Followers

Friday 6 January 2012

10
Komen

MANJA JANGAN NAKAL 8


Selaju mungkin Fazlynn mengayuh basikal yang dipinjamnya untuk ke rumah Ayyad tinggal. Dia sengaja datang selepas zohor. Dia takut dia terlambat untuk berjumpa dengan Ayyad. Fazlynn memandang hadiah yang dibalut kemas itu yang berada dalam raga basikal.
            Fazlynn tersenyum. Dia yakin yang Ayyad pasti menyukainya. Gelang rantai itu dilihatnya seketika. ‘Tunggu Manja, Ayyad.’ Bisik hatinya.
“Pakcik, mana Ayyad?” soal Fazlynn selepas memberi salam.
“Oh, Fazlynn! Eh, Ayyad tak beritahu kamu ke yang dia bertolak awal pagi.” Kata Pak Cik Hasyim.
Fazlynn terkejut. Tersentak hatinya.
“Ini surat yang Ayyad tinggalkan untuk kamu.” Kata Pak Cik Hasyim lagi. Terketar-ketar tangan Fazlynn  mengambilnya. Sepucuk surat untuk dirinya.
Fazlynn pun meninggalkan Pak Cik Hasyim dalam keadaan terpinggar-pinggar. Dia mengayuh basikal itu sekuat hati. Air matanya mengalir.
‘Kenapa Ayyad buat aku macam ni? Ayyad, kenapa? Apa salah aku Ayyad?’ Akhirnya dia sampai juga di tepi sungai yang selalu menjadi tempat mereka berdua melepak. Fazlynn duduk di tepi sungai itu. Dia terkenang sesuatu.
“Aku suka sungai. Kau tahu tak?” kata Ayyad. Mereka berhenti sekejap dan duduk di tepi sungai itu.
“Tak tahu pun.” Fazlynn leka melihat air sungai yang mengalir. Dia juga menyukai sungai.
“Sungai ni buat hati aku tenang. Aku harap kau juga merasai apa yang aku rasa.” Jelas Ayyad.
Fazlynn memegang dadanya. Kenangan itu begitu utuh dalam ingatannya. Tidak tinggal satu pun yang dia lupa. Semua kenangan bersama Ayyad tersimpan rapi dalam ingatan.
“Ayyad...” perlahan sahaja suara Fazlynn. ‘Kenapa kau tak tunggu aku, Ayyad. Kau tak nak tahu perasaan aku terhadap kau? Ayyad....’ lemah seluruh anggota badannya.
Terketar-ketar tangannya membuka Fazlynn membuka surat itu.
Manja...
Aku takkan kembali lagi. Aku akan pergi tinggalkan kau. Manja, jangan nakal bila aku tak ada!
Ayyad, lelaki yang akan kenang kau selamanya.
Air mata Fazlynn mengalir tidak terkawal lagi. Hatinya meraung.
“Ayyad, kenapa kau suka aku? Kenapa kau buat aku suka pada kau dan kau tinggalkan aku. Kenapa Ayyad!!!!!!” Fazlynn menjerit. ‘Sampai hati Ayyad.’
Fazlynn berjalan lemah sambil menolak basikalnya itu.
‘Ayyad, aku benci kau!’ bisik hati Fazlynn.
*****
Fazlynn membetulkan tudungnya. Disisihkan ke belakang. Wajahnya tidak pernah senyum sejak Ayyad meninggalkan dirinya.
“Faz, aku dah cakap, kau tak perlu buat ni semua.” Ria menegur Fazlynn.
“Lor, biarlah aku nak buat. Bukan susah pun.” Fazlynn menepis tangan Ria.
“Memanglah tak susah tapi kau tu macam nak menghancurkan lagi aku punya jahitan ni.”
“Hancurkan apa pula?”
“Dah! Kau tu bos. Aku ni kuli. Kau pergi hantar pakaian Datin Salmah ni. Dia tu cerewet sikit kalau lambat.” Ria mengarah Fazlynn.
“Kau kata aku ni bos tapi sesedap hati dia aje bagi arahan.”
“Okay Fine!” Ria sudah berdiri. Kira-kira mahu meninggalkan butik tersebut.
“Okay. Okay. Sorry sayang. Tak cakap dah. Kau menyamar jadi bos okay? Kalau diorang tahu aku ni bos, lari semua pelanggan sebab tak yakin dengan imej aku ni. Please jangan tinggalkan aku.” Rayu Fazlynn.
“Tahu tak apa.” Ria bermegah.
“Terima kasih. Selamat aku.” Fazlynn mengambil topinya.
“Setahu aku, kau berbakat juga dalam bidang jahitan dan mereka pakaian, tapi kenapa kau tak buat. Semua nak harap aku.” Soal Ria. Dia menyambung jahitannya yang terbantut.
“Aku? Aku pandai berniaga sahaja.” Ringkas jawapan Fazlynn.
“Aku tanya aje, itu jawapan kau. Tak ada jawapan lain ke?”
“Tak ada. Okaylah, aku nak hantar pakaian Datin ni.” Fazlynn mencapai kunci kereta.
“Hati-hati cik kak!” pesan Ria.
“Baiklah Bos!!!”
Fazlynn berjalan pantas menuju ke tempat keretanya diparking. Inilah Fazlynn. Seorang ahli perniagaan. Membuka butik pakaian perempuan dan lelaki. Sudah hampir dua tahun perniagaan tersebut beroperasi dengan kerjasama sahabat baiknya, Ria.
Ayahnya meninggal dunia lima tahun lalu akibat jangkitan kuman pada kaki. Selepas sebulan, emak pula mengikut jejak langkah ayah. Fazlynn redha dengan ketentuan Ilahi. Dia menyambung pengajiannya dalam bidang Fesyen di kolej swasta. Dia belajar sambil berkerja. Rialah yang banyak membantu dirinya.
“Encik ini kereta saya. Bukannya tiang lampu atau dinding untuk bersandar.” Amuk Fazlynn apabila melihat seorang lelaki yang amat dikenali itu.
“Eh, Fazlynn. Jom aku belanja makan.” Ajak lelaki itu.
“Maher, cukuplah. Naik menyampah aku tengok kau tiap-tiap hari.” Fazlynn masuk ke dalam kereta Myvi putihnya.
“Fazlynn, tunggulah!”
Tanpa mempedulikan Maher, Fazlynn terus memandu laju keretanya. ‘Benci betul aku dengan mamat sewel ni.’ 

10 comments:

  1. wahh..manja dh besar la..siap ader kedai lg..bila nk jmpe ayyad..x sabar nk tggu..jgn ayyad dh ader tunang or gf sudah..

    ReplyDelete
  2. hihi dah besar pun...dah 5thn berlalu...mungkin org pelik dia berjaya bukak butik...nanti ada cerita di sebalik butik tersebut...hihih terima kasih aisy...dah dua kali menjadi orang pertama komen hihihi

    ReplyDelete
  3. Uwaaa !! Sedih Nyerr !! Cian Kat Ayyad N Kat Manja !! Tpi Alhamdulilah Sbb Manja Dah Ada Butik Sendiri !! Hihhiihih !! Nanak Sambungan Lagi Yerr !!

    ~Fae~

    ReplyDelete
  4. Cian kan??tapi nak buat camner kan??itu takdir mereka...macam mana la mereka bertemu nanti kan?

    ReplyDelete
  5. perangai fazlynn mmng manja .. die cepat tersentuh n sensitif <3

    ReplyDelete
  6. tapi dalam diam...ajer dia sensitif...dia dewasa ni pun sensitif tau...kawan dia bernama ria juga yang kena mengalah huhuhu

    ReplyDelete
  7. wah cayalah...ria pun ada watak dalam ni..best tu
    ;)

    ReplyDelete
  8. Salam.. wah..bab ni akak suke..suke sesangat.. baru bersemangat sakan nak membc sambungannya..hehe..jgn marah ye dik.. coz bab sebelum2 ni agak slow sgt la.. rasa lama sgt waktu sekolah deme.. so, skrg dah bekerjaya bagai, br syok.. hehe.. best..tak tipu n tak ampu.. ikhlas.. :) tp 'terpinggar-pinggar' ke 'terpinga-pinga'? hehe.. cam tak kene je.. :)

    Wassalam.

    ReplyDelete
  9. wslm...sukanya akak ni...hihih tak apa..semua komen akak, ria terima dengan hati terbuka..ria memang dan selalu menanti komen2 akak....terima kasih....ish..kalau akak komen awal sikit...mungkin ayyad tak kahwin dengan rinsya hahhaahha

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi