Followers

Saturday 14 January 2012

8
Komen

MANJA JANGAN NAKAL 13



Ayyad mencampakkan briefcase miliknya ke dalam kereta. Dia memandu perlahan keretanya. Perutnya terasa pedih. Mungkin tidak makan sejak pukul 2 petang tadi. Sekarang sudah jam 11 malam.
“Penatnya!” Ayyad mengurut bahunya sendiri. Terasa lengguh-lengguh seluruh badannya. Makin lama, makin sakit perut yang dirasanya.
“Sakitnya. Itulah kalau ada gastrik, makan ikut time.” Ayyad mengamuk. Padahal salah diri sendiri. Ayyad segera mencari kedai makan. Tak kisahlah kedai makan mana.
“Mamak! Macam biasa ya?” Fazlynn menjerit. Dia duduk di kerusi dekat dengan hujung jalan. Agak ramai pelanggan malam itu.
Hati Fazlynn panas apabila Putra menghabiskan ayam KFC kegemarannya itu. ‘Dia tak tahu ke aku ni kebuluran?’ Fazlynn betul-betul geram. Sudahlah dia seorang yang kuat makan. Akhirnya Fazlynn mengeluh.
“Thank mamak.” Akhirnya mee goreng mamak kegemarannya juga sampai. Belum sempat mee tersebut masuk ke dalam mulutnya, seorang lelaki tiba-tiba sahaja duduk di depan kerusinya.
“Maaf, ramai sangat orang. Aku duduk sini. Lagi pun aku lapar sangat ni?” kata lelaki itu tanpa menunggu kebenaran Fazlynn dan terus memesan makanan.
“Suka hati kaulah.”
Fazlynn hanya terus makan mee gorengnya tetapi lelaki itu membuat muka berkerut.
“Sembelit ke?” soal Fazlynn. ‘Aku ni suka benar perkataan tu. Ish ish ish. Tapi aku macam pernah tengoklah mamat ni.’ Hatinya berbisik.
“Taklah. Gastrik. Lambat makan malam. Jadi macamnilah gayanya.” Jelas lelaki itu.
“Nama kau apa?” Fazlynn bertanya kepada Ayyad.
“Nama aku...” belum sempat Ayyad memberitahu namanya, makanannya sudah sampai.
“Makan dulu!” Ayyad terus makan tanpa menjawab pertanyaan Fazlynn tadi. Fazlynn hanya gelengkan kepala. ‘Kebuluran mamat ni aku tengok. Gastrik? Ayyad pun pernah sakit sebab gastrik.’ Ada kerinduan untuk lelaki itu dikala dia beremosi.
“Lain kali kalau ada gastrik. Makan ikut masa yang tetap. Dulu kawan aku pun sakit gak. Aku selalu membebelkan dia tapi dia buat tak tahu. So, kau jagalah makan. Aku pergi dulu.” Fazlynn bangun.
“Tunggu. Siapa nama kawan kau tu? Manalah tau kawan aku ke?” tanya Ayyad. ‘Apalah yang mamat ni mengarut. Kawan dia? Tak mungkin.’ Fazlynn hanya tersenyum dan melambai tangan sekali sahaja. Dia terus pergi.
Ayyad membuat muka pelik. Selesai sahaja makan, Ayyad terus menuju ke keretanya. Tiba-tiba dia teringatkan Fazlynn ketika dia sakit dahulu.
“Degil! Degil! Degil!” Amuk Fazlynn.
“Mana ada degillah.” Ayyad tetap mahu membela dirinya.
“Degillah tu kalau cakap orang tak mau dengar. Aku dah cakap jangan makan pedas-pedas. Perut kau tu perut orang kaya, mana boleh makan. Yang kau bedal sambal belacan semangkuk tu buat apa. Orang makan sikit-sikit.” Marah Fazlynn makin menjadi-jadi. Ketika itu Ayyad makan tengah hari di rumah Fazlynn.
“Dah sedap sangat.” Kata Ayyad sambil memegang perutnya.
“Tapikan ini kali pertama kau makan. Tak reti-reti makan sikit-sikit. Kau tu ada gastrik. Pernah pengsan kat sekolah. So jangan nak sibuk-sibuk pengsan kat rumah aku pula.” Fazlynn hanya melihat ayahnya meyapukan minyak panas di perut Ayyad.
“Sudahlah tu kau ni. Asyik nak membebel aje.”
“Aku ni risaukan kau. Kalau kau tak suka tak apa.” Ada nada merajuk.
“Bukan aku tak suka, aku takut tak mampu nak lepaskan kau sebab kau bila marah buat aku susah nak tinggalkan kau, Manja.” Kata ikhlas Ayyad. Hati Fazlynn berdebar kencang saat itu.
“Ayyad...” Fazlynn juga teringat peristiwa yang sama Ayyad ingat. Mereka sudah bertemu tetapi takdir masih mahu memisahkan mereka. Fazlynn pulang ke rumahnya dan Ayyad mula bergerak ke Farmasi yang masih buka untuk membeli ubat tahan sakit.
“Abang!” panggil Rinsya apabila melihat abang kandungnya, Putra baru pulang.

8 comments:

  1. la... adik beradik pulop rupanya.. he he... manja dngan putra pun sweet, tpi dia lmbat sikit dtg sbb ayyad dah chop awal . mcm tu jugak dngan ayyad n rinsya, tpi nampknya jodoh ayyad kuat dngan fazlynn.

    mcm boys over flower, watak heroin ada seorang lagi lelaki yg nama dia ji hoo sunbae, tpi jodoh xorng x de just dorang sesuai untuk jadi soulmate.. hehe

    ReplyDelete
  2. hahahah akhirnya...rinsya cuma adik kepada ayyyad..best and so sweet,

    ReplyDelete
  3. eh..rinsya adik putra la..bukan adik ayyad..

    ReplyDelete
  4. wah rin...semangat komen....lebih kuranglah tapi rin percaya tak yang ria tak pernah tgk citer tu??hiihihi

    ReplyDelete
  5. kak Lynn...memang ayyad anggap rinsya tu adik tapi hakikatnya dia bukan adik ayyad

    ReplyDelete
  6. ilham...awak baca penulisan saya....terima kasih komen sekali..

    ReplyDelete
  7. bila nak sambung lagi...dah lama menanti ni... hehe

    ReplyDelete
  8. Salam..bila dah start bc mulala susah nak brenti..kerjapun tertangguh.. adoyai.. kamu punya pasal la ni Ria. hehe.. menarik.. pelik dah dok berdepan pun masih tak perasan.. kata cinta.. masakan leh tak cam kekasih hati.. pelik2.. hmm..

    memang spoil betulla waktu nak sebut nama tp tak jadi.. ada je pelakon tambahan.. geram betul.. xpe..akak jogging lagi.. :)

    Wassalam.

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi