Bab
10
Ayyad
memandang Rinsya. Dia betul-betul geram dengan sikap gadis ini.
“Awak ingat saya akan cakap
baik-baik macam tadi? Awak silap. Terima kasih sebab bawakan saya makanan.”
Wajah Ayyad sentiasa serius dan tanpa senyuman.
Rinsya tersenyum. Sudah dua bulan
bertunang dengan Ayyad, dia sudah memahami lelaki itu.
“Senyum lagi. Jumpa saya aje,
senyum. Senyum aje jumpa saya....” kata Ayyad tetapi hatinya tersentak
tiba-tiba. Dia teringatkan Fazlynn. Fazlynn pernah berkata seperti itu
kepadanya.
“Tak apalah awak. Awak makanlah. Saya memang masak untuk
pun awak.” Rinsya ingin berlalu tetapi langkahnya terhenti. Dia menghampiri
Ayyad semula. “Awak tetap akan jadi milik saya. Papa awak dah janji.” Kata
Rinsya dengan nada geram.
Rinsya sudah biasa dengan layanan
Ayyad yang dingin itu tetapi apa kan daya, Ayyad lebih sayangkan orang lain
berbanding tunang sendiri.
Ayyad terpaku.
Ayyad hanya melihat Rinsya berlalu pergi.
Ayyad terpaksa bertunang dengan Rinsya. Itulah salah satu perjanjian yang telah
Ayyad setujui bersama papanya. Ayyad mengeluh berat.
Dokumen di hadapannya dipandang
sepi. Dia teringat hari pertama dia berjumpa dengan Rinsya.
“Awak boleh jadi tunang saya tapi
saya yang akan tentukan bila kita kahwin. Awak bebas nak buat apa, saya tak
halang. Tapi jangan halang saya apa yang saya nak buat walaupun mencintai orang
lain.” Ayyad meninggalkan Rinsya bersendirian.
“Mik, saya...” Rinsya ingin berkata
sesuatu tetapi tidak jadi. Akhirnya dia mendiamkan diri. Sejak hari tu Rinsya
tak pernah jemu melayan Ayyad. Dia yang tidak bekerja membuatkan Rinsya
mempunyai banyak masa.
“Rinsya, kenapa kau nak terima
perkara mengarut ni? Yang terseksa adalah kau dan aku juga turut sama masuk
dalam perjanjian untuk kepentingan diri” Ayyad teringat akan papanya. Rinsya
memang gadis yang baik tetapi hati Ayyad bukan untunya. Ayyad mengeluh berat.
Ayyad mencari telefon bimbitnya tetapi tidak jumpa.
“Dalam kereta kot.” Pantas Ayyad
keluar dari biliknya dan menuju ke tempat keretanya diparking. Lagi sekali
nyawanya rasa mahu melayan......
*****
Fazlynn
menyabarkan diri apabila teringat lelaki yang hampir dilanggarnya. Geram usah
dikata. Segala perasaan yang Fazlynn rasa.
“Tak
betul lelaki tu. Sebut pasal nyawa... nyawa ni. Sensitif tau. Teringat orang
tersayang termasuk dia...” muka Fazlynn makin serius. Dia menganggap Ayyad
sudah mati baginya. Dia yakin tidak akan berjumpa lagi dengan lelaki itu.
“Terima
kasih Faz, sebab tolong hantarkan baju ni. Nanti datin mengamuk, habis I.” Ucap
Sheila Kim. Wajah kacukan dengan cina itu membuatkan mukanya bertambah cantik.
Dia berasa lega baju yang dipesan oleh majikannya sudah berada dengannya.
“You
kena belanja I la nanti. Okay. No problem.” Mereka berbual seketika sebelum
Fazlynn meminta diri. Fazlynn masuk ke dalam keretanya. Tiba-tiba telefon
bimbitnya berbunyi. Dia menjawabnya sambil memandu.
“Ya,
Ria. Ada apa?”
“Aku
nak pesan, beli makanan untuk aku.”
“Baiklah.”
“Cepat
tau. Aku dah kebulur ni.”
“Hantu
nasi betullah kau ni.” Ada nada gelak oleh Ria. Talian di tamatkan.
“Ya
Allah!” Cepat Fazlynn menekan brek kereta. Hampir sahaja dia terlanggar seorang
lelaki. “Alamak, mamat tadi lah. Dia ni memang tak sayang nyawa kot?’ Fazlynn
meneka sendiri.
“Mata
kau memang dalam baju.” Sinis Fazlynn berjalan ke dalam pintu keretanya.
“Woi!”
Ayyad betul-betul tidak berpuas hati dengan perempuan yang memakai topi ini.
Dia menyambar lengan perempuan itu.
“Apa?!”
sakit betul Fazlynn rasa apabila lengannya dicengkam seperti itu.
“Kau
dah dua kali nak langgar aku. Aku boleh saman kau!” geram Ayyad.
“Samanlah.
Ada aku kisah?” Selamba Fazlynn.
“Kau...”
geram Ayyad.
“Apa?
Apa lagi yang kau tak puas hati. Syukur la! Syukur! Allah tu masih nak kau
terus berada atas muka bumi ni. Kalau Dia nak kau mati, dah lama Dia takdirkan
aku langgar kau sampai mati. Ini nak marah-marah pula.” Rasa marah Fazlynn
membuak-buak apabila melihat lelaki ego dihadapannya. Fazlynn menarik kasar
tangannya dari terus dipegang oleh lelaki itu.
“Tepilah!
Nak aku langgar kau sampai mati ke? Aku dah lambat!” amuk Fazlynn.
Ayyad
mengelakkan diri. Perempuan itu meninggalkannya begitu sahaja. Ayyad
mengelengkan kepalanya. ‘Perempuan ni betul-betul kasarlah. Macam Manja pula
kasarnya. Kenapa nama tu sering meniti di mulut aku sekarang? Wahai hati.
Bersabarlah.’pintanya...
Bab
11
Fazlynn
memandu perlahan keretanya. Dia pulang ke butiknya semula. Fazlynn mengunci
keretanya lalu berpaling dan dia mengeluh berat.
“Mamat
ni lagi.” Fazlynn memang tidak suka. Sejak zaman sekolah lagi.
“Hai
Fazlynn. Penat ke?”
“Aku
tengok kau ni rasa penat. Kau tak ada kerja nak buat ke?” soal Fazlynn geram.
“Tak
ada la. Itu pasal ada kat sini.”
“Kalau
aku bagi kau kerja nak tak?” tawar Fazlynn.
“Boleh
juga. Untuk kau, apa-apa pun boleh.” Maher mula berkata-kata punjangganya.
Entah mengapa Fazlynn tidak menyukai lelaki ini.
“Kau
pergi buang sampah tu boleh tak? Dah lama aku tengok dekat situ.” Fazlynn
tunjuk sampah yanga ada dihujung jalan sana. Maher melihatnya dengan pandangan
jijik.
‘Biasalah,
anak orang kaya. Mana nak pegang sampah macam tu.’ Bisik hati Fazlynn.
“Tak
apalah kau tak buat. Aku tak salahkan kau tapi aku reject kau buat selamanya
jadi laki aku. Bye.” Fazlynn ingin melangkah pergi tetapi Maher memanggilnya.
“Fazlynn!”
“Ada
apa?”
“Kau
sombong dengan aku, Fazlynn. Kau jangan main-main. Kalau aku tak dapat kau,
sesiapa pun takkan dapat.” Amaran Maher. Fazlynn tersenyum.
“Sesiapa
pun takkan dapat aku. Kau faham tak?” Fazlynn pula yang menyoal.
“Ayyad?”
nama lelaki keramat itu juga yang Maher sebut.
“Aku
rasa nak bunuh kau la Maher. Ada pisau tak?”
“Sabar
Fazlynn.” Maher pula berasa gerun melihat wajah Fazlynn.
“Aku
dah banyak kali bagi amaran, jangan sebut nama lelaki penipu tu!” Amuk Fazlynn.
Dia berasa sensitif apabila nama lelaki itu disebut.
“Tapi
aku tahu kau cintakan dia.” Maher beranikan diri lagi untuk berkata. Fazlynn
menjeling tajam. Dia tidak sanggup lagi mahu bercakap dengan Maher. Fazlynn
terus meninggalkan Maher. Maher ingin mengikutinya.
“Jangan
ikut aku, kalau tak aku sumpah yang aku akan musnahkan hidup kau.” Amaran keras
daripada Fazlynn. Maher tersentak. Dia membiarkan Fazlynn terus pergi
meninggalkannya.
“Fazlynn,
kau akan jadi milik aku. Aku pun nak bersumpah gak! Kau milik aku!” Maher
meninggalkan kawasan tersebut.
“Faz,
kenapa muka kau ni macam sembelit setahun aje?” Ria menegur sahabat baiknya
itu.
“Aku
nak jadi gila melayan si Maher tu. Kalau Maher Zain, nak juga aku ngorat. Ish,
sengal betullah!”
“Sabarlah
Faz. Malam ni Zeck nak belanja makan. Jom!” Ajak Ria.
“Kau
pergilah. Aku cuma nak tidur aje. Penat sangat hari ni.” Lemah sahaja suara Fazlynn.
“Baiklah
kalau macam tu.” Ria berlalu pergi bersama makanan tengah harinya.
Petang
mula melabuh tirai. Fazlynn menutup butiknya. Pintu dikuncinya. Fazlynn
termenung. Dia sengaja tutup awal butiknya itu. Buat seketika dia berjalan
sendirian di shopping kompleks itu.
“Ayyad...”
Fazlynn juga rasa keliru dengan perasaannya. Masih adakah perasaan sayan dan
cinta pada lelaki itu? Dia sendiri tiada jawapan.
“Opocot!”
Fazlynn terjatuh akibat terlanggar seseorang. Terasa sakit dipunggungnya.
“Mata
kau ni memang dalam....”
“Baju....”
seorang lelaki yang dia pernah nampak.
“Putra!”
terjerit Fazlynn dibuatnya.
“Ingat
pun. Kau tak ada dialog lain ke? Siapalah nak letak mata dalam baju.” Lelaki itu
tersenyum. Manis sekali.
“Kau
aje suka letak dalam baju.”
“Kau
nak tengok ke? Aku boleh tunjuk sebagai bukti tak ada mata dalam baju aku ni.”
Putra cuba melawak. Putra adalah sahabatnya ketika di kolej dulu. Walaupun Putra
ni macam lembut-lembut sikit, dia baik hati. Itu yang buat Fazlynn senang
berkawan dengan lelaki ini.
‘Aku
sebut lembut tadi kan? Eh, mana pergi lembut dia? Tak jumpa setahun dah tak ada
lembut.’ Dahi Fazlynn mula berkerut.
“Mana
pergi sotong kau tu?” soal Fazlynn.
“Sotong?
Aku jual kat pasar dah.” Putra ketawa sesedap rasa macam tak ingat dunia saja
lagaknya.
“Siapa
yang beli sotong kau tu?” Fazlynn tidak puas hati. Dia tertarik untuk
mengetahuinya.
“Rahsia.”
“Tak
apa. Nanti aku korek rahsia kau. Macholah kau!” puji Fazlynn.
“Kau
suka tak?” Soal Putra.
“Sukalah.
Ini barulah lelaki yang boleh melindungi wanita macam aku ni walaupun aku tak
payah nak dilindungi.” Kata Fazlynn sambil tersenyum.
“Apa
kau mengarut ni? Aku akan lindungi kau macam dulu. Tetap macam dulu.” Katanya bersemangat.
Mata kami saling bertatapan. Fazlynn cepat-cepat larikan pandangannya.
“Fazlynn,
sebenarnya aku ada perkara nak cakap?” serius suara Putra.
“Awat
serius sangat suara kau ni? Buat seram sejuk aje. Cakaplah. Aku tak kisah.” Fazlynn tunduk dan duduk. Dia sedang mengikat
tali kasutnya yang terbuka.
“Aku
nak jadikan kau isteri aku...” begitu lancar kata-kata Putra sehingga Fazlynn
tersentak.
ha.. dua dua pun dah ade yg menunggu.. jeng jeng jeng.. what happen next ? he he..
ReplyDeleteaduiiii suspen2 ssh nk agak pe yg terjadi..ayyad n manja masing2 jd rebutan hahahha
ReplyDelete~kak zai~
hihihihi susah kan..tapi nak buat camner....kena gak ada konflik...
ReplyDeleteCiter Nie Maik Lama Makin Menarik !! N X Sabar2 Nk Tnggu Sambunganyerr !!
ReplyDeleteTapi Apakah Ksudahan Citer Antara Ayyad N Manja ??/ Sama2 Kita Nntikan N3 Yg Seterusnyerr !! Hhiihihih !! Akak Nanak Sambungan Lagi !! BEST !!!!!! Hiihihihihihih..
~Fae~
maaf tadi line tak ok...so terpost dua kali...hmmmm so yg ni betul2...pada kak honey...mintak maaf...terpaksa delete komen akak...dah la sweet sangat...hihihihi nanti akak komen balik...dan terima kasih pada anony juga ada komen tadi...akak honey kata bab 11 best???hihih thank ye kak....suka2...
ReplyDeletehihihi akan ada tiap2 hari pula citer manja ni hahahhah ria freee gila2 ni...esok kot nak taip SPA dan hantar kat p2u hihihi
ReplyDeletewah...dah ader watak baru plak mlamar manja..
ReplyDeleteputra ni lelaki lembut2 sikit...mesti manja akan teringat putra yang lembut dan tak lembut sekrang ni hihihi
ReplyDeleteSalam..ala dah kena delete..huhu..sampai ati kamu.. :(..hehe..gurau je.. akak komen utk next chapter..standby tisu k.. hahaha..
ReplyDeleteWassalam
hahah...okey..dan best hehhe ;)
ReplyDeletewslm kak...mesejnya ada walaupun post tu kena delete....pelik hihihi jangan risau..ria tak nangis cuba berlaku kemurungan sahaja...hihihi
ReplyDeleteterima kasih kak lynn
ReplyDelete