Followers

Friday 25 May 2012

10
Komen

HATI SUAMIKU GK 4



Huzaiman menyikat rambutnya sebelum tidur. Entah mengapa dia berasa puas dapat mematahkan semua kata-kata Natasha di kedai mamak tadi.
“Amman dan Ammar akan setia dengan aku.” kata Huzaiman dengan megahnya.
“Mereka berdua pun ada kehidupan. Takkan nak berkepit dengan kau aje.” Natasha benar-benar tidak berpuas hati. Wajah gadis itu sedikit kemerahan. Mungkin marah.
“Biarlah. Mereka dilahirkan untuk melindungi dan menjaga serta menurut segala perintah aku.” sombong sekala Huzaiman.
Amman dan Ammar hanya menundukkan kepala sahaja. ‘Over pula bos aku ni. Padahal selama aku jadi pembantunya taklah macam ni. Baik ajer bos layan aku.’ Amman berkata dalam hatinya.
“Tuhan marah orang yang sombong macam kau.” Natasha cuba memangkah kata-kata Huzaiman.
Lelaki itu hanya mampu tersenyum.
“Tuhan lebih tahu isi hati aku macam mana. Sombong atau tidak.” Huzaiman tidak kisah dikatakan begitu. Dia sudah biasa.
“Ala, manusia ni rambut sahaja sama hitam tapi hati kita tak tahu kan?” Natasha memandang Amman dan Ammar tetapi si kembar itu tidak pula memandangnya. Geramnya!
“Betullah. Macam mana dengan rambut cik Natasha? Warna hitam juga ke?” soal Huzaiman. Memandangkan Natasha memakai tudung, dia tidak tahulah warna rambut gadis itu.
Kerana terlalu geram, Natasha bangun ingin meninggalkan meja tersebut.
“Amman, halang dia dari pergi.” Arah Huzaiman.
“Baik bos.” Amman menghalang langkah Natasha. Natasha mendongak memandang Amman.
“Abang Amman....” Geram Natasha.
Amman hanya mengangkat bahu sahaja. Dia hanya mengikut arahan.
“Duduk. Makan dulu. Amman dan Ammar. Kamu berdua pun duduk. Kita makan sama-sama.” Ajak Huzaiman dengan tegasnya.
‘Makan kat kedai mamak? Biar betul bos aku ni. Tak pernah-pernah seumur hidup ini aku melihat dia makan kat sini.’ Ammar pun melabuhkan punggungnya. Matanya terkebil-kebil memandang Huzaiman.
“Ammar, saya tahu yang saya ni terlalu pelik berpakaian macam ni tapi jangan pandang saya macam tu.” Kata-kata Huzaiman membuat Ammar mengalihkan pandangannya kepada Amman yang tersenyum manakala Natasha yang sudah membuat muncung yang panjang.
‘Ada orang kena paksa makan. Nasiblah!’ kata Ammar apabila melihat muncung Natasha.
Akhirnya Huzaiman sekadar minum air 100Plus tin sahaja. Dari situ Amman dan Ammar tahu yang Huzaiman memang tidak sesuai makan di kedai mamak.
‘Kalau dah memang tak biasa makan kat kedai macam ni, memang takkan biasa.’ Ammar mengeluh.
Huzaiman tersenyum.
“Tengoklah esok. Si Sha tu datang lambat atau cepat.” Huzaiman tidak sabar menanti esok.
*****
Natasha berpakaian serba hitam. Dia berasa bersyukur yang dia tidak lewat ke pejabat hari ini. dia dapat pulang kerja dengan hati yang senang.
       Malam ini dia ada perjumpaan dengan seseorang yang penting.
Natasha berjalan sendirian malam itu, dia memandang ke kiri dan ke kanan sebelum masuk ke dalam sebuah kereta berwarna hitam. Dia duduk dengan tertibnya.
“Bos...” tegur Natasha.
“Macam mana? Naz dah dapatkan data yang kita perlukan tu?” soal lelaki misteri itu.
“Sudah bos!” Penuh yakin Natasha menjawabnya.
“Mana data tu?” dahi lelaki tersebut berkerut sedikit.
“Data tu dalam Pendrive saya bos.....” kata Natasha sambil menundukkan wajahnya.
“So, mana pendrive tu.....” lelaki itu cuba bersabar.
“Sebenarnya pendrive tu dah masuk virus, bos. Saya kena beli pendrive baru.” Jujur Natasha. Wajahnya serius.
Lelaki itu mengeluh.
“Kau ni, asyik panggil aku bos aje. Aku kan dah bagitau kau, panggil aje aku PK.” Kata lelaki itu. Dia tidak jadi marah melihat wajah gadis yang cantik itu.
“PK? Tak boleh bos. Nanti saya tak dapat nak berfikir.” Gurau Natasha.
“Naz...” PK memanggil Natasha dengan nada yang geram.
“Baik PK. Ada apa-apa lagi yang saya perlu lakukan supaya dendam saya terbalas.” Soal Natasha.
Natasha memandang lelaki yang digelarnya PK. Lelaki itu banyak membantunya.
Sejak Iskandar dan Shahrin meninggal dunia akibat kebakaran di rumah mereka, hidup Natasha sentiasa tidak tenang. Ayah dan emaknya adalah insan paling Natasha sayangi.
Natasha membuat kesimpulan sendiri. Kematian ayah dan emaknya adalah kesalahan mereka sekeluarga.
Shahrin, emak Natasha merupakan adik bongsu dalam keluarga yang kaya. Datin Ismah iaitu mama Huzaiman pula ialah kakak kepada Shahrin. Shahrin meninggalkan keluarganya demi kehidupan bersama Iskandar. Dia tidak kisah hidup susah asalkan dia bahagia disamping lelaki yang dia cintai.
Semasa kematian ayah dan emak Natasha, keluarga Huzaiman sikit pun tidak simpati dengan apa yang berlaku. Ketika itu, seorang gadis sudi menghulurkan bantuan. Dia tidak akan lupa wajah gadis yang seksi itu. Walaupun seksi tetapi dia seorang yang baik. Entahlah.
Selepas beberapa hari, Natasha didatangi oleh seseorang yang mengelarkan dirinya PK. Jika tidak berjumpa dengan PK, dia tidak akan tahu yang dirinya mempunyai hubungan darah dengan keluarga Huzaiman. Ya! Dia tidak akan tahu jika PK tidak memberitahunya.
Sejak itu, Natasha menyimpan dendam terhadap keluarga kaya itu. Dendam yang tidak akan padam selagi mereka tidak merasai apa yang telah Natasha lalui.
“Naz! Naz!” panggil PK. “Berangan tak ajak saya.” Gurau PK.
Natasha tersenyum. Lelaki dihadapannya hampir sebaya ayahnya tetapi wajah lelaki ini cukup kacak. Masih nampak muda. Dia senang berkawan rapat dengan PK. Lelaki ini tidak pernah mengambil kesempatan ke atasnya, malah banyak membantu dirinya.
“Tak ada apa-apa. Saya pergi dulu. Pasal pendrive tu, saya akan beli secepat mungkin. Okey bos?” Natasha meminta kepastian.
“Okey!” PK tersenyum.
Natasha pun membuka pintu kereta dan berlalu pergi.
“Tuan!” kata pemandu PK.
“Biarlah dulu. Perempuan tu tak dapat lagi data yang kita nak tu. Apa-apa pun aku nak kau selalu perhatikan perempuan tu. Aku tak nak dia lepas.” PK berkata dalam bentuk arahan.
“Baik tuan!” balas pemandunya.
PK tersenyum. Rancangannya berjalan seperti apa yang dirancang dari awal.
*****
Natasha memerhatikan sekelilingnya. ‘Macam kenal aje’.
“Autie!” tegur Natasha.
“Eh, Sha. Dari mana ni? Meh datang rumah Autie.” Ajak Datin Ismah.
“Tak apa Autie, lain kali. Banyak benda nak buat lagi ni.” Kata Natasha pula.
“Autie teringin nak memperkenalkan kamu dengan anak autie. Mesti dia gembira yang dia mempunyai sepupu perempuan yang cantik.” Kata Datin Ismah sambil menarik lembut pipi Natasha. Geram benar melihat pipi Natasha.
“Lain kali ye auntie. Saya pergi dulu.” Kata Natasha meminta diri. Dia bersalaman dengan Datin Ismah sebelu dia berlalu pergi.

10 comments:

  1. isyy333...sape la PK ni,penjahat manusia betul,sian kt Sha n Huzaiman...hihihi tp ok gak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pk...ni siapa??hanya bab terakhir aje akan tejawab persoalan itu...awal2 ni PK low profile sikit hihihihihi

      Delete
  2. wah mmg misteri la Ria..
    PK?? ape plak dendam dia dgn keluarga Huzaiman..
    kene pk lebih nie.. kikiki ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dendam natasha dah terjawab tapi timbul pula persoalan lain...siapa PK...dia nak apa?apa masalah dia sebenarnya yer??hmmmmmm thank kak selalu komen...

      Delete
  3. Mcm mnalah reaksi Huzaiman kalau dia dpt tau yg Natasha tu cousin dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti terkejut habis punya...sedap aje buli cousin dia sendiri hihihiih

      Delete
  4. So Huzaiman mesti tak tau yang Natasya tu sepupu dia...
    betul tak sis???
    Siapa PK ni sebenarnya???

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...dia masih tak tahu lagi sebab mama dia rahsiakan dulu...tak tahulah macam mana mereka berjumpa...hmmmm Siapakah PK???ish ish ish

      Delete
  5. waaaa...kak ria..besttt..wlupn dh lmbt sy bce..huhu..

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi