Followers

Monday, 9 January 2012

18
Komen

MANJA JANGAN NAKAL 10


Ayyad memandang Rinsya. Dia betul-betul geram dengan sikap gadis ini.
            “Awak ingat saya akan cakap baik-baik macam tadi? Awak silap. Terima kasih sebab bawakan saya makanan.” Wajah Ayyad sentiasa serius dan tanpa senyuman.
            Rinsya tersenyum. Sudah dua bulan berkahwin dengan Ayyad, dia sudah memahami lelaki itu.
            “Senyum lagi. Jumpa saya aje, senyum. Senyum aje jumpa saya....” kata Ayyad tetapi hatinya tersentak tiba-tiba. Dia teringatkan Fazlynn. Fazlynn pernah berkata seperti itu kepadanya.
            “Tak apalah  awak. Awak makanlah. Saya hanya jalankan tanggungjawab saya sebagai isteri awak.” Rinsya ingin berlalu tetapi langkahnya terhenti. Dia menghampiri Ayyad semula. Dengan pantas Rinsya meraih tangan suaminya lalu disalamnya dan dicium.
            Rinsya sudah biasa dengan layanan Ayyad yang dingin itu tetapi apa kan daya, Ayyad lebih sayangkan orang lain berbanding isteri sendiri.
            Ayyad terpaku. Itulah sikap Rinsya yang selalu membuat dia tidak jadi marah. Sentuhannya sentiasa lembut.
            Ayyad hanya melihat Rinsya berlalu pergi. Ayyad terpaksa berkahwin dengan Rinsya. Itulah salah satu perjanjian yang telah Ayyad setujui bersama papanya. Ayyad mengeluh berat.
            Dokumen di hadapannya dipandang sepi. Dia teringat hari pertama dia menikahi Rinsya.
            “Awak jadilah isteri saya sampai awak dah tak larat. Tapi jangan paksa saya untuk ikut ke hendak awak.” Ayyad berbaring atas katil sambil lengannya didahi. Dia memejamkan mata.
            “Mik, saya...” Rinsya ingin berkata sesuatu tetapi tidak jadi. Akhirnya dia mendiamkan diri. Sejak hari tu Rinsya tak pernah jemu melayan Ayyad. Menjadi suri rumah sepenuh masa membuatkan Rinsya mempunyai banyak masa.
            “Rinsya, kenapa kau nak terima perkahwinan ni?” Ayyad sendiri tidak pasti. Mereka bukannya kahwin kontrak atau kahwin paksa. Mereka berdua terima perkahwinan ini tetapi mungkin mengambil masa untuk menjadi rapat.
            Ayyad mencari telefon bimbitnya  tetapi tidak jumpa.
            “Dalam kereta kot.” Pantas Ayyad keluar dari bilikny dan menuju ke tempat keretanya diparking. Lagi sekali nyawanya rasa mahu melayan......
*****
Fazlynn menyabarkan diri apabila teringat lelaki yang hampir dilanggarnya. Geram usah dikata. Segala perasaan yang Fazlynn rasa.
“Tak betul lelaki tu. Sebut pasal nyawa... nyawa ni. Sensitif tau. Teringat orang tersayang termasuk dia...” muka Fazlynn makin serius. Dia menganggap Ayyad sudah mati baginya. Dia yakin tidak akan berjumpa lagi dengan lelaki itu.
“Terima kasih Faz, sebab tolong hantarkan baju ni. Nanti datin mengamuk, habis I.” Ucap Sheila Kim. Wajah kacukan dengan cina itu membuatkan mukanya bertambah cantik. Dia berasa lega baju yang dipesan oleh majikannya sudah berada dengannya.
“You kena belanja I la nanti. Okay. No problem.” Mereka berbual seketika sebelum Fazlynn meminta diri. Fazlynn masuk ke dalam keretanya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Dia menjawabnya sambil memandu.
“Ya, Ria. Ada apa?”
“Aku nak pesan, beli makanan untuk aku.”
“Baiklah.”
“Cepat tau. Aku dah kebulur ni.”
“Hantu nasi betullah kau ni.” Ada nada gelak oleh Ria. Talian di tamatkan.
“Ya Allah!” Cepat Fazlynn menekan brek kereta. Hampir sahaja dia terlanggar seorang lelaki. “Alamak, mamat tadi lah. Dia ni memang tak sayang nyawa kot?’ Fazlynn meneka sendiri.
“Mata kau memang dalam baju.” Sinis Fazlynn berjalan ke dalam pintu keretanya.
“Woi!” Ayyad betul-betul tidak berpuas hati dengan perempuan yang memakai topi ini. Dia menyambar lengan perempuan itu.
“Apa?!” sakit betul Fazlynn rasa apabila lengannya dicengkam seperti itu.
“Kau dah dua kali nak langgar aku. Aku boleh saman kau!” geram Ayyad.
“Samanlah. Ada aku kisah?” Selamba Fazlynn.
“Kau...” geram Ayyad.
“Apa? Apa lagi yang kau tak puas hati. Syukur la! Syukur! Allah tu masih mahu kau terus berada atas muka bumi ni. Kalau Dia nak kau mati, dah lama Dia takdirkan aku langgar kau sampai mati. Ini nak marah-marah pula.” Rasa marah Fazlynn membuak-buak apabila melihat lelaki ego dihadapannya. Fazlynn menarik kasar tangannya dari terus dipegang oleh lelaki itu.
“Tepilah! Nak aku langgar kau sampai mati ke? Aku dah lambat!” amuk Fazlynn.
Ayyad mengelakkan diri. Perempuan itu meninggalkannya begitu sahaja. Ayyad mengelengkan kepalanya. ‘Perempuan ni betul-betul kasarlah. Macam Manja pula kasarnya. Kenapa nama tu sering meniti di mulut aku sekarang? Wahai hati. Bersabarlah.’pintanya...

18 comments:

  1. ayyad!!! knapa dh kawin..ni yg frust ni..hehehe..kesian manja..knapa ayyad kene kawin, sbb bapak die nk luaskn prniagaan k?

    ReplyDelete
  2. huk3.. cekodok betul ayyad.. suka kat manja sbb die watak pertama dlm novel ni, tpi.. uhuk... x kan nak kutuk rinsya kut... *keliru* apa jadi lepas ni kak ria ? huhu.. kalau buku, kompem ai dah belek kat muka surat belakang skali~

    ReplyDelete
  3. wah aisy org pertama lagi komen...nak bagi hadiah la pada orang yang selalu jadi komen pertama...hmmm rahsia...hanya papa ayyad aje tahu kenapa dia minta kahwin dengan rinsya...huhuhu

    ReplyDelete
  4. Cekodok??hahah lucu lah rin ni...sabarlah rin....akak tahu kesudahannya nanti hihihi hihi

    ReplyDelete
  5. Salam.. feeling dah merundum jatuh..huhu.. tak suke bila ada kes suke ngan suami org ni.. jatuh cinta ngan suami org.. rasa akak tak tempat Rinsya lak.. huhuhu.. akan kehilangan suami.. oh tidak!!

    Wassalam

    ReplyDelete
  6. wslm kak....rinsya takkan kehilangan ayyad..nantikan sahaja....entah2 ayyad kahwin dua huhuhuhu mana nak tau ...kemungkinan sahaja...

    ReplyDelete
  7. Adess !! Baik Nyerr Rinsya Niee !! Tpi Dorunk Kawin Sbb Ayah Ayyad !! Cian Kat Manja !! Apa2 Pon Akak Ria..Adik X Sabar Nk Tngu Sambungan Nyerr !! Citer Ni Makin Mnarik Perhatian Ku !! Hhuuhhuhu !!
    Sayangss Kat Manja N Ayyad...
    ~Fae~

    ReplyDelete
  8. alahai... kenapa ayyad kahwin dgn rinsya pulak??? kalu manja tau mesti fruts menonggeng+tertonggeng nie... tapi dari segi tajuk novel pastu jln cerita manja jgn nakal episode 10 ni, rasa mcm ayyad akan 'pergi jauh' dari manja ngan isteri dia je ni... alahai..

    ReplyDelete
  9. disebabkan ramai tidak puas hati kerana ayyad kahwin..ria akan buat bab 10 yg baru hihihi maaf...

    ReplyDelete
  10. fae...jgn la sedih...sabar2 nantikan bab baru la yer....

    anony...sabar ye...nantikan bab baru hihihi

    ReplyDelete
  11. yes yes...tukar yer xnk la ayyad kawen ngan rinsya .. tq...ayyad tercipta utk manja sorg jer...hehehehe...

    ReplyDelete
  12. Sukanya dia.....okay2....nanti ada r yg baru tu...

    ReplyDelete
  13. Salam..ye akak setuju sesangat kamu wat bab 10 yg baru..ayyad tak kawin lagi.. tak syok la bc kisah isteri yg memendam rasa, kekasih yg masih setia.. ibarat di sana menanti di sini menunggu.. tunggu kata putus dr sang lelaki.. tak suke..tak suke situasi ni.. rasa tak adil bg pompuan.. hehe.. emo jab.. tp penpdt akak la.. org lain mungkin tak sama.. :) apa2 pun akak akak follow.. Insya Allah.

    Wassalam

    ReplyDelete
  14. ya..setuju...kalau tak tukar..ria kena tukar tajuk novel jadi di sana menanti di situ menunggu...heheheh ;)

    ReplyDelete
  15. wslm...boleh buat tajuk tu hihihi kak thank dan semua yang komen...ria dah buat perubahan di dalam bab 10...harap berpuas hati terutamanya akak honey ya??hihihi

    ReplyDelete
  16. kak lynn hihihi tak mau la buat tajuk yg jiwang tu hahhaha

    ReplyDelete
  17. nak buad rujukan utk assgmn saya..tak leh nk copy ke ..hihihi

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi