Followers

Tuesday 22 May 2012

11
Komen

CERPEN:PEN MERAH DI SEKOLAHKU (part1)


“Ika Hasnol!” ada seseorang yang memanggil. Siapalah makhluk yang memanggil nama penuh facebook aku ni? Pelik!
       Ika berpaling. Rusyaidi berlari seperti kanak-kanak riang rebina. Ika hanya memandang dari jauh.
       “Ada apa Aidi? Aku nak cepat ni, nanti aku terlepas nak date dengan cikgu Ria.” Kata Ika. Dia hanya memandang wajah  Rusyaidi yang termengah-mengah itu.
       “Kau ni ada apa-apa ke dengan cikgu Ria tu?” soal Rusyaidi.
       “Kenapa pula kau tanya? Tu kan cikgu kita.” Balas Ika. Dia tidak menjawab pertanya Rusyaidi itu.
       “Sebenarnya aku....” belum sempat Rusyaidi berkata, muncul pula seseorang.
       “Ika, kamu disini rupanya.” Cikgu Ria tersenyum manis. Ika mengalihkan pandangan ke arah cikgunya pula.
       “Akak.. Ops! Cikgu, maaf ada hal tadi.” Kata Ika dengan lembutnya. Rusyaidi hanya memandang kepelikan.
       “Tak apa. Malam ni jadi tak?” soal Ria.
       “Jadi cikgu. Mesti jadi!”
       “Baguslah macam tu. Kita jumpa malam nanti.” Ria terus berlalu.
       “Kenapa dengan malam ni?” soal Rusyaidi. Perasaan ingin tahu begitu membara dalam jiwa.
       “Rahsia!” Ika mula berjalan menuju ke kelas mereka.
       “Kau dengan aku mana boleh ada rahsia.” Kata Rusyaidi dengan tiba-tiba. Ika memandang Rusyaidi dengan dahi yang berkerut.
       “Mean....?” Ika bertanya. Tanda soal.
       “Mean......” Rusyaidi sendiri tidak dapat berkata apa-apa. Dia terdiam. Sekadar memandang wajah Ika yang selamba.
       “Ika! Sini!” Fatin memanggil sahabatnya itu yang sedang berjalan bersama Rusyaidi. Serius lain macam aje mereka berdua ni. Mata Fatin mengecil bagaikan mengesan sesuatu.
       “Ya!” Ika menghampiri Fatin. Alia pun ada sedang membaca sesuatu.
       “Jadi tak malam ni?” soal Fatin. Alia yang sedang membaca, terus mendongak memandang Ika. Menanti jawapan dengan sabar.
       Ika buat wajah serius. Bagaikan sesuatu yang berlaku.
       “Jadi!!!” jerit Ika.
       Rusyaidi hanya memandang dari jauh. Cerianya wajah Ika. Apa yang buat dia gembira macam tu sekali. Jelous ni! Hish! Geramnya! Orang tanya tak nak jawab. Rusyaidi sudah mengaru kepalanya sehingga rambutnya menjadi serabai.
       Ika, Fatin dan Alia hanya memandang Rusyaidi dari jauh.
       “Tak betul ke si Aidi tu?” soal Alia.
       “Entah!” Fatin mengangkat bahunya.
       “Kurang sihat sikit kot....” teka Ika pula.
       Rusyaidi mengecilkan matanya sebagai tanda dia benar-benar geram.
       “Eh, korang bertiga ni! Tak ada kerja ke? Mengutuk aku aje.” Rusyaidi menghampiri mereka bertiga.
       “Mana ada kutuk. Mengumpat aje.” Balas Fatin. Mereka bertiga ketawa kecil.
       “Tak guna! Siap kau, Ika!” pandangan Rusyaidi jatuh pada Ika.
       “Eh, apasal aku pula.” Ika terasa pelik.
       “Siap la!”
       “Siap apa?” Alia menyampuk.
       “Siap kerja sekolah kot.” Fatin tolong menjawab. Lagi sekali mereka bertiga ketawa. Rusyaidi merengus lalu kembali semula ke tempat duduknya.
       “Sah! Dia tak sihat!” kata Ika. Kelas akan bermula sebentar lagi. Mereka mula bersedia.
*****
Ika mengeluh. Cikgu Ria kata mahu jemput dia. Lama dia tunggu. Muncung Ika sudah panjang.
       “Jangan nak buat muncung itik. Kejap lagi sampai la kakak kamu tu.” Kata Mama Ika.
       “Ala mama. Kita ni dah semangat nak pergi.” Ika setia menanti depan pintu rumahnya. Menanti Ria menjemput dia di rumah.
       “Sabar la. Mana tahu jalan sesak ke? Jangan lupa bagi kuih yang mama buat tu?”
       “Kuih? Baiklah mama. Ika bagi. Kan kuih mama ni terbaik dari ladang.”
       “Ladang, ladang juga. Tapi kuih mama ni bukan lembu atau kambing nak datang dari ladang.” Mama Ika tersenyum.
       “Mama ni. Orang cakap aje.” Makin panjang muncung Ika.
       Sebuah kereta myvi masuk ke perkarangan rumah Ika. Mama Ika dan Ika melihat dari jauh.
       “Apa khabar mak cik?” Ria bersalaman dengan mama Ika.
       “Khabar baik.”
       “Ika maaf akak ada hal. Biasalah nak suruh mangsa keluar rumah memang payah.”
       “Tak apa kak.” Ika tersenyum.
       “Tak apa? Ria, kalau kamu nak tahu, Ika ni dari tadi membebel kenapa kamu datang lambat.” Jelas mama Ika. Wajah Ika sudah merah.
       “Mama...” Ika sudah malu.
       “Betul ke mak cik?” Ria memandang mama Ika. Mama Ika hanya mengangguk. “Jom Ika. Nanti lambat pula. Nak jemput Fatin dan Alia pula.” Ajak Ria.
       “Jom Kak!”
       “Eh, tak nak salam mama ke? Kalau jumpa akak dia, dah lupa mama ye?” kata mama Ika. Ika hanya tersengih.
       “Mak cik, kami pergi dulu.” Kata Ria sambil bersalaman dengan mama Ika.
       “Okey. Elok-elok pandu kereta tu.”
       Ria hanya angguk kepala dari jauh.
       “Akak, akak dah siap semua kan?”
       “Dah siap semuanya.” Ria tersenyum.
*****
Ria mengeluh melihat rumahnya bersepah. Ini mesti kerja Syanaz. Makin nakal anak aku ni. Tak boleh jadi ni.
       “Kak Fika. Kak Zai, maaf menyusahkan akak.” Ria tersengih.
       “Bukan ke kamu selalu susahkan akak?” kata Fika. Zai hanya termampu tersenyum.
       “Ala akak. Akak, kenalkan ni anak-anak murid Ria. Ini Ika, Fatin dan Alia.” Mereka bertiga bersalaman dengan Fika dan Zai.
       “Pandai juga anak murid Ria yang lelaki tu masak ye?”
       “Eh, dia tu kebetulan jumpa masa beli barang kat pasaraya tadi. Kan tak jemput, sedih pula budak tu.” Balas Ria.
       “Siapa kak?” soal Ika.
       “Rusyaidi.” Ria tersenyum.
       “What?!” Ika, Fatin dan Alia terkejut serentak.
       “Kenapa? Tak boleh ke?” Rusyaidi muncul. Ria, Fika dan Zai sudah berlalu ke dapur.
       “Kau pandai masak ke?” Fatin bertanya dengan penuh rasa kemushkilan.
       “Hmmmm....” Alia pula terangguk-angguk sambil tangannya mencapai sesuatu dalam beg. Dia mengeluarkan sebuah novel lalu membacanya.
       “Pandailah. Ayah aku chef. Chef Ziyad. Lagi pun mama aku berkawan dengan cikgu Ria. Korang ada hubungan apa-apa ke dengan cikgu Ria? Tak ada kan?” Rusyaidi tersenyum bangga.
       “Banyaklah kau. Nak kena ada hubungan ke kalau nak datang rumah Cikgu Ria.” Ika memang tidak berpuas hati dengan kata Rusyaidi. Dia benar-benar suka dengan Ria. Dia cemburu dengan Rusyaidi. Lelaki itu nampaknya lebih mesra dengan Ria.
       Tanpa mereka berdua sedari, Fatin dan Alia sudah meninggalkan mereka berdua bergaduh.
       “Biar ajelah mereka berdua. Kita pergi makan pun sedap.” Ajak Fatin.
       “Kau kebuluran ke, Fatin?” soal Alia.
       “Kebuluran tu tak ada la tapi lapar.”
       “Aku pun lapar.” Kata Alia sambil melihat perutnya.
       “Tak payahlah kau tengok perut kau tu. Dah sememangnya buncit.” Kata Fatin. Fatin memang terkenal dengan sikap suka mengusik dan nakal.
       “Sedapnya mulut kata perut aku buncit.” Amuk Alia.
       “Mulut aku memang sedap. Kau nak rasa?”
       “Gila ya? Dah berjangkit dengan Aidi?”
       “Eh, apa pula?!”
       “Kamu berdua ni. Gaduhkan apa? Meh, tolong cikgu.” Ria menegur mereka.
*****
Semua persiapan sudah tersedia. Rusyaidi dan Ika masih bermasam muka. Nak gaduh aje budak berdua ni. Aku satukan baru tau. Ria berasa tekanan sebab Zeck tidak pulang lagi. Semua persiapan sudah tersedia.
       “Ria, diorang dah pulang!” Kata Zai.
       “Betul ke kak Zai?” Ria cepat-cepat rebah atas lantai. Manakala semua yang datang tadi menyorok.
       Zeck yang baru pulang beli barang terkejut melihat isteri tersayang terbaring atas lantai.
       “Ria! Kenapa ni sayang?” Zeck memangku tubuh Ria. Dia mahu menghantar Ria ke hospital dengan kadar segera.
       Belum sempat Zeck meletakkan tubuh Ria dalam kereta.
       “Selamat hari lahir abang!” Ria berbisik dengan nada yang romantik.
       Terkaku Zeck mendengarnya. Dia sudah lupa hari ini adalah hari lahirnya yang ke.... tuttttttttt
       “Ria! Nakalnya!” Zeck masih memangku tubuh isterinya.
       “Dahlah. Turunkan saya.” Arah Ria. Dia malu apabila tetamu yang datang melihat dia dipangku begitu. Anak-anak muridnya sudah tersengih lebar.
       “Tak nak! Inilah balasan untuk orang yang kenakan abang.” Kata Zeck. “Nak hadiah!” pinta Zeck.
       “Hadiah kat dalam rumah. Kalau nak ambil sendiri.” Arah Ria. “Ish, malulah orang tengok!” sedikit keras suara Ria.
       “Padam muka. Siapa suruh kenakan abang.”
       “Kak Zai yang suruh.” Kata Ria dengan selamba.
       “Eh, sedapnya mengata akak. Bila masa akak yang suruh.” Zai memandang Ria. Dia senyum geram pada Ria. Ria rapatkan kedua tapak tangannya sebagai tanda dia minta ampun. Zeck ketawa gembira.
       Tiba-tiba mereka bertiga terasa aura yang dingin.
       Rusyaidi dan Ika. Ika duduk dihujung meja sebelah kanan manakala Rusyaidi duduk di meja hujung sebelah kiri. Mereka saling jeling-menjeling.
       Ria rasa dia perlu buat sesuatu.
       “Kak Ria, ayah tak dapat datang la. Camner nak balik?” manja sekali suara Rusyaidi. Ika dari jauh hanya menjeling.
       “Tak apa akak hantar.”
       “Eh, siapa izinkan awak keluar rumah hantar budak-budak ni?” Zeck menyampuk. Wajah Zeck serius lain macam.
       “Abang ni kenapa?” Ria terasa bengang dengan sikap suaminya itu.
       “Eh, abang gurau aje!” suaminya tersengih.
       Alia dan Fatin di hantar pulang oleh Fika dan tinggallah mereka berdua, Ika dan Rusyaidi.
       Zeck dan Ria menghantar Ika terlebih dahulu. Mereka berdua duduk di tempat duduk belakang.
       Tiba-tiba Rusyaidi memberi sebatang pen. Pen tersebut dengan bersama-sama sehelai kertas yang ada tulis sesuatu.
       Ika sekadar mengambilnya. Dia menyimpan dalam beg yang dibawa.
       “Terima kasih kak Ria.” Ucap Ika.
       “Eh, kak Ria aje ke?” Zeck tersenyum.
       “Abang Zeck pun sama. Terima kasih.”
       Ika pun masuk ke dalam rumah. Selesai membersihkan diri. Dia membuka lipatan kertas yang diberi oleh Rusyaidi.
      
Siap kau!
- Rusyaidi-

       Apa kes mamat ni? Tiba-tiba siap kau? Sihat ke tak. Aku ingat ada perkara penting. Pen merah pula tu bagi aku. pelik! Ika sekadar menyimpan sahaja pen merah tersebut dalam bekas pensilnya.
       Ada sesuatu yang amat kecil tulisannya atas kertas tersebut. Berkerut-kerut dahi Ika mahu membacanya. Dia ni memang sengaja nak seksa aku.
       Satu persatu Ika menyebut perkataan tersebut.
       “Aku.... Suka..... Kau.....” terkebil-kebil mata Ika. Suka aku? Aidi suka aku? Eh, mamat ni biar betul. Dahlah tahun ni SPM. Main-main pula dia. Ika menidakkan apa yang dibacanya. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk tidur sahaja. Lagi bagus!
*****
Pagi tersebut Ika pergi awal ke sekolah. Dia yakin yang dia adalah orang pertama yang tiba di kelas tetapi ternyata silap.
       “Awalnya kau datang Aidi.” Ika menegur Rusyaidi.
       “Kau yang selalu datang lambat...” balas Rusyadi.
       “Okey Fine!” Ika mengalah. Mereka hanya diam sahaja.
       “Ika...” Panggil Rusyaidi. Ika hanya memandang lelaki itu.
       “Aku.....” Rusyaidi menyambungnya lagi...

Apa yang akan berlaku? Apa yang Rusyaidi nak sebenarnya dengan ratu like kita ni? Kita nantikan sambungannya di masa akan datang... insya allah. hihihihi

11 comments:

  1. Hhahahah !! So Sweet !! I like It So Much !! Thanx My Lovely Sis Ria Natsumi.. Lov U So Much... Muahhhhh !!!!

    ~Fae~

    ReplyDelete
    Replies
    1. sukanya cik ika kita ni...ketawa macam tu sekali...tak boleh tahan tu, mama ika masuk sekali hahahah...jgn bgtau mama tau...segan akak nanti hihihihi

      Delete
  2. Aku...Suka...tiba-2 krekkkkk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah hebat tu...ada brekkk pula hahahha maaf...ria tak nak bg blog ria sunyi aje...maaf tau....bersambung pula...

      Delete
  3. Alahai....
    serius macam budak-budak....
    Comel....hehehe XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi dah cite budak2 nak buat camner...pn ria dan en zeck pun dah macam budak2 dah perangainya hahahah

      Delete
  4. alahai kak ria ... mmg comel la dia .. wah, ika hasnol tau .. bangga cik ika kite tu .. ngehehhe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapa yg comel ni??akak ke???akak memang comey hihihihi

      Delete
  5. kak riaaa..camne nak wat cover...
    comellah!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. gunalah photoscape dan pic yg cantik hihihihi nanti comel la cam ni

      Delete
  6. haha.. br perasan cerpen nih.. mana smbungn dia? wahh.. aidi suka ika.. wuu~

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi