Followers

Friday, 11 November 2011

11
Komen

SAYA PEMINAT AWAK BAB 6

Sikap Affan yang suka mengusik Risya membuat Risya gembira dalam diam. Ketika Risya sibuk memasak di dapur, Affan asyik memerhati isteri yang sudah lama mencuri perhatiannya.
            Selepas Risya membawa diri keluar dari dapur, Affan terus mencembung tubuh itu. Tidak sempat Risya menarik nafas dan Affan....
            “Ini untuk sayang....” Affan meletakkan tubuh Risya di atas katil dan dia mengambil satu bungkusan sederhana besar.
            “Untuk apa?” ringkas sahaja pertanyaan Risya. Dahinya sudah berkerut.
            “Untuk sayang la. Rasanya tidak perlu sebab kalau kita nak beri apa-apa hadiah pada orang tersayang.” Kata-kata Affan menusuk jantung Risya.
‘Alahai, sweet macam gula. Nasib baik keturunan aku tiada yang berpenyakit kencing manis. Kalau tak, sah-sah aku yang menghidapnya.’ Risya tersenyum.
“Boleh bukak?”
“Tak boleh bukak. Tengok aje.” Gurau Affan. Risya buat muka tidak puas hati. “Hahaha Sayang. Tak perlu tanya apa-apa. Itu hadiah untuk sayang. Sayang berhak nak membukanya atau tidak.” Katanya lagi.
“Manalah tahu kena tunggu malam ke, baru boleh bukak hihihi.” Risya pula tersenggih kucing di situ. Dia bangun dan menyimpannya dalam almari.
“Kenapa tak bukak?” Ada perasaan sedikit terkilan di hati Affan dengan tindakan Risya.
“Tadi kata ikut suka saya. So, saya bukak la bila saya rasa nak buka.” Jelas Risya dan ingin berlalu keluar.
‘Naik lemas aku tengok renungan mata Affan. Bertahan wahai diri. Kalau boleh, aku nak bina tembok China nombor dua dalam hatiku supaya aku boleh bertahan tapi hakikatnya tak boleh pun.” Dalam hati Risya berdebar.
“Tak boleh! Sayang kena bukak sekarang.” Arah Affan.
Risya buat tidak tahu dan apabila tombol pintu ingin disentuhnya, tiba-tiba pintu tersebut dibuka dari luar.
“BUCCKKK!” pintu tersebut terkena dahi Risya.
“Risya! Maaf sayang!” Rasydan memohon maaf kerana dia penyebab adiknya mendapat benjol di dahi.
“Sakitnya...” Risya mengaduh.
“Doktor! Cepat panggil doktor.” Rasydan mengelabah mengalahkan orang yang sakit. Muncul pula Risydan.
“Tak perlu doktor dah abang Risz. Sudah ada yang sudi merawatnya.” Kata-kata Risydan membuat wajah Risya berona merah.
Abang-abang kembarnya meninggalkan mereka berdua. Yang paling Risya hendak tergelak, Rasydan menekan tombol kunci dari dalam. Tidak mahu sesiapa yang ganggu.
“Abang Rasz siap kuncikan pintu sekali. Ini membawa maksud, dia tak bagi adiknya keluar dari bilik ni.” Kata Affan yang agak formal.
Dahi Risya berkerut.
“Ada aku kisah!” Dia betul-betul marah. Gara-gara Affan dahinya menjadi mangsa. Nasib baik tidak sakit mana tapi kesan benjol ini macam pelik.
Risya menuju ke meja soleknya. Menatap benjol yang sederhana kecil itu.
“Meh sini!” Panggil Affan.
“Tak nak!” Suara Risya sudah rendah sedikit. Dia rasa air matanya ingin mengalir. Memang sakit. Risya seorang yang manja. Dia cuba menahan air matanya daripada mengalir depan Affan.
‘Takkan kena pintu macam ni pun nak nangis. Nampak sangat lemah dan tak kuat. Malulah camni.’ Hati Risya tidak keruan. Ia berperang makin hebat dalam hatinya apabila Affan bangun dan menghampirinya.
Risya menahan air matanya. Terasa benjol tersebut berdenyut-denyut. Affan menghampiri Risya. Dia menyentuh lembut kepala Risya lalu diusap-usap perlahan.
Risya mendonggak memandang wajah Affan yang sedang berdiri. Perlahan-lahan Risya memeluk pinggang Affan. Dia menangis semahunya.
“Manjanya...” Kata Affan.
“Mana ada manja!” Risya berdiri tegak. ‘Walaupun aku berdiri pun tetap rendah.’ Risya menarik muncungnya.
“Sudah! Sudah! Nak degil aje. Meh abang tengok dahi tu?” Affan menarik tangan Risya agar ikutnya duduk bersama di birai katil. Perlahan-lahan Affan meniup dahi Risya yang bengkak itu.
‘Ingat dengan tiup-tiup macam ni boleh sembuh ke sakitnya? Doktor apa ni?’ bisik hati Risya walaupun dia rasa terbuai.
“Kejap!” Affan bangun menuju ke beg kerjanya. Dia mengeluarkan ubat sapu dan dia menyapu ubat tersebut di dahi Risya.
“Hari kedua kahwin pun dah kena tampal seperti ni.” Kata Affan. Dia menampal plaster luka di kepala Risya. Risya pula membuat muka masam.
“Muncung macam ni kan... abang tak pernah tengok selama abang hidup. Sayang sorang aje ada muncung macam ni.” Affan masih mahu mengusik isterinya. Dia ketawa perlahan.
“Sudahlah Affan. Malas mahu layan awak.” Risya bangun tetapi tangannya disambar pantas oleh tangan doktor itu.
“Nak ke mana tu? Tak minta izin pun.”
“Takkan nak pergi tandas rumah sendiri pun kena minta izin suami?” makin banyak Risya bercakap dengan Affan, makin banyak perkara yang dia tidak berpuas hati.
“Apasalahnya kalau nak minta izin. Boleh dapat pahala lebih.” Kata Affan selamba.
“Hish!!” Risya berdengus geram. Dia menuju ke bilik air. Dia melepaskan geramnya di dalam bilik air.
“Risya, jangan lama-lama dalam bilik air tu. Risau abang!” Jerit Affan dari luar. Risya buat tidak dengar. Dia menatap wajahnya di cermin. Akhirnya dia tersenyum.
‘Affan memang baik hati. Mukanya lagi kacak. Alahai, Affan!’ Risya tersenggih-senggih depan cermin. Dia tersenyum manis. Pada masa yang sama dia rasa bahagia sekali.
*****
Tengku Hakimi menatap wajah Risya yang cantik pada malam peragaan pakaian tempoh hari. Cantik dengan senyuman yang menawan. Rambut yang panjang dan ikal. Sungguh menawan. Walaupun ketika itu dia tidak memakai cermin mata tetapi wajahnya tetap bersahaja.
            Tengku Hakimi tersenyum.
            “You tersenyum sorang-sorang ni, kenapa? Gila ye?” Sindir Dania. Tengku Hakimi menjeling tajam ke arah isterinya.
            “Suka hati I. I tak kacau hidup you kan? So, jangan pertikaikan apa yang I buat.” Sedikit keras suara Tengku Hakimi.
            “Bukan I nak sibuk pasal you tapi I tak mahulah ada orang yang gosip ‘Anak jutawan gila rupanya’. I tak nak la macam tu.” Jelas Dania. Tangannya asyik dengan alat-alat mekapnya yang mahal.
            “Baguslah tu. Kahwin dengan you memang sudah mampu buat I gila!” Tengku Hakimi tidak boleh bersabar lagi. Dia bangun dari kerusi empuk itu.
            “I tunggu you di bawah. Kalau lambat, you pergi sendiri.” Amaran Tengku Hakimi. Dia menutup pintu dengan kuatnya untuk melepaskan geram di hati.
            “Tak guna you!” jerit Dania.
            Tengku Hakimi termenung. Hatinya sakit apabila mengenangkan perkahwinan Risya bersama lelaki itu. Dirinya baru sahaja menerima kehadiran perempuan itu dalam hati ini tetapi Risya disambar oleh lelaki lain pula. Sungguh kecewa rasanya.
            Dia teringat peristiwa beberapa minggu yang lalu
            “Tengku...” tegur seseorang.
            “Oh, Rasydan! Ada apa yang boleh saya bantu?” Ramah Tengku Hakimi.
            “Saya datang berjumpa dengan Tengku sebab nak beri kad jemputan perkahwinan.” Kata Rasydan sambil menghulurkan sekeping kad berwarna hijau.
            “Tahniah Rasydan. Kahwin juga awak dengan Kamalia.” Gembiranya Tengku Hakimi. Dia berharap dapat berjumpa dengan Risya ketika itu nanti.
            “Eh, bukan saya yang kahwin, tengku. Tapi adik saya, Risya. Dia kahwin dengan kawan masa kecil mereka.” Jelas Rasydan.
            Kecewa hati Tengku Hakimi sebaik sahaja mendengar khabar tersebut. Sakit hatinya ketika membayangkan Risya bersanding dengan lelaki lain. Apa yang mampu dia lakukan? Kepala Tengku Hakimi terasa bera tiba-tiba.
            “Tengku! Tengku oh Tengku!” panggil Rasydan apabila melihat Tengku Hakimi termenung. Lama.
            “Maaf. Insya allah saya akan datang bersama isteri.”
            “Tak apa. Saya dan keluarga pun memohon maaf sebab kami tidak dapat datang ke majlis perkahwinan tengku.”
            “Tak mengapa. Saya faham.”
            Rasydan pun berlalu pergi.
            Tengku Hakimi sudah berada di dunia realiti kerana ditegur oleh seseorang yang cukup menyakitkan hati.
            “You!” Dania menjerit.
            Tengku Hakimi memandang tajam ke arah Dania.
            “Tak boleh panggil elok-elok ke?”
            “Nak panggil elok-elok?” Dania memandang ke tempat lain. “Hey, I dah panggil elok-elok sudah. You tu tak dengar. Pekak agaknya.”  Sambung Dania dengan kasarnya sambil memandang semula wajah Tengku Hakimi.
            Tengku Hakimi memang tidak  faham dengan sikap Dania. Jika bersama dia, Dania mudah melenting. Marah tidak tentu pasal. Mengamuk sahaja. Jika ada orang lain selain Tengku Hakimi, Dania akan melayannya dengan baik.
            “Perempuan tu sememangnya begitu.”
            “Mengutuklah tu.”
            “Mana ada la. Jom kita sudah lambat ni.” Sikap Tengku Hakimi yang tidak suka bergaduh membuatkan dia selalu mengalah dengan Dania. Sejak kecil lagi dia begitu.
            “Kalau tak kerana papa you jemput makan di rumah, memang I tak kan jejak kaki di rumah mama you.”
            “Ini pun masalah juga. Kenapa you benci sangat dengan mama I? You ada masa silam yang menyakitkan hati dengan mama I ke?” Tengku Hakimi cuba mengorek rahsia Dania.
            “Adalah. Buat apa I nak bagitau you.” Dania mengunci pintu rumah mereka.
            “Bos, kereta sudah siap!” kata pengawal peribadinya Tengku Hakimi. Tengku Hakimi hanya tersenyum.
            “Mari kita pergi, sayang.” Ajak Dania. Tengku Hakimi hanya ketawa melihat lakonan Dania yang kaku itu.
            “Nak berlakon pun, biarlah nampak real sikit.” Tengku Hakimi berbisik perlahan di telinga Dania. Dia memeluk erat pinggang Dania yang ramping itu dan berjalan bersama menuju ke kereta BMW yang berwarna putih itu.
            Saat itu Dania rasakan perasaan bahagia. Dania mengeluh. Sebenarnya Dania memang mencintai Tengku Hakimi tetapi lelaki itu pernah berterus terang mengenai perasaannya sebelum mereka berkahwin.
            “Sudah menjadi adat turun temurun. Jodoh ditentukan oleh keluarga. Bosan! Tapi I tak kisah kahwin dengan you memandangkan you pun I kenal sejak kecil.”
            “You tak kisah kahwin dengan I?”
            “Sepatutnya soalan itu ditanya oleh I untuk you.” Dania terdiam.
            “You suka I?” Dania bertanya.
            “I suka tetapi sebagai kawan sahaja.” Sedih hati Dania mendengar kata-kata itu.
            “Dania!” pecah ingatannya kepada  peristiwa itu. Dania tersenyum. Cepat sungguh mereka sampai di rumah mertuanya. Dia disambut mesra oleh keluarga Tengku Hakimi.
*****
Asyik sekali Affan melihat isterinya menghidang makanan dari luar rumah.
            “Kalau nak tahu, si Risya tak pernah pun tolong ibu Miko.” Kutuk Rasydan.
            “Yeke? Mungkin ini perubahan yang baik.” Puji Affan. Pandangannya beralih kepada laman rumah yang cantik dihias itu. “Siapa yang hias dan jaga semua pokok-pokok ni?” soal Affan.
            “Oh, ini semuanya Risya yang jaga. Ayah kami dulu suka pokok-pokok macam ni. Nampaknya hanya Risya sahaja mewarisi sikap ayah yang itu.”
            “Bagusnya!”
            “Hmm, ibu saudara Affan bila mahu pulang ke Malaysia?” Rasydan bertanya memandangkan ibu saudara Affan yang menjadi penjaganya. Ibu bapa Affan sudah lama meninggal dunia. Yang datang masa meminang pun ialah ayah saudaranya yang bekerja sebagai doktor itu.
            “Ibu akan pulang minggu depan.”
            “Oh, macam tu ke?”
            “Abang Rasz dan suami tersayang! Mari makan!” Jerit Risya dari dalam rumah. Risydan sudah sedia menanti di meja makan.
            “Cepatnya!” kata Rasydan.
            “Biasa aje. Dah lapar sangat ni.” Jawab Risydan. Dia agak penat sedikit hari ini kerana menyiapkan projek yang akan dibentangnya pada hari esok pagi.
            Mereka makan dengan penuh selera. Kini, mereka semua berehat di bilik masing-masing.
            “Esok saya nak pergi lapangan terbang.”
            “Buat apa?”
            “Nak jemput saudara baru balik dari Jepun.”
            “Pergilah. Lagi pun abang sudah mula kerja esok.” Jelas Affan lalu mengizinkan Risya pergi. “Memandu tu berhati-hati. Ingatlah orang yang menyayangi awak.” Nasihat Affan lagi.
            “Ya. Saya tahu. Terima kasih!” Ucap Risya. Dia menarik kain selimut sehingga menutup dadanya.
            “Nak tidur dah ke? Awal lagi ni.” Affan kecewa sedikit kerana Risya mahu tidur awal. Tidak puas dia berbual dan mengusik Risya.
            “Mengantuklah awak...” Mata Risya sudah terpejam. Matanya terasa terlalu berat. Sudah berkali-kali dia menguap. Mata pun sudah berair.
            “Tidurlah. Esok nak pergi pukul berapa?”
            “Pukul  5 pagi.”
            “Kenapa awal sangat?” Barulah Affan mengerti mengapa Risya mahu tidur awal. Tetapi Risya sudah tertidur. Affan mengeluh.
            ‘Biarlah.’ Affan tersenyum apabila melihat wajah isterinya tidur. Sungguh comel. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.
            “Iss?” Mengeluh berat Affan apabila melihat nama tersebut. Akhirnya dia menjawab setelah lama dia biarkan.
            “Kenapa lambat jawab?” Iss mula membebel.
            “I tertidur la. Ada apa you call?”
            “I minta you hantarkan I ke airport esok pagi, boleh tak?”
            “Pukul berapa nak pergi?”
            “Lima pagi.” Berkerut dahi Affan. Waktu yang sama dengan isterinya. pagi sangat tu. Takkanlah dia kena menipu Risya lagi. Dia tidak sanggup.
            “Malaslah.”
            “Kira. You kena hantar I juga. I tunggu you. Good night!” Talian diputuskan. Akhirnya Affan mengambil keputusan untuk tidur juga. Dia kena bangun awal seperti isterinya. perlahan-lahan tangannya melingkari pinggang Risya yang sedang lena itu. Tanda Risya sedari dia membiarkan sahaja pelukkan itu sehingga pagi.
            Awal pagi Risya sudah tersedar. Jam menunjukkan  pukul 4 pagi. Matanya begitu segar pagi itu. Terkejut juga dia apabila melihat Affan sedang memeluknya. ‘Patutlah lena sahaja tidur aku. Kena peluk dengan lelaki yang kacak rupanya.’ Risya tersenyum.
            Perlahan-lahan Risya bangun dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Selepas bersiap, dia sempat mengucup dahi Affan dan perlahan-lahan keluar dari bilik tersebut.
            Affan tersenyum dengan kucupan itu. Dia pun turut bangun dan bersiap-siap untuk menghantar Iss ke  lapangan terbang.
            “I yakin you akan datang.” Bangga Iss menyatakannya.
            “Sudahlah. I mengantuk ni. You dah siapkan? Kita bertolak sekarang.” Tegas Affan. Dia tidak mahu berlembut sangat dengan Iss.
            Affan memandu perlahan keretanya. Akhirnya mereka sampai juga di lapangan terbang. Selepas Iss mengambil tiket dengan pengurusnya, dia terus masuk ke ruang menunggu. Affan mengambil peluang untuk melarikan diri.
            “Berjaya!” gembiranya hati Affan. Dia tersenyum manis tetapi senyuman itu hilang sebaik sahaja ternampak kelibat Risya bersama lelaki lain. Mereka begitu mesra. Affan tidak sanggup untuk melihatnya lalu dia membawa diri terus ke hospital, tempat dia bekerja.
            “Ammar!” Jerit Risya sebaik sahaja wajah itu dipandangnya.
            “Risya?!” Jelas Ammar terkejut melihat perubahan Risya. Risya sekarang bertudung dan wajahnya semakin ayu.
            “Ya. Risya la ni. Kenapa? Cantik sangat sampai tak percaya?” Soal Risya. Lelaki ini memang tidak pernah berubah. Suka sangat mengusiknya.
            “Ya, cantik sangat sampai abang sudah jatuh cinta dengan Risya.” Ammar berterus terang. Risya pula yang terkejut.
            “Ada-ada sahaja Ammar ni.”
            “Abang Rasz mana?”
            “Dia ke tandas sekejap. Biasalah pagi-pagi macam ni memang sejuknya lain macam sikit. Nak ke tandas sahaja.” Terang Risya. Dia masih tersenyum lebar. Tanpa Risya sedari, suaminya ada memerhati dirinya di situ dan terus berlalu pergi.
            “Wahwahwah Ammar! Makin kacak! Tak ada minah Jepun yang jatuh cinta dengan kau?” Muncul Rasydan dengan tiba-tiba. Risya tersenyum.
            “Ada. Nanti Ammar cerita.”
            “Abang Rasz ni tak menyempat aje. Ye pun biarlah Ammar berehat dulu.”
            “Ala, Risya sedaplah cakap. Yang memandunya abang. Abang yang penat tahu. Kalau buah hati awak tu tahu yang awak memandu kereta habislah abang. Nanti kena suntik dengan jarum yang besar.” Gurau Rasydan. Suka benar dia mengusik Risya.
            “Buah hati?” Ammar terasa pelik. ‘Risya sudah ada buah hati ke? Tak pernah pula dia bagitahu.’ Hati Ammar berdebar. Dia terasa sesuatu yang tidak seronok akan berlaku.

11 comments:

  1. terima kasih arifuka....hihihi nanti minggu depan akak sambung lagi hihihhi

    ReplyDelete
  2. sukeeee cite ni bessttt kak ria. x mo la affan gaduh dg risya cemburu pny pasal hehhehhehe

    ReplyDelete
  3. sape sebenar hero dlm cite ni???? & bnyk lg konflik yg lum terungkap.cpt2 sambung kak ria x sabo tggu minggu depan heheheh

    ReplyDelete
  4. kepada Anika :

    terima kasih komen....
    hmmmtak tahu la cemburu atau tak sebab ria tak taip lagi bahagian tu..hihi kita nanti aje..

    heronya Affan dan Risya....itu la watak utama...
    biasa la...si ammar dan tengku hakimi tu
    hanya org ketiga dan ke empat hahahha
    iss pun sama org ketiga...

    ReplyDelete
  5. kepada surayarodi :

    sabarlah yer....sambungannya minggu depan...
    jika ada kesempatan utk ria menulisnya...

    ReplyDelete
  6. sabar ye dayang....hihihi
    teringat kawan ria yang namanya
    dayang juga...hihih

    ReplyDelete
  7. sabar datin...habis sv ria taip lagi wokey??hihihi

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi