Followers

Sunday, 29 January 2012

6
Komen

MANJA JANGAN NAKAL 14


Putra pulang ke rumah dengan keadaan yang penat tetapi dia puas kerana dapat berjumpa juga dengan Fazlynn.
“Abang!” panggil Rinsya apabila melihat abang kandungnya, Putra baru sahaja menjejak kaki ke dalam rumah banglo itu
“Adik hampir merosakkan rancangan abang.” Kata Putra. Dia merebahkan badannya di atas sofa lalu memejamkan badan.
“Mana ada rosak la abang. Adik tak tahu yang perempuan tu yang abang cuba mengorat selama ini.” Rinsya berkata. ‘Kalau aku tahu, tak hingin aku tegur tapi keinginan untuk tahu siapa gadis yang sudah mencuri hati abang membuat aku rasa aku perlu berada di situ.’ Hatinya berkata.
“Hampir aje tadi tau.” Kata Putra. Dia bangun dan ingin menuju ke biliknya.
“Dia ke perempuan yang abang sanggup tukar peribadi abang dari keras macam ni kepada lembut?” soal Rinsya. Langkah Putra terhenti dan dia hanya angguk kepala.
Putra jatuh cinta pandang pertama dengan Fazlynn ketika dia melihat gadis itu dalam bidang rekaan pakaian. Dia sanggup tukar bidang kepada perekaan demi berkawan dengan gadis comel itu. Apabila Putra mendapat tahu yang Fazlynn tidak suka kawan dengan lelaki, dia sanggup menukar peribadi menjadi lembut semata-mata untuk mencapai misinya.
Putra berpura-pura lemah pada awal perkenalan dia dan Fazlynn tetapi selepas itu, Putra la yang selalu membela dan mempertahankan Fazlynn apabila gadis itu dibuli oleh minah-minah yang cemburu dengan kecantikan yang tersembunyi yang dimiliki oleh Fazlynn.
Kecantikan Fazlynn akan terserlah apabila gadis itu tersenyum. Memang susah untuk dia melihat senyuman yang terukir dibibir Fazlynn tetapi dia akan dapat melihatnya percuma apabila menjadi sahabat baiknya.
“Ya, dialah. Sesuai tak jadi kakak ipar adik?”
“Dia memang suka berpakaian macam tu?” persoalan Putra dijawab dengan pertanyaan juga oleh Rinsya.
“Ya tapi ada sebabnya kata kawannya. Sampai sekarang abang tak dapat nak korek rahsia tu.” Jelas Putra.
“Kalau abang cintakan dia, adik tak kisah kalau dia jadi kakak ipar.” Rinsya tersenyum tetapi hanya untuk seketika. Putra berasa pelik.
“Abang...” panggil Rinsya dengan nada yang sedih.
“Kenapa adik? Ada masalah dengan tunang lagi ke? Si Ayyad ni memang nak kena belasah dengan aku. Adik separuh mati cintakan dia, boleh dia buat tak tahu.” Amuk Putra dan tidak jadi untuk ke bilik. Dia menghampiri Rinsya.
Rinsya hanya tertunduk.
“Apa ke hal sebenarnya si Ayyad tu? Dia ada perempuan lain ke?” soal Putra. Pertanyaan abangnya itu dijawap dengan anggukkan.
“Siapa?”
“Itu yang adik taj tahu, abang. Ayyad ada cakap yang dia dah ada orang yang dia suka tapi tak pula bagitau siapa.” Lemah sahaja suara Rinsya. Putra menyentuh lembut kepala adiknya.
“Sabarlah. Abang akan pergi jumpa dia. Adik bersabarlah ya?” Pujuk Putra. Rinsya rasa sedikit tenang setelah luahkan perasaan.
“Terima kasih abang.” Rinsya cuba tersenyum.
“Sama-sama adik.” Putra meninggalkan Rinsya bersendirian di ruang tamu itu. Dia perlu segera membersihkan diri. Badannya benar-benar rasa melekit.
“Fazlynn...” sengaja diseru nama itu.
Rinsya termenung. ‘Betul ke tindakan aku ni? Aku macam watak perempuan jahat yang cuba merampas cinta orang lain. Ayyad cintakan perempuan lain tapi aku masih mengejarnya. Aku mahu dia jadi milik aku tapi lelaki tu tak pandang aku langsung.’ Rinsya berperang dengan perasaannya.
“Watak perempuan jahat?” Rinsya berkata perlahan.
‘Aku mana ada buat tak baik pada perempuan yang Ayyad suka. Kenal pun tak. So, mana boleh gelarkan aku perempuan jahat. Salah aku cuma jatuh cinta dengan Ayyad.’ Rinsya memeluk erat bantal kecil yang comel itu. Dia tidak pasti adakah tindakannya itu benar.
“Pedulilah!” Rinsya bangun lalu menuju ke biliknya. Sengaja dia menutup pintu dengan kuat demi menutup kekecewaan yang selalu dia rasai.
“Ayyad.. sampai hati kau...” Rinsya menangis akhirnya. Dia membiarkan air mata itu terus mengalir...’Ayyad.’

6 comments:

  1. haish.. sempai ati pak cik ayyad kan ... sian rinsya ... *sokong watak sendiri . ha ha ha..

    ReplyDelete
  2. lucu la rin ni hihihihi entah la pak cik ayyad ni....huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. alahai ramai lak yg minat ayyad n fazlynn...ermm harap2 lynn ttp ngan ayyad ...hu3 sory rin hihihihi


    ~kak zai ~

    ReplyDelete
  4. urggh...kalau la putra tau yg ayyad tggu fazlynn.. ^^ nice~

    ReplyDelete
  5. macam mana la nanti time putra tau pasal ayyad n fazlynn...

    ReplyDelete
  6. Salam..sedihnya kekasih hati aka tunangan kita cinta kat org lain.. huhu..akak lak yg rasa nak nangis.. huhu..pasti Rinsya terseksakan? sabar ye Rinsya.. hehe..tetiba akak rasa nak bela nasib Rinsya la plak! tp salah dia jgk..sapa suh cinta keterlaluan sampai boleh merosakkan jiwa sendiri.. ish3.. tula..jgn terlalu menyintai manusia melebihi Allah.. hati xkan tenang..sentiasa diburu resah takut kehilangan.. :)

    akak jogging lagi.. :)

    Wassalam

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi