Followers

Wednesday, 30 November 2011

27
Komen

SUAMIKU VAMPIRE BAB 29 siri 1

Haris rasa bersalah kerana dia, Danish demam. Dia tahu pun melalui Aman. Biarlah masalah itu dulu. Haris bangun dari katilnya dan menuju ke kamar mandi. Entah mengapa saat ini dia teringatkan Sarah. Gadis yang pernah bertakhta dihatinya hampir tiga tahun.
                Sarah selalunya suka mengikut moodnya. Kalau Haris marah, Sarah tidak akan menegur atau bertanya apa-apa melainkan Haris sendiri yang memulakan dulu.
                ‘Tapi aku ni jarang marah dengan Sarah.’
Kalau Haris murung, Sarah akan menunggu sehingga murungnya berkurangan barulah mengajak berbual hal yang menyenangkan.
‘Ini pun aku jarang juga buat. Murung!’
Kalau Haris gembira, Sarah terlebih-lebih lagi gembira. Ketika itulah baru Sarah berani bertanya itu ini, bergurau dan bermanja.
“Ini selalu la.” Ada senyuman terukir dibibir Haris. Waktu dalam bilik air juga dia kuat berfikir. “Tetapi Damia seorang gadis yang amat berbeza.”
“Sebaliknya pula dengan Damia. Tanpa mengira mood aku, dia akan bergurau apa saja kalau dia mahu. Dia memang selamba. Perempuan yang tiada perasaan tapi ada aku kisah? Aku tak kisah la! Aku tetap mahukan dia menjadi milik aku yang mutklak.” Azam Haris.
Haris meneruskan aktivitinya yang dalam bilik air sebelum mencari kelibat Damia. Itulah kerja sambilannya yang baru.
Danish tersedar daripada tidurnya. Selepas makan sedikit bubur yang Lidya buat dan menelan ubat demam, dia terus terlena. Tidak mampu lagi mahu berfikir. Terlalu banyak masalah pula.
Perlahan-lahan Danish membuka matanya. Kepalanya masih pening sikit. ‘Di mana Alyaku, sayang?’ hanya melihat seraut wajah itu mampu membuat dia rasa lebih bersemangat.
‘Tangan siapa sedang memeluk aku ni? Apa? Alya?’ Danish terpana. Wajah penat Lidya ditatapnya. Di sisinya, Lidya tidur dengan wajah yang begitu tenang sekali. Direnung seraut wajah putih bersih itu. Wajah itu memang cantik. Dalam diam Danish merasa betapa bertuahnya dia dapat memiliki gadis secantik itu yang sudi berkongsi kasih darinya biar pun hubungan mereka kini timbul pelbagai masalah.
Tangan Danish membelai lembut pipi Lidya dan tangannya turun ke leher Lidya. ‘Parut itu!’ Barulah dia perasan yang parut itulah yang menyebabkan kehidupan gadis kesayangannya musnah. Kerana mengikut kata nafsu dan Syaitan, inilah akibatnya. Orang lain menjadi mangsa.
Danish meraup berkali-kali wajahnya. Rasa menyesal kembali menghantuinya. ‘Bukan nafsu dan syaitan masa aku lakukan itu tapi perasaan cinta begitu membuak-buak dalam diri aku. Aku benggang masa tu sebab semalaman aku menunggu Alya. Dia yang tak datang.’ Kata hati Danish mengimbau kembali perasaannya.
‘Oh, Alya! Danish mencintai Alya, sayang. Selamanya.’ Danish mengucup rambut Lidya yang semakin panjang itu.
Lidya tersedar dan bangun. Danish pula terpana. Saat itu pandangan mata mereka. Tiada butir bicara dikedengaran. Lidya memandang Danish dengan pandangan yang sayu lalu dia baring semula dan tertidur semula.
Danish tidak mengerti mengapa wajah Lidya begitu sayu. Danish bangun untuk ke bilik air. Solat subuh kena dikerjakan.
Lidya membuka matanya. Dia memandang pintu bilik air yang ada Danish di dalamnya. Air mata Lidya mengalir. ‘Alya, rindukan abang.’ Bisik segenap hati Lidya lalu dia memejam matanya semula.
Danish menggosok giginya. Selesai sahaja, Danish menatap wajahnya yang pucat dalam cermin. Dia akui sejak berkahwin wajahnya tidaklah pucat sangat macam dulu.
‘Betul ke aku ni macam Vampire yang selalu digelarkan oleh kawan-kawan sejak kecil? Sekarang ada Alya, memang aku rasa hidup ini lebih bermakna. Adakah Alya penyebab segalanya?’ hati Danish mula terbuai.
‘Jika aku vampire itu, kaulah yang menjadi darah untuk aku terus hidup, Lidya Alya. Kaulah segalanya. Jikalau kau tiada, tiada juga aku di dunia ini. Vampire itu akan mati tanpa darah kau.’ Danish tersenyum.
‘Pagi-pagi hari aku dah berpunjangga sorang-sorang.’ Danish tersenyum. Pening kepalanya bagaikan kurang sedikit.
Selepas itu dia pun mengambil wuduk. Perlahan-lahan Danish keluar dan melihat Lidya masih tidur. Danish membiarkan dahulu. Masih awal.
“Allahuakhbar....” Danish mulan bersolat. Sembahyang duduk kerana dia tidak kuat untuk berdiri lama. Bimbang rebah.
Usai solat. Danish berpaling ke arah Lidya di katil tetapi gadis itu sudah tiada di situ. ‘Ke mana darah aku pergi ni? Hahaha ada pula panggil isteri aku ‘darah’. Memang tak sopan sungguh.’ Danish tersenyum sendirian. Dia tahu yang Lidya tidak marah padanya. Kalau tidak, Lidya tidak akan pulang melihat dia yang sakit.
Lidya masuk ke bilik dengan membawa dulang yang ada satu mangkuk bubur yang besar. Lengkap dengan ayam, sayur dan sedikit kicap.
“Abang, mari sini.” Lembut sahaja Lidya mengajak suaminya duduk di sofa yang ada dalam bilik tersebut. Danish bagaikan terpukau lalu terus duduk di sofa satu itu.
Lidya menyentuh lembut dahi Danish untuk merasa suhu badan suaminya itu. Disentuh juga leher. ‘Panas!’ bisik hati Lidya. Tangannya jatuh di kaki Danish. ‘Sejuk!’ Dahi Lidya sudah berkerut.
“Masih demam ni.” Lidya mula berkata. Wajahnya serius sahaja. Tidak berkelip mata Danish melihat wajah Lidya.
“Abang...” panggil Lidya apabila Danish tidak memberi respon apabila dia menyuapkan bubur di mulut lelaki itu. Berkelip-kelip mata Danish apabila ditegur seperti itu. Cepat-cepat dia membuka mulutnya.
“Nyum!!” Ada bunyi yang terhasil oleh Danish.
                “Hahaha!” Lidya terasa lucu apabila mendengar bunyi itu. Lidya berusaha membuat muka serius tetapi tidak menjadi. Meletus juga ketawanya. Danish pun terkejut juga dengan ketawa Lidya tetapi masih nampak ayu.
                ‘Adakah ini tandanya Lidya tidak marah kepadaku?’ Hati Danish berasa senang dengan gelak ketawa Lidya.
                Lidya menghentikan ketawanya dan menyambung menyuap Danish. Kadang-kadang dia menyuap diri sendiri. Makan bubur bersama-sama.
                “Kejap sayang!” kata Danish. "Kenapa?" Lidya bertanya.

27 comments:

  1. alaaaaa , emmm carilaa mood tuu balik . smbunggg3

    ReplyDelete
  2. alangkah bagus kalau boleh dicari mood tu macam barang yang hilang....=(

    ReplyDelete
  3. why ria ? we all semua sentiasa akan menyokong ria .. believe ur self ? u can do it ! (:

    ReplyDelete
  4. tak tahu sebab apa jadi camni....terima kasih =(

    ReplyDelete
  5. bukan ke suamiku akan d bukukan...?
    jgn bputus asa ok cik ria..

    ReplyDelete
  6. *suamiku vempire..sory typo error...hehe

    ReplyDelete
  7. best apa cite ni... kami sentiasa menyokong karya anda... mcmana nk kembalikan mood cite ni? pembaca, sila komen byk2....hehehe

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum sis apa yang sis rasa ni saya pernah rasa. Bosan + idea tak ada.Memang tak masuk entry baru langsung. Apa yang saya buat saya baca balik semua komen2 lepas. Semua komen yang memberangsangkan bila tebaca balik komen tuh terselit rasa gembira, terharu sebab diorang support idea yang saya curahkan. Bila lama tak update kekadang update pasal perasaan sendiri then dpt komen diorang akan tulis macam mana lama pun tak bersambung diorang still sanggup tunggu. Dari situ la saya kumpulkan balik semangat yang menghilang.No worries la sis. Sis tenangkan fikiran dulu buat benda yang sis suka sampai la sis happy then buat decision sis nak buat apa dengan cerita SV ni. We'll support u no matter what XD

    ReplyDelete
  9. sedihnya bila ria kata bosan nak buat SV :(

    ReplyDelete
  10. jgnlah sedih....ria bosan sebab mungkin ria tak ada idea nak buat....lepas tu terlalu mengejar masa nak hantar... so...ria kena motivasi diri...supaya percaya pada diri....tapi ria memang minta maaf la pada semua pembaca SV..ria tak dapat nak siapkan manuskrip pada tarikh yng ditetapkan...MAAF

    ReplyDelete
  11. haa ria nisa nk komen ni.. cite ni best.. tp makin lme cm lbh kurang sme je macam bab2 dlu.. mksudnyer kjap gaduh,kjap baik.. kjap pcaye kejap tak.. mcm cite indon hehe.. berjela2.. mungkin pasni citela dorang dpt anak ke..

    ReplyDelete
  12. nisa...jadi gak komen ria punya penulisa...yeke???alamakan citer indon pula...atau ria buat masalah datang serentak macam tu ke???aduh cerita tak stabil ubah...

    ReplyDelete
  13. x pe kak ria..teruskan usaha...usaha 2 kn tangga kejayaan....believe yourself u can do it....

    ReplyDelete
  14. alahai.....ria rasa tak layak la nak terbit SV....rasanya banyak giler kekurangan....

    ReplyDelete
  15. kak ria..org pun rsa sme mcm yg Anika_lufita ckp tu..awl cite SV memang penulisan dia menarik..tp yg blakang2 nie..rse mcm ade yg krang ckit la..konflik dia...n gya penulisan..hihii..org pun xpndai sgt bab ni..tp kdang2 bla bce 2..ade ayat yg mcm krang kne ckit..mybe ni cra akak..pape pun..org happy bce SV..teruskan berkarya..YOU CAN DO IT SIS..;)

    ReplyDelete
  16. alahai...
    pendek sgt...
    x puas lepaskan windu nie...
    huk huk huk...

    ReplyDelete
  17. yay! sv is back!!! terubat rindu di hati..pendek pun xpelah..asal ada..hehhehe..tq ria! :D

    -sz

    ReplyDelete
  18. Salam.. ada kalanya kita akan kehilangan kata2 dan idea.. itu normal..be positive then u can think positively..apa yg diperkatakan oleh peminat menunjukkan yg we all love u and your work.. kebanyakan kitaorg kenal Ria pun melalui karya Ria. So jgn putus semangat.. mengadulah kepada DIA Yang Maha Esa. itulah sebaik2nya..

    Wassalam
    MyHoney

    ReplyDelete
  19. ria..mula2 sekali nak betulkan..bukan sekujur wajah..sekujur ni untuk tubuh..wajah kena seraut..

    kak rehan senang je..takde mood nak buat novel..siapkan cerpen..

    ReplyDelete
  20. SV x diterbitkn ke??
    best la citer nie....


    Far Hanah

    ReplyDelete
  21. ria, SV memang best. kalau kekurangan idea, boleh tangguh dulu. nnti dah dapat idea boleh sambung. ada novelis tu ambil masa 6 tahun nak terbit novel. tak perlu berebut nak siapkan, yg penting hasil tu Ria dan pembaca puas hati.

    ReplyDelete
  22. intan...mintak2 la ria boleh siapkan dengan lebih baik...

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi