Followers

Tuesday, 15 November 2011

31
Komen

Kisah Damia Eryna dan Afkhar Fakhrizzaki

"Cinta yang hadir ini tidak pernah hilang sejak dia wujud di hati ini"  


-Afkhar Fakhrizzaki-


Damia ingin menangis. Dia tidak menyangka yang sikap Haris kini seakan Afkhar Fakhrizzaki.
            “Abang Izz.” Air matanya mengalir deras. Tidak pernah dia menangis seperti sejak Afkhar Fakhrizzaki meninggalkannya.
            Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi-bunyi untuk diangkat. Lagu impian kasih yang dinyanyikan oleh kumpulan ‘Inteam’ bergema kuat di ruang biliknya. Terpengaruh dengan kakak iparnya itu, Lidya Alya. Damia terkejut. Hatinya bertambah sedih apabila mendengar bait-bait lagu tersebut. Dia merenung permukaan skrin telefon bimbitnya itu. Tertera nama BKK.
            “Hmm, BKK ni lagi. Apa yang dia nak? Aku ni baru nak berdukacita sikit pun kacau!” Perasaan Damia terganggu. Dia tidak mahu menjawabnya dan lebih senang melayan lagu itu walaupun hatinya bertambah nazak mendengarnya.
            Tidak cukup sekali Haris menghubunginya, kini  kali ke dua  dan masuk kali ke tiga, Damia mencampakkan telefonnya ke bawah katil sebelum ditukarnya dalam mood senyap. Dia kembali berbaring di atas katil. Matanya terpejam.
            Perlahan-lahan dia membuka kelopak matanya. Air mata masih setia bersamanya. Fikiran Damia mengimbas kembali peristiwa tujuh tahun yang lalu.
            Ketika itu, dia berada di tingkatan empat. Dia memang suka pulang dari sekolah menaiki pengangkutan awam.
            Damia memandang pemandangan di luar kereta api. Pemandangan bangunan yang berdiri gah itu begitu menarik perhatiannya.  Di situlah dia akan berdiri tiap kali pulang dari sekolah.
            “Phewitt!!” Seseorang bersiul seperti menegurnya. Damia tersentak lalu menoleh. ‘Mak ai, awat mamat ni kacak sangat! Control ayu, Damia. Control. Dia nak mengorat kau tu,” bisik hatinya.
            “Kenapa kacau saya?” Sedikit keras suara Damia. ‘Jual mahal sikit. Ingat senang nak ngorat aku.’ Hati Damia bermonolog lagi.
            Lelaki itu tersenyum manis bak madu lebah yang masih di sarangnya. Manis betul. Lesung pipi jelas terbentuk. Hati Damia bertambah debarnya.
“Selalu saya nampak cik adik berdiri di situ pada masa sekarang dan tempat yang sama.” Jelas lelaki itu.
“Huh!” Damia mengeluh lalu menayang muncungnya. Dia sebenarnya malu kerana ada yang perhatikan dirinya.
“Boleh saya sertai awak?” Lelaki itu meminta izin.
Damia hanya menggangguk lalu memandang di luar semula. Tanpa Damia sedari, lelaki itu selalu menatap wajah lembut Damia.
“Nama saya Afkhar Fakhrizzaki.” Lelaki itu memperkenalkan diri.
“Oh, Afkhar Fakhrizzaki. Saya Damia Eryna.” Damia juga memperkenalkan diri.
“Mudah je awak sebut nama saya? Orang lain sudah tergeliat lidahnya tau.” Kata Izz. Damia ketawa manja. Dia pun tidak pasti mengapa mudah untuk dia menyebut nama itu dan ia bagaikan terus masuk ke dalam hati dan sanubari Damia.
“Entah. Biasa sahaja. Cuma saya suka nama pendek. Saya panggil awak, Izz, boleh ke?”
“Tak pernah-pernah orang panggil saya Izz tapi tak kisah pun. Nama saya sememangnya unik.” Izz memuji namanya sendiri.
“Perasan!” Damia membuat muka menyampah tetapi tetap mempamerkan senyuman untuk lelaki itu.
Hampir setiap hari persekolahan, Izz ada di situ untuk menemaninya pulang ke rumah. Ada sekali Izz tawarkan diri untuk menghantar dia pulang dengan keretanya sendiri tetapi di tolak oleh Damia.
“Jom naik kereta Izz. Izz hantar Mia pulang. Boleh?”
“Kalau Mia nak balik rumah naik kereta. Ayah Mia boleh hantarkan. Mia suka naik train. Itu sahaja sebabnya...”
Izz tersenyum. Dia memang suka melihat cara Damia membawa diri dalam kehidupannya. Akhirnya Izz meluahkan perasaannya setelah dua tahun mereka berkawan.
“Apa yang kelakarnya Izz? Gelak sampai berair mata ni. Ingat sikit dunia ini masih wujud.” Kata Damia dengan nada merajuk.
“Tak la, abang Danish tu, pesan macam Izz nak bawa lari Mia aje. Syukurlah sebab abang Danish tak kisah kita berkawan.” Izz berkata lalu menjeling ke arah Damia. Tiba-tiba ketawa Izz meletus lagi. Damia buat muka geram.
“Maaf la Mia. Izz memang begini. Kalau gelak, susah sikit nak kawal. Ikut suka mulut ni aje mahu ketawa.” Izz tersenyum.
“Dah faham. Kadang-kadang rasa macam tak nak mengaku yang Mia kenal Izz.” Sengaja Damia berkata begitu. Dia suka mengusik Izz.
“Janganlah sampai macam tu sayang.” Kata Izz yang masih gelak kecil.
Dup dap dup dap...
Hati Damia berdegup kencang saat dia mendengar Izz memanggilnya sayang. Dia tidak senang duduk dalam kereta tersebut.
“Ada orang nak kena penyepak ni?!” Kata Damia yang lebih kepada menutup perasaan debarnya.
“Kenapa nak sepak orang pulak?”
“Sesedap hati sahaja panggil kita sayang.”
“Dah memang kita sayang awak!” Jujur Izz. Damia pura-pura tidak dengar lalu tertidur. Hari itu mereka ke Genting untuk suka-suka sahaja. Damia tidak pernah ke sana, itu pasal Izz bawa jalan-jalan Damia. Syaratnya kena balik hari. Itu sahaja.
Perlahan-lahan Izz mengejutkan Damia bangun. Gadis itu tidur sahaja di sepanjang perjalanan. Geram juga kerana Damia meninggalkan dia keseorangan memandu.
“Mia...” Damia mendengar namanya diseru-seru. Seingatnya dia bermimpi Izz  meluahkan perasaan kepadanya. Memang hampir gila dibuatnya. ‘Mungkin perasan sahaja aku ni.’ Keluh Damia. Perlahan-lahan dia membuka kelopak matanya.
“Ya, kenapa?” Damia bertanya.
“Sebenarnya Mia..” Kata-kata Izz terhenti di situ. Lembut sahaja menyapa telinga Damia. ‘Apa kena si nama pelik ni? Nak cakap pun macam tersekat-sekat. Sakit perut nak membuang ke?’ Damia meneka sendiri dalam hatinya
“Sebenarnya apa?” Damia pula sengaja buat-buat tersekat apabila bercakap. Sindir Izz. Mata Izz merenung tajam ke arah Damia. Hati Damia berdebar dengan renungan tersebut.
“Sebenarnya mia.” Izz mengulangi lagi ayatnya tadi tapi dengan nada yang lebih lembut. ‘Apasal mamat nama pelik ni? Sihat ke? Kena sawan ke? Gaya macam nak goda aku je,’ bisik hatinya.
“Apa sebenarnya!” Jerkah Damia. Geram melihat Izz seperti main tarik tali dengannya.
“Sebenarnya kita dah sampai!” Pantas juga Izz menjawab akibat jerkahan itu. Akhirnya Damia ketawa. Kelakar melihat wajah Izz.
“Muka Izz sudah macam king kong tak makan sebulan. Terkejut punya pasal. Hahaha!” Damia menyambung ketawanya.
“Apa king kong? Tak ada haiwan lain ke nak dibandingkan dengan Izz yang kacak.”
“Betul la. Tak perasan ke king kong tu ada lesung pipi.” Sengaja Damia menyakat Izz. ‘Ingat kau sorang aje pandai gelak.’
“Ingat sikit bila ketawa, dunia ni masih wujud.” Kata Izz dengan ayat Damia. Damia buat muka geram. Akhirnya mereka ketawa bersama.
Izz berhentikan keretanya di tempat letak kereta. Mereka berdua akan menaiki kabel yang telah disediakan. Damia gembira sangat.
Sampai sahaja di Genting, theme park menjadi pilihan. Mereka akan bermain semua permainan yang ada. Cuaca elok sahaja. Tidak hujan atau panas sangat.
“Jom kita main kapal besar tu?” Ajak Damia sambil menunjukkan kapal besar yang sedang bergerak ke atas dan ke bawah.
“Jom. Hari pun dah petang ni. Kita kena bertolak awal. Ini yang terakhir ye?” Pesan Izz.
“Yess Boss!! Boss King kong!” Usik Damia.
“Apa king kong lagi? Memang nak kena minah ni.” Izz mengamuk manja. Dia ingin mencubit pipi Damia tetapi gadis itu pantas mengelak.
“Tak baik tau nak cubit pipi orang.” Manja sahaja suara Damia.
“Ok sorry.” Izz tersenyum.
Kini giliran mereka untuk mencubanya. Izz duduk di sebelah Damia. Perlahan-lahan kapal besar itu diayung. Kebetulan mereka berdua duduk di bahagian hujung kapal. Apabila kapal besar itu diayung tinggi, kebanyakkan orang disitu mengangkat tangan.
“Hhuhuhuhhuhu!” Jerit Damia dan Izz sambil mengikut rentak. Masuk hanyunan ke tiga, Damia terdiam.
“Damia! Aku cinta padamu!” Jerit Izz kuat-kuat. Izz menjerit sehingga dia puas. Damia memandang wajah Izz tanpa berkelip. Dia terkejut dengan pengakuan itu.
“Aku cinta kau sampai mati, Damia!” Jerit Izz lagi.
Sebaik sahaja kapal besar itu berhenti. Ramai orang memberi tepukan sokongan. Damia masih terkejut. Dia terus turun dari kapal tersebut dan berjalan pantas meninggalkan Izz.
Mia, tunggu Izz!” Izz mengejar Damia tetapi gadis itu tidak mahu hentikan langkahnya lalu terpaksalah Izz menyambar lengan Damia. Berlapik.
“Kenapa Mia?” Serius Izz. Matanya merenung tajam ke arah Damia. Kali ini dia tidak akan lepaskan Damia selagi dia tidak tahu perasaan Damia terhadapnya.


P/S : Alamak! sampai sini aje ke...?hihihi
kalau nak baca sambungannya...
kena tunggu novel la...
jangan marah yer...^_^

31 comments:

  1. kisah ni ada dalam novel Suamiku vampire...
    bakal2 dibukukan...hihihi

    ReplyDelete
  2. sampai sini je ke?huhu...
    nnti jgn lpe bgitau p'kembangan SV tau,hehe

    ReplyDelete
  3. huhuhu..pendeknyer kak ria,bru nk feeling,adesss....jgn lupa gtaw ain law dh dibukukn 6t ye :-)

    ReplyDelete
  4. kepada Blue Apple :

    baiklah Apple...
    ria akan bagitau perkembangannya nanti hihihi

    ReplyDelete
  5. kepada putri Nia Adelia :

    ala...ciannya dia baru nak feeling....
    ok nanti ria akan bgitau ye??hihihi

    ReplyDelete
  6. kejamnya ria! mendera kami yg membaca! hu hu hu! kidding..best la..cepat la keluar versi cetak sv ni! kita nak beli n nak ria autograph kan..boleh, ek? great job as always, ria..:D

    ReplyDelete
  7. siapakah gerangan yang mengata hamba ni kejam???hehehe jangan la marah...dah nak tahu sangat sejarahnya...ria dah masukkan walaupun sedikit...ni bab yang ke 30 atau 32 kot...tapi dalam blog ria masukkan sampai bab 28...hihihi hmmm

    apa autograph????aseyman...ria tak pandai buat la...ala...nak juga ke???

    ReplyDelete
  8. sis apa ni??? jangan la seksa kitorang canie..tak baik !nak tahu sangat apa jadi mia ngan izz pastu macam mana pula nanti mia dengan haris makin banyak persoalan di minda~

    ReplyDelete
  9. boleh la ria..kita ni fan sv tau..hari2 dok jenguk blog ria yg terbaik ni ;) leh eh? tq ria..tak sabar nak baca versi cetak sv ni. nak beli few copies for my sis, sis-in-law n friends..hehehe..support ria all the way! :D

    ReplyDelete
  10. Vrooommm...vrooommmm.....masuk blog ria dan komen-komen..heheheh. ini bakal dinovelkan ke dik?waaaaaa...

    ReplyDelete
  11. kepada Hayisa Neerza:

    hihihi memang banyak.....
    banyak sangat persoalan melebihi lidya dan danish
    pula hahaha

    ReplyDelete
  12. kepada Anonymous :

    1. terima kasih

    2.wah ramainya...terima kasih...sabar la hihihi

    ReplyDelete
  13. kepada mardihah Adam :

    akak.....insya allah kalau siap pada tarikh yang ditetapkan, akan dinovelkan...tgk la camner...ada rezeki ada la kak...

    ReplyDelete
  14. bila nak dinovelkan???
    x sabar dah ni..kalau novel keluar pukul 3 pagi..3 pagi jugak saya pergi cari novel ni..hahaha..

    ReplyDelete
  15. Afkhar Fakhrizzaki-- emphh what a name ;)

    ReplyDelete
  16. tak tahu...hanya terlintas di FB dan nama dia menarik...itu sahaja...tq

    ReplyDelete
  17. Kak Riaaaaaaa....... Bila dah keluar nanti beritahu eh! \^0^/

    ReplyDelete
  18. ok..nanti akak beritahu....mungkin ambil masa...

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. afkhar fakhrizzaki.....that`s my name

    ReplyDelete
  21. macam nama Dr kat tempat kerja saya je. lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu u still keja situ. kirim salam byk2 kat dia.. klu betul dia doc yg dok mainkan perasaan org dan suka hati ambik gamba org n mengaku tu awek dia.. sgt licik ko ya. semoga Allah balas kelakuan ko dgn balasan setimpal. konun muka suci, manis mulut. xkena dgn kehendak ko klua perangai busuk ko! that y la xkawen2 umo dh tua pun xsedar diri... hidup keja nk mainkan perasaan org ja.

      Delete
  22. Yela name doc yg ling hensem..

    ReplyDelete
  23. Dr yg ada penyakit Narcissistic personality disorder..keja dekat avisena. jaga2 klu kenal dgn nama ni. serious ckp.. gunakan kehenseman dia utk bg org belas kasihan kat dia n jatuh suka dekat dia.. dah berapa ramai ppuan kat luar kena dgn dia ni.. kenal bertahun tp xnk jumpa. bila ajak jumpa mcm2 drama keluar.. bila dia dh start xsuka ko.. perangai kuarang ajar dan xberadap keluar la. apa sy cerita ni, cerita realiti. dah kenal buat masa ni 4 org yg dah kena dgn dia ni. penah ambik gambar ppuan mana2 utk bg taw org tu awek dia. silap byk la sbb ppuan kawan org. mmg tnya kawan. ko kenal ke dia ni sapa? penah jumpa? xpenah pun jumpa.. sgt licik permainan dia. behave.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oit are u still replying? do u know him really well? i mean really damn well? nothing much cuma i hv a crush on him. is this the reason why he still single ?? sorry for asking too much but looking forward for your reply

      Delete
    2. other than that, i assumed that he was a G. not really sure bout that but i got some clues based on his following on ig and twitter.

      Delete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi