Followers

Monday 14 May 2012

5
Komen

SAYA PEMINAT AWAK 10


Risya masih menangis. Air mata yang mengalir itu tidak dapat di kawal lagi. Apa yang perlu dia lakukan? Dia tidak kuat untuk hadapi ini semua. Orang sekeliling di pandang sepi oleh Risya.
“Sayang nak minum air? Abang ambilkan.” Affan bertanya sebaik sahaja Risya berbaring atas katil. Dia hanya mendiamkan diri.
Sejak dia boleh keluar dari hospital, Affan asyik dengannya. Menemaninya sentiasa. Entah mengapa Risya berasa rimas dengan keadaan itu.
“Risya?” panggil Affan lagi.
Risya hanya memandang Affan lalu dia menarik selimut sehingga menutupi muka. Itu sebagai tanda dia tidak mahu apa-apa.
Affan mengeluh.
Perlahan-lahan Affan menarik semula selimut tersebut.
“Kalau tak sudi nak tengok muka abang lagi, janganlah sampai tutup muka macam tu. Sesak nafas nanti.” Kata Affan dengan lembut. Dia menarik selimut tersebut sehingga di dada Risya. Dia membetul-betulkan sedikit.
“Kalau Risya nak apa-apa. Tekan sahaja butang ni. Abang ada di luar bilik ye?” kata Affan dengan nada yang sedih. Dia melangkah longlai meninggalkan bilik tersebut.
Sebaik sahaja pintu bilik tertutup rapat, air mata Risya mengalir. Dia benci pada diri sendiri. Saat ini dia amat memerlukan seseorang. Seseorang yang sentiasa memujuknya. Hatinya menjadi sensitif.
“Affan...” dia rindukan belaian lelaki itu tetapi selalu sahaja di tepis kasar olehnya sendiri.
Pagi itu, Risya ingin pergi ke bilik air. Dia cuba untuk bangun sendiri. Kerusi roda itu dipandang lama.
“Kuatkan semangat Sya!!!” kata semangat untuk diri sendiri.
Perlahan-lahan dia mengangkat kaki kirinya yang lumpuh itu. Kini, dia sudah duduk di birai katil. Dia dapat rasakan betapa beratnya kaki kirinya tetapi dia gagahi juga.
Sedikit lagi dia dapat mencapai kerusi roda itu tetapi.
Bukk!
Risya rebah. Belum sempat dia mencapai kerusi roda itu, dia sudah jatuh dan pada masa yang sama, Affan sudah datang menghampirinya.
“Kenapa tak panggil abang? Sayang nak ke mana?”
Risya hanya diam.
Tubuh Risya dipangku dengan begitu mudah oleh Affan. Dia membawa Risya ke bilik air.
“Sayang nak mandi kan? Biar abang mandikan sayang.” Tawar Affan.
Tawaran itu membuat Risya terkejut.
“Tak! Bukan nak mandi. Risya cuma nak buang air kecil sahaja.” Malu-malu Risya memberitahu tetapi dengan nada yang tegas. Wajahnya merah.
“Baiklah!” Affan meletakkannya dia atas tandas duduk. “Abang tunggu di luar.” Affan dapat meneka yang Risya malu dengannya. Selalunya Ibu Miko yang melakukannya tetapi kini , dia pula.
Risya termenung selepas selesai urusannya. Air matanya mengalir lagi. Sejak peristiwa ini berlaku, air matanya mudah sahaja mengalir. Esakan semakin kuat.
Affan yang mendengar esakkan itu tidak dapat menahan diri.
Dia masuk ke dalam bilik air tersebut dan memeluk Risya.
“Sayang, abang minta maaf. Jangan menangis lagi. Abang tak boleh tengok sayang menangis. Hati abang sakit.” Affan mengangkat tubuh Risya.
Mata Affan tidak lepas memandang Risya yang sentiasa tertunduk itu.
Affan baringkan Risya di atas katil.
“Maafkan abang Risya.” Lagi sekali Affan memohon.
Risya hanya mendiamkan diri dan memejamkan mata. Dia tiada jawapan bagi persoalan itu. Akhirnya dia hanya membiarkan Affan memeluk tubuhnya. Dia rasa selesa dan bahagia pada masa yang sama. Dia benar-benar rindukan pelukan itu.
*****
Risya sedang membaca. Sedikit sebanyak dia boleh terima keadaan dirinya.
“Affan....” Risya terkejut apabila lelaki itu muncul bersama sebuah gitar pada petang itu.
“Hai sayang...” Affan sentiasa memaniskan wajahnya.
Dia mengangkat tubuh Risya dan bawa ke halaman rumah yang sememangnya indah itu. Affan dudukan Risya di atas kerusi yang disediakan khas untuk gadis itu. Ada sedikit minuman dan makanan.
Macam nak berkelah aje gayanya. Risya tersenyum. Affan meninggalkan Risya seketika untuk dia mengambil gitar.
“Abang nak nyanyikan sebuah lagi untuk sayang.” Affan mula memetik gitar tersebut. “Sayang dengar tau.”
Aku ingin engkau ada disini
Menemaniku saat sepi
Menemaniku saat gundah

Berat hidup ini tanpa dirimu
Ku hanya mencintai kamu
Ku hanya memiliki kamu

Aku rindu setengah mati kepadamu
Sungguh ku ingin kau tahu
Aku rindu setengah mati

Meski tlah lama kita tak bertemu
Ku slalu memimpikan kamu
Ku tak bisa hidup tanpamu

Aku rindu setengah mati kepadamu
Sungguh ku ingin kau tahu
Ku tak bisa hidup tanpamu
Aku rindu


Petikan gitar Affan berhenti. Risya terdiam tanpa kata. Merdu sungguh suara Affan.
“Affan ni macam indon la pula.” Kata Risya untuk menutup gelisah di hatinya. Hati Risya berdegup hebat.
Tangan Risya diraih oleh Affan. Affan merenung Risya. Risya tidak pasti apa yang perlu dia lakukan. Entah mengapa lelaki ini begitu mudah memujuk dirinya.
“Betul Sya, abang rindu dengan sayang sejak abang buat perjanjian itu. Perjanjian itu buat abang berjaya seperti ini. abang akan tetap di samping sayang walaupun apa yang terjadi dengan sayang.” Bersungguh-sungguh Affan melafazkannya.
Risya terdiam lagi.
Ammar hanya mampu melihat dari jauh sahaja mereka berdua. Sedikit sebanyak ada perasaan luka dalam hatinya. Rashdan dan Rishdan memegang bahu  Ammar. Rashdan bahu kiri dan Rishdan bahu kanan.
“Bersabarlah.” Serentak mereka berdua berkata. Ammar hanya mampu menggelengkan kepala sahaja. Entah mengapa dia rasa ingin ketawa melihat tingkah laku si kembar ini.
Pesanan: maaf kali ini pendek juga... sebab banyak permintaan...ria tulis juga walaupun pendek...maaf...

5 comments:

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi