Followers

Monday 2 January 2012

17
Komen

MANJA JANGAN NAKAL 7

‘Kenapa Manja pandang aku macam tu? Lain macam aje. Macam nak nangis aje. Biar betik!’ Ayyad cuba bertenang. Sekejap lagi mereka akan sampai di vila tersebut.
“Manja, kenapa kau pandang aku macam tu?” soal Ayyad dengan tiba-tiba tetapi Fazlynn senyap sahaja. Tiada respon. “Manja Oh Manja!” lembut sahaja suara Ayyad memanggil Fazlynn.
Tiba-tiba air mata Fazlynn mengalir
“Wei, Manja!” terkejut Ayyad melihat Fazlynn menangis. “Apa ke hal kau nangis tiba-tiba ni?” hati Ayyad cuak.
“Ayyad, aku.....” Kata-kata Fazlynn terhenti di situ. Mereka sampai juga di Vila tersebut. Pantas Ayyad keluar dari kereta. Dia bimbang.
“Manja...” Ayyad buka pintu kereta belah penumpang untuk bagi ruang pada Fazlynn keluar. Fazlynn keluar dari kereta tersebut. Kini mereka berdua duduk di taman yang ada di halaman vila tersebut.
“Manja, kenapa kau nangis?”
“Entahlah, aku dapat rasakan yang kau akan tinggalkan aku?” Fazlynn mengelap air matanya yang masih bersisa itu.
“Lor tak ada apa-apa. Takkan aku nak tinggalkan orang yang aku cintai ni? Manja ni memang manja. Takut kena tinggal la tu.”Ayyad cuba mengawal getaran suaranya. Dia terkejut apabila Fazlynn berkata begitu.
“Betul ke ni?”
“Tapi aku kan dah nak balik KL semula sebab aku daftar SPM sekolah kat sana.”
“Bila kau nak pergi?”
“Esok!”
“Apa?! Kenapa kau tak bagitau aku awal-awal.”
“Aku tak nak kau bersedih.” Tertunduk wajah Ayyad. Ada perkara yang lagi berat yang dia sendiri tidak mampu memberitahu Fazlynn.
“Kalau macam tu, aku tak mahu sedih-sedih. Aku nak kau kenang masa kita bersama selamanya. Nanti lepas SPM kita jumpa lagi ya?”
“Okay!” Ayyad tersenyum.
“Kau janji?” Fazlynn menunjukkan jari kelinkingnya. Ayyad tersenyum. Kini jari kelinking mereka bersatu menjadi janji.
“Dahlah tu. Buruk kau nangis. Jom solat. Nanti lambat pula.” Ajak Ayyad.
Vila itu memang cantik, ada taman bunga yang besar. ‘Mungkin mama Ayyad yang sukakannya.’ Ayyad menunjukkan bilik solat dan di situ sudah ada kain telekung dan tempat ambil wuduk. Ayyad pergi solat di bilik tamu saja. Dia menunjukkan arah kiblat dan meninggalkan Fazlynn bersendirian.
“Ayyad!” panggil Fazlynn sebaik sahaja dia selesai menunaikan tanggungjawabnya.
“Manja!” Ayyad sudah berada di luar. Dia bersandar di kereta dengan penuh bergaya. Lagi sekali hati Fazlynn terganggu.
“Kenapa tinggalkan aku sorang-sorang dalam rumah tu?”
“Bukan rumah la, Vila.” Ayyad menyakat Fazlynn. Sepanjang dia berdiri di situ. Pelbagai andaian yang dia fikirkan. Tindak balas Fazlynn mengenai keputusannya yang dia terpaksa pergi.
“Suka hati akulah. Jom balik.”
“Okay tapi sebelum tu, aku ada sesuatu nak bagi kau memandangkan aku akan balik esok.” Serius suara Ayyad.
“Apa dia?” soal Fazlynn.
Ayyad membuat gaya seperti ingin menumbuk wajah Fazlynn. Fazlynn pula yang terkejut dengan tindakan pantas Ayyad hanya memejamkan mata. ‘Gila ke Ayyad ni?’
Apabila tiada rasa apa-apa, Fazlynn memberanikan diri membuka matanya. Penumbuk itu masih setia di depannya. Hanya beberapa inci sahaja memisahkan penumpuk dengan mukanya.
Tiba-tiba Ayyad membuka tangannya yang berbentuk penumbuk tadi. Ada sesuatu.
“Rantai emas!” terkejut Fazlynn. “Aku memang tak ada rantai leher ni?” respon Fazlynn membuat Ayyad ketawa.
“Ini gelang rantai biasa aje. Bukan emas. Emas aku  tak mampu lagi la, Manja.” Ayyad tersenyum.
“Cantik! Ada loceng dan bentuk hati.”
“Kalau kau teringat aku, kau pakailah gelang rantai ni, boleh?”
“Boleh. Terima kasih Ayyad.”
“Mari aku pakaikan.” Fazlynn menghulurkan tangannya. Memang padan dengan tangannya.
“Sayang kau!”
“Sayang aje. Cinta tak ada ke?” Ayyad menyakat. Terdiam Fazlynn seketika.
“Jom balik!” ajak Fazlynn. Entah mengapa berat untuk dia menjawab pertanyaan Ayyad.
Sepanjang perjalanan mereka, hanya radio sahaja yang memecah kesunyian mereka.
“Terima kasih hantar aku balik.” Ucap Fazlynn.
“Sama-sama.”
“Kau bertolak pukul berapa esok?”
“Rasanya petang kot.”
“Okay, kau tunggu aku. Ada sesuatu aku nak bagi kau.”
“Okay.” Ayyad masuk ke dalam keretanya. Kereta itu sengaja dia memandu perlahan. Dia bimbang yang dia tidak berpeluang menatap wajah gadis itu.
‘Manja, aku minta maaf. Bukan kehendak aku untuk meninggalkan kau. Kerana janji dengan papa, aku rela. Asalkan kerinduan aku pada kau terubat walaupun sekejap. Manja, kenangan hari ini tidak akan aku lupakan. Terima kasih Manja.’ Entah mengapa hatinya sebak. Dia tidak pernah menangis sejak mamanya meninggal dunia. Tapi kini air matanya mengalir tanpa di pinta.
“Manja, jangan nakal bila aku tak ada.” Kata Ayyad bersendirian.

17 comments:

  1. Sedih Nyerr !! Tapi Terharu Dgn Ayat Niee "Dia tidak pernah menangis sejak mamanya meninggal dunia. Tapi kini air matanya mengalir tanpa di pinta."
    Apa2 Pon Citer Niee Mmg BEST !! Gud Luck Akak Ria !! Do The BEST K !!

    ~Fae~

    ReplyDelete
  2. mungkin Ayyad nangis sebab dia tidak pernah gembira sebegitu apabila bersama sesiapa kecuali bersama Manja huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. korang berdua ni memang sedih ke babak kali ni?

    ReplyDelete
  4. hmm..kesiannya manja kena tinggal..
    kak ria ,nak lagi boleh tak?

    ReplyDelete
  5. kesian kak??esok...esok la pula...akak ambil masa setengah jam sahaja nak taip...insya allah....ada esok pagi...atau petang...

    ReplyDelete
  6. manja ni malu2 plak nk ckp yg die cintakan ayyad..ehhehe

    ReplyDelete
  7. tak terungkap kata2 cinta tu...lidahnya keli dan perasaannya takut untuk memberitahu Ayyad hihihi

    ReplyDelete
  8. satu aje perkataan, ayyad, fazlynn punya~

    ReplyDelete
  9. wah rin...tersentak jiwa ria baca....

    ayyad, Fazlynn punya...

    Ayyad, manja yang punya tau...hihihi

    ReplyDelete
  10. Yay !! Nanak Lagi !! Sama2 Larr Kita Tnggu Yerr !! Hhahah !! So Cweet Mcm Penulis Manja,Jangan Nakal Niee Jugak !! Hihihih !!
    Tpi Sukew Ayat Manja,Ayyad Yg Pnya !!
    Hhihiihhi !!

    ~Fae~

    ReplyDelete
  11. dah terbalik tu ika...
    kita citer...

    ayyad, manja yg punya...

    awak citer..

    manja, ayyad yang punya hihihih

    ika ni...nakal betul yer...bagi pening ajer...hihi thank sudi komen...

    ReplyDelete
  12. Salam.. huhuhu..sedihnyer.. nak nangis!! apa janji Ayyad ngan ayahnyer? sedihnyer.. best2..kena sambung bc lagi.. :)

    Wassalam

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi