Affan termenung dalam
kereta. Fikirannya masih memikirkan apa yang dilihatnya. Entah mengapa dia rasa
kecewa melihat isterinya yang baru dinikahinya itu bersama dengan lelaki lain
yang nampak bergaya dan lebih kacak daripadanya. Affan sendiri mengakuinya sebagai
seorang lelaki.
“Risya, jangan curang dengan abang
ya?” Affan berkata bersendirian. Dia terlalu sayang pada Risya. Affan rasa
sedih sangat lalu membawa diri ke tempat yang boleh memberi ketenangan padanya.
Risya pulang dengan perasaan
gembira. Ammar akan tinggal bersama mereka tetapi Risya mungkin akan berpindah
ke rumah Affan nanti. Sekarangkan dia sudah bersuami.
Risya cuba menghubungi Affan tapi
ternyata hamba. Wajahnya muram.
“Kenapa ni Risya?” Ammar bertanya. ‘Tadi
muka gembira tak ingat dunia. Sekarang dah tak ada serinya.’ Ammar
tertanya-tanya.
“Tak ada apa-apa.”
“Tak ada apa-apa? Buah hatinya tak hubungi
dia lah tu. Risau.” Risydan muncul.
“Abang Risz. Apa khabar?” mereka
berdua saling berpelukan.
“Khabar baik. Muka macam artis
korean dah kau ni. Taulah orang tu tinggal di korean lama dah.” Risydan berkata.
Dia membetulkan tali lehernya.
“Mana ada lah abang. Biasa sahaja.”
Ammar tersenyum.
“Risya, Ammar. Abang pergi dulu, ada
meeting dengan Tengku Hakimi.”
“Tengku Hakimi?” Risya tiba-tiba
teringat akan lelaki itu. “Abang kirim salam pada dia ya?” pesan Risya.
“Baiklah sayang. Abang pergi.”
Risydan terus keluar. Tinggallah mereka berdua.
“Tak bagitau Ammar pun yang Risya
dah ada buah hati?” Soal Ammar. Belum sempat Risya menjawabnya, Rasydan muncul.
“Suamilah Ammar. Takkanlah Risya tak
bagitau.” Raysdan berkata. “Maaf, abang pun ada meeting hari ni. Pengantin baru
masih bercuti. So, teman Ammar ya? Ibu Miko ada aje tu.” Rasydan terus berlalu
ke biliknya untuk bersiap.
“Suami? Sampai hati Risya. Risya
tahu kan yang Ammar sukakan Risya sejak kecil lagi.” Luah Ammar. Kecewa benar
hatinya apabila mengetahui perkara sebenar.
“Risya minta maaf tapi inilah yang
Allah takdirkan untuk Risya. Ia berlaku dengan pantas sekali Ammar. Risya tak
sempat nak buat apa-apa.” Jelas Risya.
Ammar membawa diri terus ke halaman
rumah, melihat keindahan halaman rumah tersebut. Risya sudah berlari ke
biliknya sambil menangis.
Affan pulang. Dia terkejut melihat
lelaki yang dilihatnya di lapangan terbang ada di rumah ini.
“Assalamualaikum.” Affan memberi
salam.
“Waalaikumusalam.” Jawab Ammar. Dia memandang
Affan dengan seribu persoalan.
“Ini mesti suami Risya kan? Apa khabar?”
“Khabar baik.” Tersentak seketika Affan apabila dikata begitu.
“Encik ni siapa?”
“Aku Ammar, sepupu Risya baru sampai
dari Korea. Cepat betul Risya kahwin.” Lemah saja nada Ammar dipendengaran Affan.
“Aku Affan, suami Risya. Maaf aku
naik ke atas sekejap. Tak mandi lagi ni.” Affan terus naik ke biliknya.
Terpana Affan apabila melihat Risya
sedang menangis atas katil.
“Risya.” Lembut sahaja suara itu
menyebut namanya. Risya juga terkejut dengan kehadiran suaminya itu. Cepat-cepat
dia menyapu air mata yang mengalir.
“Kenapa nangis ni?” Affan
menghampiri isterinya.
“Tak ada apa-apa?” Risya bangun dari
katil. Dia menuju ke meja soleknya. Melihat wajah yang sembam dengan air mata.
Risya bangun dan ingin menuju ke
bilik air pula tetapi lengannya di sambar kasar oleh Affan. Mata mereka saling
bertentangan.
“Kenapa nangis?” Suara Affan
kedengaran tegas. Matanya tidak lepas daripada memandang Risya.
“Orang telefon awak banyak kali. Kenapa
tak angkat?” Soal Risya pula. Affan terdiam. Dia pula dalam keadaan rasa
bersalah. Dia mencari telefon bimbit dalam koceknya. Dia mula semak sesuatu.
“Maaf, abang silent.” Jawab Affan.
“Awak tahu. Saya risaukan awak. Cuba
awak tengok berapa kali saya call awak.”
“Dekat 30 kali.” Makin Affan rasa
bersalah.
“Tak pernah saya sesabar itu
menghubungi orang. Awak memang. Suka dera saya kan?”
“Tak! Tak. Abang tak bermaksud begitu. Maafkan abang ye?”
“Dahlah!” Risya menepis tangan Affan.
Dia ingin ke bilik air. Basuh mukanya tetapi lagi sekali langkahnya terhenti.
“Abang minta maaf ni?” Dipegang
lengan Risya.
“Tak apalah awak.” Perlahan dia
menarik tangannya semula.
“Tak boleh camni, Risya.” Affan rasa
bersalah.
“Tak boleh apa?” Risya mula berasa
pelik. “Takkan nak ke tandas pun tak boleh?” Risya cuba bertenang.
“Lor, nak ke tandas ke? Sayang pergi
dulu. Abang tunggu.” Dahi Risya sudah berkerut tetapi dia pergi ke tandas juga.
rin x pernah tau cite ni kak... uhuk... ade nama rin la.. risya.. eheherr... sat nak bace dri yg first~
ReplyDeleteYay !! Akhir nyerr !! Dah Lama Adik Tnggu Sambungan Citer SPA Nie !! BEST Sangat !! Hhahhaha... Suka Hero N Heroin Dia !! Hihihihih..
ReplyDeleteNanak Sambungan Lagi Akak Ria..
~Fae~
ehehee, sweet lak si affan kan? kak ria x letak kat blog ke ? sbb rin terpaksa cari kat p2u tadi.. ehek...
ReplyDeletefuhh akhirnyer kuar gaks sambungannye.. lamer menunggu..
ReplyDeletehehehe.. sweetsss jer.. ;)
hihihi akhirnya...esok nak taip cinta ke pula..tak tahu la ada orang minat baca cinta ke atau tak...terima kasih semua...
ReplyDeletebest la. novel yg akak buat sume best.sy akan baca!
ReplyDelete