Selaju mungkin Fazlynn mengayuh basikal yang
dipinjamnya untuk ke rumah Ayyad tinggal. Dia sengaja datang selepas zohor. Dia
takut dia terlambat untuk berjumpa dengan Ayyad. Fazlynn memandang hadiah yang
dibalut kemas itu yang berada dalam raga basikal.
Fazlynn
tersenyum. Dia yakin yang Ayyad pasti menyukainya. Gelang rantai itu dilihatnya
seketika. ‘Tunggu Manja, Ayyad.’ Bisik hatinya.
“Pakcik, mana Ayyad?” soal Fazlynn selepas memberi
salam.
“Oh, Fazlynn! Eh, Ayyad tak beritahu kamu ke yang
dia bertolak awal pagi.” Kata Pak Cik Hasyim.
Fazlynn terkejut. Tersentak hatinya.
“Ini surat yang Ayyad tinggalkan untuk kamu.” Kata Pak
Cik Hasyim lagi. Terketar-ketar tangan Fazlynn mengambilnya. Sepucuk surat untuk dirinya.
Fazlynn pun meninggalkan Pak Cik Hasyim dalam
keadaan terpinggar-pinggar. Dia mengayuh basikal itu sekuat hati. Air matanya
mengalir.
‘Kenapa Ayyad buat aku macam ni? Ayyad, kenapa? Apa
salah aku Ayyad?’ Akhirnya dia sampai juga di tepi sungai yang selalu menjadi
tempat mereka berdua melepak. Fazlynn duduk di tepi sungai itu. Dia terkenang
sesuatu.
“Aku suka sungai. Kau tahu tak?” kata Ayyad. Mereka
berhenti sekejap dan duduk di tepi sungai itu.
“Tak tahu pun.” Fazlynn leka melihat air sungai
yang mengalir. Dia juga menyukai sungai.
“Sungai ni buat hati aku tenang. Aku harap kau juga
merasai apa yang aku rasa.” Jelas Ayyad.
Fazlynn memegang dadanya. Kenangan itu begitu utuh
dalam ingatannya. Tidak tinggal satu pun yang dia lupa. Semua kenangan bersama
Ayyad tersimpan rapi dalam ingatan.
“Ayyad...” perlahan sahaja suara Fazlynn. ‘Kenapa
kau tak tunggu aku, Ayyad. Kau tak nak tahu perasaan aku terhadap kau?
Ayyad....’ lemah seluruh anggota badannya.
Terketar-ketar tangannya membuka Fazlynn membuka
surat itu.
Manja...
Aku takkan kembali lagi. Aku akan pergi tinggalkan kau. Manja, jangan
nakal bila aku tak ada!
Ayyad, lelaki yang akan kenang kau selamanya.
Air mata Fazlynn mengalir tidak terkawal lagi. Hatinya
meraung.
“Ayyad, kenapa kau suka aku? Kenapa kau buat aku
suka pada kau dan kau tinggalkan aku. Kenapa Ayyad!!!!!!” Fazlynn menjerit. ‘Sampai
hati Ayyad.’
Fazlynn berjalan lemah sambil menolak basikalnya
itu.
‘Ayyad, aku benci kau!’ bisik hati Fazlynn.
*****
Fazlynn membetulkan tudungnya. Disisihkan ke
belakang. Wajahnya tidak pernah senyum sejak Ayyad meninggalkan dirinya.
“Faz, aku dah cakap, kau tak perlu buat ni semua.”
Ria menegur Fazlynn.
“Lor, biarlah aku nak buat. Bukan susah pun.” Fazlynn
menepis tangan Ria.
“Memanglah tak susah tapi kau tu macam nak
menghancurkan lagi aku punya jahitan ni.”
“Hancurkan apa pula?”
“Dah! Kau tu bos. Aku ni kuli. Kau pergi hantar
pakaian Datin Salmah ni. Dia tu cerewet sikit kalau lambat.” Ria mengarah Fazlynn.
“Kau kata aku ni bos tapi sesedap hati dia aje bagi
arahan.”
“Okay Fine!” Ria sudah berdiri. Kira-kira mahu
meninggalkan butik tersebut.
“Okay. Okay. Sorry sayang. Tak cakap dah. Kau menyamar
jadi bos okay? Kalau diorang tahu aku ni bos, lari semua pelanggan sebab tak
yakin dengan imej aku ni. Please jangan tinggalkan aku.” Rayu Fazlynn.
“Tahu tak apa.” Ria bermegah.
“Terima kasih. Selamat aku.” Fazlynn mengambil
topinya.
“Setahu aku, kau berbakat juga dalam bidang jahitan
dan mereka pakaian, tapi kenapa kau tak buat. Semua nak harap aku.” Soal Ria. Dia
menyambung jahitannya yang terbantut.
“Aku? Aku pandai berniaga sahaja.” Ringkas jawapan Fazlynn.
“Aku tanya aje, itu jawapan kau. Tak ada jawapan
lain ke?”
“Tak ada. Okaylah, aku nak hantar pakaian Datin ni.”
Fazlynn mencapai kunci kereta.
“Hati-hati cik kak!” pesan Ria.
“Baiklah Bos!!!”
Fazlynn berjalan pantas menuju ke tempat keretanya
diparking. Inilah Fazlynn. Seorang ahli perniagaan. Membuka butik pakaian
perempuan dan lelaki. Sudah hampir dua tahun perniagaan tersebut beroperasi
dengan kerjasama sahabat baiknya, Ria.
Ayahnya meninggal dunia lima tahun lalu akibat
jangkitan kuman pada kaki. Selepas sebulan, emak pula mengikut jejak langkah
ayah. Fazlynn redha dengan ketentuan Ilahi. Dia menyambung pengajiannya dalam
bidang Fesyen di kolej swasta. Dia belajar sambil berkerja. Rialah yang banyak
membantu dirinya.
“Encik ini kereta saya. Bukannya tiang lampu atau
dinding untuk bersandar.” Amuk Fazlynn apabila melihat seorang lelaki yang amat
dikenali itu.
“Eh, Fazlynn. Jom aku belanja makan.” Ajak lelaki
itu.
“Maher, cukuplah. Naik menyampah aku tengok kau
tiap-tiap hari.” Fazlynn masuk ke dalam kereta Myvi putihnya.
“Fazlynn, tunggulah!”
Tanpa mempedulikan Maher, Fazlynn terus memandu
laju keretanya. ‘Benci betul aku dengan mamat sewel ni.’
wahh..manja dh besar la..siap ader kedai lg..bila nk jmpe ayyad..x sabar nk tggu..jgn ayyad dh ader tunang or gf sudah..
ReplyDeletehihi dah besar pun...dah 5thn berlalu...mungkin org pelik dia berjaya bukak butik...nanti ada cerita di sebalik butik tersebut...hihih terima kasih aisy...dah dua kali menjadi orang pertama komen hihihi
ReplyDeleteUwaaa !! Sedih Nyerr !! Cian Kat Ayyad N Kat Manja !! Tpi Alhamdulilah Sbb Manja Dah Ada Butik Sendiri !! Hihhiihih !! Nanak Sambungan Lagi Yerr !!
ReplyDelete~Fae~
Cian kan??tapi nak buat camner kan??itu takdir mereka...macam mana la mereka bertemu nanti kan?
ReplyDeleteperangai fazlynn mmng manja .. die cepat tersentuh n sensitif <3
ReplyDeletetapi dalam diam...ajer dia sensitif...dia dewasa ni pun sensitif tau...kawan dia bernama ria juga yang kena mengalah huhuhu
ReplyDeletewah cayalah...ria pun ada watak dalam ni..best tu
ReplyDelete;)
mestilah ada nama ria...wajib..
ReplyDeleteSalam.. wah..bab ni akak suke..suke sesangat.. baru bersemangat sakan nak membc sambungannya..hehe..jgn marah ye dik.. coz bab sebelum2 ni agak slow sgt la.. rasa lama sgt waktu sekolah deme.. so, skrg dah bekerjaya bagai, br syok.. hehe.. best..tak tipu n tak ampu.. ikhlas.. :) tp 'terpinggar-pinggar' ke 'terpinga-pinga'? hehe.. cam tak kene je.. :)
ReplyDeleteWassalam.
wslm...sukanya akak ni...hihih tak apa..semua komen akak, ria terima dengan hati terbuka..ria memang dan selalu menanti komen2 akak....terima kasih....ish..kalau akak komen awal sikit...mungkin ayyad tak kahwin dengan rinsya hahhaahha
ReplyDelete