Followers

Sunday 8 January 2012

21
Komen

MANJA JANGAN NAKAL 9


Ayyad Mikail kini seorang ahli perniagaan. Selepas SPM dia terus menyambung pelajarannya ke luar negara. Sejak berpisah dengan Fazlynn hidupnya tidak lagi seceria dulu. Senyumannya juga hilang bersama Fazlynn. Hanya Fazlynn boleh mengembalikan senyuman itu.
            “Di mana awak manja?” dia berbisik. Pemanduannya sedikit terganggu. Sejak dia meninggalkan Fazlynn tanpa sebarang kata, dia sendiri terasa terseksa tapi itu yang terbaik untuk perhubungan mereka.
            Selepas tamat SPM, Ayyad cuba menjejak kembali Fazlynn tapi sayang selepas kedua ibu bapa Fazlynn meninggal dunia, Fazlynn telah berpindah mengikut keluarga seorang kawannya yang baru dikenali di kolej. Hati Ayyad terusik. Betapa dia rindukan perempuan itu.
            Ayyad meletakkan keretanya di tempat kereta. Dia keluar dari kereta yang dihadiahkan oleh papanya sendiri.
            Kini imej Ayyad banyak berubah. Dulu dia tidak memakai cermin mata tetapi sekarang cermin mata tebal dipakainya sehingga ada yang mengelarkan Ayyad lelaki skema. Rambut yang dulu seperti seorang askar, kini sudah agak panjang dan mempunyai gaya rambutnya tersendiri. Tanpa Ayyad sedari, kekacakannya lebih terpancar.
            Ayyad ingin melintas jalan, tetapi dia tidak perasan ada sebuah kereta Myvi putih melintas. Nasib baik kereta tersebut sempat berhenti. ‘Kalau tak, arwah dah aku kat sini.’ Bisik hati Ayyad dan bersyukur.
            “Encik, mata tu letak kat lutut ke atau kat dalam baju? Kereta aku ni sebesar gajah pun tak nampak ke?” Gadis yang memandu kereta itu keluar dari kereta itu.
            “Maaf tapi mata aku tang-tang ada kat tempat sepatutnya. Kau yang tak ada mata kot.” Ayyad meminta maaf tetapi pada masa yang sama dia tidak mahu mengalah. Memang salah dirinya. Berangan tidak kena tempatnya.
            “Ini dah lebih. Aku keluar dari kereta ni bukan nak cari gaduh dengan kau. Aku nak tengok kecederaan kereta kesayangan aku ni.” Mata gadis itu tidak lepas memandang keretanya. Sedikit pun dia tidak melihat Ayyad.
            “Kereta lebih berharga ke dari nyawa manusia?” soal Ayyad.
            Tersentak hati gadis itu dan terus memandang wajah lelaki yang berada dibelakangnya. Dia menjeling tajam. Gadis itu cuba bertenang.
            “Nyawa manusia lebih berharga.” Perlahan sahaja suara gadis tersebut. Dia tertunduk.
            “So...” Ayyad masih tidak berpuas hati. Kecantikan gadis itu bagaikan tersembunyi. Teringin Ayyad melihat lebih lama wajah itu.
            “So, what?!” amuk gadis itu.
            “So....” sengaja Ayyad ingin membakar hati gadis tersebut. ‘Dah lama aku tak mengusik anak dara orang. Biarlah.’ Hatinya berbisik.
            “Sudahlah. Lain kali berhati-hati, okay?” Gadis itu mengalah lalu membetulkan topi yang berada dikepalanya.
Entah mengapa hati Ayyad berdebar kencang tetapi dia pura-pura bersikap biasa. Kereta myvi putih tersebut terus menghilang. Ayyad tersenyum tapi hanya seketika.
            Baru sahaja sampai di pejabat, Ayyad di minta pergi ke bilik abang tirinya, Rayyan.
“Mik, aku nak kau semak semua dokumen ni. Penting. Kau baca. Nanti kita akan ada meeting dengan Syarikat Jaya Berhad.” Rayyan berkata.
“Baiklah.” Ayyad mengambil huluran dokumen tersebut. Kini, dokumen itu bertukar tangan. Ayyad menuju ke bilik kerjanya. Sejak lima tahun lalu, hidupnya hanya untuk orang lain sahaja.
Ayyad baru sahaja balik dari bermesyuarat di syarikat Ali Berhad. Penatnya masih terasa. Berulang-alik. Pergi sana, pergi sini.
“Mik, awak okay?” seorang gadis yang agak comel wajahnya masuk ke ruang bilik kerja Ayyad.
“Rin!” terkejut Ayyad dengan kehadiran wanita itu. “Rin, kan saya dah pesan. Duduk aje kat rumah.” Ayyad berkata lembut. Wajahnya sentiasa serius tetapi wajah Rinsya sentiasa ceria.
“Rin okay. Awak tentu tak makan lagi. Saya ada bawakan makanan kegemaran awak.” Rinsya tersenyum lagi.
“Awak ni, tahu-tahu sahaja saya belum makan.” Ayyad melihat jam dipergelangan tangannya. Dia betul-betul tidak sedar yang jam kini sudah pukul 1 tengah hari.
“Biasalah. Saya kan isteri awak.” Rinsya tersenyum.

21 comments:

  1. cemana ni kak ria.. ai punya senyuman dah smpai kat telinga.. adess.. *giggle*

    tapi... tapi betul ke die bini ayyad ? cemana nih ? err.. lynn.. sorry...

    ReplyDelete
  2. Arrrrgggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh !!! Ayyad Dah Kawin !! Omo !! Omo !! Aigoo !! Adesss !! Sobss Larrr !!
    X Pa Kita Tnggu Sambungan Nyerr !! Cian Kat Manja !! Huhuhuh !!

    ~Fae~

    ReplyDelete
  3. aim sorry guys.. AYyad dah kawen dngan saye... err.. ntah2 kak ria nak wat wtak rinsya ni pompuan sewel yg ngaku2 je bini ayyad tu.. >_< sob3..

    ReplyDelete
  4. uwaaaaa ayyad dah tawen sob..sob..sob...cedih2 aduiii ria hu3 cmne ayyad leh tawen ngan owg len nie hu3... cedih nie taw ria uwaaaaaaaaa terkezut giler last2 uwaaaaaa

    ~kak zai~

    ReplyDelete
  5. ria jgn buat rinsya ambil ayyad dari akak,,,..tak aci tau hahaha...but i know gadis yg pakai myvi tu adalah fazlynn heheh ;0

    ReplyDelete
  6. aaaaa!tidak!biar benar ayyad dah kahwin.dah tu fazlynn nak campak mana?kak ria,tlglah smbg lagi ye..

    ReplyDelete
  7. ayyad dh kawin k..ohh tidak!!! x nk die dh kawin, dh tu manja comel camana..

    ReplyDelete
  8. ala.. kak lynn dah kawen.. bagi can la kat rin.. ekekeke.. *kemain mcm la dunia sbnar* =.="

    suspen lak lepasni apa jadi...

    ReplyDelete
  9. wah rin jadi orang pertama komen....hihihi senyum sampai ke telinga...hihihi betul la rin isteri ayyad hihihi

    kak lynn jgn marah...

    ReplyDelete
  10. ika, jgnlah terkejut macam tu sekali...akak pula yang terkejut hihihi

    nur lia : yup isteri...kena percaya ok?

    ReplyDelete
  11. sukanya rin...kawan dengan ayyad yang skema tu hahahah

    ReplyDelete
  12. kak zai jangan lah sedih...mesti ada cerita di sebalik perkahwinan mereka ini....

    ReplyDelete
  13. kak lynn....jgn marah yer???hihihii cerita ni makin menarik la...nak tambah lagi seorang nama penulis la hihihi

    ReplyDelete
  14. Arifuka...lama tak nampak nama ni komen...terima kasih...benar la dia dah kahein...fazlynn campak tepi dulu hihih mungkin malam ni ada sambungannya...

    ReplyDelete
  15. Aisy yup dah kahwin....manja yg comel tu dengan maher zakuan la hihihi

    luculah rin ni hihihihi suspen ke???hihihi

    ReplyDelete
  16. adoiii Ria nie mmg dh suspen tahap gaban nie.. fenin dh nie..
    xpe2 akak akn sabar tgu next en3
    syabasss Ria.. ;)

    ReplyDelete
  17. hihihi terima kasih kak...suspen kan....hari ni ada sambungannya....hihihi

    ReplyDelete
  18. Salam.. oh tidak!!! y!y! ala kamu ni Ria.. potong stim betul la.. br akak syok2 nak bc kot bercantum kembali cinta diorg.. last2 ko wat yg Ayyad dah kawin.. tak patut..tak patut.. huhuhu.. tp mesti bini dia tu sakit kan n pendek umur kan? tapi still tak syok.. huwa..sampai ati kamu Ria.. :(

    Wassalam.

    ReplyDelete
  19. wslm...lucu la komen akak...dah nak buat camner...jalan citernya begitu...hihihi jgn la marah...alahai kak....

    anonymous...dia kena kahwin juga...

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi