Followers

Wednesday 2 May 2012

12
Komen

CERPEN : TANGISAN CINTA (full)



Aku stress kalau tunggu mamat ni bersiap. Mengalahkan perempuan. Sabar ajelah wahai hati. Maya cuba tersenyum sebaik sahaja melihat wajah kacak yang sedang tersenyum itu.
       “Awat awak lambat. Nasib baik tak berjanggut saya tunggu awak.” Maya berkata. Dia berdiri tegak dengan gayanya yang simple itu. Berbaju t-shirt dan berseluar jeans biru.
       “Simplenya pakaian awak.” Kata Iszam. Dia melihat dirinya sendiri. Berkameja dan berseluar slack hitam.
       “Awak, kita nak pergi tengok wayang aje, bukannya nak ke pejabat.” Maya mengeluh melihat sahabatnya yang baru dikenali di tempat kerja baru.
       “Oh, yeke? Saya pergi tukar sekejap.” Kata Iszam mahu berpatah balik masuk ke rumahnya.
       “Saya ikut! Kalau biarkan awak sorang-sorang. Satu jam lagilah saya kena tunggu.” Maya berkata sambil mengikut Iszam dari belakang.
       Selamba Maya membuka almari pakaian Iszam. Mak ai! Penuh dengan pakaian formal. Nasib baik ada t-shirt.
       “Nah! Pakai yang ini. Saya tunggu kat kereta.” Maya segera keluar. Iszam sudah membuat muka pelik tetapi dia turuti juga.
       Hampir tidak berkelip mata Maya memandang lelaki yang dihadapannya ini. Amat berbeza dari hari biasa. Kacak!
       “Jom! Nanti lambat pula.” Iszam menghidupkan enjin keretanya. “Maya!” panggil Iszam lagi sekali kerana Maya tiada tanda-tanda mahu masuk ke dalam kereta.
       “Ya! Ya!” pantas Maya bergerak.
       Mereka menuju ke destinasi.
       “Bestkan cerita cinta kura-kura tu.” Puji Iszam. Dia yang lebih teruja berbanding Maya. Maya tidak berapa suka cerita cinta-cinta. Dia lebih suka cerita aksi dan lawan-lawan. Itu lebih menarik.
       “Bolehlah.” Jawab Maya.
Kini mereka melalui sebuah kedai bunga.
“Cantiknya bunga ni.” Puji Iszam. Dia masuk ke dalam kedai tersebut. Dia juga memilih beberapa kuntum bunga untuk dibeli.
“Awak beli bunga tu untuk siapa?” Maya bertanya.
“Saya beli untuk diri sendiri, kenapa?” selamba Iszam menjawabnya. Maya sudah berkedut dahinya.
Ingatkan beli untuk aku. si Iszam ni memang tau. Buat aku perasan sorang-sorang aje. Maya berkata dalam hatinya.
“Hmmm, lelaki suka bunga? Pelik!” Akhirnya Maya suarakan pendapatnya.
“Apa yang peliknya? Ingat perempuan aje yang boleh suka bunga?” kata Iszam. Dia memandang Maya. Bunga sudah dibelinya.
“Saya ingat macam tu la saya rasa awak ni pelik.” Maya juga turut memandang Iszam. Mereka berjalan bersama keluar dari kedai tersebut.
“Maya, kita duduk sekejap. Saya ada benda nak cakap.” Nada Iszam tiba-tiba serius. Dia selambanya menarik lengan Maya ke tempat duduk yang di sediakan di shopping complex tersebut.
“Apa dia?” kata Maya.
“Saya suka awak. Boleh tak kita kahwin?” tanpa ada halangan, Iszam terus menyatakan hasrat hatinya.
Wei! Siapa yang tak terkejut tiba-tiba dilamar oleh lelaki kacak dan merupakan majikan kita sendiri. Aku rasa dada aku nak meletup tapi aku cuba bertenang. Maya menarik nafasnya perlahan-lahan.
“Iszam, saya tak dapat terima awak sebab saya suka lelaki lain.” Maya juga bersikap jujur.
Iszam kecewa
“Siapa lelaki tu? Saya kenal ke?” Soal Iszam. Matanya redup memandang Maya.
“Entah! Saya pun tak tahu dia siapa? Nama dia? Tapi saya yakin suatu hari nanti saya akan bertemu dengan dia. Saya berdoa hampir setiap dalam doa saya, Iszam. Saya doakan yang saya akan berjumpa dengan dia.” Kata Maya dengan senyuman manis. Dia benar-benar yakin.
“Baiklah Maya, saya terima jawapan awak ni dengan hati yang terbuka.” Iszam terus berjalan sendirian meninggalkan Maya di kerusi tersebut.
“Iszam! Tunggu dulu!” panggil Maya. Bunga yang dibelinya tadi ditinggalkan begitu sahaja. Berlari anak Maya mengejar Iszam. Wajah lelaki itu masam mencuka.
Selepas menghantar Maya pulang, Iszam berlalu tanpa kata. Maya hanya mampu memandang kereta milik Iszam hilang dipandangannya.
“Maafkan saya, Iszam.”
Dia segera masuk ke dalam rumah sewanya. Dia melabuhkan punggung atas sofa yang lembut itu. Terasa amat selesa dapat bersandar pada sofa tersebut. Matanya di pejam.
Aku takkan lupakan dia sampai bila-bila.
Peristiwa dua tahun lalu berputar kembali.
Maya tersenyum gembira. Dia berjalan sendirian pada malam itu. Itu pun kerana terpaksa. Tiba-tiba dia ditarik oleh seseorang yang tidak dikenalinya.
“Aku nak duit. Kau bagi duit sekarang sebelum aku bunuh kau!” seorang lelaki berbaju hitam itu mengugut Maya. Tangan Maya menggigil dan peluh mula hadir. Dia terduduk di lorong gelap itu. Tiada kudrat untuk berdiri.
“Kau pekak ke?! Aku nak duit!” lelaki itu masih meminta. Pisau ditangannya masih utuh mengacu pada Maya. Dengan tangan yang bergetar, Maya memberi dompet miliknya tetapi belum sempat dia berbuat demikian, seseorang datang menendang lelaki tersebut.
“Awak pegang bunga ni sekejap.” Lelaki itu memberi bunga miliknya iaitu bunga mawar. Cantik!
Berlakulah pergaduhan antara mereka berdua.
Lelaki yang membantunya itu berambut panjang dan terdapat jambang yang nipis di dagunya.
Lelaki hitam itu cuba menikam penyelamat Maya, pantas dielaknya. Dengan sekali tumbuk, lelaki hitam itu tumpas. Dia segera meninggalkan mereka berdua.
“Awak tak apa-apa?” soal penyelamat Maya.
Maya cuba tersenyum. Dia hanya menggelengkan kepala.
“Awak datang sini dengan apa?”
“Kereta.”
“Mari saya hantar awak ke kereta awak.” Penyelamat Maya menemani Maya sepanjang perjalanan itu. Maya tidak lepas dari memandang lelaki itu.
“Terima kasih jaga bunga saya baik-baik.” Ucap penyelamat itu lalu meninggalkan Maya yang sudah berada dalam keretanya.
“Encik!” Maya hampir lupa mengucapkan terima kasih tetapi penyelamat Maya sudah menghilangkan diri.
“Encik....” Maya kecewa.
****
Sudah sebulan Maya berada di Teluk Intan mengurus tender syarikat di sana. Kini, barulah dia masuk ke pejabatnya.
“Bos mana?” soal Maya.
“Encik Iszam?” setiausaha Iszam, Siti berkata.
“Ya.”
“Bos dah sebulan tak masuk kerja. Dia kata ada urusan.” Balas Siti.
“Okey. Tak apa la.” Kata Maya. Dia terasa pelik apabila Iszam bersikap begitu. Dia kecewa ke aku tolak lamarannya? Biar betul? Maya mula keliru.
*****
Sudah sebulan Iszam tidak masuk ke pejabat. Entah mengapa dia berasa sedih dan sangat terluka dengan penolakan lamarannya pada Maya.
       Kenapa Maya tolak lamaran aku mentah-mentah pula? Saat Maya bercerita mengenai lelaki yang dia suka itu, wajah Maya cukup berseri-seri dan gembira. Aku cemburu dengan lelaki itu.
       Iszam menangis. Tidak pernah dia menangis seperti ini. Hatinya benar-benar sunyi sejak ayah dan ibunya meninggal dunia dua tahun yang lepas. Walaupun ketika itu usianya 24 tahun tetapi begitu sukar untuk menerima berita kematian kedua ayah dan ibunya.
       Hati Iszam kesunyian.
       Iszam bangun dari katilnya. Dia menuju ke bilik air. Cermin yang ada dilihatnya.
“Betul ke aku ni?” Iszam bertanya sendirian. Sudah berjambang wajahnya. Inilah di namakan kecewa habis. Malu kalau Maya nampak ni. Aku juga akan menunggu kau, Maya walaupun kau menunggu lelaki lain.
Ting... Tong...
Ada orang menekan loceng rumah. Iszam yang berada dalam bilik air, segera berlari untuk membuka pintu.
“Siapa!” soal Iszam sambil membuka pintu rumahnya. Terkejut dirinya apabila melihat Maya berada di depannya.
Maya juga terkejut. Entah mengapa, saat ini air matanya mahu mengalir.
“Saya setuju dengan lamaran awak.” Maya berkata tanpa dia sedari.
Bulat mata Iszam apabila mendengarnya. Biar betul apa yang aku dengar. Maya setuju dengan lamaran aku?
*****
Kini sudah sebulan mereka berkahwin. Serasian mula terasa antara mereka berdua. Maya sedang membersihkan ruang tamu rumah mereka.
“Nak tanya boleh tak?” Iszam melabuhkan punggung duduk atas sofa yang ada.
“Nak tanya apa?” biasanya hujung minggu macam ni dia dan Iszam akan membersihkan rumah mereka.
“Kenapa sayang setuju kahwin dengan abang?”
“Eh, baru sekarang ke nak tanya? Abang ni teruk la.” Maya bangun dan menghias bunga pula. Sudah menjadi rutin Iszam membeli bunga hidup setiap hari. Dia pun tidak kisah dengan kegemaran Iszam.
“Ala jawablah.” Iszam bangun dan menghampiri isterinya yang sedang mengubah bunga tersebut.
Iszam memeluk isterinya dari belakang.
“Tak Nak!” Maya berkata manja.
“Tak nak ye? Ambil ni!” Iszam mencium leher isterinya. Pantas Maya menarik telinga suaminya.
“Oh, nak nakal dengan Maya ye?”
“Sakit sayang. Terkeluar nanti tahi telinga abang macam ni.” Kata Iszam mengaduh.
Akhirnya Maya melepaskan juga tetapi ternyata dia tertipu dengan lakonan Iszam. Sekelip mata tubuhnya ditarik dan dibaringkan atas sofa. Kini tubuh Iszam atas Maya.
Maya benar-benar geram dengan sikap Iszam.
“Cepat jawab!” kata Iszam.
“Tak nak la. Biarlah ia jadi rahsia Maya aje.”
“Rahsia Maya, rahsia abang juga. Mana boleh simpan sorang-soarang. No! No! No!” sempat lagi Iszam menunjukkan jari telunjuknya di batang hidung Maya.
Disebabkan geram dengan tindakan Iszamn, pantas Maya menggigit jari telunjuk Iszam.
“Siapa yang nakal ni?” soal Iszam. Disebabkan terlalu geram dengan sikap isterinya, Iszam bertindak mencium pipi Maya tetapi Maya mengelak.
“Yelah! Yelah! Maya cerita.” Akhirnya Maya mengalah. Iszam bangun dari terus menindih tubuh isterinya.
“Okey cerita sekarang.” Iszam menanti dengan sabar.
Maya duduk di sebelah Iszam. Dia pun menceritakan kejadian dua tahun yang lalu. Iszam terdiam dan wajahnya serius.
“Itu abang kan? Terima kasih Maya ucapkan. Selamatkan Maya masa tu.” Maya tersenyum manis. Dia gembira dengan Iszam. Iszam seorang suami yang baik dan bertanggungjawab.
Iszam menangis. Terasa hangat pipinya.
“Abang, kenapa menangis ni?” soal Maya. Dia masih tersenyum.
“Itu bukan abang....” kata Iszam. Senyuman Maya hilang sebaik sahaja mendengar kata-kata itu. Iszam segera berlari masuk ke bilik mereka.
       Maya pula terdiam dan air matanya pula mengalir.
       “Kalau bukan abang, siapa lelaki itu? Siapa dia?” Maya masih dalam terkejut. Dia masih termenung.
       “Abang buka pintu ni!” jerit Maya. Dia terasa pelik kerana suaminya mengurungkan diri bagaikan dia kenal siapa lelaki yang Maya cari sebenarnya.
       “Abang kenalkan lelaki tu? Abang buka pintu ni. Bagitau Maya abang.” Ketukan Maya semakin lemah. Akhirnya dia bersandar pada pintu bilik tersebut.
       Iszam juga bersandar pada pintu bilik itu ketika ini. air matanya mengalir. Dia terkenang seseorang yang hampir sahaja dia lupakan.
       Abang Ihzam......
       Peristiwa dua tahun yang lepas....
       “Abang dari mana ni? Kita nak kena mandikan jenazah ayah dan mak secepat mungkin.” Kata Iszam. Dia menanti dengan sabar di tempat letak kereta.
       “Tadi ada seorang perempuan kena rompak. Nasib baik abang nampak. Abang tolonglah. Cantik sangat perempuan tu, Zam. Abang bagaikan jatuh cinta dengan dia.” Ihzam tersenyum kelat. Memandangkan ayah dan emak mereka meninggal dunia kerana kemalangan jalan membuatkan dia terpaksa menutup kembali hati ini.
       Ihzam masih berdiri di luar kereta sambil membongkokkan sedikit badannya untuk berbual dengan adik kembarnya itu.
       “Tak apa. Nanti lepas segala urusan ini selesai, kita bincang lagi ye, abang Ihzam?” Iszam gembira jika abangnya ada pengganti kekasih gelapnya.
       “Baiklah Zam!” Ihzam tersenyum.
       Tiba-tiba orang yang merompak Maya tadi datang dan menikam tepat ke jantung milik Ihzam daripada belakang lalu melarikan diri. “Mampus kau!” katanya lagi dengan kasar.
       “Zam.....” suara Ihsam tersekat. Dia rebah menimpa bumi.
       Iszam terkaku. Apabila mendengar suara Ihsam menyebut namanya, barulah dia tersedar.
       “Abang Ihzam!” Iszam menghampiri Ihzam. Dia meletakkan kepala Ihzam atas ribaannya.
       Dengan tangan yang mengeletar, Iszam mencabut pisau yang tertusuk dibelakang abang kembarnya.
       “Abang biar Zam kejar lelaki tu!” Iszam ingin bangun tapi Ihzam menghalang.
       “Jangan!” Ihzam berkata lemah tapi tegas.
       “Abang. Abang jangan cakap banyak! Abang rehat. Zam pergi ambik telefon dan telefon ambulance. Abang mesti selamat.” Tanpa Iszam sedari, air matanya mengalir deras. Dia sudah tiada sesiapa. Ayah dan mak baru sahaja meninggal dunia tidak sampai 24jam dan kini abangnya akan menyusul.
       “Abang tak boleh mati!” Iszam bagaikan dapat meneka Ihzam tidak akan dapat bertahan lama.
       “Zam, maafkan segala kesalahan abang.” Ucap Ihzam perlahan dan tersekat-sekat. Darah banyak mengalir.
       “Tak nak! Tak Nak maafkan abang! Abang janganlah tinggalkan Zam sorang-sorang! Abang!” Iszam mula trauma. Kematian ayah dan mak dia pada pagi tadi dan malam ini pula satu-satu saudara yang dia ada kini juga akan meninggalkan dia.
       “Abang!” jerit Iszam sekuat hati apabila nafas Ihzam tiada lagi.
       Makin kuat esakan Iszam. Makin lama, makin bergema dalam ruang bilik tersebut.
       “Abang....” Maya cuba memujuk.
       Perlahan-lahan Iszam membuka pintu dengan keadaan kakinya melutut dan saat pintu terbuka, tubuh Maya yang sedang bersandar pada pintu itu, rebah ke tubuh Iszam.
       Maya ingin bangun dari terus bersandar pada tubuh Iszam tetapi tidak berjaya kerana Iszam memeluknya dari belakang. Erat sekali.
       “Jangan tinggalkan abang, Maya. Abang tak ada sesiapa pun. Abang cuma ada sayang aje. Abang kasihkan sayang. Abang cintakan Maya. Abang tak sanggup kehilangan orang tersayang lagi, Maya.” Luahan Iszam dalam tangisan cintanya. Cinta yang tulus lagi murni.
       Dengan rela hati, Iszam menceritakan peristiwa yang berlaku dua tahun lalu. Mengenai Ihzam yang menyelamatkan Maya ketika itu dan bukannya dia.
       Maya mendengarnya dengan tenang. Dia leraikan pelukan Iszam.
       Kini, mereka saling bertentangan.
       “Maya takkan tinggalkan abang walaupun bukan abang yang selamatkan Maya masa tu. Hubungan kita selama sebulan sudah mampu buat cinta untuk abang bercambah subur dalam hati Maya. Abang banyakkan bersabar. Maya ada untuk temani abang.” Jelas Maya. Dia tersenyum.
       “Terima kasih Maya.” Iszam bersyukur dengan kata-kata Maya.
*****
Ria betul-betul amuk dengan sikap suaminya.
       “Abang!”
       “Kenapa sayang?”
       “Syanaz mana?” soal Ria. Ketika itu mereka sedang membeli bunga untuk hari kekawan yang bakal kunjung tiba.
       “Itu..” Selamba Zeck menunjuk arah sepasang pasangan yang sedang mendukung Syanaz.
       “Comellah anak akak,” kata Maya.
       “Comel? Betul ke comel? Tengoklah siapa mama dia.” Ria mula berbangga.
       “Saya Maya dan ini suami saya Iszam.” Maya memperkenalkan diri.
       “Oh, saya Ria dan suami saya Zeck. Dan anak kecil ini, Syanaz namanya.” Ria turut memperkenalkan ahli keluarganya.
       “Zeck?”
       “Iszam. You ni dari syarikat Aman berhad kan?” soal Zeck. Dia seperti pernah berjumpa dengan lelaki ini.
       “Ya betul. You...” Iszam Cuma mengingatinya tetapi gagal.
       “Syarikat NFZ berhad....” Zeck tolong menjawabnya.
       Ketika mereka berempat leka berbual, Syanaz merangkak perlahan-lahan menuju ke satu sudut bunga mawar. Sedikit lagi tangannya akan menyentuh batang bunga yang berduri itu. Nasib baik diselamatkan oleh seseorang.
       “Kak Zai!!!” jerit Ria. Kini Syanaz sudah dalam dukungan Zai.
       “Jerit-jerit juga tapi anak kena jaga juga.” Nasihat Zai. Mereka berempat hanya mampu tersengih.
P/S: cerita kali ni agak berat juga konfliknya tetapi ria harap pembaca boleh menerima ending yang agak cepat juga....terima kasih semua...

12 comments:

  1. bestttt....!!! smbungx3..hehehh...(^^)v

    ReplyDelete
  2. hahhaha maya =)

    nice! mmg xsangke mamat tu jambuu suke bunga..tp bunga mmg febret maya!

    satu lg yg maya xterfikir ialah itu kembar die! bgs2....

    ehem2 watak ria tu mmg suke masuk setiap cite ye...hehhehehe

    ReplyDelete
  3. best!!ingatkan iszam.org yg selamatkan maya..
    rupanya kembar dia..
    fuh!!best sangat hehe..
    tahniah ria..

    ~gurangak aja~

    ReplyDelete
  4. best nih kak ria !! ksian kat ihzam kalo x kne tikam, msti dia dpt jmpe jgk dgn maya kan .. hehehee

    ReplyDelete
  5. mesti ada watak ria dgn zack kat hujung cerita..

    ReplyDelete
  6. Yg buat cerita ni slut kah.. Yg mmbca kbykan bujang atau masih di bwh umur

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi