Followers

Friday 13 January 2012

7
Komen

MANJA JANGAN NAKAL 12


Terkejut Fazlynn mendengar lamaran dari mulut Putra. Dia mendonggak memandang wajah Putra yang serius. ‘Rupa macam sembelit setahun sahaja.’ Fazlynn hampir tergelak apabila teringat kata-kata Ria yang dikatakan kepadanya. ‘Mengata orang pula aku ni.’
“Kau ni Putra... kalau bab-bab mengelabahkan orang, memang berbakat la.” Fazlynn menundukkan semula wajahnya dan menyambung ikat tali kasut. Kini, dia sudah berdiri. Perasaan brdebarnya beransur hilang, ‘Memang nak kena si Putra ni. Berani dia cakap macam tu. Aku dahlah lama tak rasa debaran cinta macam ni.’ Fazlynn betul-betul berasa geram.
“Bakat apa pula? Ingat bakat mencari bintang ke? Aku ni seriuslah. Kan datang lembut aku, baru kau nak percaya ke?” Putra mula membuat gaya lembut-lembutnya.
“Aduh, geli tengkok aku kau buat gaya tu.” Fazlynn berjalan meninggalkan Putra tetapi Putra tidak akan melepaskan Fazlynn. Dia mengikut jejak langkah Fazlynn.
“Kalau betul pun kau nak rasa geli tengkok, biarlah aku geletekkan. Tapi sekarang aku tak buat pertandingan geli-geli ni. Aku serius dengan kau, Fazlynn.” Jelas Putra. ‘Sakitnya kepala aku ni.’ Fazlynn mengaduh sambil tangannya memicit perlahan dahi.
“Abang!” Seseorang telah menegur Putra.
“Rinsya?” terkejut Putra.
“Hah, awek kau ya, Putra? Cantik gak. Pandai kau cari. Aku pergi dululah ya?” Fazlynn ingin meninggalkan mereka berdua. Rinsya sudah keliru.
Putra berasa geram. Fazlynn sengaja mahu melarikan diri. Dia menarik beg galas Fazlynn membuatkan langkah gadis itu terhenti tetapi....
“Tolong! Peragut! Peragut beg galas!” Fazlynn jerit Fazlynn. Cepat-cepat Putra melepaskan beg tersebut.
Pada mulanya Rinsya tidak faham situasi mereka berdua. Akhirnya Rinsya tersenyum.
“Fazlynn, aku rasa bukan nak marah, tapi nak ketawa. Tak pernah-pernah orang nak ragut beg galas. Cari nahas aje.” Putra masih ketawa.
“Ketawalah sepuas hati kau. Aku nak pergi. Assalamualaikum.”
“Waalaikumusalam. Tapi aku bagi salam semula. Assalamualaikum.” Kata Putra. Dahi Fazlynn sudah berkerut. ‘Apa motif mamat ni bagi salam semula?’
“Sebab aku masih nak bercakap dengan kau. Jawab la cik adik.” Kata Putra lagi. Fazlynn sudah mengeluh. Tak pernah ada lelaki yang menyenangkan dia.
“Waalaikumusalam.” Fazlynn tetap berjalan. Putra mengejar Fazlynn tetapi sempat dia minta Rinsya pulang dulu.
“Tak jumpa setahun ni, kau sombong betul dengan aku ya?”
“Aku sombong dengan lelaki sahaja.” Jawapan ringkas Fazlynn. Matanya meliar mencari sesuatu. ‘Lapar..’
“Dulu okay aje kau jadi kawan aku.”
“Dulu kau sotong.”
“Sekarang?”
“Jadi sotong bakar!” Fazlynn berkata sambil ketawa. Terasa lucu dengan perkataan ‘Sotong’.
“Sesedap sotong aje kau panggil aku sotong. Aku Putra la.” Terkilan dengan kata-kata Fazlynn
“Kau Putri.” Selamba sahaja Fazlynn mengenakan Putra.
“Putra!”
“Putri..” mendatar sahaja suara Fazlynn.
“Putra! Putra Syaimi!” tegas suara Putra sehingga Fazlynn terdiam. ‘Datang pun jantannya. Suara tu merdu sangat.’ Bisik hati Fazlynn. ‘Nanti kalau berterus terang. Kecik hati budak sotong ni.’
“Nama kau memang Putra Syaimi tapi aku nak panggil putri gak.” Fazlynn masuk ke dalam restoran KFC. Perutnya sudah berbunyi.
Putra betul-betul rasa geram. Dia duduk di kerusi dalam restoran itu sementara Fazlynn membeli makanannya.
Fazlynn membawa makanannya. Dari jauh dia sudah nampak Putra duduk di hujung meja sana. Sengaja Fazlynn membuat gaya seperti mahu pergi ke meja Putra tetapi tidak. Fazlynn membelok ke kanan lalu duduk di meja yang berhadapan dengan meja Putra duduk.
Bertambah panas jiwa dan raga Putra dengan tindakan Fazlynn.
‘Kalau Ayyad ada mesti dia cakap. Manja, Jangan nakal!’ Tiba-tiba Fazlynn teringat akan Ayyad. Betapa lelaki itu prihatin mengenainya.
“Kau ni main-main pula ya. Tarik hidung tu baru tau.” Putra bangun dan duduk di kerusi depan Fazlynn.
“Main-main? Ada la sikit.” Muka Fazlynn masih selamba.
“Sikit?”
“Siapa perempuan tadi?”
“Perlu ke kau tahu atau kau jelous?” Putra tersenyum semula.
“Tak ada makna aku nak buat perkara tak ada berfaedah tu. Perempuan tu cantik.” Puji Fazlynn. Dia makan tidak menjemput Putra.
“Dia adik aku....” kata Putra. Tersedak Fazlynn apabila mendengar perkataan adik.
“Adik?” Fazlynn berasa pelik.
“Ya adik. Adik kandung. Bukannya adik angkat atau adik sepupu.” Jelas Putra lebih detail.
“Aku tahu tapi apasal dia cantik, kau ni tak cantik.” Fazlynn ketawa kecil. Dia masih mood mengenakan Putra. Rasa sedikit terhibur. Putra menarik muka masamnya dan merampas ayam KFC dalam pinggan Fazlynn.
“Mana pisau?”
“Kau nak buat apa?”
“Rasa nak bunuh orang aje. Sesedap hati ambil ayam aku.”
“Eleh, kedekut!” Putra tersenyum.
“Suka hati aku nak kedekut. Ayam itu, aku yang punya tau!” Amuk Fazlynn.
“Aku suka tengok kau cakap-cakap macamni. Makin sayang aku kat kau.” Tiba-tiba Putra serius. Buat kali kedua Fazlynn tersedak. ‘Tak guna punya Putra.’ Marah Fazlynn dalam hati. Rasa perit tekaknya akibat tersedak.

7 comments:

  1. manja jgn nakal ... he he.. ayyad gentle kat fazlynn aje..

    ReplyDelete
  2. ala rinsya dah rasa terasing....hihihi hmmm nanti ada la kisah rinsya dnegan orang lain..jodoh tu allah dah tetapkan...macam tu la lebih kurang ayatnya hihihi

    FB tak leh bukak la...

    ReplyDelete
  3. Best Lar Citer Nie N I Like It !! Sukew Sangat !! Makin Menarik Citer Nie !! X Sabar Nk Tnggu Sambunagan Nyerr !! :) :) :)..Akak Nanak Lagi Sambungan Nyerr !! Hhhiihih

    ~Fae~

    ReplyDelete
  4. nice, ria! keep it up! :)

    sz

    ReplyDelete
  5. x de psl ayyad en3 kali ni...suka time ayyad ngn mnje jmpe..heehe

    ReplyDelete
  6. ehehehh awat..ni mesti mereka bertiga ni adik beradik kandung lain2 mak

    ReplyDelete
  7. Salam.. nakal betul ye Fazlynn dlm bab ni. keje nyakat si sotong je.. hehe.. tetiba teringatkan Ika yg kaki nyakat.. cam sama je.. hehe :)..standard kalu akak komen mesti tak lari dgn kesalahan ejaan.. hehe..memang ada..tp takla byk.. terus terang akak komen, wat masa ni Ria byk bercerita saja tp Ria kurang nyelitkan ilmu di dalam cerita Ria. mungkin akak salah dan terlepas pandang, tp akak lebih suka kalu Ria selitkan ilmu dalam penceritaan Ria utk panduan dan teladan..

    maaf ye dik kalu akak terlebih..tp ini pandangan akak.. apa2pun akak akan follow. Insya Allah.

    Wassalam

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi