Followers

Sunday 1 January 2012

15
Komen

MANJA JANGAN NAKAL 5

Fazlynn masuk ke dalam ruang KFC. Dia ada temujanji dengan seseorang. ‘Mana mamat ni?’ Fazlynn mengeluh. Lelaki yang ingin dijumpainya tidak muncul dalam pandangannya.
“Manja, sini!” Ayyad memanggil Fazlynn sambil berdiri apabila kelibat gadis itu sudah kelihatan.
“Ayyad! Kat situ rupanya kau.” Fazlynn tersenyum melihat jejaka kacak itu. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi.
“Aku nak jemput kau, kau tak nak. Kan dah sesat tu.”
“Ala, takat KFC. Takkan sesat kot? Mustahil.” Fazlynn cuba membela dirinya walaupun dia susah mahu mencari KFC tersebut.
“Aku tahu, kau suka makan KFC.”
“Mestilah aku suka tapi hanya kau seorang sahaja belanja aku makan kat sini,” Fazlynn tersenyum. Ayyad menolak perlahan pinggan yang ada dihadapannya.
“Aku dah order untuk kau. Makanlah.” Kata Ayyad sambil bersandar di kerusi.
“Untuk aku? Thank you very much. Jasamu akan dikenang.” Fazlynn tersenyum. Dia ingin mengambil ayam tersebut tetapi pantas tangan Ayyad menampar lembut tangannya itu.
“Kenapa?” Wajah Fazlynn sudah berkerut.
“Basuh tanganlah cik adik.”
“Alamak, lupa. Sorry.” Fazlynn bangun dan menuju ke tempat basuh tangan. Ayyad hanya jadi pemerhati.
‘Manja, kalau kau tahu hari ni...... Arrrgggghhhh!!!!’ hati Ayyad hebat berperang. Wajahnya serius.
“Woi, kenapa kau buat muka serius ni?” soal Fazlynn sambil tersenyum. Sebenarnya Fazlynn rasa ingin ketawa tiap kali lelaki dihadapannya ini membuat muka seperti itu.
‘Adakah aku akan berpeluang lagi untuk melihat senyuman manis tu?’ Ayyad masih dalam dunianya.
“Ayyad!”
“Apa! Apa? Kau tak nak makan?” Ayyad sengaja buat melatah dan Fazlynn menarik mukanya.
“Apa pula tak nak makan. Aku dah makan separuh ni.” Fazlynn menjawab. “Kau ada masalah ke? Jarang aku nampak muka kau macam ni?”
“Taklah, aku cuma berfikir.”
“Fikirkan apa?”
“Fikir yang aku nak tunaikan segala permintaan kau hari ni sebab papa baru masukkan duit. Enjoy!”
“Tunaikan permintaan aku?” Fazlynn buat muka berkerut. “Aku tak ada permintaan, Yad. Yang aku tahu kau ada di sisi aku dan selalu  ingat pada aku. Itu dah cukup bagi orang miskin macam aku ni.” Fazlynn berkata  dengan perlahan sekali sambil memandang ke dasar mata hitam milik Ayyad. Gadis itu menahan perasaan. Bagaikan mengerti yang lelaki itu akan meninggalkannya.
“Apa kau cakap ni?” Ayyad menentang pandangan Fazlynn yang sayu. “Aku akan berada disisi walaupun masa tu kau sudah berkahwin.”
Fazlynn dapat rasakan kata-kata Ayyad itu lahir dari hati yang ikhlas. Hati Fazlynn rasa senang dan gembira dalam diam. Rasa bertuah mengenali siapa Ayyad Mikhail ini.
“Kalau aku dah kahwin, tak payah la kau kat sisi aku. Pelik!” Nada kini sudah berrubah seperti biasa. Fazlynn menyambung makan ayam KFC itu. Sebenarnya dia ingin menutup gelisah hatinya.
“Biarlah. Aku nak bagi laki kau tu cemburu.” Ada ketawa yang meniti di bibir Ayyad.
“Cemburu? Jangan nak huru harakan rumahtangga aku, okey?”
“Mestilah. Sepatutnya aku yang kahwin dengan kau. Sedap hati laki kau kahwin dengan kau. Mana boleh. Kau tu untuk aku.” Ayyad berkata serius.
“Eh, mamat ni? Jodoh tu ditangan Allah. Sedap hati aje kau ni.” Akhirnya habis juga Fazlynn makan. Memang kenyang.
“Kejap aku pergi basuh tangan.” Fazlynn bangun meninggalkan Ayyad bersendiri lagi.
‘Manja, aku yakin kau ditakdirkan untuk aku. Aku yakin Shazlynn Fazlynn akan menjadi milik aku. Yang menentukan sama ada cepat atau lambat. Aku akan menanti kau, Manja.’ Bisik hati Ayyad.
“Ish, kau ni. Rajin betul termenung. Hobi baru kau ye?”
“Mungkin.”
“Tak ada kerja betul.”
“Jom cari kerja. Aku nak bawa kau pergi satu tempat ni.”
“Malaslah. Aku malas nak naik motor dengan kau.”
“Aku bawa kereta hari ni. Pinjam pak su punya kereta. Jom!” Ayyad mencapai tangan Fazlynn. Pantas Fazlynn menarik semula tangannya.
“Apa pegang-pegang ni? Tak suka la.”
“Eh, sorry! Aku teruja sangat nak bawa kau ke sana?”
“Tempat apa ni? Kau biar betul.” Fazlynn tidak mempercayai Ayyad. Ayyad ketawa kecil apabila melihat wajah Fazlynn yang berkerut itu.
“Tempat open ajelah. Kampung kau ni bukannya ada hotel.”
“Hey, aku tak cakap pun yang kau nak bawa aku ke hotel. Kau ni kotor betul otak. Kena basuh ni! Mesti kau pernah buat ni?” Amuk Fazlynn.
Kini mereka sudah di hadapan kereta waja berwarna hitam. Ayyad memandang wajah Fazlynn. Dia tersenyum.
“Manja, aku tak kan sentuh wanita yang aku tak cintai. Dan kalau aku sentuh dia pun dengan ikatan yang suci. Bukannya main redah aje.”
“Tapi tadi...”
“Tadi tu acah je.”
“Acah kebendanya?” Fazlynn sengaja mahu menyakat Ayyad lagi.
“Manja, aku tahu kau nak bermanja dengan aku. Janganlah over sangat.”
“Bermanja? Eh, bila masa? Aku tanya aje. Mengarut aje kau.” Wajah Fazlynn sudah kemerahan. Dia betul-betul sensitif dengan perkataan manja.
“Jom!” ajak Ayyad.
Mereka berdua menuju ke suatu tempat.
‘Manja, aku harap kau akan bahagia walaupun aku tidak disampung kau nanti. Kalau kau tahu ini adalah pertemuan kita yang terakhir, apa perasaan kau?” Ayyad mula bimbang.
“Manja....”

15 comments:

  1. Ala Sweet Nyerr Ayyad Niee !! Tpi Sobss Jgak Sbb Dia Akan Pergi !! Pergi Mana??? X Tau Larrr !!!

    ~Fae~

    ReplyDelete
  2. best-2! x sabar nak tau sterusnya...tadi acah aje ekk? heuuwheuww.. >_<

    ReplyDelete
  3. Hihihi nantikan bab seterusnya....mana la si ayyad ni nak bawa si manjanya....hihihihi terima kasih Fae...nama awak mesti ada dalam ruang komen MJN ni...terima kasih...

    ReplyDelete
  4. hihihi rin ni...acah je...lucu la..ria pun nak tergelak...kita nak buat org gelak...kita kena gelak dulu...hihihi kecuali org tu hatinya batu...

    ReplyDelete
  5. aish Ayyad nk prgi mane?nape tnggalkn Fazlynn????

    ReplyDelete
  6. tak tahu la dia nak gi mana...ciannya manja...kena tinggal nanti...

    kepada anonymous...tinggalkan nama di komen anda...nanti ria mudah kenal...boleh kan? selalu aje anonymous yang komen tapi ria tak tahu siapa...tolong yer..nak juga berkenalan..

    ReplyDelete
  7. kak Ria !! Ayyad tu na gi mne? takkan die na tinggalkan Manja sorg2 kowt .. Huu~ saspens nihh

    ReplyDelete
  8. Faz...dia nak bawa Fazlynn gi satu tempat ni hihihi

    ReplyDelete
  9. Far...dia mungkin akak tinggalkan manja keseorangan...kejamnya...dia nak manja benci pada dia hahahha

    ReplyDelete
  10. hahahah...kita x gelak tp senyum..heheh..tp ati kita x batu la.. ^__^

    ReplyDelete
  11. hihihi aisy... ada pun kamu...hmmm senyum tu lg bagus...sedekah tu...dpt pahala hihihi

    ReplyDelete
  12. komen gak akak....hihihi why???sambungnya sudah ada kak...hihihi

    ReplyDelete
  13. Salam.. akhirnya.. hehe.. sorry..flight delayed..tu psl lmbt komen.. ok.. jln citer simple n easy.. ringan gitu.. takpe..akak continue bc.. but still akak yakin citer ni memang menarik.. cuma gaya budak2 sekolah kureng.. terutamanya dr segi bahasa percakapan.. deme mana reti skema dik.. tak cy ty Ika.. hehe

    Wassalam

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi