Followers

Saturday 23 June 2012

21
Komen

HATI SUAMIKU GK 15




Telinga Huzaiman rasa panas mendengar apa yang dikatakan oleh Natasha. Rasa ingin ditampar wajah cantik itu tetapi dia cuba bertenang. Entah mengapa dia rasa kasihan melihat wajah yang pucat itu.
“Keluarga aku tak tahu apa-apa pun tentang keluarga kau. Apa yang berlaku pada kau dan keluarga kau, kau tak boleh salahkan keluarga aku. Itu takdir Allah rumah kau terbakar. Jangan nak salahkan orang lain demi nak sedapkan hati kau.” Kata Huzaiman. Dia benar-benar kecewa dengan sikap Natasha.
Natasha tersentap. Dia tidak dapat menahan air matanya dari terus mengalir. Dia sudah rasa bersalah. Hanya membisu sahaja yang mampu dilakukannya.
“Apa yang kau dah buat pada mama dan papa aku? Mereka tak bersalah Sha.” Huzaiman meraup wajahnya dengan tangan. Pening kepala memikirkan permasalahan ini.
“Aku cuma..... Cuma...” Natasha teragak-agak apabila berkata. Dia menelan air liurnya yang terasa kelat.
Natasha sendiri hilang punca. Tidak tahu mahu membalas kata-kata Huzaiman. Hanya mampu menundukkan wajah sahaja.
“Apa kau buat dengan mama dan papa aku?!” jerkah Huzaiman lagi kuat dari tadi.
Tersentap Natasha rasakan kini. Air matanya terus mengalir. Tidak pernah dia dimarahi sedemikian.
‘Perlukah aku memberitahu Huzaiman mengenai rancangan aku? kenapa aku begitu lemah saat ini? sepatutnya aku lebih kuat dan bersemangat.
“Aku cuma kurung mereka dalam pondok dan upah orang bakar pondok tu.” Kata Natasha. Terbongkar sudah rancangan yang dirancangnya selama ini.
Mata Huzaiman merah kerana menahan marah yang maha hebat. Di dalam hatinya berperang dengan pelbagai rasa. Cinta, marah, kecewa dan sebagainya.
“Tak guna kau!” serentak dengan kata-kata itu, tangan Huzaiman diangkat tinggi. Dia ingin menampar pipi Natasha tetapi perasaan cinta dan kasih pada isterinya begitu utuh walaupun mereka baru berkahwin dua hari.
Huzaiman mencengkam kuat bahu Natasha.
“Dah berapa lama kau kurung mereka?” mata Huzaiman merenung tajam Natasha.
“Dah... Dah... Dua... Jam...” terketar-ketar suara Natasha. Perasaan bersalah mencengkam jiwa Natasha. Air mata masih setia mengalir. Dia benar-benar rasakan tindakannya adalah salah.
“Apa?!” terkejut Huzaiman mendengar kata-kata Natasha. Belum sempat dia menyambung kata-katanya, telefon bimbitnya berbunyi.
Pantas Huzaiman menjawab panggilan tersebut.
“Ya saya. Apa? Mak dan ayah saya di hospital?” kata Huzaiman. Dia menjeling tajam ke arah Natasha.
Natasha terkejut. Mungkin Huzaiman mendapat panggilan dari pihak hospital.
“Kau ingat dengan apa yang kau lakukan sekarang ni, mak dan ayah kau akan gembira kat dunia sana? Mereka lebih kecewa dengan sikap kau! Mereka harapkan kau hidup bahagia bukannya membalas dendam sebab dendam hanya akan melukakan diri sendiri.” Jelas Huzaiman. Memang dia seorang yang gila kuasa tetapi dia tiada simpan dendam dengan sesiapa. Asalkan dia berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan apa yang dia ingini. Usaha sahaja.
Makin laju air mata Natasha mengalir. Tidak mampu lagi menahan perasaan bersalah.
Huzaiman juga kasihan melihat Natasha menangis. Dia ingin memeluk wanita itu. Memujuk hati dan perasaannya tetapi rupanya ada sebab dia berkahwin dengannya. Biarlah masa yang menentukan segala-galanya.
“Kalau apa-apa yang terjadi dengan mama dan papa aku, aku tak kan maafkan kau, Natasha. Tak akan! Walaupun aku mencintai kau selamanya.” Kata Huzaiman dan terus meninggalkan Natasha sendirian.
Natasha terdiam. Dia tergamam. Apa yang aku dah buat? Aku dah bunuh orang. Aku bunuh orang yang tidak bersalah. Aku kejam! Aku teruk! Aku dah buat sesuatu yang salah. Ada apa yang boleh menebuskan kesalahan aku? tak ada. Akulah yang menjadi punca segala-galanya.
“Aku... Aku....” bibir Natasha menggigil. Matanya sudah bengkak. Dari tadi dia menangis. Kepala Natasha juga sudah terasa pening.
Perlahan-lahan dia bangun dan mengambil pakaiannya. Natasha meninggalkan rumah tersebut tanpa pengetahuan siapa. Biarlah dia pergi. Walaupun mereka baru dua hari kahwin tapi dia tidak layak lagi untuk hidup bersama Huzaiman yang gila kuasa itu tetapi...
“...Tetapi menyintaiku,” bisik Natasha perlahan.


Huzaiman tiba di hospital di bahagian kecemasan. Kelihatan Datin Isma dan Dato Ismail terbaring lemah tetapi dalam keadaan sedar. Rupa-rupanya Dato Ismail sempat menghubungi Ammar ketika dia dan Datin Isma diculik. Ammar bertindak pantas menghubungi orang Dato Ismail yang ditugaskan melindungi Dato Ismail.
“Alhamdulillah!” ucap syukur Huzaiman. “Mujurlah mama dan papa tak apa-apa tapi...” Huzaiman terdiam.
“Kalau apa-apa yang terjadi dengan mama dan papa aku, aku tak kan maafkan kau, Natasha. Tak akan! Walaupun aku mencintai kau selamanya.” Kata kata Huzaiman bergema dalam ingatannya.
“Sekarang mama dan papa aku dah selamat. So, secara automatik aku dah maafkan Natasha.” Huzaiman tersenyum. Dia rasa senang. Dia tahu yang Natasha itu seorang gadis yang mudah dibentuk. Dia akan ajar Natasha nanti menjalani hidup yang lebih baik terutamanya bersama dia.
Huzaiman keluar dari kawasan kecemasan dan menuju ke taman yang ada. Dia duduk lalu mengeluarkan telefon bimbitnya.
Beberapa kali dia menghubungi Natasha tetapi masih tidak dijawab. Dia benar-benar risau. Akhirnya dia mengeluh.
“Kenapa tak dapat call ni? Mana dia pergi?” soal Huzaiman sendirian. Huzaiman teringat wajah Natasha kali terakhir dia meninggalkan wanita itu sendirian dan dalam keadaan terkejut.
“Ah, Natasha!” Huzaiman kegeraman. “Mana minah ni pergi?” soalnya lagi. Dengan pantas dia menghubungi Ammar.
“Ammar, kamu tolong cari Natasha untuk saya sekarang juga! Ini arahan dan jika kamu tak jumpa, sedialah untuk mati!” arah Huzaiman dengan nada yang tegas dan serius.
Ammar terkejut dengan arahan mengejut daripada Huzaiman. Baru pagi tadi dia melihat wajah ceria ketuanya itu tetapi petang ini amat berbeza pula. ‘Ada masalah ke mereka ni? Atau ada kaitan dengan penculikan Dato Ismail dan Datin Isma?’ Ammar juga tertanya-tenya.
“Baiklah bos!” jawab Ammar.
“Abang, kenapa ni?” soal Amman. Dia terasa pelik melihat wajah pucat abangnya itu.
“Kita ada tugas baru. Bos suruh cari Natasha. Kalau tak jumpa, habis kita dik. Sampai mati mati pula bos kita sebut,” jelas Ammar.
Amman tergamam. Dia bagaikan dapat merasakan apa yang abangnya rasa saat ini.
“Marilah kita pergi cari isteri tersayang bos.” Ajak Amman. Mereka bergerak pulang ke rumah.
Seluruh rumah sudah di carinya. Apabila tanya Meh Teh. Dia tidak tahu, dia hanya duduk di dapur sahaja. Tidak sedar bila Natasha keluar.
“Macam mana ni abang?” soal Amman. Macam-macam yang dia bayangkan.
Ammar dan Amman masuk dalam bilik bosnya itu. Mereka melihat almari pakaian terbuka  dan pasti pakaian Natasha tiada di situ.
Mereka berdua sudah dapat menjangka apa yang berlaku. Natasha sudah menghilangkan dirinya.
Ammar dan Amman saling berpandangan. Mereka benar-benar takut untuk melaporkan pada Huzaiman.
“Abang yang cakap ya?” pinta Amman.
“Tak nak la. Adik la.” Ammar memberi telefon bimbitnya tetapi tidak disambut oleh Amman.
“Abang la. Abang yang sulung patut didahulukan.” Amman menolak telefon bimbit itu.
Tiba-tiba telefon bimbit tersebut berbunyi. Amman dan Ammar terkejut. Hampir terjatuh telefon bimbit itu.
“Bos yang call. Macam mana ni?” soal Ammar. Dia pun takut juga.
“Hah, bos call abang, jadi abang la yang jawab.” Balas Amman. Dia menarik nafas lega apabila abangnya itu mula menekan butang jawab.
“Kenapa jawab lambat?” Huzaiman bertanya tetapi hatinya lebih bimbang tentang Natasha. “Mana Natasha?” soalnya pula.
“Dah tak ada.” Jawab Ammar. Ringkas.
“Maksud kamu, Ammar?” hati Huzaiman berdebr hebat masa itu. Menanti jawapan dari Ammar.
“Dia dah pergi. Buktinya pakaiannya dah tak ada.” Perlahan sahaja suara Ammar. Dia takut betul kalau Huzaiman marah.
“Apa?!” terkejut Huzaiman. Peluh mula mengalir di dahinya. Tubuhnya rasa lemah dan tidak bermaya. ‘Sha tinggalkan aku tanpa meluahkan perasaan sayangnya pada aku? Kenapa perkara ini terjadi?’
Akhirnya Huzaiman pengsan.
“Bos! Bos!” jerit Ammar apabila Huzaiman tidak menjawab panggilannya.
“Kes berat ni. Bos tak jawab panggilan ni.” Kata Ammar pada Amman. Mereka berdua mengambil keputusan untuk segera ke hospital semula.

21 comments:

  1. ishh ishh :( sedih plak bca citer bab ni huhu cian Huzaiman n natasha

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi tinggalkan komen...hmmm kesian mereka kan...lepas ni bab tentang nastasha aje hihuhuhu

      Delete
  2. wah..cepat la sambung..
    nak tau ape huzaiman wat tuk cari Natasya...
    ape akan jdi pde si kembar ni..
    ape natasya akan buat selepas ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. esok la pula... terima kasih syir sudi komen lagi di bab kali ini....
      si kembar tu??mati ke dia nanti??
      hihihih tak tahu la...
      kita nantikan apa yg jadi pada natasha...tragis lagi...

      Delete
  3. Waaaa bestttnye kak riaaa :D pndai laaa kak ria manulis. sedihhhnyeee bab kali nii. mesti lepas ni huzaiman cari natasha kat luar negara dan terciptalah ayat-2 sweet <3 ape-2 pon semoga berjaya untuk memuaskan hati pembaca dalam e-novel kali ni ;)

    -sincerely,Iffah Sakinah :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. imanina ni iffah ke??baru tau..terima kasih sudi komen...hihihihi terima kasih....hmmm rasanya tak kot sampai ke luar negara hihi kalau luar negara memang susah nak cari hihihi

      Delete
  4. cepatlah smbg.. harap2 natasya x apa2.. PK pun xapakan dia sbb gagal.. nak tahu!!~.~

    ReplyDelete
    Replies
    1. yana....banyak dugaan Natasha lepas ni... dia mengalami kegagalan yang teruk. PK pasti mencari dia....

      Delete
  5. cptla sbng nk thu apa yg brlaku slps ney.....
    crtaneynmkin mnarik smpai xsbr nk tnggu entri yg strusnya......
    p cian jgk kat huzaiman smpai pngsn bla dgr natasya lrikan dri....
    huhuhu.....
    cian btlla......

    ReplyDelete
    Replies
    1. mestilah pengsan...dia sayang dengan Natasha tu..dah namanya gila kuasa, mulalah dia nak buat sesuatu yang gila hihihihi inikes tak dapat nak kawal perasaan la sampai pengsan...kesian ammar dan amman kena jaga bos dia...

      Delete
  6. Replies
    1. terima kasih tiara...akan ada malam ni atau petang esok...insya allah

      Delete
  7. jln citer sngt mnarik,x de yg mngarut n ad pngkatan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih..ria cuba buat ikut konflik yg berkaitan..harap pembaca tak pening...

      Delete
  8. Top shi pegang watak Huzaiman!!!
    Aigyo!!!

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi