Followers

Thursday, 17 November 2011

31
Komen

SUAMIKU VAMPIRE BAB 27 siri 2

"Kesian dahi buah hati korang ni hihihi...ria minta maaf jika  ada buat salah dengan korang semua... maaf..."


-Ria Natsumi-





Mereka bersiap-siap untuk pergi makan tengah hari bersama selepas menunaikan solat zohor. Tiba-tiba mereka berdua terserempak dengan Zafri. Danish dan Zafri saling menjeling antara satu sama lain bagaikan ada perasaan tidak puas hati antara mereka.
            Sengaja Danish memeluk bahu Lidya. Hal itu membuat Zafri mendengus kasar. Dia faham sudah apa yang ingin disampaikan oleh Danish. Lidya tertunduk wajahnya. Zafri meninggalkan mereka dan terus pula ke Kuala Lumpur.
            “Kali pertama rasa puas hati!” Kata Danish sebaik sahaja mereka melabuhkan punggung ke kerusi.
            “Puas hati apa?”
            “Tak ada apa-apa.” Danish tersenyum. Dia memegang tangan Lidya. Diramasnya lembut. Lidya tersenyum. Dia rasa bahagia.
            “Sayang nak makan apa?”
            “Alya nak....” belum sempat Lidya memberitahu, Danish sudah memotongnya.
            “Tak apalah. Biar abang yang order untuk sayang.” Lidya merajuk. Dia mencampakkan pandangannya ke laut. Tenang sahaja dia melihat laut yang bergelora itu.
            “Laut tu lebih menarik daripada abang ke?” tiba-tiba Danish bertanya. Lidya memandang Danish lalu tersenyum manis. Terasa lucu dengan kata-kata Danish.
            “Hmmm, laut lebih menariklah abang. Camne Alya nak buat ye? Alya sudah jatuh cinta dengan laut ni.” Sengaja Lidya mengusik Danish.
            “Abang tak kisah pun kalau sayang jatuh cinta dengan laut. Jangan dengan manusia udah!” Pesan Danish.
            “Oh, dengan Zafri?!” Usik Lidya. Entah mengapa dia suka melihat wajah Danish cemburu. Itu sebab dia suka benar menyebut nama lelaki yang suaminya tidak suka.
            “Sebutlah...sebutlah nama dia wahai sayangku. Kalau tak sayang abang pun tak apa?” Rajuk Danish. Dia bermain-main dengan telefon bimbitnya. Memang terasa hatinya apabila Lidya berkata begitu.
            “Tut! Tut!” Bunyi mesej masuk. Pantas jemari Danish menekan butang-butang yang ada di badan telefon bimbitnya.
Maafkan Alya. Alya cinta dan sayang abang seorang iaitu Danish Aniq...
-Isterimu-
            Danish tersenyum membaca mesej tersebut. Dia mendonggak memandang Lidya. Lidya tersenyum manis.
            “Nakal ye!” Danish menarik pipi gebu milik Lidya. Lidya pula mengaduh tapi tetap pamerkan senyuman yang menawan.
            “Saje.” Lidya tersenyum bahagia. Mereka menjamu selera dengan penuh rasa gembira.
            Petang itu Lidya dan Danish berjalan sambil berpegangan tangan di pesisiran pantai. Walaupun cuaca sangat panas tetapi mereka tidak kisah. Kebahagiaan yang tercipta itu membuat mereka gembira.
            Mereka berdua duduk berehat seketika di atas batu besar yang berada di situ.
            “Abang cuti berapa lama?”
            “Siapa cakap abang cuti?”
            “So?” Dahi Lidya berkerut. ‘Main-main pula laki aku ni.’ Hatinya berbisik.
            “Abang ponteng kerja. Papa tak tahu yang abang dah tak datang kerja dua tiga hari ni.” Jelas Danish. Dia tersenggih.
            “Bagusnya perangai.” Sindir Lidya. Dia rasa bersalah kerana Danish tidak datang kerja kerana mencari dirinya. Mereka membisu sambil menghayati keindahan alam cintaan-Nya.
            “Abang..” Lidya memanggil Danish.
            “Ya...” Mata mereka masih di laut.
            “Boleh Alya tanya sesuatu?” Alya seperti teragak-agak untuk menanyakan soalan. Danish terus memandang wajah isterinya.
            “Kenapa ni? Alya ada buat salah dengan abang ke?” Danish menekanya sendiri.
            “Eh, mana ada!” Jawab Lidya sambil berdiri. Entah mengapa dia rasa tidak selesa apabila Danish berkata begitu. Tiba-tiba pandangan Lidya jatuh ke arah seorang ibu dan seorang anak perempuan. Anak kecil itu terjatuh dan segera ibunya mendapatkan anaknya. Begitu prihatin dan penyayang hati seorang ibu. ‘Macam ummi.’ Bisik hati Lidya.
            “Kalau tak ada buat salah, bagitau abang apa dia?” Danish juga berdiri. Lidya mula berjalan meninggalkan Danish.
            ‘Apa kena dengan Alya ni? Muka dah la serius macam orang mati laki tapi laki kau ni masih hidup lagi.’ Danish monolog dalam diri. Dia mengejar Lidya yang kini sudah semakin jauh dengannya
            “Alya..” Kata Danish sambil menyambar lengan isterinya. ‘Kita baru sahaja bahagi, tak kan sudha timbul masalah baru?’ lagi sekali dia berkata dalam hati.
            “Tak ada apa-apa. Jom solat. Kejap lagi nak masuk waktu Asar.” Ajak Lidya. Dahi Danish semakin berkerut. Akhirnya dia mengalah dan mencapai tangan Lidya untuk berjalan  bersama.
            Mereka berdua bersembahyang berjemaah. Usai solat, Lidya melipat pakaiannya.
            “Dah nak balik rumah ke?”
            “Ya. Rindu pada ummi la.”
            “Dah maafkan ummi?” sepatah Danish bertanya. Lidya mengeluh berat. Dia memejamkan matanya seketika dan membukanya semual.
            “Ummi. Ummi seorang wanita yang paling Alya kagumi. Sejak ayah meninggal ketika Alya kecil dulu, dialah perempuan yang menjaga Lidya. Seorang perempuan lembut yang tidak tahu membuat kerja selain kerja rumah. Ummi berusaha mencari kerja untuk mendapatkan sesuap nasi untuk Alya makan. Ummi sanggup menahan lapar asalkan Alya dapat makan.” Ada air mata yang mengalir.
            Lidya rasa bersalah kerana dia sudah bersikap kasar dengan orang yang telah membesarkannya. Mungkin ada sebab mengapa Umi Kalsom bertindak merahsiakan perkara tersebut. Lidya mula tenang.
            “Rindunya pada ummi.” Luah Lidya. Dia menyeka air matanya dari terus mengalir.
            “Baguslah tu sayang. So, sayang nak balik hari ni?” Danish bertanya untuk mendapatkan kepastian.
            “Hmm, Alya rasa nak balik hari ni. Terlalu lama tinggalkan ummi. Risau pula dengan keadaan Ummi.” Jelas Lidya. Dia yakin yang dia sudah memaafkan Umi Kalsom. Biar takdir yang menentukan sahaja.
            “Baiklah. Sayang kemas barang dulu. Abang nak pergi periksa kereta. Barang abang jangan lupa kemas sekali.” Pesan Danish. Dia mengambil kunci keretanya.
            “Abang!” panggil Lidya.
            “Ya.”
            “Kereta Lidya macam mana?” Lembut sahaja Lidya berkata.
            “Aduh! Lupa!” Danish menepuk dahinya. Dia hampir lupa yang Lidya datang dengan kenderaan sendiri. “Camnilah sayang, kita pandu sama-sama. Nanti sayang pandu dulu. Abang follow dari belakang ok? Bagi kunci kereta sayang.” Pinta Danish.
            Lidya hanya angguk tanda bersetuju. Dia bangun dan mengambil kunci keretanya.
            “Terima kasih abang.” Ucap Lidya. Dia menyalami tangan Danish dan menutup pintu. Lidya tersenyum gembira. Dia betul-betul bahagia. Dapat bercakap lembut dengan Danish dan bermesra.
            “Tok! Tok!” Pintu bilik Lidya terkejut. ‘Apa lagi ni Danish? Tinggal apa pulak?’ bisik hati Lidya.
            “Abang lupa a....” kata-kata Lidya terhenti apabila melihat orang yang mengetuk pintunya. “Zafri!” Terpana Lidya.
            Dia ingin menutup pintu itu kembali. Danish tiada bersamanya. Dia tidak mahu menimbulkan apa-apa fitnah.
            “Lidya please!” Zafri menghalang pintu itu dari ditutup dengan tangannya. Sakit itu memang sakit tapi demi Lidya, Zafri rela menahan sakit.
            “Apa lagi yang you nak? I tak percaya lagi pada you. You tipu I. You intip I! I tak suka.” Marah Lidya. Dia mengucap syukur sebab pintu kini tertutup rapat.
            “Lidya, I lakukan semua ni demi mendapatkan perhatian you. I cintakan you, Lidya!” Kata-kata itu membuat bulu roma Lidya menegak. Dia tidak suka kata-kata itu.
            “Apa kau cakap? Cinta!” Danish tiba-tiba muncul entah dari mana. Dia menarik tubuh Zafri ke tempat lapang lalu ditumbuk wajah Zafri.
            Rebah Zafri atas tar jalan.
            “Aku dah lama sabar dengan kau. Lidya tu bini aku. Yang kau masih kacau dia tu, kenapa?” Amuk Danish. Dia sudah tidak boleh sabar dengan Zafri lagi. Zafrilah punca segala-galanya. Dia tidak akan berasa puas kalau tidak dapat selesaikan masalah dia dengan Zafri hari ini juga.
            Lidya yang terdengar suara Danish segera memakai tudung dan membuka pintu. Terkejut Lidya melihat Danish sedang menumbuk Zafri. Zafri tidak pula membalasnya.
            “Abang, hentikan!” Lidya menghalang Danish daripada terus menumbuk Zafri. Bibir Zafri sudah berdarah.
            Lidya memeluk Danish dari belakang. Danish tidak jadi bergerak apabila Lidya bertindak seperti itu.
“Zafri, better you pergi dari sini.” Arah Lidya.
“Tidak!” Zafri bangun dari terus terbaring. Dia menumbuk wajah Danish lalu rebah dan pada masa yang sama Lidya turut rebah.
“Aduh!” Siku Lidya tergeser di tar jalan itu. Zafri segera mendapatkan Lidya.
“Sorry..” Ucap Zafri. Panas hati Danish melihat lelaki lain bersama Lidya. Dia menolak tubuh Zafri lalu mencembung tubuh Lidya masuk ke bilik penginapan mereka.
“Lidya!” Zafri juga ingin masuk sama. Dia juga bimbang dengan keadaan Lidya. Dia tidak peduli dengan bibirnya pecah dan berdarah.
“Kau tak payah nak sibuk! Lidya bini aku. Biar aku sahaja jaga dia!” Tinggi suara Danish dan menutup pintu dengan kuat. Zafri tertunduk dan membawa diri.
“Tak guna kau, Danish!”
Selepas itu, Danish mencari peti kecemasan yang biasanya disediakan dalam bilik penginapan.
“Jumpa!” Danish segera menghampiri isterinya yang dibaringkannya atas katil. “Duduk diam-diam.” Arah Danish.
“Alya tak apa-apa. Luka kecil sahaja. Abang tu yang lukateruk.” Lidya suruh Danish pula yang duduk diam-diam. Dia menyapu luka dibibir Danish yang pecah akibat ditumbuk oleh Zafri.
“Sakit... Sakit!” Danish mengaduh tetapi pada masa yang sama perasaan bahagia terbit dalam hatinya. Lidya tersenyum. Terasa lucu Danish mengaduh.
“Ok. Selesai pun. Lain kali jangan nak bertumbuk-tumbuk.” Lidya membebel sambil menyimpan semula ubat luka ke dalam kotak kecemasan.dia bangun dari katil tetapi tangannya disambar oleh Danish.
Pandangan mata mereka bertaup.
“Kenapa?” Lidya bertanya.
“Teman abang.”
“Boleh tapi kejap. Nak simpan ni dulu.” Setuju Lidya yang menunjukkan kotak kecemasan. Dia berlalu pergi dan kembali semula dengan sebotol air mineral.
“Abang, minum air ni?” Lidya menghulurkan botol air tersebut.
“Terima kasih sayang.” Ucap Danish sambil tersenyum. Walaupun terasa sakit untuk mengukir senyuman tetapi untuk Lidya, apa sahaja disanggup lakukan. Mereka berdua tersenyum bahagia.

31 comments:

  1. Ria memohon maaf jika ada kesalah ejaan atau pun apa sahaja kesalahan....bab ni belum edit sepenuhnya...maaf...

    ReplyDelete
  2. wahhh ! best best ! Kejam betul zafril tuu . Ketuk laju laju kangg . Takpun sepak laju laju . Hihihi . Sambungg lagi :DD

    ReplyDelete
  3. kepada Marina Shahiza :

    terima kasih sudi menjadi orang pertama
    yang komen...
    oh ya....ketuk apa tu??hihihi

    ReplyDelete
  4. it's ok riaa..hehe
    ish..kacau daun betol si zafri nie..
    meluats..huhu

    ReplyDelete
  5. ini sejarah camner zafri boleh ada kat situ pun menjadi tanda tanya juga...cuma bab terakhir ajer yg ada jawapannya hihihihi

    ReplyDelete
  6. jgn ketuk laju2 aje,bgi bazooka tros...hehe

    ReplyDelete
  7. akhirnya...ada gak entry
    sweet couple la diaorg...
    bgs la lidya n danish bahagia....
    zarif 2 nyibuk je cari je la org lain yg nak kat bini danish 2 knp.....
    kan dah kene debik ngan danish....
    next2...

    ReplyDelete
  8. pdn muka zafri...
    kak ria crta ni akn di pos smpai hbs kat blog ni ke atau akn d'bukukan??

    ReplyDelete
  9. best la..!!!
    tapi x suka la zafri tu..kacau daun jer..biar la lidya bahagia dgn danish..
    tapi pape pun..good job sis ria..!
    x sabar nak tunggu sambungan..harap ada la..

    ReplyDelete
  10. Tu lahh.. Sebok jeh si Zaffri uhh.. Nk jugak kt si Lidya yg da jadik bini Danish.. Carik jelah org lain mcm si Lidya Amira ke.. Lidya jugak kann.. Cme org jeh laen..

    ReplyDelete
  11. best kak Ria..
    tak sabar nak baca sambungan lagi... ^_^

    ReplyDelete
  12. Kepada blue apple :

    hahah lucu...mengamuk nampak hihihi

    ReplyDelete
  13. kepada ryana :

    kenapa Zafri nak sangat pada Lidya???
    ada sejarahnya...
    dan hanya dalam bab 51 kot....
    dan korang akan rasa sedih kisah dirinya....
    hahahhahahhahahahahhha

    ReplyDelete
  14. kepada hatiku295 :

    marah pada zafri...hihihi
    akak pos sampai bab 28...28 last....habis la korang....atau pun sampai manuskrip akak diterima...tgk keadaan la....kalau tak diterima..akak post sampai habis kat blog hahhaha

    ReplyDelete
  15. kepada Far Zana Azman :

    Lidya AMira???
    dia mati nanti....'tak dapat la
    ZAfri nak kahwin dengan dia nanti...
    so dia pilih gak Lidya Alya hihihihi

    ReplyDelete
  16. kepada Hayisa neerza :

    hihihi semua marah zafri...
    ish ish ish

    ReplyDelete
  17. kepada Afifah Yusof :

    sabar...masih ada sambungannya dalam blog..

    ReplyDelete
  18. zafri tu da kenapa??bini orang pon nak amik..=.=''cubit kang.hahaha

    ReplyDelete
  19. kepada triplef :

    sabar...carl zafri memang begitu hihihi
    ala sweetnya dia nak cubit zafri hihihi

    ReplyDelete
  20. yay! ria's back!! nice entry, ria..mmg puas sgt baca! m glad u're ok now..hopefully ria akan ok selalu n idea mencurah2 utk sv ye..:D x sabar nak baca next entry. take care ria! :D smile always ya ;)

    ReplyDelete
  21. kepada Anonymous :

    hihi sukanya dia....terima kasih
    sebab suka bab kali ni..
    amin...
    take care too...

    ReplyDelete
  22. thank ria natsumi...teruskan lagi utk sv..sy akn sentiasa follow...chaiyok!!!danish n lidya mmg sweet tp sibuk la zafri tu..menyampahnye!!!

    ReplyDelete
  23. teruskan usaha...sv the best

    ReplyDelete
  24. kepada sp gurlz :

    tq sebab follow citer ni...
    jgn menyampah lama2...nanti susah pula...

    ReplyDelete
  25. waaa pic edward...sesuai g2 edward ngn suami ku vampire..

    ReplyDelete
  26. terima kasih...bila nak selesai???ria pun tak tahu bila..makin lama simpan...makin panjang pula citernya...ria cuba habiskan secepat mungkin...ada 3 aje assignment ria..siap ajer tu...ria tulis sampai pagi hahahhaha insya allah

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi