Followers

Friday 13 January 2012

6
Komen

SAYA PEMINAT AWAK 7


Affan termenung dalam kereta. Fikirannya masih memikirkan apa yang dilihatnya. Entah mengapa dia rasa kecewa melihat isterinya yang baru dinikahinya itu bersama dengan lelaki lain yang nampak bergaya dan lebih kacak daripadanya. Affan sendiri mengakuinya sebagai seorang lelaki.
            “Risya, jangan curang dengan abang ya?” Affan berkata bersendirian. Dia terlalu sayang pada Risya. Affan rasa sedih sangat lalu membawa diri ke tempat yang boleh memberi ketenangan padanya.
            Risya pulang dengan perasaan gembira. Ammar akan tinggal bersama mereka tetapi Risya mungkin akan berpindah ke rumah Affan nanti. Sekarangkan dia sudah bersuami.
            Risya cuba menghubungi Affan tapi ternyata hamba. Wajahnya muram.
            “Kenapa ni Risya?” Ammar bertanya. ‘Tadi muka gembira tak ingat dunia. Sekarang dah tak ada serinya.’ Ammar tertanya-tanya.
            “Tak ada apa-apa.”
            “Tak ada apa-apa? Buah hatinya tak hubungi dia lah tu. Risau.” Risydan muncul.
            “Abang Risz. Apa khabar?” mereka berdua saling berpelukan.
            “Khabar baik. Muka macam artis korean dah kau ni. Taulah orang tu tinggal di korean lama dah.” Risydan berkata. Dia membetulkan tali lehernya.
            “Mana ada lah abang. Biasa sahaja.” Ammar tersenyum.
            “Risya, Ammar. Abang pergi dulu, ada meeting dengan Tengku Hakimi.”
            “Tengku Hakimi?” Risya tiba-tiba teringat akan lelaki itu. “Abang kirim salam pada dia ya?” pesan Risya.
            “Baiklah sayang. Abang pergi.” Risydan terus keluar. Tinggallah mereka berdua.
            “Tak bagitau Ammar pun yang Risya dah ada buah hati?” Soal Ammar. Belum sempat Risya menjawabnya, Rasydan muncul.
            “Suamilah Ammar. Takkanlah Risya tak bagitau.” Raysdan berkata. “Maaf, abang pun ada meeting hari ni. Pengantin baru masih bercuti. So, teman Ammar ya? Ibu Miko ada aje tu.” Rasydan terus berlalu ke biliknya untuk bersiap.
            “Suami? Sampai hati Risya. Risya tahu kan yang Ammar sukakan Risya sejak kecil lagi.” Luah Ammar. Kecewa benar hatinya apabila mengetahui perkara sebenar.
            “Risya minta maaf tapi inilah yang Allah takdirkan untuk Risya. Ia berlaku dengan pantas sekali Ammar. Risya tak sempat nak buat apa-apa.” Jelas Risya.
            Ammar membawa diri terus ke halaman rumah, melihat keindahan halaman rumah tersebut. Risya sudah berlari ke biliknya sambil menangis.
            Affan pulang. Dia terkejut melihat lelaki yang dilihatnya di lapangan terbang ada di rumah ini.
            “Assalamualaikum.” Affan memberi salam.
            “Waalaikumusalam.” Jawab Ammar. Dia memandang Affan dengan seribu persoalan.
            “Ini mesti suami Risya kan? Apa khabar?”
            “Khabar baik.” Tersentak seketika  Affan apabila dikata begitu.
            “Encik ni siapa?”
            “Aku Ammar, sepupu Risya baru sampai dari Korea. Cepat betul Risya kahwin.” Lemah saja nada Ammar dipendengaran Affan.
            “Aku Affan, suami Risya. Maaf aku naik ke atas sekejap. Tak mandi lagi ni.” Affan terus naik ke biliknya.
            Terpana Affan apabila melihat Risya sedang menangis atas katil.
            “Risya.” Lembut sahaja suara itu menyebut namanya. Risya juga terkejut dengan kehadiran suaminya itu. Cepat-cepat dia menyapu air mata yang mengalir.
            “Kenapa nangis ni?” Affan menghampiri isterinya.
            “Tak ada apa-apa?” Risya bangun dari katil. Dia menuju ke meja soleknya. Melihat wajah yang sembam dengan air mata.
            Risya bangun dan ingin menuju ke bilik air pula tetapi lengannya di sambar kasar oleh Affan. Mata mereka saling bertentangan.
            “Kenapa nangis?” Suara Affan kedengaran tegas. Matanya tidak lepas daripada memandang Risya.
            “Orang telefon awak banyak kali. Kenapa tak angkat?” Soal Risya pula. Affan terdiam. Dia pula dalam keadaan rasa bersalah. Dia mencari telefon bimbit dalam koceknya. Dia mula semak sesuatu.
            “Maaf, abang silent.” Jawab Affan.
            “Awak tahu. Saya risaukan awak. Cuba awak tengok berapa kali saya call awak.”
            “Dekat 30 kali.” Makin Affan rasa bersalah.
            “Tak pernah saya sesabar itu menghubungi orang. Awak memang. Suka dera saya kan?”
            “Tak! Tak. Abang tak  bermaksud begitu. Maafkan abang ye?”
            “Dahlah!” Risya menepis tangan Affan. Dia ingin ke bilik air. Basuh mukanya tetapi lagi sekali langkahnya terhenti.
            “Abang minta maaf ni?” Dipegang lengan Risya.
            “Tak apalah awak.” Perlahan dia menarik tangannya semula.
            “Tak boleh camni, Risya.” Affan rasa bersalah.
            “Tak boleh apa?” Risya mula berasa pelik. “Takkan nak ke tandas pun tak boleh?” Risya cuba bertenang.
            “Lor, nak ke tandas ke? Sayang pergi dulu. Abang tunggu.” Dahi Risya sudah berkerut tetapi dia pergi ke tandas juga.
            

6 comments:

  1. rin x pernah tau cite ni kak... uhuk... ade nama rin la.. risya.. eheherr... sat nak bace dri yg first~

    ReplyDelete
  2. Yay !! Akhir nyerr !! Dah Lama Adik Tnggu Sambungan Citer SPA Nie !! BEST Sangat !! Hhahhaha... Suka Hero N Heroin Dia !! Hihihihih..
    Nanak Sambungan Lagi Akak Ria..

    ~Fae~

    ReplyDelete
  3. ehehee, sweet lak si affan kan? kak ria x letak kat blog ke ? sbb rin terpaksa cari kat p2u tadi.. ehek...

    ReplyDelete
  4. fuhh akhirnyer kuar gaks sambungannye.. lamer menunggu..
    hehehe.. sweetsss jer.. ;)

    ReplyDelete
  5. hihihi akhirnya...esok nak taip cinta ke pula..tak tahu la ada orang minat baca cinta ke atau tak...terima kasih semua...

    ReplyDelete
  6. best la. novel yg akak buat sume best.sy akan baca!

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi