Damia rasa selesa sangat dapat berehat setelah separuh hari bekerja. Segala rasa lengguh di badan hilang. Dia berbaring sambil mendonggak melihat langit. Indah sungguh ciptaan-Nya. Damia mengucap syukur. Matanya mula terpejam.
“Mia oh Mia!” ada bisikan ditelinganya.
‘Suara siapa yang tidak sedap sedang menyeru nama aku ini?’ Damia yang baru sahaja ingin merehatkan minda diganggu oleh suara yang garau.
“Apa BKK?!” suara Damia mengeras. ‘Macam mana dia boleh sampai ke sini? Ini kawasan aku melepak. Ini tidak boleh jadi. Dia tidak boleh masuk kawasan aku!’
“BKK itu apa, Mia?” Haris bertanya. Dia memang selalu sahaja dengar perkataan itu keluar daripada mulut Damia tetapi tidak pasti maksudnya apa.
“Bos King Kong!” Damia sudah bersedia untuk melarikan diri. Dia tahu yang BKK akan mengamuk sekejap lagi. Sudahlah mereka sekarang ini berada di atas bangunan. Nan dia bawa lari Damia seperti dalam movie king kong pula.
“Damia Eryna!!” Haris betul-betul berasa geram. Barulah dia sedar yang keluar dari mulut gadis itu setiap kali menyebut BKK. Rupanya itu maknanya.
Bergegar jantung Damia mendengar jeritan itu. Damia ketawa kegembiraan.
‘Memang nak kena minah seorang ini.’ Walaupun rasa geram pada Damia tapi pada masa yang sama Haris rasa bahagia. Dia gembira. Gembira dengan kehadiran gadis itu.
Haris mengejar Damia manakala Damia pula berusaha mengelakkan diri daripada ditangkap oleh BKK yang menakutkan dan penyibuk. Jelas menunjukkan mereka gembira.
*****
Lidya berasa tidak senang duduk. Danish asyik merenung wajahnya sahaja. Dengan muka serius pula itu. Bertambah gerun Lidya. Selepas pulang daripada rumah Umi Kalsom, Danish terus jadi seperti ini.
“Abang OK?” Lidya beranikan diri bertanya.
“ Lepas solat isyak, abang nak bincang soal malam semalam.” kata Danish dan dia terus berlalu masuk ke bilik air.
Lidya menelan air liurnya. Terasa perit. Dia melihat jam di dinding. Sudah hampir pukul 8.15 malam.
Danish keluar dari bilik air. Dia sudah mengambil wuduk. Sekarang giliran Lidya pula.
Usai solat, mereka makan malam bersama. Selepas itu barulah mereka berbincang dalam bilik tidur mereka berdua. Lidya di birai katil dan Danish di sofa yang ada di dalam bilik tersebut.
Dia merenung tajam wajah Lidya. Danish masih terasa sakit hatinya apabila mengenangkan Lidya bersama Zafri seperti tiada lelaki lain atas dunia ini. Dengan orang itu juga menjadi pilihannya.
“OK. Cuba cerita dengan abang, apa yang berlaki malam tu? Ke mana sayang pergi?” serius sangat suara Danish. Tidak lepas matanya memandang Lidya.
“Alya dalam tandas perempuan tu la.” Lidya jawab dengan berani. ‘Aku tak bersalah, buat apa nak takut. Jawab aje la.’
“Tipu!” pedih hati Lidya mendengar Danish berkata begitu.
“Abang tengok tandas perempuan tu gelap sahaja. Macam tidak digunakan lagi.” Sambung Danish lagi.
“Memanglah gelap. Entah siapa menutup suis lampu tandas tu sampai Alya terhantuk dinding dan pengsan. Sudahlah Alya takut gelap.” Jelas Lidya. Ada nada yang sedih didengari oleh Danish. Terus Danish bangun dan menghampir Lidya.
“Ok. Maaf ye sayang? Kenapa takut gelap? Cerita pada abang.” Lembut sahaja Danish memujuk Lidya.
“Sejak kecil lagi Alya takut gelap. Terutamanya dalam rumah.”
“Bagitau abang sebab apa?” Danish masih berusaha memujuk isterinya.
“Sudahlah abang. Alya tak nak cerita. Kalau abang tak nak percaya Alya, terpulanglah. Alya tak kisah. Alya nak tidur.” Lidya menarik selimutnya.
Danish mengeluh.
Danish bangun tetapi tangannya disambar oleh Lidya.
“Abang nak ke mana tu? Abang pun kena tidur juga. Meh la!” ajak Lidya.
‘Eh, minah ni! Betul ke tak?’ berkerut dahi Danish melihat tingkah laku isterinya. Pelik. “Abang nak tengok TV sekejap.” Kata Danish. Tangan mereka masih bertaup.
“Jom tidur abang. Alya mengantuk ni.” Lidya merengek manja.
Danish tidak dapat mengelakkan diri. Tubuhnya dipeluk erat oleh Lidya. Akhirnya mereka sama-sama lena dalam cahaya lampu di bilik mereka.
*****
Lidya tersedar daripada lenanya apabila suhu di dalam bilik tersebut panas. Lidya mengibas-gibas mukanya dengan tangan. Panas!
‘Kenapa bilik ini gelap? Tak nampak apa-apa. Bukan ke sebelum tidur tadi tak tutup lampu?’ Peluh mula terburu-buru melunjur mengalir keluar. Hati Lidya berdegup kencang. Dia takut.
“Abang, bangun la. Alya takut ni” tangan Lidya meraba-raba mencari tubuh Danish. Digoncang lembut tubuh suaminya tetapi Danish tidak memberi respon.
Lidya berasa geram dengan Danish lalu dia meraba-raba wajah Danish tetapi tangannya itu pula digigitnya.
“Auwh!” jerit kecil Lidya. ‘Memang nak kena mamat ni. Hah, jumpa pun!’ tangannya pantas menarik telinga Danish.
“Aduh! Aduh!” menjerit lelaki itu. Sakit. Sekarang mata Danish bagaikan bulan purnama. Terang sudah. Tiada lagi mengantuk.
‘Bangun pun jejaka kacak ni.’ Kata hati Lidya.
“Kenapa ni sayang?” soal Danish. Dia sedang enak dibuai mimpi. Dia bermimpi melayar bahtera bersama Lidya. Memang indah sekali.
“Kenapa gelap? Alya takut.”
“Mungkin elektrik terputus. Kejap, abang pergi ambil lampu suluh dan lampu kecemasan.” Kata Danish ingin bangun dari katil.
“Abang janganlah tinggalkan Alya. Alya ikut sama ye?” Lidya memeluk lengan suaminya. Erat sekali.
Dahi Danish sudah berkerut. ‘Takut sangat la ni’
Jumpa juga akhirnya lampu suluh dan lampu kecemasan. Lampu kecemasan tersebut besar botol mineral biasa. Ia boleh bertahan selama lima jam. Nasib baik ada lampu tersebut.
“Alya, jangan rapat sangat. Susah abang nak jalan ni.” Kata Danish.
“Tak payah pergi mana-mana la. Nanti siang ada juga elektriknya. Kita baring-baring atas katil aje.”
“Tak nak la. Abang nak pergi tengok suis utama.”
“Jomlah abang!”
“Baiklah tapi syaratnya sayang kena cerita kenapa takut gelap?”
Lama Lidya terdiam dan berfikir.
“Tak nak cerita. Tak mengapa.” Danish dengan nakalnya menutup lampu kecemasan dan lampu suluh. Suasana gelap kembali. Memang selamba sahaja Danish meninggalkan Lidya tanpa perasaan.
Air mata Lidya mengalir. Dia betul-betul takut.
“Abang!” dipanggilnya Danish tetapi tiada sahutan daripada suaminya.
“Baiklah abang. Alya cerita. Please abang! Alya takut!” Lidya terduduk tepi katil. Apabila mendengar keputusan Lidya, Danish terus menyambar tubuh Lidya dalam pelukannya. Dia tidak peduli lagi perjanjian yang Lidya buat.
Danish memasang lampu kecemasan tersebut dan meletakkannya di atas meja yang berada di tepi katil.
Kemudian, Danish mencembung tubuh Lidya dan membaringkannya atas katil. Kini mereka berbaring bersama-sama. Tubuh Danish dipeluk erat. Bagaikan rasa selamat apabila Danish turut memeluk tubuhnya.
Mereka terus hanyut dan......
dan ape? sambung la. xelok wat mcm nie, kesian kt readers. hahaha. ape2 pun nice work, penulis. like it!
ReplyDeletehihihi ini la teknik yang dipanggil teknik suspens hihihihi tunggu sahaja sambungannya...
ReplyDeleteterirma kasih sudi baca
ade n3 baru...bes2
ReplyDeleteso sweet
ReplyDeleteterima kasih korang berdua...
ReplyDeletekepada semua pembaca, jangan lupa jawab yang pasal umur tu....ria nak tahu tahap umur pembaca....
saspen sesangatla ni....
ReplyDeletewah bessttt..... kak ria ble bab alya pregnant ni heheheh nak tau la alya nak ngidam ape...?????
ReplyDeletenext2....
ReplyDeleteapa jd kat lydia...
hehehe.. best2.. suspen betoi.. x pew akan akk nantikan sambungannyer..
ReplyDeletegood job Ria ;)
mmg best..suspense yg baik. x sabar nak baca lagi..sambung cepat eh? thanks ria..;)
ReplyDeletedan apa kak ria?? tak sabar...
ReplyDeleteuwaaaaa dan ape ria :( adessss part2 nie gak ria wat suspen :(
ReplyDeleteApa jadi?? kak Ria sengaja wat suspen ni.. hehehe.. cerita ni makin menarik dan saya suka.. ^_^
ReplyDeletedan lepas tu ape kak ria???x sabar nak tau sangat dah nie... =(
ReplyDeletedan?? alamak x sbr nak tau pe yg jadi..
ReplyDeleteexcited dah nie..:D
alolo kak ria..dan ape kak?..
ReplyDeletecpt2 smbg..
hihihi misi dan matlamat ria tercapai...
ReplyDeletekorang rasa apa itu suspens hihihi
suspens sangat....
apa yg terjadi yer???
A : diorang ehem ehem
B : elektrik ada semula
C : Danish terkentut....tut tut..hahah lucu
D : Lidya terbersin huhuhuhu
mana satu pilihan korang...?
dan apa ya sis??? pilih c tau..Danish terkentut hehehe tp mesti ramai nak A kan? hahaha best best..suka danish :)
ReplyDeletetak puas baca..nak lg...
ReplyDeleten pasal pilihan jawapan tu mmg la pilih A..hahaha...tp klu C,tkt Lidya b'tambah marah dgn Danish..w/p funny la klu nak imagine..hehehe
adoiyai,ske sgt wat org suspen...nnti tgh syok mlm p'tame t'tbe kentut mmg lwklh..
ReplyDeletekepada Hayisa :
ReplyDeleteA...wah A....baguslah kalau A...
boleh dapat anak cepat nanti...hihihihi C...
C tu lucu la...
kepada evy :
ReplyDeleteala ciannya tak puas baca lagi...
sama2 kita bayangkan...
memang lucu...
ria pun nak tergelak...
kepada blue apple :
ReplyDeletehuhuh kalau jadi macam tu di malam pertama....
mesti la tak romantik...
rosakkan mood aje hahaha...
nantikan sahaja bab seterusnya...
Ria, hati2 ngan ejaan.
ReplyDeleteThe rest, excellant.
lorh.. plizz.. smbung cpt2...^^
ReplyDeleteria suspend tul la...
ReplyDeletetetiba jer dan....
ala nk lg ria....
huhuhu...
terima kasih irra tergur pasal ejaan ria...ria akan edit lagi ye?
ReplyDeletekepada nursya :
ReplyDeletesabar jangan tak sabar...
menantilah anda siri dua nanti
hahahhaha
dan tiba-tiba lampu terbukak
ReplyDeletehihihi lampu terbuka ke???
ReplyDeletedan???pmbaca kt sini xtaw la sekitar age brapa..tp, i dah 26++..hehe..
ReplyDeletesalam..la..ingatkan ye2 si Danish nak marahkan Lidya.. tp bab ni bg akak klimaknye tak menyengatla..nampak santai penceritaan Ria kali ni..akakpun perasan ada kesilapan ejaan..minor je..tp ini pdpt akak..u know the best..apa2pun akak memang suka cerita ni..dan sekrg ni bg akak Ria citer tentang Damia lebih menarik dr cerita Danish ngan Lidya..still my opinion.. :) i will always support u.. :))
ReplyDeleteWassalam
MyHoney
thank blinkalltheday......
ReplyDeletewslm kak...ini bukan klimaks yg sebenarnya....masih biasa2 sahaja...klimaks yang sebenar belum lagi sampai...lambat ke jalan citer ria buat ni kak? ejaan tu memang ria trlepas pandang...maaf....cinta damia lebih kepada cinta yang sebelum berkahwin dan cinta danish lebih kepada rumahtangga.... so ada perbezaan antara dua itu...terima kasih kak...
ReplyDeleteakak,sbnrnya Lidya Alya tuh bkn ank kandung Ummi Kalthum kan?Dia ank Linda Alya kan?kann??
ReplyDeletetak tahulah....akak tak boleh bagitau...
ReplyDeletenanti tak suspens pulak dah...
hihihihi
antara betul atau konflik
yg lebih dahsyat dari tu
nk E la kak ria..lidya cerite nape dier tku gelap..hehehe
ReplyDeleteE la pula.....bagus la idea awak tu hihihihi
ReplyDeleteyeah!! sye pown na pilih yg E jugak laa..
ReplyDeletenak dekat sminggu dh nunggu nih... x larat dah nk imagine.. x kisah r A ke, B ke, C ke, D ke... yg pasti terbaik punya..
ReplyDeleteawak... kalu bleh post smpai hbis.. x nak mcm stengah novel tu, sparuh, sparuh keno nunggu.. pastu sparuh ag tu kalu nk, kena beli nvel kat psaran.. x best r.. rase mcm nk cekik jer si penulisnye.. buat org mnunggu, mkn x knyang, mandi x cuci, ermm.. ape ag ek?!!
ReplyDeletebez... x sbr nk bace smbungannye... suspen sngt...
ReplyDeleteble nk smbungannye nie...x sbar nie...hehe
ReplyDeletekepada far...
ReplyDeletefar pun suka e gak...jemput baca sambungannya..
Maaf...ria bukan tak nak update....cuma ria tak jumpa internet....tak dapat la nak update..ini pun sekejap sahaja boleh online...maaf kepada yang menunggunya....ria bukan sengaja tetapi tidak sengaja...harap boleh bersabar...
ReplyDeleteHaha.. Lawak ar ayat kak Ria.. Tak jumpa internet.. Boley pulak kann.. Dah mcm org pulak bole jumpa tak jumpa..
ReplyDeletekepada far :
ReplyDeleteitu namanya ayat akak bina sendiri..
internet itu wajib jumpa tiap2 hari hihihi
mana boleh miss
nanti jadi macam ni la...
lambat update...