Followers

Monday, 21 November 2011

18
Komen

SUAMIKU VAMPIRE BAB 28 siri 2

"Kenapa hubungan kita selalu sahaja timbul masalah? adakah ini dugaan-Nya? Kau kuatkan hatiku, Ya Allah"
-Lidya Alya-

Akhirnya Danish dan Lidya sampai juga di rumah mereka. Selepas solat dan makan malam di kedai, mereka teruskan perjalanan. Penat memang penat.
            “Sudah kunci pintu pagar dan pintu rumah?” Lidya bertanya.
            “Sudah sayangku. Jom tidur.” Ajak Danish. Lidya mengeringkan rambutnya yang basah dengan tuala. Dia baru sahaja sudah mandi.
            “Sekejap lagi ya, abang?” Pinta Lidya. Danish sudah menunggu tapi tidak lama. Akhirnya Danish terlelap dahulu. Lidya tersenyum melihat wajah penat suaminya itu.
            Perlahan-lahan Lidya menarik selimut sehingga paras dada suaminya. Lidya kucup dahi Danish lalu berbaring di sebelah dan tertidur kepenatan.
            “Selamat pagi sayang.” Ada bisikan lembut di telinga Lidya. Dia melihat jam di telefon bimbitnya yang berada di bawah bantal.
            “Pukul 6.10 pagi. Abang pergi kerja tak?”
            “Ye pun sambut la salam selamat pagi abang tu.” Danish menarik lembut pipi Lidya. Lidya mengusap perlahan-lahan pipinya yang terasa bisa sedikit.
            “Sorry. Selamat pagi sayang.”
            “Macam tu la. Abang pergi kerja. Papa sudah mengamuk la.” Kata Danish. Pagi tadi Dato sudah menghubunginya. Kalau dia tidak masuk pejabat, Dato Akil tidak mahu lagi Danish memegang jawatan yang dia ada sekarang.
            “Abang, Alya pun nak pergi kerja sekali.” Gadis itu bangun untuk ke bilik air.
            “Sayang, tak payahlah kerja. Jaga rumah dan rumah tangga kita ni. Boleh?” cadang Danish.
            Lidya hentikan langkahnya untuk ke bilik air apabila mendengar kata-kata itu. Dia tidak mahu berhenti kerja. Jika dia berhenti, dia akan rasa bosan duduk di rumah.
            Tiba-tiba dia dipeluk dari arah belakang.
            “Kenapa senyap ni? Abang tak minta apa-apa pun. Hanya minta sayang berhenti kerja dan duduk di rumah sahaja. Jaga abang aje tugas sayang.” Jelas suaminya.
            ‘Tak minta apa-apa? Mengada-ngada betul la laki aku ni.’ Lidya sedikit terasa.
            “Sayang...” Seru Danish lagi.
            “Jangan peluk Alya. Alya tak mandi lagi.’ Lidya menolak tubuh Danish dari terus melekat di belakangnya. Entah mengapa dia terasa rimas dengan pelukan itu.
            Lidya terus berlalu ke bilik air.
            Selepas bersarapan bersama. Mereka menuju ke tempat kerja. Lidya tidak banyak bercakap.
            “Kenapa sayang senyap sahaja dari dalam kereta lagi?” Danish bertanya. Risau pula rasanya. Lidya hanya menggelengkan kepala sahaja. Cepat-cepat dia bersalam dengan Danish dan keluar dari lif tersebut. Danish mengeluh.
            “Encik Airil, ini ada surat cinta untuk encik.” Gurau Lidya. Dia ketawa manja. Airil mengerutkan dahinya. Kini dia berada dalam bilik pegawai pemasaran.
            “Lidya, kenapa hendak berhenti tiba-tiba ni? Saya tahu awak ada masalah. Itu sebab awak mohon cuti sampai seminggu. Tapi tak perlulah hendak berhenti. Awak seorang pekerja yang baik dan aktif sana sini. Susah saya nak jumpa pekerja yang dedikasi macam awak.” Puji Airil.
            “Terima kasihs encik. Sejak berehat seminggu ni. Tiada perasaan pula mahu bekerja. Maaf encik.” Ucap Lidya sambil tersenyum manis.
            “Baiklah kalau itu yang awak mahukan. Saya akan bagi notis dua empat jam nanti. Terima kasih berkhidmat di syarikat ini.” Lidya hanya mengangguk kepala dan makin lebar senyumannya.
            “Terima kasih encik,” ucap Lidya dan berlalu keluar.
            “Tak salah dengar arahan suami. Tak apa la aku duduk kat rumah sahaja. Jaga laki aku sendiri.” Lidya berjalan menuju ke biliknya untuk berkemas.
            Lidya meminta Nurul menyimpan barang-barang miliknya di rumah gadis itu dulu. Sengaja dia mahu buat begitu. Dia tak nak Danish tahu yang dia sudah berhenti kerja.
            Danish masuk ke biliknya. Bertimbul fail-fail besar di atas mejanya. Vela masuk ke dalam bilik majikannya itu.
            “Bos.”
            “Apa yang sudah berlaku sepanjang ketiadaan saya?” Danish bertanya.
            “Dato Akil mengamuk, bos!” Jelas Vela tanpa selindung.
            “Apa?!” Terus berdiri Danish apabila mengetahuinya. Dia perasan juga banyak call daripada papanya.
            “Saya mahu berjumpa dengan papa. Apa-apa yang penting bagitau saya.” Danish terus berlalu ke bilik Dato Akil. Diketuk perlahan pintu itu.
            “Masuk!” terdengar suara Dato Akil dari dalam. “Danish..”
            “Papa..” Danish menghampiri Dato Akil lalu menyalaminya. Wajah ayahnya begitu serius.
            “Ada masalah besar ke papa?”
            “Kenapa cuti tak bagitau papa? Ada penyelewengan dalam syarikat kita. Bukan sikit Danish, tapi berjuta-juta. Kita boleh jadi bankrap.” Jelas Dato Akil. Ada kekusutan yang terukir di wajah tua itu.
            “Lidya hilang, tu yang pergi cari.”
            “Hilang atau merajuk. Danish kena jaga Lidya tu baik-baik. Dia tanggungjawab Danish dan begitu juga syarikat ini. Papa ni dah tua. Syarikat ini akan jadi milik Danish. Nak harapkan Damia? Dia perempuan. Tak berapa minat bidang ni.” Nasihat Dato Akil. Dia berharap Danish memahami apa yang dia mahukan.
            “Maafkan Danish, papa. Dapat tangkap siapa dalang penyelewengan ni?” Bimbang juga Danish.
            “Belum lagi tapi dalam akaun kita banyak wang hilang entah ke mana. Maklumat yang di tulis tidak telus. Tak kan nak salahkan Hakim. Dia perkerja yang papa percayai. Papa tak nak dia jadi ‘Kambing hitam’. Kesalahan orang lain, tapi orang lain yang kena tanggung.” Jelas Dato Akil. Kepalanya terasa sakit.
            “Danish akan siasat. Papa rehat la.”
            Danish berlalu pergi setelah dia bersalam dengan Dato Akil. Papanya sudah menyerahkan siasatan lanjut kes penyelewengan itu kepadanya. Semua dokumen Danish perlu semak dan mencari punca ke mana wang itu pergi. Dia perlu teliti.
            “Assalamualaikum.” Lidya memberi salam selepas mengetuk pintu bilik kerja Danish. Masih fokus pada dokumen yang ada atas mejanya.
            “Waalaikumusalam, sayang.”
            “Abang tak nak pergi lunch? Nanti abang sakit kalau tak makan.”
            “Abang banyak kerja nak dibuat la sayang. Rasa sakit kepala ni.”
            “Tak apa la. Alya pergi beli makanan dan kita makan bersama sekali ye?” cadang Lidya. Danish mendongak memandang isterinya. lelaki itu mengukir senyuman.
            “Terima kasih.” Ucap Danish. Lidya menghampiri Danish lalu meraih tangan lelaki itu dan bersalaman. Lidya mengucup lembut tangan suaminya dan berlalu pergi.
            “Alya!” panggil Danish. Belum sempat Lidya keluar lagi.
            “Ye, abang?”
            “Jangan nakal-nakal pula.” Pesan Danish. Lidya tersenyum. Dia terus berlalu pergi.
            Danish menyambung semula bacaanya yang terganggu disebabkan Lidya. Kepalanya sedikit pening. Hampir 10 minit sudah dia membaca dokumen itu. Dia mengurut perlahan lehernya yang terasa sengal.
            Ada seseorang mengetuk pintu dan masuk.
            “Haris!” terkejut Danish melihat keadaan Haris. “Apa dah jadi dengan kau ni? Macam king kong betul aku tengok ni.” Danish bersalaman dengan Haris dan mengajak temannya duduk di sofa yang ada dalam bilik itu.
            Haris kini ada jambang nipis di dagunya. Lagaknya seperti orang mati isteri.
            “Kau OK ke, Haris?” Risau benar Danish melihat sahabatnya. ‘Nazak!’
            “Kau lepaskan Damia. Aku tak pernah jatuh sayang dan  mencintai gadis macam ni atas dunia ni.”
            “Damia?” Danish hampir lupa yang di berlakon sebagai suami Damia.
            “Ya Danish. Aku janji akan menjaga dia dengan baik. Aku takkan lukakan dia. Tolonglah Danish!” Rayu Haris. Danis mengaru kepalanya.
            “Haris, bukan aku tak nak lepaskan dia, tapi Damia tak suka kau. Takkan lah aku nak paksa dia suka kau pula.” Danish sendiri tidak mengerti mengapa adiknya, Damia tidak menyukai Haris.
            Ada keluhan berat yang lahir dari mulut Haris. Walaupun segak berpakaian kot dan seluar slack, tetap nampak selekeh. ‘Takkan gilakan adik aku sampai jadi macam ni. Bahaya betul la.’ Danish cuba berfikir.
            “Tolong ceraikan isteri kedua kau tu, Danish!” Agak kuat  juga Haris berkata. Fikiran dia betul-betul bercelaru sekarang ni.
            “Pappp!” Makanan yang dibeli Lidya jatuh ke lantai pejabat.
            “Alya!” Danish terpana melihat Lidya ada di situ 

18 comments:

  1. thanks sbb update ria! :D love this entry. makin menarik..:) good job! :D

    ReplyDelete
  2. wlcm...kan masih bab 28...so tunggu bab 28 siri 3 pula hahahhah

    ReplyDelete
  3. ADUHHH RIA SUSPEN AKK ...LIDYA SABAR LIDYA JGN SALAH SANGKA KAT DANISH...

    ReplyDelete
  4. bez sgt setiap n3 kak ria..
    slalu runggu

    ReplyDelete
  5. mestilah sabar....danish takkan biarkan lidya begitu sahaja...hihihihi

    ReplyDelete
  6. ala lidya alya...
    jgn salah faham...
    isteri ke2 tuh adk damia la..
    bkn sesape....

    ReplyDelete
  7. memang la...
    tapi lidya tak tahu...
    nasib kau la danish....

    ReplyDelete
  8. mesti mula salah faham ni..
    terpaksalah cerita hal sebenar..
    BKK pun ada can lah nak dapatkan Damia... hihihi.. :)

    ReplyDelete
  9. adesssssssssssss.....nape la si haris BKK 2 g ckp cam2 kat danish,huhuhuhu...x psai2 alya dengar,mmg perang dingin plak la lepas ni,silap2 perang duni ke-3..huhuhuhu

    ReplyDelete
  10. omg!! lidya salah phm ke?? adoiiii..kak smbung eh,hehehe

    ReplyDelete
  11. 0wah, xsabr nk tau ksudhnnyeee ..akak sambg aw .smpai bab 30 ;) .patu terbit .karya akak TERBAIK ;)

    ReplyDelete
  12. haha...lidya dh slh sangka...bgitau jelah danish..kang m'rajuk lgi si lidya tu... thumbs!

    ReplyDelete
  13. kak ria cpatlah smbung xsabar nie nk tahu......

    ReplyDelete
  14. ala Alya da salah faham...jangan...percaya la laki hang suka kat hang..hohoe..

    ReplyDelete
  15. kak ria masukkan lah entry 28 siri 3 sebab sis juga ckp akan post smpai 28 je jdi teruskan 28 siri 3,4,5 dan seterusnya hehehe best ! :)

    ReplyDelete
  16. Salam..

    Suspen! memang suspen habis!! next n3 please..hehe. Tak sabor ni.. klu boleh terus je bukukan! Waa...dah la n3 sampai habis bab 28 je..cedih tul.. :(

    Wassalam
    MyHoney

    ReplyDelete
  17. salam k'Ria...

    please sambunglah cerita ni akk :( :(
    please... please... please....

    ReplyDelete
  18. aduh alya salah paham lak....
    huhuhu....

    ala pasni lama lg la br dpt bc smbgn citer nie..
    hukhukhuk...
    ria cpt2 la siapkan manuskrip tu tau...

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi