“Abang ni termenung pula. Is tengah membebel
dengan abang ni.” Isfan tengok muka aku. Lama pula aku berangan teringatkan Abi
dan Ummi. Rindu pada mereka. Adik perempuan aku pula apa khabar dia? Study okay
ke? Aku ada seorang adik perempuan dan seorang adik lelaki. Kenalah jaga
betul-betul.
“Maaf.
Abang sibuk nak uruskan perkahwinan abang ni.”
“Lor,
biasanya mak ayah yang uruskan.”
“Mak
ayah? Tengoklah Abi dan Ummi, menghilang ke mana. Tak ingat nak balik. Tak tahu
ke sebulan lagi anaknya nak kahwin.” Aku mengeluh. Tak habis-habis nak romantik
mereka berdua ni.
“Tak
apa, biar Is yang uruskan. Abang suka warna apa?” soal Isfan kepada aku. Aku
suka warna apa?
“Warna
skema ada?” aku dah biasa dengan jiwa skema. Aduh!
“warna
gelap-gelap ya?” teka Isfan. Aku angguk sahaja.
“Oklah,
biar adik pergi dulu. Nak pergi bincang dengan auntie Mia. Sambil-sambil tu
boleh mengorat anaknya yang cun itu.” Kata Isfan sambil berdiri.
“Tak
ada kerja betul. Kalau tak ada kerja sangat. Meh, tolong abang kat syarikat.”
ajak aku. Aku tahu yang dia elergik sikit dengan kerja-kerja pejabat ni.
“Tak
mau, i rela jadi model sambilan, jual muka lagi seronok.” Isfan terus berlalu
pergi. Aku hanya mengelengkan kepala. Memang sebut pasal kerja kat pejabat, nak
lari aje. Aku hanya melihat adikku berlalu pergi.
Aku
berharap apa yang dirancang ini berjalan. Ini bukan kahwin kontrak. Syazwina
tak tahu yang kontrak yang dia tanda tangan tu dah aku musnahkan sebelum
bertunang lagi. Memang selama ni kontrak tu tak ada. Dah terbatal sama sekali.
Hahaha
“Syazwina
Zul. Kau tetap milik aku walaupun tanpa kontrak ni?” aku tersenyum puas. Apalah
reaksinya apabila tahu yang aku dah pulang ni? Baik aku menyamar. Dia bukannya
kenal aku. Good Idea. Menyamar jadi Izz Isfan.
Petang
itu juga aku gi kacau dia. Aku dapat tahu daripada pengintip yang aku upah,
tiap-tiap petang Syazwina akan ergi berjogging. Itu pun dia!
Dari
jauh aku dapat tengok dia sedang termenung. Aku sengaja melabuhkan punggung
sebelah dia.
“Macam
kenal aje kau ni?” Syazwina menegur aku. Aku tersenyum. Nasib baik jumpa rambut
palsu ni dan yang paling special mata
palsu ni. Warna biru lagi.
“Kau
pun jogging kat kawasan ni?” soalnya lagi. Aku nak tergelak tengok wajahnya.
Kesian. Aku hanya diamkan diri. Aku angguk kepala. Aku dan Isfan hanya berbeza
tang suara aje. Suara aku lebih serius berbanding dengan Isfan manja dan
disukai ramai. Itu pasal aku tak pandai bermanja dengan sesiapa.
“Kau
ni bisu ke? Aku baru dengar suara kau pagi tadi.” Tanyanya lagi. Muka aku merah
sebab aku tahan ketawa. Betapa lawaknya muka Syazwina. Sedap betul kenakan
orang. Aku ni memang tak ada kerja lain ke?.
“Diam lagi?” Syazwina tak puas hati. “Aku ni macam
cakap dengan tunggul aje. Baik aku pergilah macam ni.” Syazwina mahu bergerak
sudah.
wah...rndunye...lma tggu...huhuhu...p xpe...puas hti...hehehe...
ReplyDeleteakak bila lagi nak sambung ni ?
ReplyDeletehehe :D
alooo.. sikitnya ... nak lagik~ nak lagik~
ReplyDeletemaaflah ria tak sihat...tu yg pendek ajer...
ReplyDeletea'oh kan ? semalam kak ria ada ckp .. uhuhu .. rest la kak ria .. jgn paksa diri :)
ReplyDeletehahaha selamba je shazwina cakap macam tu..and kak ria sakit ke ? takpe kesihatan lebih penting so cepat sembuh eh kak ria ? :)
ReplyDelete~A~
alahai...
ReplyDeletependeknyer...
nk lg ria...
boleh baca part 6 pula hihihi
ReplyDeleteBestnya ! Nakal tol la izz tu . Hihi
ReplyDelete