Followers

Sunday 15 January 2012

14
Komen

Kehidupan BKK selepas berkahwin...


Haris mencari kelibat isterinya. baru sahaja kahwin seminggu, Haris sudah membuat permintaan untuk tinggal di rumah Haris sendiri. Datin Halfa sudah merajuk sebab dia amat berkenan dengan Damia dan mengharap mereka berdua tinggal bersama dengannya tetapi Haris berkeras mahu tinggal di rumahnya.
                Damia menyorok dalam rumah sendiri. Dia terlalu seram dan takut dengan BKK. Apabila Damia suka dengan Haris, dia akan panggil JKK tapi bila dia tak suka, BKK akan miniti di mulutnya.
                ‘Harap-harap BKK tak jumpa aku kat sini!’ Damia menyorok di dalam bilik stor yang memang kecil di ruang dapur itu. Damia membuka sedikit pintu tersebut untuk mengintai Haris.
                Damia tersenyum. Perlahan-lahan dia keluar dari stor tersebut tetapi tidak lama senyuman dia kerana ada seseorang memeluknya dari arah belakang.
                “Kat sini cik adik ni!” Haris ketawa terbahak-bahak. Dia mengetatkan lagi pelukan itu. Damia dapat rasakan bulu romanya naik.
                “Lepaslah. Awak nak saya mati sebab sesak nafas ke?” Damia agak marah sedikit.
                “Tak kan la boleh mati. Tak, tak mati pun.” Haris tetap teruskan pelukannya itu. Damia berasa geram lalu memijak kaki Haris dan berlari ke ruang tamu. Haris mengaduh tetapi dia tetap mengejar Damia.
                “Tolong jangan nak peluk-peluk saya macam tu.”
                “Eh, sekarangkan awak tu isteri saya. Saya boleh buat apa yang saya suka.”
                “Tapi saya tak suka!”
                “Awak akan jadi macam ni selagi awak tak cerita pasal lelaki yang bernama Izz.” Mereka masih berkejaran diruang tamu. Damia juga tangkas mengelak diri daripada ditangkap oleh Haris.
                “Izz? Itu hak saya. Suka hati saya nak cerita atau tak.”
                “Hak awak hak saya juga. So, sila mulakan ceritanya. Kalau tak awak tahu la akibatnya kalau tak cerita.”
                “Penting sangat ke untuk awak tahu?”
                “Penting! Kalau saya tak tahu, hati saya akan meletup dengan letupan cemburu yang melampau.”
                “Ayat jiwang! Geli tau tak?” Damia melarikan diri ke bahagian meja makan yang besar itu. Haris berusaha mengejar gadis itu tetapi Damia lebih pantas berlari.
                “Jiwang tak jiwang. Awak tu isteri saya. So, kena dengar cakap suami.”
                “Saya tak melawan cakap awak, cuma saya tak nak cerita pada awak.”
                “Tak lawan cakap awak?” Kening Haris dinaikkan sebelah. “Baiklah! Sekarang arahan suami awak ialah pergi masak sesuatu untuk suami awak ni.” Lafaz Haris dengan geram. Damia berlari ke dapur dan berlari kembali ke meja makan. Mata Haris sudah berkelip-kelip. Pelik!
                “Awak tak pergi masak pun.”
                “Eh, sedapnya tuduh orang! Saya dah masak pun.”
                “Masak apa?” Dahi Haris pula yang berkerut.
                “Masak air. Tekan suiz on aje.” Damia ketawa kuat. Seronok dapat kenakan Haris.
                “Oh, kenakan suami sendiri ye. Siap la!” Damia masih ketawa. 


14 comments:

  1. yeah.saya komen dulu!: )
    masak air.tekan suiz on jer..-.-'
    kesian si BKK tu

    ReplyDelete
  2. BKK tu tau ap, tp JKK tu ap..penat pkir, smpai skrg x dpt jwpn..hehhe

    ReplyDelete
  3. seronoknya dia...terima kasih ain sebab jadi orang yang pertama komen....

    ReplyDelete
  4. BKK=Bos King Kong (gelaran pertama kali Mia pada haris) kesian

    JKK=Jejaka King KOng(Gelaran apabila damia mula menyukai Haris)

    tapi bila dah kahwin...bila dia menyampah dengan haris dia panggil BKK...kalau tgh romantik n sayang...dia panggil JKK...hihihi

    ReplyDelete
  5. nakal la damia ni..kesian bkk..sabo jela ye bkk..

    ReplyDelete
  6. ha ha .. masak air pun boleh =.=" lawak gile si damia ..

    ReplyDelete
  7. arifuka kashirin - damia memang nakal tapi sejak kahwin dengan BKK, nakalnya dapat dibalas oleh BKK sebab BKK jadi lebih nakal dari Damia hahah

    ReplyDelete
  8. anisyah, diaorang hakikatnya memang nakal...nak buat camner kan?

    ReplyDelete
  9. mrka da dwsa...tp kmbli ke zman knakx2 riang....mang lawak...ppun t'baekkk...i like it...hahhahaha....:D

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi