Followers

Sunday 15 January 2012

15
Komen

CERPEN : ISTERIKU VAMPIRE part 2


 Aku pulang ke kelas dengan muka tidak puas hati. Memang perbincangan antara aku dengan lelaki tadi sehangat-hangat tahi ayam. Sakit kepalanya. Minta-minta dia jatuh cinta dengan orang lain. Yang aku paling sakit hati ada 10 Syarat yang dikenakan kepada aku. Kalau kenakan lepas kahwin tak apalah tapi dikenakan sebelum kahwin. Tak boleh berkompromi dah.
            “Itulah perjanjian yang kau kena patuhi. Pasal meminang aku akan uruskan.” Katanya dengan serius. Tidak lepas pandangannya menatap kertas ditangan. Aku ni, dia tak pandang langsung. Benci!
            “Aku akan melanjutkan pelajaran dan kerja di luar negara selama 5 tahun. Sebaik sahaja aku balik, kau pun dah umur 22 tahun dan masa tu, kau kena bersedia jadi isteri kepada usahawan yang berjaya.” Penuh bangga lelaki itu menerangkan rangka karangan yang aku rasa nak bagi markah sepuluh per seratus. Ingat bagus sangatlah tu!
            “Aku tak setuju!” Aku bergerak semula ke arah kerusi yang aku duduk tadi lalu melabuhkan punggungku sambil memeluk tubuh. Lelaki itu tersenyum lagi.
            “Kalau kau tak setuju, kau dah langgar peraturan yang kau sah tanda tangani sebentar tadi. Kau mahu dengar tak ugutan aku yang paling power punya?” tawarnya kepada aku. Entah mengapa entah aku dapat melihat matanya bersinar tetapi penuh dengan kejahatan yang sukar untuk aku ramalkan.
            “Ugutan yang paling power?” kening aku dinaikan sebelah. Aku ketawa kecil. “Takutnya....” Aku main-main dengan kata-katanya. Sedikit pun tak gentar. Aku masih ketawa dan ketawa aku terhenti apabila aku terdengar ugutan yang dikatakan power itu. Aku terdiam.
            “Aku akan pergi rumah kau sendiri dan aku akan cakap yang aku dah pernah buat tak baik pada kau. Lepas tu kita terus kahwin. Tak payah tunggu 5 tahun.” Katanya sambil merenung tajam ke arah aku.
            “Keji!” aku bukan bayangkan apa yang dia katakan tapi aku bayangkan muka ayah yang mengamuk sebab dah malukan dia. Ya Allah, apa perlu aku lakukan ni? Sakit kepala.
            “Yalah. Yalah. Aku ikut perjanjian tu asalkan kau jangan bagitau ayah aku.” Kataku. Tapi aku paling tak suka syarat terakhir ni. Ngeri bila difikirkan.
            “Aku tak sukalah syarat terakhir ni.”
            “Sebelum kahwin atau selepas kahwin?” soalnya.
            “Lepas kahwin. Aku kena lahirkan zuriat untuk kau? Kalau aku tak nak camner?” aku cepat-cepat menutup mulut aku yang agak lancar berkata-kata. Dia tersenyum. Mamat ni tak penat ke senyum.
            “Aku paling suka syarat ni.” Katanya sambil merenung aku. Dia membuka semula pintu tersebut.
            “Otak kotor!” aku tak petah lagi untuk berada di situ. Cepat-cepat aku memakai kasut. Adil sampai juga di situ dengan surat perjanjian tersebut.
            “Syazwina Zul!” panggilnya.
            Aku berpaling.
            “Ini untuk kau. Simpan sebagai peringatan di masa hadapan.” Katanya sambil tersenyum. Again!
            Aku mendengus. Aku membaca isi kandungan yang ada dalam surat perjanjian tersebut. Aku lupa nak tanya motif dia nak kahwin dengan aku. Macam dalam dunia ni tak ada perempuan lain sehingga aku terpilih. Geram betul la. Siapa nama mamat ni? Mata aku ligat membaca surat tersebut dan aku jumpa juga nama beliau yang amat menyakitkan hati.
            “Izz Irfan!” aku mengetap bibir. Geram punya pasal.
            “Wina!” panggil sahabatku membuat aku terpinggar-pinggar. Terkejut dengan panggilan tersebut menyebabkan ingatan aku terhadap makhluk yang menyakitkan hati itu hilang.
            “Kenapa kau ni termenung aje? Kalau tak, time gini kau dah pergi melantak kat kantin.” Kata Azlin.
            “Aku tak ada selera nak makanlah.” Kataku. Aku tidak mampu tersenyum apatah lagi untuk makan saat-saat begini.
            “Kenapa pula? Kalau ada masalah. Aku ada.” Azlin menyentuh bahuku. Aku memandang Azlin.
            “Assalamualaikum adik-adikku. Apa khabar?” Kak Ria datang. Kak Ria, dia merupakan kakak senior dan pelajar tingkatan enam atas. Entah-entah dia sama kelas dengan mamat perasan bagus tu kot. Berapa banyaklah gelaran yang telah aku sediakan untuk si mamat tu ya?
            “Waalaikumusalam. Baik kak. “ Serentak aku dan Azlin menjawabnya.
            “Baguslah. Wina, kenapa muka ni macam orang mati suami ni?” kata  Kak Ria. Dia bernada gurau. Entah mengapa perkataan suami didengari ini membuat aku terasa sakit di hulu hati. Rasa mual dan ingin muntah pun ada. Ini semua disebabkan mahkluk bernama Izz Irfan itu.
            “Kak Ria...” manja sekali suara aku. Sengaja nak bermanja. Biasalah nak korek rahsia.
            “Kenapa adikku sayang?” Kak Ria pun turut membalasnya dengan kemanjaan yang terover. Aku tersengih.
            “Akak kenal tak lelaki yang nama Izz Irfan?” soalku perlahan.
            “Oh, dia sekelas dengan akak tapi dia jenis yang tak banyak cakap. Lepas tu kalau dalam kelas, muka dia tang-tang nampak cam bosan aje cikgu mengajar tapi bila di soal, selamba sahaja dia jawab dengan betul. Akak pun terkejut juga.” Jelas Kak Ria. Aku tak puas hati dengan jawapan Kak Ria.
            “Ala, sikap dia pula camner? Kuat memaksa tak?” aku teruja untuk mengetahui perangai buruknya.
            “Memaksa. Tak sure. Lagi pun watak dan perwatakannya amat misteri.” Kak Ria sambil berfikir. Aku tahulah Kak Ria ni seorang penulis, tapi tak payah la cakap macam tu sekali. Macam ayat novel pula.
            Aku mengeluh. Dari tempat aku berbincang ni, aku ternampak kelibat Izz. Wajahnya serius ketika bercakap di pondok telefon. Entah siapa dia hubungi.
Dia anggap aku ni macam projek paling besar yang dia pernah buat. Ingat aku bahan uji kaji ke? Ish, bertambah bengkak hati ini. Muka aje menarik perhatian tapi hati macam hati... hati apa ya? Aku berfikir...
            “Wina!” sergah Azlin dengan mengejut.
            “Hati kambing kau! Hati Kambing!” Aku termelatah. Tak pernah-pernah aku melatah. Ini pertama kali aku melatah kerana fikirkan si Izz tu.
            “Sedap hati kata aku hati kambing.” Ada nada merajuk. Aku memandang semula Izz tetapi lelaki itu tersenyum dan menghampiri tempat kami bertiga duduk.
            “Hai semua.”
            “Hai.” Azlin menunjukkan riak wajah yang amat miang sekali. Aduh! Dah tak ingat dah yang dia merajuk tadi.
            “Maaf. Ria boleh tak awak tolong saya sesuatu?” Pinta Izz tapi mata dia sedang pandang aku. Kemahiran berkomunikasi ni mesti gagal. Cakap dengan Kak Ria tapi pandang aku pula. Aku pura-pura tak kenal. Aku pandang ke tempat lain.
            “Tolong apa?”
            “Cikgu Azmi minta saya ambil buku latihan atas mejanya tapi saya ada hal penting. Nak jumpa pengetua sekejap.” Jelasnya.
            “Baiklah. Boleh aje.”
            “Terima kasih. Saya pergi dulu.” Kata Izz. Aku hanya tengok dengan mimik muka yang paling buruk pernah aku buat dalam hidup ini. Biar dia menyesal kahwin dengan perempuan tak cantik ini.
            “Baiklah. Akak pergi dulu. Wina, jangan tayang muka macam tu. Wina nampak macam ikan termenung!” kata Kak Ria sambil ketawa terbahak-bahak. Dia meminta diri untuk ke bilik guru.
            “Akak ni....” aku mengamuk. Ikan termenung tu juga dia nak bandingkan dengan wajah aku yang putih berseri ni. Siaplah kau Izz Irfan poyo! Aku akan balas dendam juga. Aku akan kahwin dengan orang lain yang lebih sesuai dengan aku. Dalam masa 5 tahun ni aku akan cari sampai jumpa. Nanti bila kau balik, terngangalah kau. Hahaha
            Ada sedikit perasaan lega dalam hati aku.
            “Siaplah kau!” kata aku. Azlin sudah membuat muka pelik.
            “Sudahlah tu. Kau pun nak join group aku. Ikan termenung.” Kata aku sekadar bergurau.
            “Tak nak lah. Kau sorang aje yang layak.” Kata-kata Azlin membuat aku mengejar dia sehingga ke kelas. Aku sedari, Izz Irfan sedang memerhati aku dari bangunan tingkat atas dengan satu senyuman yang mempunyai pelbagai makna yang tersirat. Dan hanya dia seorang yang tahu.
            Aku perasanlah yang kau tengok aku Izz. Dengan selamba aku jelirkan lidah padanya dan sambung mengejar Azlin. Padam muka kau! Dia hanya tersenyum. Again! Amuk aku.

15 comments:

  1. best la kak ... boleh pulak laki tu main paksa .. cantek sngt dah! hihi

    ReplyDelete
  2. laju aje rin baca ye...terima kasih....hihihi nak juga tahu kena dia pilih wina...hihihi

    ReplyDelete
  3. sukaaa entry ni kak ria and comel je wina tu ! hehehe :)

    ~A~

    ReplyDelete
  4. terima kasih...wah pertama kali dapat komen dari A...

    ReplyDelete
  5. best ria!! ahkak suka sesangat!! :D ni yg buat tak sabar nak baca lagi sambungannya! datangalah ahkak nya tamak haloba! :p

    sz

    ReplyDelete
  6. best2..cepat smbung..nak tau dorang dapat kawen ke x ni...5 tahun lame gak tu..

    ReplyDelete
  7. nanti part 3 lima tahun kemudian la pula hihihihi nantikan esok pagi...insya allah

    ReplyDelete
  8. best ria...abes kt sini ke nak publish jadi buku?

    ReplyDelete
  9. buku??hihihi tak ada la...ini hanyalah sebuah cerpen sahaja...terima kasih sebab sudi komen...=)

    ReplyDelete
  10. aisy hihihi mungkin..kita nantikan motif izz memilih wina hihihi

    ReplyDelete
  11. Lawak la Izz tu . Siap buat perjanjian sebelum kawen lak tu . Ade ke main paksa sampai ugut2 . Hehe . Btw , suka nama Izz Irfan . Cantek !

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi