Followers

Thursday, 24 November 2011

21
Komen

SUAMIKU VAMPIRE BAB 28 siri 3


"Sayang, masalah yang wujud tidak akan abang biarkan lama dan membasi dalam hubungan kita. Abang nak Alya, Abang nak kita bahagia.Itu sahaja sayang"
-Danish Aniq-


-Mungkin ini bab terakhir. tengoklah macam mana....terima kasih...-

“Pappp!” Makanan yang dibeli Lidya jatuh ke lantai pejabat.
            “Alya!” Danish terpana melihat Lidya ada di situ dan dia yakin mungkin akan berlaku salah faham. Dia berlari menghampiri Lidya tetapi tidak mudah untuk dia melakukannya. Hal ini kerana Lidya terlebih dahulu melarikan diri.
            Lidya terkejut mendengar apa yang dikatakan Haris. Lidya masuk ke dalam lif. Belum sempat Danish masuk bersama, pintu lif tersebut tertutup. Berlari Danish mengikut tangga semata-mata mengejar Lidya. Kepalanya yang pening tidak dipedulikan. Lidya lebih penting.
            ‘Danish ada isteri yang ke dua? Bukankah dia selalu bersama aku. Bila masa pula dia berkahwin? Ya Allah, tiada tempat untuk aku mengadu selain diri-Mu. Kuatkanlah hati aku untuk menghadapi dugaan yang Kau jatuhkan kepadaku. Ya Allah yang Maha Mengetahui, Kau tahu segala yang Kau lakukan adalah untuk kebaikan hamba-Mu ini. Aku redha dengan ketentuan-Mu.’ Doa Lidya di dalam hati.
            Danish berlari sehingga ke tangga ke bawah. Dia mencari kelibat Lidya tetapi tiada. Tanpa Danish sedari Lidya tidak turun sampai ke bawah sebab dia tahu Danish akan berlari mengejarnya. Maka, dia turun Lif di tingkat dua. Air mata yang mengalir itu tidak dipedulikan.
            “Alya... Alya...” Danish mengeluh. Dia memandang sekelilingnya. “Di mana sayang? Sayang di mana?” hatinya tidak tenang. Hubungan mereka baru sahaja pulih dan kini timbul pula  masalah baru. ‘Ini hanya salah faham sayang. Jangan tinggalkan abang.’ Rayu Danish dalam hati.
            Lidya menyembunyikan dirinya di tangga kecemasan. Dia duduk di tangga itu. Dia juga mengeluh berat.
            “Aku kena kuat!” Nasihat Lidya pada diri sendiri. Dia melihat telefon bimitnya. Sudah ada 30 panggilan tidak di jawab. Dia menaip sesuatu di telefon tersebut dan menekan butang ‘send’.
            Danish mencari Lidya keluar bangunan. ‘Boleh gila aku!’ amuk Danish dalam hati. Puas dia menghubungi Lidya tetapi tidak dijawab.
            ‘Trit... Trit...” telefon bimbit Danish berbunyi menunjukkan ada satu mesej masuk. Segera dia menekan butang ‘Read’.

Salam. Abang, Alya minta maaf. Alya minta izin untuk tidur di rumah kawan. Alya perlukan sedikit ketenangan, abang. Tidak perlu cari Alya. Alya yakin bila Alya sudah bersedia untuk berdepan dengan abang semula, Alya akan bagitau. Maafkan Alya dan izinkan Alya.

-Isterimu-

            Danish merengus kasar apabila membaca mesej yang dihantar oleh isterinya. ‘Lidya, jangan tinggalkan abang!’ Danish meraung dalam hati. Dia membalas mesej tersebut.
            Kini Damia sudah berjalan jauh dari bangunan suaminya. Dia sengaja berjalan ditengah-tengah orang ramai. Sekarang waktu kemuncak. Ramai manusia yang keluar mencari makanan untuk menambah tenaga bagi menyambung kerja sebelah petang pula.
            Bergetar seketika telefon bimbit Lidya menandakan mesej baru masuk. Lidya duduk di bangku yang ada di tepi jalan.
           
Wasalam. Abang izinkan sayang tidur di rumah kawan tapi tolonglah bagi abang peluang untuk menerangkan situasi yang sebenar.

-Suamimu-

            Lidya memasukkan telefon bimbitnya ke dalam beg tangan dan terus berjalan tanpa arah tujuan.
            Danish pula menghubungi Dato Akil tentang kehilangan Lidya dan menceritakan hal sebenarnya.
            “Baiklah. Danish pergi cari Alya. Harap-harap dia tidak pergi jauh.”
            “Terima kasih papa. Papa jangan bagitau mama. Nanti dia membebel pula.”
            “Itu semestinya. Mama bukan membebel pada kamu, Danish tapi pada papa. Papa juga yang kena tadah telinga.” Sempat lagi Dato Akil bergurau. Danish tersenyum dan meminta diri untuk meneruskan pemanduannya.
            “Alya, di mana kau berada sayang?”
*****
Danish tersentak. Perlahan-lahan dibuka matanya. Mengamati jam di telefon bimbitnya, dia terbingkas bangun. Sudah jam sepuluh tiga puluh malam. Nasiblah kerana mimpi dia terjaga dari tidurnya. Jika tidak entah berapa lama lagi akan tidur di dalam keretanya.
            Badannya mula terasa sengal-sengal. Seharian dia mencari Lidya tetapi masih tidak berjaya. Kepalanya terasa sakit. Pelbagai masalah yang menimpanya.
            “Kruuuuukkkk!” perut Danish berbunyi. Sejak tengah hari lagi dia tidak makan apa-apa hingga kini.
            Perlahan-lahan Danish memandu kereta kesayangannya. Makin lama, makin kabur pandangannya. Hendak kata Danish mengatuk , tidak pula sebab dia baru sahaja bagun daripada tidur.
Danish terasa suhu badannya panas. Dia mengambil keputusan untuk ke klinik sahabatnya sahaja, doktor Aman.
“Ish, teruk juga demam kau.” Kata Aman. Dia menulis sesuatu.
“Terima kasih Aman. Kau cuti hari ni tapi terpaksa datang klinik semata-mata mahu merawat aku.”
“Kau kawan baik aku, Dan. So, tak perlulah formal sangat.” Aman menghulurkan senarai ubat yang sudah ditulisnya kepada Maz, isterinya.
“You jangan lupa letak dalam plastik dan bawa ke sini terus ubat tu.”
“Baiklah. I buat ni.” Maz terus berlalu pergi.
“Kau dengan Lidya, macam mana?”
“Sebab Lidya la aku demam jadinya.” Danish menceritakan hal sebenar pada Aman. Meletus ketawa Aman apabila mendengarnya.
“Apa-apa pun aku doakan kau berjaya. Kau boleh memandu ke? Atau nak aku hantarkan?”
“Better kau hantarkan sahaja.”
“Ok.” Jawab Aman. Maz datang bersama ubat Danish.
“You pandu kereta ye? I nak hantar Danish pulang dengan kereta dia.” Arah Aman. Maz hanya angguk kepala.
“Terima kasih Aman.” Ucap Danish sambil tersenyum lemah.
Aman memandu kereta Danish dan menghantar pulang ke rumah. Rumahnya gelap dan sunyi tanpa Lidya. Danish mengeluh berat.
Selepas mengucapkan terima kasih kepda Aman dan Maz, pasangan suami isteri itu pulang. Danish masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke kamar biliknya. Dia tidak mahu menelan ubat. Dia lebih rela sakit begini jika Lidya tiada di sisi dia.
Danish tahu dia ada tanggungjawab pada syarikat, pada keluarga dan pada Lidya tetapi tanpa Lidya terasa lemah sahaja dirinya. Danish memikirkan terlalu banyak masalah membuat fikirannya menjadi berat dan dia terus tertidur. Dia berharap apabila dia bangun pada keesokkan hari, Lidya berada di depan matanya.
Walaupun itu tidak mungkin terjadi, Danish tetap mengharap ia menjadi kenyataan. Pandangan matanya semakin berat dan...
*****
Lidya menyentuh perlahan dahi suaminya. Memang panas. ‘Kasihan Danish. Kenapa dia tak balik rumah isterinya yang kedua?’ Lidya melepaskan keluhan yang berat.
            Perlahan-lahan Danish memcelikkan mata apabila terasa ada tangan yang agak sejuk menyentuh dahinya.
“Alya...” dia dapat melihat Lidya. Dia tidak pasti bila gadis itu pulang ke rumah tetapi hatinya gembira.
“Abang demam. Rehatlah dulu.” Dingin sahaja suara Lidya dipendengaran Danish. Sungguh dia terasa terkilan.
Danish ingin bangun juga tetapi sentuhan Lidya yang lembut di dadanya membuat dia tidak jadi untuk bangun. Dia baring semula. Matanya tidak lepas memandang Lidya.
“Sayang tidur kat rumah siapa semalam?”
Lidya tidak menjawabnya. Dia terus berlalu ke almari pakaian dan mengambil tuala kecil. Selepas itu dia ke bilik air dan hadir bersama gayung berisi air. Diperah air tersebut dan di letak atas dahi Danish.
“Alya...”Seru Danish lagi tetapi Lidya terus keluar daripada bilik tersebut. Danish betul-betul terkilan dengan Lidya. Kini, Lidya hadir bersama air asam jawa. Disapu air tersebut di dahi dan kepala Danish. Air asam jawa boleh menyejukkan. Itu sebab Lidya menggunakan air asam jawa.
Lidya meletakkan kain tuala dia atas bantal Danish. Danish mengangkat sedikit kepalanya, memberi ruang kepada Lidya untuk meletakkan tuala tersebut. Tangan Lidya pantas membasahkan kepala Danish dan dia langsung tidak mempedulikan suaminya. Danish geram lalu mencapai tangan Lidya menyebabkan perbuatan gadis itu terhenti.
Mata mereka saling bertatapan tetapi tidak lama sebab Danish terlebih dahulu memejamkan mata. Kepalanya semakin berat. Sakit sangat. Lidya bimbang.
“Sakitnya kepala abang..” Lemah sahaja suara Danish. Terlalu banyak masalah yang dia fikirkan. Dia berharap Lidya ada disisinya dan melayan dia dengan baik tetapi masalah lain pula yang timbul
Lidya mengurut lembut dahi Danish. Entah mengapa Danish rasa selesa dan peningnya beransur hilang. Dia membiarkan seketika jemari halus Lidya menari-nari di dahinya. Amat selesa.

21 comments:

  1. btl tu..npe xsmbung lg..nk lg...ke da nk publish??

    ReplyDelete
  2. smbung la lg ye penulis...
    please.. jgn stop..

    ReplyDelete
  3. adoiii.. kalo stop smpai sini mmg bikin suspen la Ria.. nk kene tgu next year plak tue lmbtnyerr..
    anyway tahniah Ria.. en3 yg bagus.. akak doakan Ria berjaya.. Good Luck. ;)

    ReplyDelete
  4. btul tue ria...
    sambung la lagi....wat suspen jer....
    nk tunggu thn dpn lambat lagi.....

    ReplyDelete
  5. en3 yg best harap ria dpt sambung le lg..thn depan lambat lg la ria..huhuuuu...

    ReplyDelete
  6. Salam..makin best la plak bila Ria decide nak stop..hu3..ni yg wat tak leh tahan ni.. so sad..so sad.. :(

    Wassalam
    MyHoney

    ReplyDelete
  7. iya..sambung la lagi..nak tau kisah selanjutnya nie.hehe

    ReplyDelete
  8. alya suka lari la...sis buat scene danish lari pula hehehe

    ReplyDelete
  9. harap ni bukanlah bab terakhir..gonna miss reading sv..:'( boo hoo! sedey sgt kalau tak dapat baca sambungannya. nak tunggu versi cetak..harap tak lama sgt eh? thanks ria..good writing as always. nnt keluar buku, kita chop ria nya autograph! heheehe..:)

    ReplyDelete
  10. good idea yang danish lari...sis suka..hah..nanti ada la babak tu hahahaha

    ReplyDelete
  11. best la..
    harap dapat sambung lagi ye sis ria..
    kalau dah publish buku harap sis ria inform tau..
    x sbr nak beli..^_^

    ReplyDelete
  12. cerita ni memang best.. hope cerita ni akan lulus penilaian dan akan dapat diterbitkan.. insyaAllah.. wish u all the best kak.. confirmlah lulus... hihihi... ^_^

    ReplyDelete
  13. yupp...good luck akak ria. smoga pnilaian SV lulus n dpt dterbitkan...bleh la baca dgn aman...:D xsabar nk nantikan kmunculan SV...gud luck aka ria..

    ReplyDelete
  14. sambungla lagi..please...
    papepun,akak ria mmg bagus dlm bidang penulisan ni..hrp2 novel 2 berjaya diterbitkan.. :)

    ReplyDelete
  15. Salam,tolong lah sambung please

    ReplyDelete
  16. salam...
    hihihi...kak ria mmg best la..jgn st0p lg ye

    ReplyDelete
  17. terima kasih semua...
    ria cuba jgn stop...
    hihi itu pun kalau boleh...

    ReplyDelete
  18. tak tahu la nak sambung lagi atau tak hihihi

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi