Followers

Wednesday, 9 November 2011

21
Komen

SUAMIKU VAMPIRE BAB 25 siri 2 dan SV bab 26

Mereka terus hanyut dan mereka saling bertatapan dalam kesamaran cahaya lampu kecemasan.
            “Sayang, abang nak ke tandas sekejap?” teragak-agak Danish berkata.
            “Nak buat apa?” Soal Lidya bagaikan tidak mengerti apa yang dikatakan oleh Danish. Danish membuat muka.
            “Sayang, orang pergi tandas dia buat apa yer? Dia memasak ke?” Danish sudah dalam mood geram. Dia tidak tahan lagi.
            “Nak ikut!” Lidya ingin mengikut Danish. Dia takut ditinggalkan keseorangan.
            “Tak payah la. Malu abang.”
            “Alya ingat abang ni jenis lelaki yang tak tahu malu.” Lidya berterus terang.
            “Setiap orang ada sifat malu la sayang. Begitu juga abang.” Danish meleraikan pelukkannya dan menuju ke tandas.
            “Nak ikut juga!” Lidya berusaha bangun dan mengikut langkah suaminya itu.
            “Tak payah abang kata.”
            “Nak juga!”
            “Tak payah! Duduk sini sahaja!” Danish meninggikan suaranya. Lidya terdiam. Air matanya mengalir. Dia sedih kerana Danish meninggikan suaranya.
            Lidya menangis teresak-esak sehingga Danish keluar dari tandas. Terpana Danish melihat Lidya masih menangis.
            “Lidya Alya ni manja rupanya.” Kata Danish. Lidya terdengar kata-kata Danish. ‘Ini bukan manja tapi aku ni dalam ketakutan ditinggalkan keseorangan.’ Jawab Lidya sekadar dalam hati.
            Danish memeluk kembali tubuh Lidya.
            “Sudahlah tu. Abang dah ada ni. Nanti abang gigit kalau sayang tak berhenti nangis.” Ugut Danish.
            Secara automatik Lidya berhenti menangis. ‘Tau pun takut.’ Danish tersenyum.
            “Sekarang boleh kan bagitau abang sebab sayang takut gelap?” Danish mula bersuara apabila mereka diam terlalu lama. Dia membelai-belai rambut Lidya. Dikucupnya. Wangi!
            “Apabila Alya berada dalam gelap, Alya rasa tubuh ni kaku dan rasa panik. Alya rasa takut sangat. Takut ditelan kegelapan tu.”
            “Sudahlah! Jangan takut. Abang ada ni tak ada sesiapa akan telan sayang. Abang aje yang akan telan.” Danish cuba membuat lawak tetapi Lidya hanya tersenyum sahaja.
            “Ada satu masa tu ketika Alya kecil. Kali pertama rumah Alya tiada elektrik. Masa tu saya berjalan-jalan dalam gelap untuk mencari ummi dan saya terjatuh kerana tidak perasan ada tangga di situ. Sejak tu Alya jadi takut dan fobia. Gelap malam tak apa.”
            “Maksud sayang?”
            “Masuk wad dua hari tau. Lepas peristiwa tu, Alya memang takut gelap. Bila gelap je, Alya akan terkaku. Tak dapat bergerak.”
            “Baru abang faham. Jangan risau, abang akan melindungi sayang. Abang akan menemani sayang.” Danish mengeratkan pelukkannya. Alya membalasnya.
            Tiba-tiba Danish membisikkan sesuatu di telinga Lidya. Sungguh indah bisikan itu diserta satu doa. Hati Lidya dipagut debaran yang hebat.
            Danish mula mencium ubun-ubun Lidya. Lidya tidak dapat mengelak lagi. Dia merelakan segala perbuatan Danish. Danish tersenyum apabila Lidya hanya membiarkan sahaja. Malam itu, buat pertama kalinya mereka bersama dalam erti kata sebenar.
*****
Danish tersedar apabila azan subuh berkumandang begitu kuat di masjid berhampiran. Dia terpana Lidya sudah tiada bersamanya. Terus Danish mencari kelibat isterinya sama ada di dalam bilik air atau di mana-mana.
            Dia yakin yang isterinya tiada lagi di rumah ini. Perasaan bimbang mula menapak dalam jiwa Danish. Puas dia menghubungi telefon bimbit Lidya tetapi tiada jawapan.
            “Alya!” hatinya benar-benar terseksa.
            Danish keluar dari rumah tersebut untuk mencari isterinya.
*****
Lidya yang tersedar lebih awal daripada Danish. Lelaki itu betul-betul lena sehingga Lidya bangun dari katil pun Danish tidak tersedar.
            Kini, Lidya sedang memandu perlahan. Memang dia merelakan semua perbuatan suaminya ke atas dirinya tetapi dia tidak gembira. Dia merasakan dirinya kotor.
            “Kenapa Alya? Kenapa kau merasakan diri kotor? Danish adalah suami kau.” Ada suara yang muncul dalam hatinya.
            Lidya tiada jawapan untuk soalan itu. Kepalanya sakit.
            Dia memandu ke rumah Umi Kalsom. Selepas solat subuh di sebuah masjid, Lidya bertolak ke rumah Umi Kalsom dan tiba di rumah itu pada pukul 8 pagi. Perlahan-lahan dia memasuki rumah tersebut.
            Belum sempat Lidya memberi salam, dia terdengar perbualan Umi Kalsom bersama Mak cik Linda.
            “Som sudah beritahu hal sebenarnya kepada Lidya?” Soal Linda. Wajahnya bimbang.
            “Belum lagi kak. Lagi pun jarang dapat berjumpa dengan Alya.”
            “Som, akak rasa tak sedap hati la.”
            “Memang perkara seperti ini amat sensitif. Kalaulah Alya tahu yang dia bukan anak Som....”Belum sempat Umi Kalsom menamatkan ayatnya, Lidya sudah menyampuk.
            “Apa ummi?” Lidya terkejut sangat dengan kenyataan yang baru sahaja dia dengari itu. Air matanya mengalir.
            “Alya!” menjerit Umi Kalsom. Linda juga terkejut.
            Lidya berlari semula ke keretanya dan meninggalkan rumah tersebut. Dia menangis. Pandangannya kabur. Dia mengelap air mata yang mengalir.
            “Kenapa ummi rahsiakan perkara sepenting ini? Kenapa? Ummi, tahukah kau yang aku begitu mencintaimu. Menyayangimu seperti ibu kandungku sendiri. Ummi, Alya sayang ummi. Kenapa mesti ini yang terjadi?” kepala Lidya bertambah berat. Akhirnya dia membawa diri ke timur.
            Dia bercadang mahu bermalam di rumah Umi Kalsom tetapi kini dia terpaksa mencari tempat yang lain dan lebih menenangkan dirinya.

BAB 26

Perasaan marah, benci, rindu dan keliru bagaikan bersatu di dalam hati Lidya sehingga dia tidak mampu berbuat apa-apa. Mengetahui perkara itu membuat Lidya bertambah serabut sehingga dia berasa tidak  berguna. Dia tidak menyangka Umi Kalsom menyimpan perkara sepenting itu darinya.
            Lidya merenung jauh laut dihadapannya. Laut yang bergelora itu bagai mengerti apa yang melandanya. Hati Lidya benar-benar sedih.
            Umi Kalsom adalah wanita yang paling dia hormati dan kagumi tetapi wanita itu menipunya. Menyimpan rahsia tentang dirinya yang sebenar. Hati Lidya benar-benar terluka.
            Sejak malam tiada elektrik itu, dia sudah tidak berjumpa dengan Danish.
            “Danish...” Apabila menyeru nama itu, hatinya di pagut kerinduan. Lelaki itu lembut melayannya. Jarang sekali meninggikan suara. Lidya merindui bebelan Danish yang menyakitkan telinga itu. Akhinya Lidya ketawa. Terasa lucu apabila mengenangkan sikap Danish. Lidya tersenyum sendirian.
            “Danish....” rintih Lidya lagi. Kini bukan ketawa atau senyuman yang terukir  tetapi air mata jernih yang mengalir deras. Betapa hatinya merindui Danish. Tetapi dia terpaksa membawa diri untuk mencari ketenangan diri. Mencari kemaafan untuk lelaki itu dan Umi  Kalsom. Bukanlah sikapnya untuk terus mendendami orang-orang yang dia kasihi. Cuma dia memerlukan masa untuk memberi kemaafan tersebut.
            Lidya bangun dari terus duduk di atas batu besar di tepi pantai.
            “Lidya!” seorang lelaki memanggil namanya.
            “Zafri?!” terkejut Lidya dengan kehadiran lelaki itu. ‘Cari nahas, memang cari nahas sahaja aku ni kalau bersama lelaki ini tapi aku memang pelik. Di mana aku berada, dia mesti ada.’ Lidya mula rasa tidak senang duduk.
            “Kenapa you terkejut tengok I?” Zafri bertanya apabila melihat wajah Lidya.
            “You intip pergerakkan I, Zafri?” Lidya bertanya dan Zafri terdiam. “So, memang benarlah yer?” Lagi sekali Lidya rasa kecewa dengan sikap seseorang. “I benci you Zafri!” Lidya berlari terus ke chaletnya. Menangis semahunya di atas katil.
            Dia merenung gambar perkahwinan Lidya dengan Danish. Sangat meriah dan tidak akan dia lupakan saat-saat itu.
            “Abang! Kenapa abang tak call Alya? Alya tunggu abang call.” Rintih Lidya. Semasa membawa diri ke sini,  telefon bimitnya terjatuh atas jalan dan dia tidak sempat menyelamatkan telefon tersebut lalu dilenyek hancur oleh kereta. Yang selamat hanyalah kad memorinya sahaja.
            Itu pun nasib baik boleh digunakan lagi sim tersebut.
            Air matanya berhenti mengalir apabila melihat senyuman Danish. Lidya turut tersenyum. Kemaafan untuk Danish sudah lama di dalam hatinya. Cuma terhadap Umi Kalsom sahaja. Masalah yang wujud itu terasa berat.
Lidya mengambil keputusan untuk pergi menjamu selera memandangkan dari pagi lagi dia tidak makan apa-apa.
            Lidya makan dengan penuh selera. Tiba-tiba Zafri datang dan duduk bersamanya. Sunngguh! Sikap Zafri sudah berubah dan lebih kepada memaksa.
            Lidya malas mahu melayan dan teruskan  makan.
            Tanpa Lidya sedari ada seseorang yang memerhatikan mereka dan mengambil gambar.
*****
Lidya Amira tersenyum di sebalik dinding itu. Dia yakin dengan gambar tersebut Danish akan mengamuk dan menceraikan Lidya. Memang itu yang dimahukan tetapi dia tidak boleh lama-lama di sini sebab ada perkara yang lebih penting dalam hidupnya.
            Mira memandu laju menuju ke destinasinya yang sangat jauh. Dia rindukan biliknya. Bertolak waktu tengah hari dan dia sampai di rumah lewat malam. Penat memang penat.
            Dia menghantar mesej bergambar kepada Danish dengan harapan Danish akan ke sana dan mengamuk. Dia berharap kemusnahan rumah tangga mereka akan berlaku.
            Mira memanjat tangga dan menuju ke biliknya. Dia membuka sebuah kotak.  Dia tersenyum manis.
            “Selamat hari Lahir kakak!” Mira tersenyum manis. Ada sekeping gambar seorang kanak-kanak perempuan. Tanpa pengetahuan mamanya, Mira mengambil gambar tersebut.
            Apabila dia terdengar perbualan mama dan papanya tujuh tahun yang lalu yang dia mempunyai seorang kakak dan mereka merahsiakan daripada Mira. Mira memang rasa gembira apabila mengerahui yang dia ada seorang kakak. Memang itu yang diingini. Kasih sayang seorang kakak.
            Sejak kecil lagi dia amat cemburu apabila melihat kawan-kawannya dan sesiapa yang mempunyai kakak yang amat menyayanginya.
            Mira selalu berangan yang kakak tirinya itu selalu wujud dan akan menyayanginya sepenuh hati. Akhirnya Mira terlena atas katil.
*****
Danish tersedar daripada tidurnya apabila terdengar bunyi telefon bimbitnya. Dia menguap berkali-kali. Sudah beberapa hari dia mencari Lidya. Umi Kalsom sudah menceritakan hal sebenar kepadanya. Dia tahu isterinya itu dalam tekanan dan kecewa.
            “Mungkin Alya yang mesej.” Pantas Danish bangun dan mengambil telefon bimbitnya yang berada dalam poket seluarnya yang tergantung dalam almari.
            “Mesej daripada Mira?” Dahi Danish sudah berkerut. Mesej bergambar lagi. Dia membukanya. Gambar Lidya bersama Zafri? Hatinya betul-betul diburu api cemburu yang melampau. 

21 comments:

  1. knp mira ni kejam sgt....
    biarla lidya bahagia ngan danish...
    danish jgn bertindak terburu-buru tau....

    next

    ReplyDelete
  2. jhatnyer mira ni..lidya ni pulak ngn zafri sik berjodoh jek..

    ReplyDelete
  3. jahatlah Mira ni.. tak boleh ke biarkan Danish dengan Lydia bahagia... eee.. apapun best kak.. ^_^

    ReplyDelete
  4. akhirnya muncul juga watak mira dan konflik keluarga Lidya dengan umi Kalsom..

    ReplyDelete
  5. sedih la..konflik dah muncul..
    sis ria, bile buku die nak keluar?

    ReplyDelete
  6. msti lidya 2 kakak mira kn....agak2 kot, hehe

    ReplyDelete
  7. betpl2 mesti lidya ngn mira tu adik beradik tiri,,,,yelah mane ade org yg namany hampir serupa sbb dua2 nama mula ngn lidya,,walau papepon cerita ni makin menarik....

    ReplyDelete
  8. sentiasa berharap danish ta marah lidya... cepat lah cari lidya danish !!! hehe sambung lagi tau sis !

    ReplyDelete
  9. writer jalan citer nyer mcm byk shortcut jer...
    xpuas...
    nk lg...
    huk huk huk...

    ReplyDelete
  10. terima kasih sudi komen...hmm...agak2 la diorang ni adik beradik tiri hihihihi hmmmmm danish mudah sejuk kalau Lidya pandai memujuknya...harap2 lidya dapat meredakan hati membara Danish..

    ReplyDelete
  11. banyak Shortcut??aduh....citer ria ni sudah macam meleret2...itu pasal ria banyak potong2...maaf la kalau nursya rasa macam tu....

    ReplyDelete
  12. konflik da dtg . huhu
    ria, bile agaknye novel nk kluar ? hee

    ReplyDelete
  13. suspen!yakin sgt yg alya dgn amira adik-beradik!

    ReplyDelete
  14. tak tahulah bila keluar hihihi sebab ria tak hantar lagi manuskripnya...
    tahun depan kot...

    ReplyDelete
  15. sabar2 la miss....mesti akak ada sambungannya...

    ReplyDelete
  16. Hish!! Zafri ni sebok jehh.. Menyampah betul laa.. Nasib baik dia x wujud..

    ReplyDelete
  17. kepada far :

    marah nampaknya dengan zafri....
    hihih yelah nasib baik tak wujud tapi
    kalau wujud, far nak buat apa??hihihi

    ReplyDelete
  18. rse2 la mesti alya uh kakak mira an?? nme pun nak kat sme je ehe..pendapt je nie...wah x saba tol la lau novelnye nak kuar..ble uh?? ske tgok cover2 suamiku vampire lagi2 yg ade gambr T.O.P 2 huhu..

    ReplyDelete
  19. best sgt2 ctew ni..ble nk jd nvel??

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi