Aduh!” aku mengeluh. Kertas perjanjian yang dia bagi pada aku tu, aku jaga elok-elok supaya aku ingat. Ingat untuk aku tidak patuhi syarat tersebut. Patutnya dia boleh terbatal dengan sendiri tetapi tidak pula.
            Aku berjalan lagi. Keindahan alam dihadapan aku tidak mampu memberi ketenangan pada jiwa aku yang bercelaru dengan perjanjian mengarut ni.
            Tiba-tiba aku terpandang seseorang yang begitu menarik perhatian. Walaupun rambutnya panjang seperti Faizal Tahir, ia diikat dengan kemas. Tingginya pula seperti Hitrik Roshan. Badannya yang agak gagah seperti Ady Putra. Matanya warna biru. Mungkin mata palsu.
            Ternganga mulut aku melihat lelaki yang tidak dikenali tu.
            “Cik adik, ya pun tengok saya yang kacak ni, janganlah sampai ternganga macam mulut buaya. Bahaya tau” tegur lelaki itu apabila dia perasan cara aku melihat dia. Mungkin ketara sangat kot. Mulut buaya? Agaknya kau kot yang buaya darat bukannya aku...
            “Aku bukan apa. Aku tengok mata kau tu. Mata betul atau mata palsu?” pandangan mata aku masih di matanya. Lelaki itu tersenyum. Apa? Macam pernah aku lihat senyuman tu. Tapi di mana ya?
            “Mata palsu?”
            “Yalah. Dalam bahasa Melayunya Kanta Mata atau kanta sentuh.” Kataku. Aku ingat dia ni mat salleh sebab dari tadi mukanya blur tiap kali aku cakap. Lepas tu asyik senyum sahaja.
            “Oh, dan bahasa Inggerisnya ialah....”
            “Kau cikgu English ke? Nak translate apa yang aku cakap?” dengan selambar aku memotong kata-katanya. Lelaki tu senyum lagi. Sah! Spesies dengan Izz.
            “Kau ni lucu la.” Pujinya. Itu puji ke? Sedangkan aku tak buat lawak pun. Kalau aku masuk mahajara lawak mega pun, mungkin Boboi dan Osbon tak dapat masuk akhir sebab aku dah menjuarainya. Apa yang aku mengarut  di saaat ini? Mamat mata palsu, kau memang nak kena. Saja nak cari masalah dengan orang yang dah sedia ada masalah besar.
            Aku berlari perlahan macam gaya nak lompat jauh gitu. Perlahan dulu dan terus aku pecutkan larian ini. Dengan selambar aku tarik tocang rambutnya yang ala-ala Faizal Tahir tu dan terus meninggalkan lelaki itu. Tak pasal-pasal aku panggil tocang rambut padahal kau tak ikat tocang pun. Padam muka! Siapa suruh kau cakap aku nganga macam mulut buaya. Aku tinggalkan mamat mata palsu tu.
Lelaki itu ketawa terbahak-bahak. Dan aku tak tahu apa yang jadi. Aku pandu kereta dan terus cari makan. Itu lagi bagus.
*****
Lelaki mata palsu itu masuk ke dalam sebuah rumah banglo.
            “Tuann Izz...” kata seorang pembantu di rumah tersebut.
            “Tuan ada tak?” soal lelaki mata palsu.
            “Ada, di bilik bacaannya.” Kata pembantunya itu.
            “Terima kasih. Mak cik, buatkan air kegemaran saya ya?” pintanya.
            “Baiklah, tuan.”
            “Mak cik, awat formalnya hari ni?” soal lelaki mata palsu itu.
            “Izz, nanti tuan besar marah. Habis mak cik nanti.” Kata pembantu rumah itu sambil menunjukkan gaya memotong leher. Brutal gitu mak cik.
            “Okay. Terima kasih mak cik!” lelaki mata palsu itu segera ke bilik bacaan tersebut.

11 comments:

  1. si izz la tu dia jumpa. hahaha. cpt sambung!

    ReplyDelete
  2. M...wah...M jumpa si izz...cuba baca betul2 babak akhir tu...si mata palsu tu nak jumpa dengan siapa...
    terima kasih jadi komen orang yg pertama...^_^

    ReplyDelete
  3. salam kak ria
    dah lama xbagi comment kat sni hehehe
    senyum je dari mula bce cerpen "IV"
    pandai Izz tipu wina kn...sebulan lg tp Izz dah balik hehehe...
    ape pln Izz nak buat ni....cpat2 sambung ye kak ria...

    ReplyDelete
  4. hehe..Izz rupenya :)
    memang Wina dah x bley lari agi haha

    ReplyDelete
  5. si mata palsu tu nak jumpa ayah die kot...hehehe..nk sruh meminang wina.

    ReplyDelete
  6. lambat nak komen tpi komen gak.. hi hi..Izz pulak yg mcm misterius kat sini .. skang ni dua2 dah jadi vampire... keh2...

    ReplyDelete
  7. siapa pulak lah si mata palsu pulak tu kak ria ? hahaha memang wina ni tak nak kahwin dengan izz ke ? kalau dia tak nak,bagi kat saya je lah kak ria hehe :D

    ~A~

    ReplyDelete
  8. Anika_Lufita - wslm...memang dah lama akak tak nampak nama kamu komen....akhirnya muncul juga bersama dengan kemunculan IV hihihi selamat membaca....harap terhibur ya?

    ReplyDelete
  9. semua andai korang tak tepat...hahahhaha (gelak vampire sekejap) hihihihi jemput baca part 4 ya?

    ReplyDelete
  10. A awak nak ke si Izz Irfan yang muka serius tapi kacak tu hahhahahah

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi