Danish tersedar daripada tidurnya apabila terdengar bunyi telefon bimbitnya. Dia menguap berkali-kali. Sudah beberapa hari dia mencari Lidya. Umi Kalsom sudah menceritakan hal sebenar kepadanya. Dia tahu isterinya itu dalam tekanan dan kecewa.
“Mungkin Alya yang mesej.” Pantas Danish bangun dan mengambil telefon bimbitnya yang berada dalam poket seluarnya yang tergantung dalam almari.
“Mesej daripada Mira?” Dahi Danish sudah berkerut. Mesej bergambar lagi. Dia membukanya. Gambar Lidya bersama Zafri? Hatinya betul-betul diburu api cemburu yang melampau.
Danish menukar kain pelekatnya kepada seluar panjang. Dia benar-benar rasa sakit di dalam hatinya.
Danish bergerak pantas menuju ke tempat yang Mira nyatakan. Perjalanan ini mengambil masa lama. Maka terpaksalah dia bertolak lebih awal. Dia memandu selaju yang mungkin. Danish mahu cepat sampai ke destinasi.
*****
Lidya berasa rimas apabila Zafri asyik bersamanya. Sampai sekarang dia tidak tahu bagaimana lelaki itu mengetahui dirinya berada di sini.
“Sudah lewat malam ni, Zafri. I balik bilik dulu ye?” Lidya cuba pulang awal sedikit.
“Baru pukul 9 malam. Awal lagi.”
“Tak apa. I mahu berehat di biik sahaja. Terima kasih.” Ucap Lidya. Kini mereka berdua sudah berada di hadapan chalet milik Lidya. Bilik tersebut tidaklah besar tetapi amat selesa untuk seorang sahaja.
“Baiklah. Kita jumpa lagi esok. Selamat malam.” Ucap Zafri pula sambil melihat Lidya sehingga gadis itu hilang dipandangannya.
Lidya bersandar pada pintu. Dia merenung kosong katil bujang itu. Lidya mengeluh berat. Tiba-tiba perasaan rindu kepada Danish begitu mencengkam sanubari.
Lidya berbaring di atas katil sambil menghubungi Danish.
Danish terkejut kerana dia mendapat panggilan daripada Lidya. Pantas tangannya menekan butang jawab.
“Assalamualaikum....” Lembut sahaja suara Lidya di pendengaran Danish.
“Waalaikumusalam. Kenapa baru sekarang nak hubungi abang? Tahu tak abang ni separuh nyawa mencari Lidya. Umi risaukan Alya.” Panjang lebar Danish berkata. Lidya termenung. Dia teringatkan Umi Kalsom. Hatinya susah untuk menerima kenyataan yang diberitahu oleh Umi Kalsom.
“Alya...” seperti biasa Lidya tidak dapat berkata apa-apa tiap kali Danish menanyakan pelbagai soalan. Lidya terdiam.
“Sudahlah. Alya kecewakan abang. Agaknya Alya suka abang pergi dari hidup Alya.” Sengaja Danish bersuara sedih. Hatinya memang sedih dengan gambar yang dilihatnya tetapi dia yakin Lidya tidak akan kecewakan dirinya. Tidak akan menduakan dirinya.
“Abang...” Belum sempat lagi dia berkata apa-apa Danish memutuskan taliannya. Dia sengaja buat begitu sebab dia baru sahaja sampai ke tempat Lidya menginap. Walaupun badannya terasa penat, hubungan mereka perlu dipulihkan dengan segera. Cinta Lidya harus menjadi hak mutlaknya.
Danish sampai ke kaunter.
“Encik, isteri saya menginap di sini tetapi isteri saya tidak sempat memberitahu chaletnya nombor berapa sebab bateri habis. Boleh encik beritahu nombor chaletnya?” Danish cuba mendapatkan nombor bilik isterinya.
“Nama isteri encik?” Danish mula mengukir senyuman.
*****
Lidya terpana apabila Danish menamatkan talian tersebut seperti itu. Hatinya tidak tenang. Memang dia akui yang cinta Danish sudah mula tumbuh subur dalam hatinya. Lidya mengemas barang-barangnya untuk pulang ke rumah. Walaupun sudah lewat malam, Lidya mahu pulang ke rumah.
Lidya keluar daripada biliknya bersama beg pakaiannya. Tiba-tiba dirinya dipeluk dari belakang. Lidya betul-betul terkejut.
“Danish!” Terpana Lidya melihat lelaki itu kini dihadapannya. Lelaki itu tersenyum kacak. Lidah Lidya betul-betul kelu. Pandangan matanya tidak lepas daripada memandang wajah suaminya yang amat dirindui dalam diam.
Tangan Lidya digenggam erat oleh Danish. Dia mengajak Lidya masuk ke bilik semula.
“Kenapa diam ni? Tak suka abang datang sini?”
“Tak ada apa-apa.” Lidya cuba sorokkan beg pakaiannya. ‘Malulah aku kalau Danish tahu yang aku dah nak pulang ke rumah.’
“Macam tak suka abang datang sahaja. Jauh abang mencari sayang!” Entah mengapa Danish terbayang saat mereka bahagia. Tidak mungkin dia melupakan peristiwa yang paling indah dalam hidupnya.
Lidya masih membisu. Dia menanggalkan tudungnya dan disanggul tinggi rambutnya.
“Tak apalah. Biar abang pergi!” Kata Danish dan ingin berlalu pergi. Tangannya disambar oleh Lidya.
“Abang nak pergi ke mana pula?” Soal Lidya.
“Sayang kan tak suka abang di sini?”
“Siapa pula yang cakap macam tu?” Lidya menjawab dengan soalan.
“Perbuatan sayang sudah mengambarkan segala-galanya. Maksud di hati Alya.” Nada suara Danish amat sedih.
“Kalau macam tu, ni mengambarkan hati Alya yang macam mana pula?” kata-kata Lidya terhenti di situ. Bibir Lidya bertaup dengan bibir Danish. Lama.
Kini, mereka saling bertatapan. Sungguh! Danish terkejut dengan tindakan pantas isterinya. Pipi Lidya sudah kemerah-merahan kerana malu.
“Ini mengambarkan Alya cintakan Danish, betul ke?”
“Entahlah!” Lidya mengelak untuk mengakui perasaan cintanya kepada Danish.
“Nakalnya dia. Tak mahu mengaku ye? Tunggulah. Abang akan buat sayang mengaku.” Danish ingin memeluk Lidya tetapi gadis itu menggelak. Mereka berkejaran didalam bilik yang sempit itu. Dimana lagi yang mampu Lidya lari dengan bilik yang sebegitu?
Akhirnya Danish dapat memeluk tubuhnya dan mereka bersama-sama berbaring di atas katil bujang itu.
Mata mereka saling bertatapan bagai melepaskan rindu yang hadir dalam jiwa masing-masing. Lidya rasakan perasaan bahagia dalam hatinya. Begitu juga Danish.
“Alya, kenapa dera hati dan perasaan abang?” Danish bersuara akhirnya.
“Mana ada Alya dera? Bila masa pula ni?”
“Ish, buah hatiku ini!” Danish sudah berasa geram. Apabila dia bersikap serius, Lidya pula seperti main-main sahaja.
“Sabar abang. Sabar. Tak dapatlah Alya nak tolong.” Lidya ketawa manja tetapi wajah Danish tetap serius.
Dia memegang dagu Lidya dengan lembut. Sentuhan itu membuat Lidya berhenti ketawa. Mata mereka bertaup lagi.
“Abang serius ni. Abang nak tahu jawapan sayang malam ni juga.” Danish merenung tajam ke dalam mata Lidya. Lidya terkebil-kebil.
Di dalam hatinya penuh dengan debaran. ‘Haruskah aku mengakui perasaannya sekarang?Aku belum bersedia. Aku takut dikecewakan.’ Lidya berperang dengan perasaannya sendiri.
“Jawapan apa ni abang? Soalan pun tak tanya lagi.” Lidya ketawa sedikit tetapi jelas kelihatan kaku.
Danish mengeluh.
“Soalannya. Lidya Alya mencintai Danish Aniq tak? Ya atau Yes?!” Danish geram dengan sikap Lidya seperti mahu main tarik tali dengannya.
“Macam pernah dengar jawapan seperti ini.” Kata Lidya dengan nada gurau. Terimbau kembali kenangan pahit itu tetapi Lidya tidak lagi menyimpan dendam atau marah. Dalam hatinya hanya ada bunga-bunga cinta Danish.
“Tak payah jawablah sayang.” Danish meleraikan pelukan tersebut. Dia bangun dan duduk di kerusi kayu yang ada dalam bilik tersebut.
Lidya tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. ‘Aduh, dah merajuk pula!’ Lidya tidak pasti cara apa yang harus dilakukannya.
ala...
ReplyDeletekan danish dah merajuk...
lidya jawab je la yes apa susah...
jgn risau danish mmg sayang awak..
zafri 2 boleh bla...
bez sngt... lidya juz accept danish.. cpat2 smbung yaa kak ria... x sbr nk bace stiap kali smbungan SV... good job kak ria.. hehe..
ReplyDeletekepada ryana.....
ReplyDeletehahahah zafri boleh blah....
lucu betul....nanti dia blah la tu...
sibuk ajer zafri...
kepada miss :
ReplyDeleteterima kasih....itu yang termampu ria tulis...
tunggu sambungannya...
insya allah...
hari ahad atau esok malam kot...
hahha tengok la camner...
terima kasih...
nak lg...nampaknya Lydia akan b'terus trg ttg persaan dia dgn danish...next n3..mrk honeymoon..hehehe(pandai2 sj)
ReplyDeletekepada evy....
ReplyDeletehihihih mesti la berterus terang..
kang tak pasal2..
danish merajuk lebih panjang pula..
tbaik!
ReplyDeletehehehe...best2 akhirnya mesti lydia ngaku jgkkn...hehehe syok2..xsbr nk tggu nest n3..
ReplyDeletewaaaaahh . Danish majokkk . keciannnn / pujuk jgn diammm jea :))
ReplyDeleteshahiza
jgn malu2..mgaku jek..ehehe
ReplyDeleteterima kasih cakap terbaik...
ReplyDeletetapi masih ada kekurangannya...
nak lagi 3x...best...
ReplyDeletekepada onion ring:
ReplyDeleteharap2 lidya mengaku hihihi
kepada shahiza :
ReplyDeletecamner la Lidya nak pujuk yer??
nantikan bab seterusnya...
kepada aisy:
ReplyDeletemengaku la Lidya...
hihihi
kepada arifuka kashirin :
ReplyDeleteinsya allah sambungannya esok atau malam hari ahad...
sis cepat masukkan sambungan tau..best best..as usual suka danish !!! :D
ReplyDeletecepat2la alya berterus terang..toksah nak dera diri sendiri..apa2 pun mmg terbaik la ria..makin best citer ni..hari2 kita check nak baca sambungannya..mmg tak mengecewakan at all!! good job! :D
ReplyDeleteYosh!! Nampaknya suara majoriti mengatakan yg Lidya Alya akn meluahkan perasaannya kpd Danish Aniq.. Namun semuanya terpulang kpd kak Ria Natsumi selaku penulis novel Suamiku Vampire nihh.. <--- haha..ayat skema saya..
ReplyDeleteala..hari2 awak check??hihihihi ok...nanti malam esok ria masukkan next entry....hihihi apa dah jadi dengan diorang berdua ni...adakah zafri menyibuk di situ???hihi tak logik pula...
ReplyDeleteKepada Far :
ReplyDeletesuara majoriti??huhuhu mungkin akan terjadi...
ala skema hihihi
akak ni pun skema sikit..
so tak kisah skema2 ni...
kepada hayisa :
ReplyDeletesABAr ye...sabar cik adik hihhihi
merajuk pula si Danish nie... hehehe...
ReplyDeletesambung lagi kak Ria.. ^_^
mesti la check hari2..peminat setia sv..hehehehe..;)
ReplyDeletewah... danish merajuk la pulak..hihi...
ReplyDeleteya atau yes?? agk2 terpujuk ke si danish ni??...hehehe..
ReplyDeletei'm wait 4 next entry kak ria..soooo gooddddddddd
Salam. memang best bab ni..terbuai you..
ReplyDeleteWell done!!
Wassalam.
MyHoney
terima kasih semua....
ReplyDeleteyeke Myhoney...terbuai??hihiih
best...!!
ReplyDeleteterima kasih khairun nida
ReplyDeletemesti comel an mke danish merajuk...tgah cba bayang kan nie huhu~ sweet tol cter nie...
ReplyDelete