Followers

Thursday 12 January 2012

12
Komen

MANJA JANGAN NAKAL 10 dan 11


Bab 10
Ayyad memandang Rinsya. Dia betul-betul geram dengan sikap gadis ini.
            “Awak ingat saya akan cakap baik-baik macam tadi? Awak silap. Terima kasih sebab bawakan saya makanan.” Wajah Ayyad sentiasa serius dan tanpa senyuman.
            Rinsya tersenyum. Sudah dua bulan bertunang dengan Ayyad, dia sudah memahami lelaki itu.
            “Senyum lagi. Jumpa saya aje, senyum. Senyum aje jumpa saya....” kata Ayyad tetapi hatinya tersentak tiba-tiba. Dia teringatkan Fazlynn. Fazlynn pernah berkata seperti itu kepadanya.
            “Tak apalah  awak. Awak makanlah. Saya memang masak untuk pun awak.” Rinsya ingin berlalu tetapi langkahnya terhenti. Dia menghampiri Ayyad semula. “Awak tetap akan jadi milik saya. Papa awak dah janji.” Kata Rinsya dengan nada geram.
            Rinsya sudah biasa dengan layanan Ayyad yang dingin itu tetapi apa kan daya, Ayyad lebih sayangkan orang lain berbanding tunang sendiri.
            Ayyad terpaku.
            Ayyad hanya melihat Rinsya berlalu pergi. Ayyad terpaksa bertunang dengan Rinsya. Itulah salah satu perjanjian yang telah Ayyad setujui bersama papanya. Ayyad mengeluh berat.
            Dokumen di hadapannya dipandang sepi. Dia teringat hari pertama dia berjumpa dengan Rinsya.
            “Awak boleh jadi tunang saya tapi saya yang akan tentukan bila kita kahwin. Awak bebas nak buat apa, saya tak halang. Tapi jangan halang saya apa yang saya nak buat walaupun mencintai orang lain.” Ayyad meninggalkan Rinsya bersendirian.
            “Mik, saya...” Rinsya ingin berkata sesuatu tetapi tidak jadi. Akhirnya dia mendiamkan diri. Sejak hari tu Rinsya tak pernah jemu melayan Ayyad. Dia yang tidak bekerja membuatkan Rinsya mempunyai banyak masa.
            “Rinsya, kenapa kau nak terima perkara mengarut ni? Yang terseksa adalah kau dan aku juga turut sama masuk dalam perjanjian untuk kepentingan diri” Ayyad teringat akan papanya. Rinsya memang gadis yang baik tetapi hati Ayyad bukan untunya. Ayyad mengeluh berat.
            Ayyad mencari telefon bimbitnya  tetapi tidak jumpa.
            “Dalam kereta kot.” Pantas Ayyad keluar dari biliknya dan menuju ke tempat keretanya diparking. Lagi sekali nyawanya rasa mahu melayan......
*****
Fazlynn menyabarkan diri apabila teringat lelaki yang hampir dilanggarnya. Geram usah dikata. Segala perasaan yang Fazlynn rasa.
“Tak betul lelaki tu. Sebut pasal nyawa... nyawa ni. Sensitif tau. Teringat orang tersayang termasuk dia...” muka Fazlynn makin serius. Dia menganggap Ayyad sudah mati baginya. Dia yakin tidak akan berjumpa lagi dengan lelaki itu.
“Terima kasih Faz, sebab tolong hantarkan baju ni. Nanti datin mengamuk, habis I.” Ucap Sheila Kim. Wajah kacukan dengan cina itu membuatkan mukanya bertambah cantik. Dia berasa lega baju yang dipesan oleh majikannya sudah berada dengannya.
“You kena belanja I la nanti. Okay. No problem.” Mereka berbual seketika sebelum Fazlynn meminta diri. Fazlynn masuk ke dalam keretanya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Dia menjawabnya sambil memandu.
“Ya, Ria. Ada apa?”
“Aku nak pesan, beli makanan untuk aku.”
“Baiklah.”
“Cepat tau. Aku dah kebulur ni.”
“Hantu nasi betullah kau ni.” Ada nada gelak oleh Ria. Talian di tamatkan.
“Ya Allah!” Cepat Fazlynn menekan brek kereta. Hampir sahaja dia terlanggar seorang lelaki. “Alamak, mamat tadi lah. Dia ni memang tak sayang nyawa kot?’ Fazlynn meneka sendiri.
“Mata kau memang dalam baju.” Sinis Fazlynn berjalan ke dalam pintu keretanya.
“Woi!” Ayyad betul-betul tidak berpuas hati dengan perempuan yang memakai topi ini. Dia menyambar lengan perempuan itu.
“Apa?!” sakit betul Fazlynn rasa apabila lengannya dicengkam seperti itu.
“Kau dah dua kali nak langgar aku. Aku boleh saman kau!” geram Ayyad.
“Samanlah. Ada aku kisah?” Selamba Fazlynn.
“Kau...” geram Ayyad.
“Apa? Apa lagi yang kau tak puas hati. Syukur la! Syukur! Allah tu masih nak kau terus berada atas muka bumi ni. Kalau Dia nak kau mati, dah lama Dia takdirkan aku langgar kau sampai mati. Ini nak marah-marah pula.” Rasa marah Fazlynn membuak-buak apabila melihat lelaki ego dihadapannya. Fazlynn menarik kasar tangannya dari terus dipegang oleh lelaki itu.
“Tepilah! Nak aku langgar kau sampai mati ke? Aku dah lambat!” amuk Fazlynn.
Ayyad mengelakkan diri. Perempuan itu meninggalkannya begitu sahaja. Ayyad mengelengkan kepalanya. ‘Perempuan ni betul-betul kasarlah. Macam Manja pula kasarnya. Kenapa nama tu sering meniti di mulut aku sekarang? Wahai hati. Bersabarlah.’pintanya...
Bab 11
Fazlynn memandu perlahan keretanya. Dia pulang ke butiknya semula. Fazlynn mengunci keretanya lalu berpaling dan dia mengeluh berat.
“Mamat ni lagi.” Fazlynn memang tidak suka. Sejak zaman sekolah lagi.
“Hai Fazlynn. Penat ke?”
“Aku tengok kau ni rasa penat. Kau tak ada kerja nak buat ke?” soal Fazlynn geram.
“Tak ada la. Itu pasal ada kat sini.”
“Kalau aku bagi kau kerja nak tak?” tawar Fazlynn.
“Boleh juga. Untuk kau, apa-apa pun boleh.” Maher mula berkata-kata punjangganya. Entah mengapa Fazlynn tidak menyukai lelaki ini.
“Kau pergi buang sampah tu boleh tak? Dah lama aku tengok dekat situ.” Fazlynn tunjuk sampah yanga ada dihujung jalan sana. Maher melihatnya dengan pandangan jijik.
‘Biasalah, anak orang kaya. Mana nak pegang sampah macam tu.’ Bisik hati Fazlynn.
“Tak apalah kau tak buat. Aku tak salahkan kau tapi aku reject kau buat selamanya jadi laki aku. Bye.” Fazlynn ingin melangkah pergi tetapi Maher memanggilnya.
“Fazlynn!”
“Ada apa?”
“Kau sombong dengan aku, Fazlynn. Kau jangan main-main. Kalau aku tak dapat kau, sesiapa pun takkan dapat.” Amaran Maher. Fazlynn tersenyum.
“Sesiapa pun takkan dapat aku. Kau faham tak?” Fazlynn pula yang menyoal.
“Ayyad?” nama lelaki keramat itu juga yang Maher sebut.
“Aku rasa nak bunuh kau la Maher. Ada pisau tak?”
“Sabar Fazlynn.” Maher pula berasa gerun melihat wajah Fazlynn.
“Aku dah banyak kali bagi amaran, jangan sebut nama lelaki penipu tu!” Amuk Fazlynn. Dia berasa sensitif apabila nama lelaki itu disebut.
“Tapi aku tahu kau cintakan dia.” Maher beranikan diri lagi untuk berkata. Fazlynn menjeling tajam. Dia tidak sanggup lagi mahu bercakap dengan Maher. Fazlynn terus meninggalkan Maher. Maher ingin mengikutinya.
“Jangan ikut aku, kalau tak aku sumpah yang aku akan musnahkan hidup kau.” Amaran keras daripada Fazlynn. Maher tersentak. Dia membiarkan Fazlynn terus pergi meninggalkannya.
“Fazlynn, kau akan jadi milik aku. Aku pun nak bersumpah gak! Kau milik aku!” Maher meninggalkan kawasan tersebut.
“Faz, kenapa muka kau ni macam sembelit setahun aje?” Ria menegur sahabat baiknya itu.
“Aku nak jadi gila melayan si Maher tu. Kalau Maher Zain, nak juga aku ngorat. Ish, sengal betullah!”
“Sabarlah Faz. Malam ni Zeck nak belanja makan. Jom!” Ajak Ria.
“Kau pergilah. Aku cuma nak tidur aje. Penat sangat hari ni.” Lemah sahaja suara Fazlynn.
“Baiklah kalau macam tu.” Ria berlalu pergi bersama makanan tengah harinya.
Petang mula melabuh tirai. Fazlynn menutup butiknya. Pintu dikuncinya. Fazlynn termenung. Dia sengaja tutup awal butiknya itu. Buat seketika dia berjalan sendirian di shopping kompleks itu.
“Ayyad...” Fazlynn juga rasa keliru dengan perasaannya. Masih adakah perasaan sayan dan cinta pada lelaki itu? Dia sendiri tiada jawapan.
“Opocot!” Fazlynn terjatuh akibat terlanggar seseorang. Terasa sakit dipunggungnya.
“Mata kau ni memang dalam....”
“Baju....” seorang lelaki yang dia pernah nampak.
“Putra!” terjerit Fazlynn dibuatnya.
“Ingat pun. Kau tak ada dialog lain ke? Siapalah nak letak mata dalam baju.” Lelaki itu tersenyum. Manis sekali.
“Kau aje suka letak dalam baju.”
“Kau nak tengok ke? Aku boleh tunjuk sebagai bukti tak ada mata dalam baju aku ni.” Putra cuba melawak. Putra adalah sahabatnya ketika di kolej dulu. Walaupun Putra ni macam lembut-lembut sikit, dia baik hati. Itu yang buat Fazlynn senang berkawan dengan lelaki ini.
‘Aku sebut lembut tadi kan? Eh, mana pergi lembut dia? Tak jumpa setahun dah tak ada lembut.’ Dahi Fazlynn mula berkerut.
“Mana pergi sotong kau tu?” soal Fazlynn.
“Sotong? Aku jual kat pasar dah.” Putra ketawa sesedap rasa macam tak ingat dunia saja lagaknya.
“Siapa yang beli sotong kau tu?” Fazlynn tidak puas hati. Dia tertarik untuk mengetahuinya.
“Rahsia.”
“Tak apa. Nanti aku korek rahsia kau. Macholah kau!” puji Fazlynn.
“Kau suka tak?” Soal Putra.
“Sukalah. Ini barulah lelaki yang boleh melindungi wanita macam aku ni walaupun aku tak payah nak dilindungi.” Kata Fazlynn sambil tersenyum.
“Apa kau mengarut ni? Aku akan lindungi kau macam dulu. Tetap macam dulu.” Katanya bersemangat. Mata kami saling bertatapan. Fazlynn cepat-cepat larikan pandangannya.
“Fazlynn, sebenarnya aku ada perkara nak cakap?” serius suara Putra.
“Awat serius sangat suara kau ni? Buat seram sejuk aje. Cakaplah. Aku tak kisah.”  Fazlynn tunduk dan duduk. Dia sedang mengikat tali kasutnya yang terbuka.
“Aku nak jadikan kau isteri aku...” begitu lancar kata-kata Putra sehingga Fazlynn tersentak.

12 comments:

  1. ha.. dua dua pun dah ade yg menunggu.. jeng jeng jeng.. what happen next ? he he..

    ReplyDelete
  2. aduiiii suspen2 ssh nk agak pe yg terjadi..ayyad n manja masing2 jd rebutan hahahha


    ~kak zai~

    ReplyDelete
  3. hihihihi susah kan..tapi nak buat camner....kena gak ada konflik...

    ReplyDelete
  4. Citer Nie Maik Lama Makin Menarik !! N X Sabar2 Nk Tnggu Sambunganyerr !!
    Tapi Apakah Ksudahan Citer Antara Ayyad N Manja ??/ Sama2 Kita Nntikan N3 Yg Seterusnyerr !! Hhiihihih !! Akak Nanak Sambungan Lagi !! BEST !!!!!! Hiihihihihihih..

    ~Fae~

    ReplyDelete
  5. maaf tadi line tak ok...so terpost dua kali...hmmmm so yg ni betul2...pada kak honey...mintak maaf...terpaksa delete komen akak...dah la sweet sangat...hihihihi nanti akak komen balik...dan terima kasih pada anony juga ada komen tadi...akak honey kata bab 11 best???hihih thank ye kak....suka2...

    ReplyDelete
  6. hihihi akan ada tiap2 hari pula citer manja ni hahahhah ria freee gila2 ni...esok kot nak taip SPA dan hantar kat p2u hihihi

    ReplyDelete
  7. wah...dah ader watak baru plak mlamar manja..

    ReplyDelete
  8. putra ni lelaki lembut2 sikit...mesti manja akan teringat putra yang lembut dan tak lembut sekrang ni hihihi

    ReplyDelete
  9. Salam..ala dah kena delete..huhu..sampai ati kamu.. :(..hehe..gurau je.. akak komen utk next chapter..standby tisu k.. hahaha..

    Wassalam

    ReplyDelete
  10. wslm kak...mesejnya ada walaupun post tu kena delete....pelik hihihi jangan risau..ria tak nangis cuba berlaku kemurungan sahaja...hihihi

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi