Followers

Monday 2 January 2012

9
Komen

MANJA JANGAN NAKAL 6

Akhirnya kereta yang dipandu oleh Ayyad berhenti juga. Perlahan-lahan Fazlynn keluar daripada kereta. Dia sempat melihat jam ditangannya. Baru jam 3 petang. Tidaklah terlalu lewat.
“Manja, inilah tempat yang aku kata. Bukan hotel okay?” ujar Ayyad sambil mendepakan tangannya dan berpusing-pusing.
“Macam tak betul aje mamat ni?”
“Kau kata aku tak betul, manja?” soal Ayyad sambil tersenyum.
‘Apasal aku tengok mamat ni makin kacak dan bergaya. Membuat hati aku jadi tak betul aje. Eh, siapa yang tak betul ni? Kau ke dia?’ Bisik hati Fazlynn. Dia hanya memerhati sekelilingnya.
Angin agak kuat. Mana tak kuatnya, atas bukit.
“Memanglah tak ada hotel, hanya Genting aje yang berani buat hotel atas bukit.” Fazlynn cuba melawak. Tetapi Ayyad hanya tersenyum.
“Itu Vila arwah mama aku. Papa tak nak tinggal kat situ sebab banyak kenangan yang indah bersama mama.” Ayyad mula bercerita. Dia menunjuk ke arah kanan bukit. Ada sebuah rumah.
“Boleh tanya tak?”
“Apa?”
“Vila dengan banglo tak sama ke?”
“Agak-agak kau?” Soal Ayyad kembali. Dia mahu ketawa melihat wajah Fazlynn. ‘Luculah kau ni, Manja. Camnerlah aku nak tinggalkan kau.’ Bisik hati Ayyad pula.
“Entah! Aku tak tahu pun yang kau ada vila dekat-dekat kampung aku ni.” Fazlynn mengubah topik.
“Bukan rumah hantu ke?” soal Fazlynn lagi.
“Kau ni, cakap baik-baik sikit. Rumah tu terpelihara tau. Hantu pun tak berani nak bermalam kat situ.”
“Bermalam tu memang tak berani tapi lalu tu berani gak.” Fazlynn berfikir. Tekanya sendirian.
“Manja!!!” amuk Ayyad.
“Yalah. Sorry. Gurau pun tak boleh?”
“Oh, kalau aku yang kena sedaplah kau berkata-kata. Kalau aku gurau dulu, bukan main lagi kau marah.” Ayyad mula menjatuhkan pandangannya pada Fazlynn kini.
“Oh, yeke? Kau tu gurau kasar.” Fazlynn teringat gurauan Ayyad semalam.
“Kau tak gurau kasar ke?”
“Aku gurau manja-manja aje.” Jawab Fazlynn sambil tersenyum manis.
Tersentak hati Ayyad. Sesungguhnya Ayyad sukakan kata-kata Fazlynn sebentar tadi. Disebabkan kata-kata itu, pandangan Ayyad menjadi panahan yang amat tajam. Fazlynn dapat merasakannya.
“Kau jangan pandang aku lama-lama. Jom balik. Aku nak solat Asar ni.” Ajak Fazlynn. Dia sebenarnya rimas dengan pandangan itu.
“Kenapa aku tak boleh pandang kau? Nanti kau akan jadi milik aku juga.”
“Kalau tak jadi milik kau secara sah, jangan harap kau nak anggap aku ni kau punya. Okay? Jomlah.” Ajak Fazlynn dia sudah masuk ke dalam kereta.
“Kita ke vila mama aku.”
“Tak mahu. Ada hantu.” Fazlynn bersuara.
“Tak adalah cik manjaku.”
“Ada!”
“Tak ada, manja.”
“Ada gak!”
“Manja oi! Kau nak aku tinggalkan kau di tepi jalan atau pergi vila aku? Kau ada tiga saat untuk berfikir?” kata Ayyad.
“Aku...”
“Satu, dua, tiga! Habis! Kau ikut aku ke vila.” Ayyad sudah membuat keputusan. Fazlynn mengeluh.
Fazlynn memandang wajah Ayyad yang begitu fokus dalam pemanduannya. Aku membuang pandangan ke luar tingkap.
‘Ayyad, kenapa kau baik sangat dengan aku? Tolong jangan buat aku jatuh cinta dengan kau sebab... sebab sekali aku jatuh cinta, aku takkan lepaskan cinta itu.’
‘Macamana cinta kau pada Maher Zakuan?’ ada suara lain menganggu Fazlynn.
‘Maher? Dia... Dia... Aku tiada perasaan cinta padanya. Aku yakin.’
‘Pada Ayyad Mikhail?’ suara itu masih bertanya.
Fazlynn memandang kembali wajah Ayyad.
‘Ayyad? Dia, dia istimewa sejak aku mengenalinya. Dapat berkawan dengan dia pun buat aku bahagia. Bila dia sanggup pindah ke sekolah aku, akulah orang pertama gembira dengan kehadiran dia. Ayyad Mikhail. Kau begitu bermakna pada aku. Jika sekarang, perkataan yang pertama yang meniti di bibirnya adalah perkataan manja, aku akan...’ Fazlynn masih memandang Ayyad.
“Manja, kenapa kau pandang aku macam tu?” soal Ayyad dengan tiba-tiba.
Hati Fazlynn tersentak. Berdegup kencang hati ini.
‘Ayyad, aku cintakan kau. Perlukah kau tahu perasaan aku? Aku hanyalah seorang gadis yang bercita-cita tinggi. Ayyad, cukuplah aku dapat lihat kau dari jauh.’ Bisik hatinya.
“Manja Oh Manja!” lembut sahaja suara Ayyad memanggil Fazlynn.
‘Ayyad, tolong jangan tinggalkan aku. Tolong...’ rayu Fazlynn dalam hati. Air matanya mengalir dengan tiba-tiba. Entah mengapa dia dapat rasakan yang Ayyad akan tinggalkan dia buat selamanya.
“Wei, Manja!” terkejut Ayyad melihat Fazlynn menangis. “Apa ke hal kau nangis tiba-tiba ni?” hati Ayyad cuak.
“Ayyad, aku.....” Kata-kata Fazlynn terhenti di situ.

9 comments:

  1. tengok... manja dah nangis dahh...huhu...

    ReplyDelete
  2. dah namanya manja...mesti ada nangis2 juga hihihi

    ReplyDelete
  3. ini babak sedih...lepas ni pun sedih gak

    ReplyDelete
  4. bila la ayyad akan balik??tak sabar nak taip babak diorang besar...

    ReplyDelete
  5. Cweet Nyerr Manja N Ayyad Niee !!
    Tpi Sobss Tgk Manja Nangis !!
    Tpi X Pa Sbb Dia Nangis Kerna Ayyad Mikail !! Akak Ria BEST Sangat Citer Nie !!

    ~Fae~

    ReplyDelete
  6. TERIMA KASIH FAE,,,
    hmmm lor dia pulak yang nangis...
    sabar yer?

    ReplyDelete
  7. Salam.. akak dah bc n still akak rasa kurang monolog especially dr Fazlyn.. Fazlyn monolog tp straight sangat.. kurang kelakar la dik.. walaupun sebenarnya situasinya kelakar.. akak tahu Ria boleh wat lebih baik dr ini..

    jgn marah ye dik.. ini two-cents dr akak.. sebab akak rasa kureng dlm bab ni.. nape kamu tak wat camni "Vila dengan banglo tak sama ke?” nape tak sambung ceritakan tentang mimik muka manja.. polos ke ngan muka blur ke?.. hehe.. ini pdpt akak la.. :) masak akak klu kamu marah.. :))

    Wassalam

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi