Followers

Sunday, 13 November 2011

38
Komen

SUAMIKU VAMPIRE BAB 26 siri 3 dan bab 27

“Tak payah jawablah sayang.” Danish meleraikan pelukan tersebut. Dia bangun dan duduk di kerusi kayu yang ada dalam bilik tersebut.
            Lidya tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. ‘Aduh, dah merajuk pula!’ Lidya tidak pasti cara apa yang harus dilakukannya.
            Dia berdiri tegak dihadapan Danish.
            “Abang...” panggilan lembut daripada Lidya. Dalam hati Danish sudah tersenyum. Lidya cuba memujuknya sudah menunjukkan jawapan yang dia perlukan.
            Danish kaku dan diam. Lidya sudah gelabah. Dia mahukan bahagia dan bahagia itu seharusnya menjadi miliknya tetapi sekarang Danish merajuk. Dia bimbang yang dia tidak dapat memujuk Danish.
            Danish sengaja memejamkan matanya. Tidak sanggup menatap wajah Lidya yang begitu cantik dipandangan matanya.
            “Abang.” Sengaja Lidya membuat suara yang manja. Dia betul-betul tidak tahu mahu memujuk Danish dengan cara apa.
            “Tak apalah abang. Alya keluar dari sini la macam ni.” Lidya ingin melangkah keluar tetapi tangannya pantas ditarik oleh Danish dan punggung Lidya terduduk atas Danish. Perlahan-lahan tangan Lidya melingkari leher Danish.
            “Cepatnya mengalah.” Danish berbisik ditelinga Lidya. Debaran di hati Lidya makin kuat. Dia yakin yang Danish dapat mendengar denyutan jantung yang pantas itu.
            “Alya...” Lidahnya kelu bila Danish mengusiknya.
            “Tengok tu. Pantang abang tanya sikit, dah tak dapat jawab.”
            “Hmmm...”
            “Baiklah. Abang tanya soalan ini untuk kali terakhir. Adakah Lidya Alya mencintai Danish Aniq?” Serius suara Danish. Dia merenung tajam ke dalam mata Lidya.
            Lidya menelan air liurnya. Terasa perit sekali apabila memandang wajah Danish. Lidya lagi sekali berperang dalam hatinya. Pelukan tangan Danish dipinggangnya makin erat.
            “Ya!” Akhirnya lega tetapi Danish diam dan merenungnya. Lidya terasa pelik.
            “Ya apa?” Selamba sahaja Danish bertanya.
            “Ya. Jawapannya ya.” Lidya cuba menyakinkan Danish.
            “Yelah. Ya untuk apa?” Danish masih memandang Lidya.
            “Ya, Lidya Alya cintakan Danish Aniq!” Sejurus sahaja Lidya melafazkan kata-kata itu, Danish memegang kepala Lidya dan tangannya itu turun ke belakang leher dan mencium bibir Lidya. Lidya terpana dan merelakan sahaja.
            Malam itu lagi sekali mereka melayar bakhtera yang begitu indah dengan rasa cinta yang utuh dihati masing-masing.
*****
Danish tersedar daripada lenanya. Ketika itu Lidya masih lena dalam pelukan Danish. Rambut panjang milik Lidya dicium oleh Danish. Masih wangi seperti biasa. Danish tersenyum. Selepas pengakuan Lidya malam tadi, perasaan Danish kini tenang. Tiada lagi perasaan cemburu. Hanya yakin dengan cinta Lidya.
            Danish mengucup dahi Lidya. Perlahan-lahan dia bangun lalu menyelimutkan tubuh Lidya dengan selimut. Jam  di telefon bimbitnya baru pukul 5 pagi. Dia membuka pintu jendela. Terasa indah dengan udara pagi yang nyaman dan segar.
            “Terima kasih Alya.” Pandangan Danish jatuh pada Lidya yang masih terpejam matanya. Danish tersenyum. Dia bersyukur kerana hubungan mereka sudah kembali pulih. Danish yang hanya bertuala itu, bersandar di dinding. Dia mendonggak memandang langit yang penuh dengan bintang.
            “Malam yang indah.” Danish tersenyum nakal. Dia ingin mengusik Lidya. Perlahan-lahan dia memanjat katil. Tangannya mencari leher Lidya yang putih gebu itu. Kini hidungnya pula bergesel-gesel dileher itu.
Lidya terasa geli. Dia menolak lembut sentuhan Danish itu tetapi Danish tidak mahu mengalah. Dia memeluk tubuh Lidya erat. Tangannya nakal merayau ke tubuh Lidya.
Lidya tersedar lalu tangannya melingkari leher Danish.
“Pagi-pagi pun nak nakal juga ke?” kata Lidya tersenyum. Baru kini dia terasa bahagia.
“Ala, abang nakal dengan sayang aje.” Danish mencium wajah Lidya. Makin lama makin menganas. Lidya mula rasa lemas. Dia menolak lembut tubuh Danish lalu bangun.
“Abang guna tuala Alya. Alya nak guna apa ni?” Marah Lidya apabila melihat tualanya berbalut di tubuh Danish. Danish tersenggih.
“Sayang tak payah guna apa-apa la. Biar abang tengok sayang.” Kata-kata Danish telah membuat pipi Lidya kemerah-merahan.
“Ish!” Lidya malu. Dia cuba mencubit lengan Danish tetapi tangannya ditangkap oleh tangan kasar Danish.
“Janganlah marah. Nanti abang gigit leher sayang.”
“Abang, takutnya! Takut....” Lidya sengaja berpura-pura takut. Danish geram. “Alya gurau aje. Abang pergi ambil kain batik Alya dalam beg tu.” Arah Lidya sambil menunjukkan jari telunjuknya arah penjuru almari.
‘Alamak, aku lupa! Beg tu sengaja aku sorok kat situ.’ Lidya tersipu malu.
“Eh, sayang dah siap kemas semua barang ni?! Sayang memang bercadang nak balik rumah yer?” Danish meneka.
“Hmm..ya...ya...” Gagap Lidya. “Sudahlah tu abang. Ambilkan Alya kain batik. Alya nak mandi ni. Lepas tu nak solat pula.” Lidya cuba menutup malunya.
“Baiklah sayang.” Danish menyelongkar pakaian isterinya dalam beg pakaian tersebut. “Sayang ni apa?” Danish menunjukkan sesuatu. Terus merah muka Lidya.
“Abang!” Lidya mengamuk. Danish kini memegang pakaian dalamnya. “Alya nak kain batik. Tolonglah jangan main-main cik abang!” Lidya cuba bersabar. Danish tersenggih. Seronok dapat mengusik isterinya.
“Nah!” Danish menghulurkan kain batik yang diminta oleh Lidya. Lidya menyarungkan ke tubuhnya. Kini Lidya berkemban.
Sejurus itu, Danish mencembung tubuh Lidya dan menuju ke bilik air.
“Abang!!!!” Jerit Lidya. Lidya tersenyum bahagia. Danish sememangnya manja. Muka sahaja nampak ganas.

BAB 27

Hari ini adalah hari terakhir Damia bekerja. Mengenai bayaran kristal yang dipecahnya itu, Haris kata tidak perlu membayarnya.
            “Sebab kau dah tolong aku, so kau tak perlu bayar kristal yang pecah tu,” Kata Haris. Dia tidak pandang pun wajah Damia. Hatinya rasa sedih apabila gadis itu akan pergi dari hidupnya.
            “Kenapa pula? Saya tolong apa?” Damia terasa pelik. ‘Tiba-tiba sahaja BKK ni.’
            “Sebab hari tu kau kena tampar dengan Sarah. So, tak payah la bayar. Lagi pun kristal tu dia yang bagi. Eloklah pecah. Aku pun suka!” Haris ketawa perlahan walaupun dia cuba mengawal debaran di hati.
            ‘Baiknya hati dia. Huh, baik apanya?! Sampai aku kena tampar. Sakit pulak bila teringat.’ Bisik hatinya. Apa yang paling dia suka, duit dia selamat.
            “Okey.Encik Haris. Selamat tinggal,” Damia ucapkan kepada Haris sebelum keluar dari bilik majikannya itu tetapi tangan Damia menjadi mangsa sambaran tangan BKK.
            “Ajnabi betul la!” Marah Damia. ‘Sakit bukan main bila BKK ni pegang. Kasar lain macam aje.’
            “Kalau ajnabi, meh kahwin dengan aku.” Bulat mata Damia mendengar kata-kata Haris. ‘Sudah jemu aku mendengar kata-kata BKK ni. Masuk minangnya tak masuk-masuk lagi. Eh, macam mana dia nak masuk pinang. Aku kan bini orang. Hehe’ Damia hampir lupa yang dia isteri orang dalam dunia lakonannya.
            “Gila! Saya ni isteri orang,” Kata Damia sambil menarik tangan kirinya kembali. Sudah seperti main tarik tali pula.
‘Memang nak kena mamat ni.’ Damia dengan perasaan tidak teragak-agak telah menampar pipi BKK dengan tangan kanannya yang masih bebas ini dan pada masa yang sama seorang wanita berusia sikit masuk ke dalam. Semestinya wanita tua itu tertengok aksi Damia menampar pipi Haris. Kantoi!
            “Ibu!” Kata Haris dengan terkejutnya.
‘Alamak ibu si Haris pula. Jatuh dah saham aku nak jadi menantu dia.’ Damia sudah termalu lalu terus keluar dari situ. ‘Ibu Haris pun dah tengok aku lain macam. Baik aku memblahkan diri.’
            “Haris mainkan hati perempuan lagi yer?” soal ibunya.
            “Mana ada la ibu. Cuma Haris dah betul-betul jatuh cinta pada perempuan tu.” Bersungguh Haris melafazkan kepada ibunya. Mahu ibunya percaya dengan kata-katanya.
            “Kenapa tak bagitau ibu awal-awal. Boleh ibu masuk meminang.” Gembira hati  seorang ibu apabila satu-satu anaknya akan berkahwin.
            “Itulah masalahnya ibu. Dia tak suka Haris.” Jelas suara Haris kecewa.
            “Itu bisa diatur.” Kata ibunya ala-ala Indonesia.
            “Masalah keduanya dia dah kahwin ibu.” Jawab Haris dengan muka tidak bersalah. Muka ibu pulak yang lain. Terus sahaja ibu belasah anaknya. Ditumbuknya perut Haris. Dicubitnya dan dikarate pinggan Haris juga. ‘Nazak aku macam ni.’
            “Ini akibatnya kalau main-main dengan ibu. Ibu serius, Haris main-main.” Marah betul ibu. Haris terbaring atas lantai pejabatnya. Ibunya sudah meninggalkan dia. Akhirnya Haris ketawa sepuas hati. Ibu memang pandai melegakan rasa kecewanya. Kecewa Damia menamparnya tadi. Kecewa Damia menolak cintanya.


38 comments:

  1. wwaahh...so sweet la dorg ni..
    nk lg...!!

    ReplyDelete
  2. nk lagi...psl damia ngan haris pula!!! best !!!

    ReplyDelete
  3. wahhhhh...sukanya baca entry ni, tq kak ria..
    hehehehe...

    ReplyDelete
  4. hahaha,alya dah kantoi..bilalah haris nak tau ni yg damia tu adik danish..
    akak ria cptlah smbg..

    ReplyDelete
  5. tq kak ria.. b4 exam dpt bace ep baru.. hehe... sweet couple Danish & Lidya.. suke sngat.. Lpas nie Haris n Damia pula.. X sbr nk bace ep yg strusnya... keep it up kak ria... hehe...

    ReplyDelete
  6. tgh blushing ni,asyik t'sengih aje bile part danish dgn alya...hehe

    ReplyDelete
  7. best sgt entry ni, ria. as usual, sv doesn't disappoint at all! love it. love danish, alya, damia n haris. best nya...tak sabar tunggu sambungannya. mmg worth the wait la entry ni. :D as usual, good job, ria ;)

    ReplyDelete
  8. ria, i'm tired of waiting..plizz smbung cepat2.. hehe.. XDDD really love this story, cepat la kluakn novel dye...

    ReplyDelete
  9. entry yg menarik..semakin besh jalan citer..cpt2 smbung ye ria..karya yg menarik..keep it up ria! ;)

    ReplyDelete
  10. best.. best.. best.. cepat2 smbung plak yerk.. ;)

    ReplyDelete
  11. danial mmg best ar dia x biarkn masalah berlarutan...
    lydia mmg sweet la....apa kata lydia ckp je yg dia mmg sayang hubby dia...
    pasni rahsia damia lak bocor....
    best2...

    ReplyDelete
  12. pandai adik saya nie wat cite. hehehe. tbaik la!

    ReplyDelete
  13. Bila nak kuar en3 Haris suka Damia?

    ReplyDelete
  14. sweet la mrk ni...samapi bila Dania nak tipu Haris yg dia sdh b'kahwin?...kesian haris...

    ReplyDelete
  15. Salam..hopefully Ria akan hasilkan novel kisah Damia d=ngan BKK plak. syoknya bc kisah diorg. kekadang 2 rs diorg lebih menguasai citer SV ni la plak..

    Apa2pun memang best bila Lidya dah bebaik ngan Danish..romantik gitu..

    Wassalam.
    MyHoney

    ReplyDelete
  16. banyaknya komen...ria cuba balas sebarang pertanyaan sahaja....hihihi sebelum tu...terima kasih sebab terus meminati SV...serius ria katakan tanpa korang, tak ada la orang nak baca SV...so terima kasih banyak....

    ReplyDelete
  17. kepada Aida Nadia :

    sweet ke??terima kasih

    kepada Hayisa Neerza :

    eh lebih minat damia dan haris ye??hihihi

    ReplyDelete
  18. kepada Afifah Yusof :

    apa khabar kembar awak tu??hihihi
    pasangan mana paling sweet??bkk or Danish?

    kepada Nurfazila Suhaide :

    nak lagi??
    kejap lagi ria masukkan

    ReplyDelete
  19. kepada hatiku295 :

    terima kasih sebab
    sukakannya

    kepada Arifuka Kashirin :

    Alya dah kantoi kan...hihihi lucu
    bila haris nak tahu??mungkin ria akan buat lain
    sikit daripada versi cerpen hihihi nantikan sahaja

    ReplyDelete
  20. kepada Missfie :

    WLCM...good foor your exam.
    sabar untuk sambungannya ye?

    Kepada BlueApple :

    alamak....blushing????
    ria pun blushing juga la hihihi

    ReplyDelete
  21. kepada Anoymous :

    1. terima kasih...tunggu entry baru....

    2.tired??ciannya...sabar la...kadang2 masa buat ria tak sempat nak menaip sambungannya....sabar ye....

    3. menarik ke?hihih ria akan sambung lagi nanti...

    ReplyDelete
  22. kepada Edayu :

    terima kasih sebab
    cakap best...

    kepada Ryana :

    yup...itu sikap yg ria nak tonjolkan...
    lidya memamg sweet....
    habislah damia lepas ni...

    ReplyDelete
  23. kepada anonymous :

    1.tak la pandai sangat...idea baru pun tak datang lagi kak...hihihi terima kasih

    2. bila nak kuar en3 haris suka damia??? kan dah kuar, cuba baca bab2 yg sebelum ni...cuma en3 damia suka haris belum keluar lagi hihihihihi

    ReplyDelete
  24. kepada Evy :

    sampai bila nak tipu???
    sampai damia kantoi la hihihi

    ReplyDelete
  25. kepada MyHoney :

    wslm kisah BKK dengan Damia??oh no....
    memang ria buat tema cinta BKK/damia lebih ceria dan lawak tapi danish/Lidya lebih kepada tema cinta serius dan romantik hihihi

    terima kasih...
    slm...

    ReplyDelete
  26. OMG!
    totally love this story!!!!
    ske.ske.ske!

    ReplyDelete
  27. kepada cik n.haliban :

    sukanya dia hihihi
    terima kasih..

    ReplyDelete
  28. best la..!!
    citer ni romantik abis..
    couple yg ada semuanya sweet...
    lidya dgn danish..
    damia dgn haris...
    sweeeeetnya..!! ^_^

    ReplyDelete
  29. kepada khairun Nida :

    terima kasih kerana menyukai
    D,D,L dan BKK
    huhuhuhu BKK aje yg panjang hihihi

    ReplyDelete
  30. nia natsumi jangan la tukar cover bukuni tx best la.coz i like top big bang...huhuhihi

    ReplyDelete
  31. nia klu nak tuka pon bleh tpi cover bru tu biarla nampak kepala org tu n biarla org tu top big bang.......pleas........................

    ReplyDelete
  32. kepada danish oh :

    pemiant bigbang nampaknya hihihi....
    ini cover suka2...
    cover novel sebenar tak tahulah camner...

    ReplyDelete
  33. aha btol gak uh...ske tgok gambar top kat cover tu huhu~n kesian kat BKK uh ish3..ape la damia nie hehe~

    ReplyDelete
  34. huhu~ btol2 btol ske tgok T.O.P kat depan cover suamiku vampire uh hihi~ x saba la nak tgu sambungan seterusnya...

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi