Followers

Wednesday 2 November 2011

47
Komen

SUAMIKU VAMPIRE BAB 25 siri 1

Damia rasa selesa sangat dapat berehat setelah separuh hari bekerja. Segala rasa lengguh di badan hilang. Dia berbaring sambil mendonggak melihat langit. Indah sungguh ciptaan-Nya. Damia mengucap syukur. Matanya mula terpejam.
            “Mia oh Mia!” ada bisikan ditelinganya.
           ‘Suara siapa yang tidak sedap sedang menyeru nama aku ini?’ Damia yang baru sahaja ingin merehatkan minda diganggu oleh suara yang garau.
            “Apa BKK?!” suara Damia mengeras. ‘Macam mana dia boleh sampai ke sini? Ini kawasan aku melepak. Ini tidak boleh jadi. Dia tidak boleh masuk kawasan aku!’
            “BKK itu apa, Mia?” Haris bertanya. Dia memang selalu sahaja dengar perkataan itu keluar daripada mulut Damia tetapi tidak pasti maksudnya apa.
            “Bos King Kong!” Damia sudah bersedia untuk melarikan diri. Dia tahu yang BKK akan mengamuk sekejap lagi. Sudahlah mereka sekarang ini berada di atas bangunan. Nan dia bawa lari Damia seperti dalam movie king kong pula.
            “Damia Eryna!!” Haris betul-betul berasa geram. Barulah dia sedar yang keluar dari mulut gadis itu setiap kali menyebut BKK. Rupanya itu maknanya.
            Bergegar jantung Damia mendengar jeritan itu. Damia ketawa kegembiraan.
            ‘Memang nak kena minah seorang ini.’ Walaupun rasa geram pada Damia tapi pada masa yang sama Haris rasa bahagia. Dia gembira. Gembira dengan kehadiran gadis itu.
            Haris mengejar Damia manakala Damia pula berusaha mengelakkan diri daripada ditangkap oleh BKK yang menakutkan dan penyibuk. Jelas menunjukkan mereka gembira.
*****
Lidya berasa tidak senang duduk. Danish asyik merenung wajahnya sahaja. Dengan muka serius pula itu. Bertambah gerun Lidya. Selepas pulang daripada rumah Umi Kalsom, Danish terus jadi seperti ini.
            “Abang OK?” Lidya beranikan diri bertanya.
            “ Lepas solat isyak, abang nak bincang soal malam semalam.” kata Danish dan dia terus berlalu masuk ke bilik air.
            Lidya menelan air liurnya. Terasa perit. Dia melihat jam di dinding. Sudah hampir pukul 8.15 malam.
            Danish keluar dari bilik air. Dia sudah mengambil wuduk. Sekarang giliran Lidya pula.
            Usai solat, mereka makan malam bersama. Selepas itu barulah mereka berbincang dalam bilik tidur mereka berdua. Lidya di birai katil dan Danish di sofa yang ada di dalam bilik tersebut.
            Dia merenung tajam wajah Lidya. Danish masih terasa sakit hatinya apabila mengenangkan Lidya bersama Zafri seperti tiada lelaki lain atas dunia ini. Dengan orang itu juga menjadi pilihannya.
            “OK. Cuba cerita dengan abang, apa yang berlaki malam tu? Ke mana sayang pergi?” serius sangat suara Danish. Tidak lepas matanya memandang Lidya.
            “Alya dalam tandas perempuan tu la.” Lidya jawab dengan berani. ‘Aku tak bersalah, buat apa nak takut. Jawab aje la.’
            “Tipu!” pedih hati Lidya mendengar Danish berkata begitu.
            “Abang tengok tandas perempuan tu gelap sahaja. Macam tidak digunakan lagi.” Sambung Danish lagi.
            “Memanglah gelap. Entah siapa menutup suis lampu tandas tu sampai Alya terhantuk dinding dan pengsan. Sudahlah Alya takut gelap.” Jelas Lidya. Ada nada yang sedih didengari oleh Danish. Terus Danish bangun dan menghampir Lidya.
            “Ok. Maaf ye sayang? Kenapa takut gelap? Cerita pada abang.” Lembut sahaja Danish memujuk Lidya.
            “Sejak kecil lagi Alya takut gelap. Terutamanya dalam rumah.”
            “Bagitau abang sebab apa?” Danish masih berusaha memujuk isterinya.
            “Sudahlah abang. Alya tak nak cerita. Kalau abang tak nak percaya Alya, terpulanglah.  Alya tak kisah. Alya nak tidur.” Lidya menarik selimutnya.
            Danish mengeluh.
            Danish bangun tetapi tangannya disambar oleh Lidya.
            “Abang nak ke mana tu? Abang pun kena tidur juga. Meh la!” ajak Lidya.
            ‘Eh, minah ni! Betul ke tak?’ berkerut dahi Danish melihat tingkah laku isterinya. Pelik. “Abang nak tengok TV sekejap.” Kata Danish. Tangan mereka masih bertaup.
            “Jom tidur abang. Alya mengantuk ni.” Lidya merengek manja.
            Danish tidak dapat mengelakkan diri. Tubuhnya dipeluk erat oleh Lidya. Akhirnya mereka sama-sama lena dalam cahaya lampu di bilik mereka.
*****
Lidya tersedar daripada lenanya apabila suhu di dalam bilik tersebut panas. Lidya mengibas-gibas mukanya dengan tangan. Panas!
            ‘Kenapa bilik ini gelap? Tak nampak  apa-apa. Bukan ke sebelum tidur tadi tak tutup lampu?’ Peluh mula terburu-buru melunjur mengalir keluar. Hati Lidya berdegup kencang. Dia takut.
            “Abang, bangun la. Alya takut ni” tangan Lidya meraba-raba mencari tubuh Danish. Digoncang lembut tubuh suaminya tetapi Danish tidak memberi respon.
            Lidya berasa geram dengan Danish lalu dia meraba-raba wajah Danish tetapi tangannya itu pula digigitnya.
            “Auwh!” jerit kecil Lidya. ‘Memang nak kena mamat ni. Hah, jumpa pun!’ tangannya pantas menarik telinga Danish.
            “Aduh! Aduh!” menjerit lelaki itu. Sakit. Sekarang mata Danish bagaikan bulan purnama. Terang sudah. Tiada lagi mengantuk.
            ‘Bangun pun jejaka kacak ni.’ Kata hati Lidya.
            “Kenapa ni sayang?” soal Danish. Dia sedang enak dibuai mimpi. Dia bermimpi melayar bahtera bersama Lidya. Memang indah sekali.
            “Kenapa gelap? Alya takut.”
            “Mungkin elektrik terputus. Kejap, abang pergi ambil lampu suluh dan lampu kecemasan.” Kata Danish ingin bangun dari katil.
            “Abang janganlah tinggalkan Alya. Alya ikut sama ye?” Lidya memeluk lengan suaminya. Erat sekali.
            Dahi Danish sudah berkerut. ‘Takut sangat la ni’
            Jumpa juga akhirnya lampu suluh dan lampu kecemasan. Lampu kecemasan tersebut besar  botol mineral biasa. Ia boleh bertahan selama lima jam. Nasib baik ada lampu tersebut.
            “Alya, jangan rapat sangat. Susah abang nak jalan ni.” Kata Danish.
            “Tak payah pergi mana-mana la. Nanti siang ada juga elektriknya. Kita baring-baring atas katil aje.”
            “Tak nak la. Abang nak pergi tengok suis utama.”
            “Jomlah abang!”
            “Baiklah tapi syaratnya sayang kena cerita kenapa takut gelap?”
            Lama Lidya terdiam dan berfikir.
            “Tak nak cerita. Tak mengapa.” Danish dengan nakalnya menutup lampu kecemasan dan lampu suluh. Suasana gelap kembali. Memang selamba sahaja Danish meninggalkan Lidya tanpa perasaan.
            Air mata Lidya mengalir. Dia betul-betul takut.
            “Abang!” dipanggilnya Danish tetapi tiada sahutan daripada suaminya.
         “Baiklah abang. Alya cerita. Please abang! Alya takut!” Lidya terduduk tepi katil. Apabila mendengar keputusan Lidya, Danish terus menyambar tubuh Lidya dalam pelukannya. Dia tidak peduli lagi perjanjian yang Lidya buat.
            Danish memasang lampu kecemasan tersebut dan meletakkannya di atas meja yang berada di tepi katil.
            Kemudian, Danish mencembung tubuh Lidya dan membaringkannya atas katil. Kini mereka berbaring bersama-sama. Tubuh Danish dipeluk erat. Bagaikan rasa selamat apabila Danish turut memeluk tubuhnya.
            Mereka terus hanyut dan......   

47 comments:

  1. dan ape? sambung la. xelok wat mcm nie, kesian kt readers. hahaha. ape2 pun nice work, penulis. like it!

    ReplyDelete
  2. hihihi ini la teknik yang dipanggil teknik suspens hihihihi tunggu sahaja sambungannya...
    terirma kasih sudi baca

    ReplyDelete
  3. terima kasih korang berdua...

    kepada semua pembaca, jangan lupa jawab yang pasal umur tu....ria nak tahu tahap umur pembaca....

    ReplyDelete
  4. wah bessttt..... kak ria ble bab alya pregnant ni heheheh nak tau la alya nak ngidam ape...?????

    ReplyDelete
  5. hehehe.. best2.. suspen betoi.. x pew akan akk nantikan sambungannyer..
    good job Ria ;)

    ReplyDelete
  6. mmg best..suspense yg baik. x sabar nak baca lagi..sambung cepat eh? thanks ria..;)

    ReplyDelete
  7. uwaaaaa dan ape ria :( adessss part2 nie gak ria wat suspen :(

    ReplyDelete
  8. Apa jadi?? kak Ria sengaja wat suspen ni.. hehehe.. cerita ni makin menarik dan saya suka.. ^_^

    ReplyDelete
  9. dan lepas tu ape kak ria???x sabar nak tau sangat dah nie... =(

    ReplyDelete
  10. dan?? alamak x sbr nak tau pe yg jadi..
    excited dah nie..:D

    ReplyDelete
  11. hihihi misi dan matlamat ria tercapai...
    korang rasa apa itu suspens hihihi
    suspens sangat....
    apa yg terjadi yer???

    A : diorang ehem ehem
    B : elektrik ada semula
    C : Danish terkentut....tut tut..hahah lucu
    D : Lidya terbersin huhuhuhu

    mana satu pilihan korang...?

    ReplyDelete
  12. dan apa ya sis??? pilih c tau..Danish terkentut hehehe tp mesti ramai nak A kan? hahaha best best..suka danish :)

    ReplyDelete
  13. tak puas baca..nak lg...
    n pasal pilihan jawapan tu mmg la pilih A..hahaha...tp klu C,tkt Lidya b'tambah marah dgn Danish..w/p funny la klu nak imagine..hehehe

    ReplyDelete
  14. adoiyai,ske sgt wat org suspen...nnti tgh syok mlm p'tame t'tbe kentut mmg lwklh..

    ReplyDelete
  15. kepada Hayisa :

    A...wah A....baguslah kalau A...
    boleh dapat anak cepat nanti...hihihihi C...
    C tu lucu la...

    ReplyDelete
  16. kepada evy :
    ala ciannya tak puas baca lagi...
    sama2 kita bayangkan...
    memang lucu...
    ria pun nak tergelak...

    ReplyDelete
  17. kepada blue apple :

    huhuh kalau jadi macam tu di malam pertama....
    mesti la tak romantik...
    rosakkan mood aje hahaha...
    nantikan sahaja bab seterusnya...

    ReplyDelete
  18. Ria, hati2 ngan ejaan.
    The rest, excellant.

    ReplyDelete
  19. lorh.. plizz.. smbung cpt2...^^

    ReplyDelete
  20. ria suspend tul la...
    tetiba jer dan....
    ala nk lg ria....
    huhuhu...

    ReplyDelete
  21. terima kasih irra tergur pasal ejaan ria...ria akan edit lagi ye?

    ReplyDelete
  22. kepada nursya :

    sabar jangan tak sabar...
    menantilah anda siri dua nanti
    hahahhaha

    ReplyDelete
  23. dan tiba-tiba lampu terbukak

    ReplyDelete
  24. dan???pmbaca kt sini xtaw la sekitar age brapa..tp, i dah 26++..hehe..

    ReplyDelete
  25. salam..la..ingatkan ye2 si Danish nak marahkan Lidya.. tp bab ni bg akak klimaknye tak menyengatla..nampak santai penceritaan Ria kali ni..akakpun perasan ada kesilapan ejaan..minor je..tp ini pdpt akak..u know the best..apa2pun akak memang suka cerita ni..dan sekrg ni bg akak Ria citer tentang Damia lebih menarik dr cerita Danish ngan Lidya..still my opinion.. :) i will always support u.. :))

    Wassalam
    MyHoney

    ReplyDelete
  26. wslm kak...ini bukan klimaks yg sebenarnya....masih biasa2 sahaja...klimaks yang sebenar belum lagi sampai...lambat ke jalan citer ria buat ni kak? ejaan tu memang ria trlepas pandang...maaf....cinta damia lebih kepada cinta yang sebelum berkahwin dan cinta danish lebih kepada rumahtangga.... so ada perbezaan antara dua itu...terima kasih kak...

    ReplyDelete
  27. akak,sbnrnya Lidya Alya tuh bkn ank kandung Ummi Kalthum kan?Dia ank Linda Alya kan?kann??

    ReplyDelete
  28. tak tahulah....akak tak boleh bagitau...
    nanti tak suspens pulak dah...
    hihihihi
    antara betul atau konflik
    yg lebih dahsyat dari tu

    ReplyDelete
  29. nk E la kak ria..lidya cerite nape dier tku gelap..hehehe

    ReplyDelete
  30. E la pula.....bagus la idea awak tu hihihihi

    ReplyDelete
  31. yeah!! sye pown na pilih yg E jugak laa..

    ReplyDelete
  32. nak dekat sminggu dh nunggu nih... x larat dah nk imagine.. x kisah r A ke, B ke, C ke, D ke... yg pasti terbaik punya..

    ReplyDelete
  33. awak... kalu bleh post smpai hbis.. x nak mcm stengah novel tu, sparuh, sparuh keno nunggu.. pastu sparuh ag tu kalu nk, kena beli nvel kat psaran.. x best r.. rase mcm nk cekik jer si penulisnye.. buat org mnunggu, mkn x knyang, mandi x cuci, ermm.. ape ag ek?!!

    ReplyDelete
  34. bez... x sbr nk bace smbungannye... suspen sngt...

    ReplyDelete
  35. ble nk smbungannye nie...x sbar nie...hehe

    ReplyDelete
  36. kepada far...

    far pun suka e gak...jemput baca sambungannya..

    ReplyDelete
  37. Maaf...ria bukan tak nak update....cuma ria tak jumpa internet....tak dapat la nak update..ini pun sekejap sahaja boleh online...maaf kepada yang menunggunya....ria bukan sengaja tetapi tidak sengaja...harap boleh bersabar...

    ReplyDelete
  38. Haha.. Lawak ar ayat kak Ria.. Tak jumpa internet.. Boley pulak kann.. Dah mcm org pulak bole jumpa tak jumpa..

    ReplyDelete
  39. kepada far :

    itu namanya ayat akak bina sendiri..
    internet itu wajib jumpa tiap2 hari hihihi
    mana boleh miss
    nanti jadi macam ni la...
    lambat update...

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi