Followers

Wednesday 11 January 2012

6
Komen

Damia melamar BKK...alahai...hihihi lucu


Haris merehatkan diri di rumah ibunya, Datin Halfa. Sudah sebulan dia tidak berjumpa dengan Damia. Rindu? Tipulah kalau dia tidak rindu. Gadis yang berjaya mencuri hatinya. Tiada perempuan lain yang akan berada dalam hatinya. Hanya nama Damia sahaja.
 “Wei, Haris! Adik aku sakit tapi kau boleh senang lenang kat sini!” Tiba-tiba sahaja Danish muncul di sini.
 “Kenapa dengan Mia?” Haris terkejut. Jantungnya mahu terhenti sebaik sahaja mendengar nama Damia.
 “Dia kemalangan. Jom ikut aku sekarang!” Danish menarik tangan Haris masuk ke dalam keretanya.
 Haris hanya mengikut. Danish pula memandu sahaja tanpa bercakap apa.
 “Haris, tadi kata nak pergi tengok Damia. Kenapa kau bawa aku ke situ?” Haris terasa pelik. Dia bukan membawa Haris ke hospital tetapi sebuah rumah banglo dan rumah itu kosong. Belum sempat dia membuka pintu kereta, Danish terlebih dahulu turun dan membukanya untuk Haris lalu ditarik tangan JKK.
 “Danish!” Haris terasa pelik.
 “Kau masuk bilik ni dulu.” Arah Danish lalu mengunci pintu tersebut dari luar.
 “Danish bukak pintu ni!” Dia mengetuk-getuk pintu tersebut.
 “Haris...” Lembut sahaja suara Damia menyebut namanya. Dia tidak pasti dari mana perempuan ini muncul.
 “Haris, maafkan saya.” Pohon Damia. Dia kini sedang bersandar di balkoni banglo tersebut. Haris menghampiri Damia. Gadis itu tidak apa-apa. Lega hati dan perasaanya.
 ‘Aku sudah lama maafkan kau. Rindunya aku pada kau.’ Bisik hati Haris. Dia memang sudah memaafkan Damia tetapi sengaja dia mahu menguji Damia.
 Apabila sudah melihat wajah Damia sepuas hati, Haris ke pintu bilik semula. Dia mengetuk pintu tersebut.
 “Danish, bukak pintu ni!” kata Haris.
 Damia terasa hatinya panas. Haris buat tidak peduli sahaja padanya. Wajah lelaki itu selamba betul. Damia mengempal tangannya.
 Haris memulas tombol pintu itu berkali-kali. ‘Apa motif Danish kurung aku dekat sini? Dengan Damia pula tu. Kang aku buat tak baik dengan adik dia, baru dia tau siapa aku.’
 “Bukak la!” Lebih kuat suara Haris. ‘Sah, memang sesuai sangat king kong tu dengan ciri-ciri mamat ni tapi aku dah suka kat dia. Tak boleh buat apa.”
 “Jom kita kahwin!” Damia melafazkan dengan perasaan geram sebab Haris tidak mempedulikan dia. Haris berpaling melihat wajah Damia. Gembiranya hatinya tidak terhingga.
 Haris berlari ke arah Damia dan ingin memeluk gadis idamannya itu. Damia terasa seram sejuk melihat aksi gatal Haris itu. Dengan pantas, Damia menarik pintu cermin di balkoni.
 “Buuuukkkk!” Haris terlanggar cermin pintu itu. Terasa sakit seluruh tubuh. Damia ketawa terbahak-bahak. Danish dan Lidya yang menanti diluar pintu segera membuka pintu untuk melihat apa yang terjadi.
 Akhirnya mereka berempat ketawa gembira.
 “Terima kasih Damia.” Haris tersenyum.

6 comments:

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi