Followers

Tuesday 1 November 2011

6
Komen

CERPEN : JELINGAN CINTA (Intro)


Jelingan cinta...
Ria memanjangkan sedikit kepala untuk skodeng Zeck. Apa yang sedang dia lakukan. Dia mahu keluar rumah dan ingin berjumpa dengan Maisarah dan Maryam. Kenalan lama yang sudah hampir sebulan sejak mereka berdua mendirikan rumah tangga. Rindu pada diorang memang tidak dapat ditahan lagi.
                “Dia tidur. Bagus!” suara Ria agak berbisik. Gembira bukan main lagi apabila melihat Zeck masih dibuat mimpi dalam biliknya. Biasalah kami. Kejap gaduh. Kejap baik. Kejap perang mulut. Kejap bercinta. Kejap musuh.
                ‘Berapa banyak kejaplah,’ kata hatinya. Dia melangkah perlahan. Dia terpaksa menaiki teksi yang sudah dia hubungi. Teringat peristiwa hitamnya bersama Zeck.
                ‘Adakah patut aku tak mahu memandu, dipaksanya. Dia paksa aku pandu kereta mahal dia...mahal la sangat. Tapi apa-apa pun padam muka. Calar sudah keretanya. Bergeser dengan dinding pagar masa nak masuk parking,’ Ria tergelak sendirian.
                Dia menuju ke Mid Velly. Ada sebuah restoran yang selalu kami bertiga lepak dulu. Gembiranya dia tidak perlu jumpa dengan Zeck. Sudahlah keluar rumah tidak minta izin. Baguslah sangat itu.
                “Assalamualaikum,” Ria memberi salam kepada dua sahabatnya.
                “Waalaikumusalam,” serentak mereka menjawabnya. Dahi Ria sudah berkerut 18. Dia berasa pelik.
                “Kenapa muka kau begitu, Ria?” soal Maisarah.
                “Ni siapa?” selamba sahaja Ria berkata.
                “Ini Maryam la,” jelas Maisarah.
                Tiba-tiba ada ketawa yang didengari. Ria ketawa terbahak-bahak. Dia hampir lupa yang Maryam sekarang ini memakai purdah atau jilbab. Hanya mata sahaja yang nampak. Tapi mata itu tetap cantik dalam pandangannya. Bertuah siapa dapat memilikinya. Siapa lagi kalau bukan Affan...
                “Ria ni...” Suara Maryam kedengaran manja. Dia malu lalu dicubit lengan Ria. Ria mengelak sambil ketawa.
                Akhirnya mereka bertiga bersalaman dan berpelukan. Melepaskan rindu. Mereka makan dahulu dan berbual.
                “Suami korang izinkan ke datang sini?” Ria bertanya lagak seperti dia belum berkahwin sahaja. Dia tersenyum.
                “Affan izin ajer asalkan dia yang hantarkan,” kata Maryam. Matanya memang menawan.
                “Kau?”
                “Aizat? Dia pun tak kisah. Bukan selalu dia tengok aku keluar dengan kawan. So, dia izinkan aje. Mulanya dia memang berat sikit nak bagi tapi aku pujuk punya la pujuk, dia terus cair,” kata Maisarah. Dia terasa malu dengan ayatnya sendiri.
                “Cair?? Geli aku,” kata Ria.
                “Kau tu Ria, sibuk duk tanya orang. Kau mesti tak minta izin kat Zeck kan? Aku kenal sangat kau ni,” Maisarah balas balik. Geram dengan ayat yang Ria katakan tadi.
                Ada senggihan dibibir Ria. ‘Nak buat macam mana lagi? Aku memang tak ngam dengan Zeck tu. Bagaikan beg plastik dengan beg Kain...mana boleh dibawa bersama,’ kata hatinya. Perbandingan yang agak teruk oleh Ria.
                “Kita nak ke mana ni?” Ria mula tidak sabar mahu berjalan.
                “Aku nak beli beberapa helai bajulah. Jom! Pergi ke kedai tu,” ajak Maisarah.
                “Jom!” semangat Ria berjalan. Gembira dapat jalan-jalan bersama kawan-kawannya. Dia memerhati sekelilingnya. Dia pun seperti perempuan lain. Ada keinginan mahu membeli baju baru tetapi entah kenapa dia lebih seronok melayan karenah sahabat-sahabatnya.
                “Ria, cantik tak kalau aku pakai baju ni?” Maisarah meminta pendapat.
                “Kuranglah. Kau sesuai pakai gelap sikit sebab kulit kau putih,” komen Ria. “Mar, kau tak nak beli apa-apa?” dia bertanya kepada Maryam yang hanya diam dan memerhati sahaja.
                “Aku mana pakai baju ni semua,” katanya.
                “Eh, pakai untuk suami kau sahaja. Kat luar ni tak payah la,” pujuk Ria.
                “Betul gak. Aku pun ada keinginan nak pakai macam tu. Tak apalah. Aku pakai depan suami aku sahaja,” katanya sambil tersenyum walaupun Ria tidak dapat melihatnya.
                Mereka berdua memilihnya dan Ria menjadi tukang komen yang tidak bertauliah. Sedap hati kalau mahu mengutuk dan sedap juga telinga ini mendengar pujian Ria.
                “Mar, Kau tak nak beli ni? Jangan menyesal?” Ria menduga. Maryam hanya menggelengkan kepalanya. Tiada yang sesuai.
                “Yang ini sahaja,” Kata Maisarah.
                “Kami menawarkan sebentuk gelang percuma jika beli baju ini. Mari ikut saya ke sana?” ajak jurujual tersebut. Maisarah mengikuti dan begitu juga Ria dan Maryam. Mereka leka sehingga Maisarah mendapat apa yang dia suka.
                “Baiklah. Berapa semuanya,” Maisarah bertanya.
                “Puan, ada orang telah membayarnya. Datang lagi di sini,” kata jurujual yang bermulut manis.
                “Apa? Ada orang bayar?” Maisarah rasa tidak sedap hati. Matanya mula menjeling dan meliar mencari kelibat sesiapa yang dia kenali.
                “Kenapa ni Sara?” Ria bertanya.
                “Ada orang bayarkan. Aku takut nak ambil. Nanti Aizat marah,” jelas Maisarah.
                “Kalau macam tu, tak payah ambil la. Jom pergi ke tempat lain,” ajak Maryam. Maryam dan Ria sudah menapak di luar kedai tetapi Maisarah agak berat hati kerana dia menyukai baju tersebut terutama baju tidur yang agak seksi itu. Dia sudah berangan mahu memakainya depan Aizat. Nampaknya apa yang dia rancang tidak menjadi.
                Maisarah berlalu pergi tetapi tangannya di sambar disebalik baju-baju yang tergantung itu.
                “Abang....” terkejut Maisarah.
                “Abang buat apa di sini?” soal Maisarah. Lelaki itu hanya tersenggih.
                “Abang yang bayarkan. Ambil la. Jangan segan,” kata Aizat. Kerana terlalu geram, Maisarah mencubit lengan Aizat.
                “Sakit ayangku....” mengaduh Aizat. Dia bahagia betul apabila nampak senyuman Maisarah.
                “Tak habis lagi bermanja?” Ria menyampuk. Bermanja pula mereka berdua sehingga lupa kehadiran Maryam dan Ria.
                “Kau jeles ye Ria?? Sejak kat rumah aku lagi kau kacau daun. Masa raya hari tu,” amuk Maisarah. Dia tersenyum. Dia pun naik risau dengan rumah tangga Ria. Apa yang terjadi dengan Zeck.
                ‘Nak kata Zeck tak kaya?? Kaya sahaja. Lombong emas pun ada sejak ayahnya meninggal dunia. Anak tunggal pula. Dapat mak mertua yang baik. Kacak?? Kacak la juga. Cuma Aizat lebih sikit hihi apa yang kurangnya si Zeck?’ sakit juga kepala Maisarah berfikir.
                Akhirnya Maisarah berjalan dengan Aizat dan Maryam berjalan dengan Ria. Ria sudah buat muncung.
                “Orang dah cakap jangan bawak suami. Bawak gak. Ini dah jadi lain dah,” Ria membebel. Geram. Dia pelik kerana Maryam hanya mendiamkan diri. Lirikan matanya pada tubuh seseorang yang membelakanginya.
                Jelingannya makin jelas. Siapa lelaki tu?
                Nantikan sambungannya...hihihi

6 comments:

  1. best......xsbar nk bca...

    ReplyDelete
  2. ni gabungan cerpen ramadhan itu indah, MAryam/Affan dan kadraya suamiku, Maisarah/Aizat...tidak ketinggalan e-novel Cinta ke? Ria/Zeck

    ReplyDelete
  3. hihi akan disambung bila ada masa lapang hihihi sebenarnya ria baru taip sampai situ aje hihihi

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi